Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

PERKHEMAHAN KEM KAMI


PENGAKAP DAN LENCANA KERIS
GANGSA

SK KAMPONG PERAK

2023

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
( PENGAKAP)
PPKI DAN PERDANA
SK KAMPONG PERAK
PERKHEMAHAN KEM KAMI PENGAKAP DAN LENCANA
KERIS GANGSA 2023

1. LATAR BELAKANG
Skim Latihan Pengakap Kanak- kanak diadakan untuk membolehkan ahli- ahli pengakap
kanak- kanak mengikuti aktiviti dan menunjukkan minat dalam ilmu perkhemahan dan survival .
Setelah menjalani latihan dengan aktiviti- aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap kanak- kanak
ini akan dianugerahi dengan lencana- lencana tertentu yang menbuktikan bahawa dia telah menjalani
ujian tersebut dengan jayanya.
Aktiviti perkhemahan juga dapat mengukuhkan pengetahuan murid-murid bagi memastikan
kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi
perhatian memandangkan murid-murid mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka
tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka program
yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari
dalam menjalani kehidupan yang sebenar.

2. TUJUAN
Matlamat Perkhemahan Kem Kami Pengakap dan Lencana Keris Gangsa SK Kampong Perak
2023 adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang pembelajaran secara tidak langsung yang
melibatkan alam sekitar dan memberikan pengalaman psiko-sosial secara langsung terhadap murid-
murid. Selain itu, melalui perkhemahan ini akan memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri
alam semulajadi dan pemandangan indah kawasan hijau di Kampong Perak secara tidak langsung
memupuk minat murid-murid supaya menjaga alam sekitar dan menikmati keindahan di dalam negara
sendiri. Ia dapat memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan mewujudkan
pembelajaran berkesan dikalangan murid-murid

3. OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.


3.2 Menyediakan ruang kepada murid untuk menambahkan ilmu di dalam unit uniform
3.3 Menguji kemahiran berpengakap yang telah dipelajari
3.4 Pengetahuan asas yang betul mengenai kemahiran berpengakap.
3.5 Mengembangkan bakat para pelajar
3.6 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3.7 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin

2
PERKHEMAHAN KEM KAMI PENGAKAP DAN LENCANA
KERIS GANGSA 2023
3.8 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
3.9 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.

4. STRATEGI PELAKSANAAN

4.1 Hari : Jumaat dan Sabtu


4.2 Tarikh : 28 Julai 2023 hingga 29 Julai 2023
4.3 Tempat : SK Kampong Perak, 34500 Batu Kurau, Perak.
4.4 Peserta : Ahli Unit Beruniform Pengakap SK Kampong Perak
4.5 Pengelola : 1. Unit Kokurikulum
2. Guru Pengakap SK Kampong Perak
4.6 Penginapan : 1. Khemah Unit Beruniform
4.7 Keperluan : i ) Alat tulis
ii ) Pakaian lengkap Pengakap dan pakaian aktiviti Pengakap
iii) Keperluan peribadi
iii) Pakaian sukan
iv) Pakaian solat
4.8 Kewangan : i ) BKK
ii) Yuran penyertaan

5. SASARAN PESERTA

 Murid PPKI dan Perdana Unit Beruniform Pengakap

6. Jumlah peserta

 PPKI = 21 ORANG MURID


 PERDANA = 36 ORANG MURID

7. GURU DAN PPM YANG TERLIBAT


 9 Orang Guru
 3 Orang Pembantu Pengurusan Murid
3
PERKHEMAHAN KEM KAMI PENGAKAP DAN LENCANA
KERIS GANGSA 2023
8. ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN
Bil. Perkara Kuantiti Harga Jumlah

1. Makanan dan minuman 50 orang murid PPKI ( 21 x RM 15.00 ) RM 315.00


Perdana ( 36 x RM 15.00 ) RM 540.00

2. BANNER 3 X 7 KAKI 1 unit 1 Unit x RM 70.00 RM 70.00

3. SIJIL KERIS GANGSA 34 orang murid SIJIL GANGSA, KEAHLIAN &


KEGEMARAN
- PPKI (21 X RM 3.00 ) RM 63.00
- Perdana (13 x RM 3.00 ) RM 39.00

4. HADIAH:
1. Johan RM 30.00
2. Naib johan RM 30.00
3. Ketiga RM 30.00
4. Keempat RM 30.00
5. Peserta terbaik (l) RM 30.00
6. Peserta terbaik (p) RM 30.00
7. Kumpulan terbaik RM 30.00
8. Johan memasak RM 30.00
9. Naib johan memasak RM 30.00
10. Ahli terbaik RM 30.00
JUMLAH RM 1327.00

Sumber Kewangan: Yuran penyertaan murid

9. LOKASI
 Sekitar perkarangan SK Kampong Perak

4
PERKHEMAHAN KEM KAMI PENGAKAP DAN LENCANA
KERIS GANGSA 2023
10. AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN KEM KAMI PENGAKAP SKKP 2023

