Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN ROKAN

73200 GEMENCHEH NEGERI


SEMBILAN
NO. TEL / FAKS : 06 – 431 7737
NBA 5007

KERTAS KERJA
PROGRAM PERKHEMAHAH UNIT
BERUNIFORM
2023

HARI : JUMAAT, SABTU DAN AHAD


TARIKH : 29. 30 SEPTEMBER DAN 1 OKTOBER
2023
TEMPAT : PADANG SK ROKAN
ANJURAN : UNIT KO KURIKULUM SK ROKAN
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan Unit Beruniform merupakan antara saluran Pendidikan luar bilik darjah yang sangat
berkesan. Usaha ini adalah bertujuan menangani masalah gejala sosial. Perkhemahan ini diharap akan
dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui
aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka ini akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang sukar diperolehi Ketika di bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan
kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini dkan dapat memberi peluang
kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka di samping mengeratkan hubungan
silaturrahim di kalangan murid dan guru.

2.0 NAMA PROGRAM

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK ROKAN

3.0 MATLAMAT
Perkhemahan Unit Beruniform ini diharap dapat membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan
situasi kehidupan yang mencabar, disamping menerapkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama
lain. Ia juga merupakan satu aktiviti pengukuhan ilmu pendidikan luar serta perkongsian ilmu dan
pengalaman antara unit beruniform Pengakap dan Puteri Islam.

4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini para peserta akan dapat :
4.1 Memperolehi penngalaman yang berguna dalam kehidupan seharian.
4.2 Menyemai semangat bekerja dalam kumpulan.
4.3 Mengukuhkan semangat jati diri.
4.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri.

5.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN


5.1 Tarikh : 29,30 September dan 01 Oktober 2023
5.2 Tempat: Padang Sekolahh SK Rokan
5.3 Masa: 2:30 petang (Jumaat) hingga 1:00 petang (Ahad)

6.0 SASARAN PENYERTAAN


49 orang murid-murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Rokan
 Ahli Pengakap
 Ahli Puteri Islam

perkhemahan UNIT BERUNIFORM sk rokan 2023 2


7.0 BAYARAN PENYERTAAN

Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 30.00 (Tiga Puluh Ringgit Sahaja). Bayaran ini adalah
untuk menampung perbelanjaan seperti :

i. Aktiviti
ii. Makan dan minuman peserta

8.0 JAWATANKUASA INDUK


PENASIHAT : Tn. Hj. Azmin bin Yahya
(Guru Besar)
PENGERUSI : Ustazah Nur Atikah binti Ismail
(Guru Penolong Kanan Ko kurikulum)
NAIB PENGERUSI : Hajah Norhayati binti Abdullah
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Ustaz Norazminordin bin Awang
(Guru Penolong Kanan HEM)
SETIAUSAHA : Pn. Idahyunizah binti Khamis
BENDAHARI: Pn. Nurul Iffah binti Abdol Rahim

9.0 JAWATANKUASA KERJA PELAKSANAAN.

KEM KOMANDAN : Ustaz Mohd Uzaini bin Mad Zaidi


PENOLONG KEM KOMANDAN : Ustazah Nurul Hidayah binti Abdul Rahim

PENYELARAS AKTIVITI

KEMBARA ILMU Pn. Idahyunizah binti Khamis


PENGHAYATAN MALAM (LDK) Ustazah Nur Atikah binti Ismail
PERTANDINGAN MEMASAK Pn. Roshaya binti Ramlan
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN Cik Priyadharshini a/p Ponnaiah
KHEMAH TERBAIK / GAJET Pn. Shalini a/p Selvaraj
KULIAH SUBUH Ustaz Norazminordin bin Awang
JEJAK KOMANDO En. Azrool Afiezie bin Ahmad
SENAMROBIK / SUKANEKA Pn. Nor Fatin Aisha binti Sheffie

perkhemahan UNIT BERUNIFORM sk rokan 2023 3


JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA

PENDAFTARAN & PEMBAHAGIAN KUMPULAN Pn. Nurul Iffah binti Abdol Rahim
PERSIAPAN TEMPAT & SIARAYA Ustaz Mohd Uzaini bin Mad Zaid
MAKANAN & MINUMAN / PERTANDINGAN Pn. Roshaya binti Ramli
MEMASAK
HADIAH & CENDERAHATI Pn. Norhayati binti Abdullah
KAWALAN KESELAMATAN (MALAM) & Pn. Nurul Hidayah binti Abdul Rahim
KECEMASAN
IBADAH / KEROHANIAN Ustaz Norazminordin bin Awang
KEMBARA ILMU Pn. Idahyunizah binti Khamis
PENGHAYATAN MALAM (LDK) Ustazah Nur Atikah binti Ismail
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN Cik Priyadharshini a/p Ponnaiah
GAJET & KAWAD KAKI Pn. Shalini a/p Selvaraj
JEJAK KOMANDO En. Azrool Afizie bin Ahmad
SENAMROBIK / SUKANEKA Pn. Nor Fatin Aisha binti Shefie

10.0 SENARAI TUGAS


10.1 PENGERUSI / KETUA PROJEK
a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan Majlis
c. Merujuk kepada Penasihat

10.2 SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas kesetiausahaan
b. Membuat surat-