Pengerusi : Puan Noor Maizura bt Khamis @ Kamaruddin (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Puan Rusmawati binti Mohamad (GPK Pendidikan Khas)
Naib Pengerusi 1 : Encik Rizal Effendi bin Mohd Lokman (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Encik Azri bin Abdul Rahman (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : Encik Mohd Juhari bin Harun (GPK HEM)
Setiausaha : Encik Muhammad Shukri bin Shaari
Penolong Setiausaha : Encik Mohd Hasanul Arif bin Che Basir
Kem Komandan : Encik Muhammad Mahfuz bin Khushairi
Penolong Kem Komandan : Puan Nor Elyana binti Chik Rosdi
Bendahari : Puan Rahmah binti Mansor
Naib Bendahari : Puan Nor Suhadah binti Yusoff
Setiausaha Kokurikulum : Puan Shazana binti Azman

BIL AJK/ GURU BIDANG TUGAS ALATAN

1 SETIAUSAHA / PENOLONG SETIAUSAHA/ BUKU  Memastikan urusan Kertas A4


PROGRAM/ FLYERS / DOKUMENTASI kertas kerja, agihan
tugas, sumber
Encik Muhammad Shukri bin Shaari kewangan berjalan
Encik Mohd Hasanul Arif bin Che Basir dengan lancar
 Menyediakan flyers
yang mengandungi
maklumat berkaitan
program
 Menyediakan surat
kebenaran peserta
 Menyediakan laporan
program
2 KEM KOMANDAN/ PENOLONG KEM KOMANDAN  Memastikan setiap
aktviti berjalan dengan
Encik Muhammad Mahfuz bin Khushairi lancar
Puan Nor Elyana binti Chik Rosdi  Mengetuai setiap slot
yang akan di jalankan
 Memastikan
penglibatan semua
murid terlibat dalam
semua aktviti

5
PERKHEMAHAN KEM KAMI PENGAKAP DAN LENCANA
KERIS GANGSA 2023
3 BENDAHARI/NAIB BENDAHARI  Menyedia anggaran
perbelanjaan
Puan Rahmah binti Mansor  Mendapatkan anggaran
Puan Nor Suhadah binti Yusoff (PPKI) perbelanjaan daripada
Encik Mohd Hasanul Arif bin Che Basir (Perdana) jawatankuasa
 Mengurus/menyelia
perolehan dan
perbelanjaan
4 PERSIAPAN TEMPAT, ALATAN DAN BAHAN  Menyediakan dan Khemah,
memastikan tapak untuk Bahan
Encik Razis Sufian bin Ibrahim (K) perkhemahan, Kawasan memasak,
Encik Mohd Hasanul Arif bin Che Basir aktiviti berada dalam bahan
Encik Muhammad Shukri bin Shaari keadaan selamat minuman
Encik Noor Azuham bin Mohd Noor  Menyediakan peralatan,
Puan Anida binti Abu Bakar bahan bertulis mengikut
Puan Rusnita binti Ismail keprluan aktiviti yang
Puan Nor Raini binti Ariffin akan di jalankan
Puan Shazana binti Azman  Menyediakan bahan
Puan Nor Suhadah binti Yusoff untuk memasak
Cik Nor Hidayah binti Selahhudin
5 FASILITATOR  Menguruskan aktiviti Kertas A4
atau slot yang akan di Pen
Puan Shazana binti Azman (K) jalankan Marker
Cik Nor Hidayah binti Selahhudin  Menyediakan aktviti Alatan
Puan Rusmawati binti Mohamad yang bersesuaian dalam berkaitan
Puan Nor Suhadah binti Yusoff slot mengikut jadual
Encik Muhammad Shukri bin Shaari yang di tetapkan
Encik Noor Azuham bin Mohd Noor  Memastikan murid
Encik Muhammad Mahfuz bin Khushairi mengikuti setiap aktiviti
Puan Nor Elyana binti Chik Rosdi seperti dalam
kandungan skim keris
gangsa
6 HADIAH & SIJIL  Menyediakan hadiah Hadiah, sijil
mengikut kategori
Puan Anida binti Abu Bakar (K)  Menyediakan sijil
Puan Shazana binti Azman setelah selesai program
Encik Razis Sufian bin Ibrahim
Puan Noor Adlina binti Abd Aziz
Puan Rusnita binti Ismail

6
PERKHEMAHAN KEM KAMI PENGAKAP DAN LENCANA
KERIS GANGSA 2023
7 KECEMASAN, KESELAMATAN DAN DISIPLIN  Memastikan alat Wisel
pertolongan cemas Pembesar
Cik Nor Hidayah binti Selahhudin (K) lengkap. suara
Encik Noor Azuham bin Mohd Noor  Memberi rawatan
Encik Razis Sufian bin Ibrahim awalan kepada peserta
Puan Shazana binti Azman yang cedera.
Puan Nor Raini binti Ariffin
Pengawal Keselamatan SK Kampong Perak
8 MAKANAN DAN MINUMAN  Menyediakan minuman Peralatan
untuk semua murid dan memasak
Puan Nor Suhadah binti Yusoff (K) mengemasnya semula.
Puan Rusmawati binti Mohamad
Puan Shazana binti Azman
Puan Nor Elyana binti Chik Rosdi
Puan Rusnita binti Ismail
Puan Nor Raini binti Ariffin
Puan Noor Adlina binti Abd Aziz
9 SENTRY  Memantau aktivti murid Lampu suluh
selepas aktiviti di Pembesar
Encik Mohd Hasanul Arif bin Che Basir (K) jalankan suara
Encik Muhammad Mahfuz bin Khushairi  Memastikan murid
Encik Razis Sufian bin Ibrahim berada dalam khemah
mengikut jadual yang di
Encik Muhammad Shukri bin Shaari
tetapkan
Encik Noor Azuham bin Mohd Noor
Cik Nor Hidayah binti Selahhudin
Puan Shazana binti Azman
10 GAMBAR DAN DOKUMENTASI  Mengambil gambar kamera
sepanjang program
Cik Nor Hidayah binti Selahhudin (K) berlangsung.
Encik Razis Sufian bin Ibrahim
11 PENDAFTARAN/ KEHADIRAN  Mengambil kehadiran Senarai
murid semasa sesi kehadiran
Encik Noor Azuham bin Mohd Noor (K) pendaftaran peserta
Puan Rusnita binti Ismail
12 HAKIM  Mencatat keputusan Borang
dalam pertandingan berkaitan
Encik Mohd Hasanul Arif bin Che Basir (K) memasak
Puan Shazana binti Azman

13 SIARAYA  Memastikan siaraya Pembesar


berfungsi sepanjang suara
Encik Mohd Hasanul Arif bin Che Basir (K) program berlangsung.
Encik Muhammad Shukri bin Shaari

7
PERKHEMAHAN KEM KAMI PENGAKAP DAN LENCANA
KERIS GANGSA 2023

11. TENTATIF PERKHEMAHAN KEM KAMI PENGAKAP DAN LENCANA KERIS


GANGSA 2023

HARI MASA AKTIVITI


JUMAAT 7.30 pagi- 8.00 pagi Pendaftaran peserta
(28 JULAI 2023)
8.00 pagi- 9.00 pagi - Taklimat/ pembahagian kumpulan
- Kawad dan perbarisan/ lapor diri oleh ketua
Perkhemahan / menaikkan bendera

9.00 pagi- 11.30 pagi Ujian sistem stesen;


Stesen 1 : Asas perbarisan (kawad statik)
Stesen 2 : Ikatan buku sila
Stesen 3 : Persetiaan & undang-undang Pengakap
Stesen 4 : Anduh tangan
Stesen 5 : Isyarat sulit

11.30 pagi- 12.30 tgh hari - Rehat


- Makan tengahari

12.30 tgh hari - 2.00 petang - Slot KBS


- Bersiap untuk solat Jumaat

2.00 petang- 4:00 petang -Laluan berhalangan

4.00 petang- 5.00 petang - Slot KBS


- Solat Asar

5.00 petang-6.30 petang - Pertandingan memasak (Chef Cilik)


- Minum petang

6.30 petang-7.30 malam - Rehat


- Makan malam

7.30 malam-9.00 malam - Solat


- Slot KBS
- Ceramah
- Solat isyak

9.00malam-11.00 malam - LDK


- Dll

11.00 malam-11.30 malam - Minum malam


- Rehat

8
PERKHEMAHAN KEM KAMI PENGAKAP DAN LENCANA
KERIS GANGSA 2023
SABTU 5.30 pagi - Bersiap
(29 JULAI 2023)
5.00 pagi-7.00 pagi - QIAMULLAIL
- Slot KBS
- Solat
6.30 pagi- 7.30 pagi - Sarapan

7.30 pagi-8.30 pagi - Aktiviti kesihatan


- Senamrobik

8.30 pagi-11.00 pagi - Lencana wajib (berbasikal)

11.00 pagi-1.00 petang - Lencana kegemaran (membuat wau)


- Menaikkan wau

1.00 petang-2.30 petang - Rehat/ makan tengahari/ solat


- Majlis penutup dan menurunkan bendera
- Penyampaian hadiah

12. PENUTUP
Diharapkan dengan pelaksanaan Perkhemahan Kem Kami Pengakap, murid-murid dapat
menimba pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa perlu bantuan orang lain dan memberi kesedaran
tentang pentingnya hidup dalam satu komuniti masyarakat. Selain itu, dengan penglibatan murid-murid
pada setiap aktiviti yang dijalankan, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk
memahami kebolehan diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan positif serta
berpotensi menjadi individu yang cemerlang dan berdisiplin.

Disediakan, Disemak oleh,

………………................................... ……………….............................
En. Muhammad Shukri bin Shaari Pn. Rusmawati binti Mohamad
Setiausaha Perkhemahan PK Pendidikan Khas
Kem Kami Pengakap Sk Kampung Perak

Disahkan oleh :

......................................……………………………..
(Puan Noor Maizura bt Khamis @ Kamaruddin)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampong Perak
9

Anda mungkin juga menyukai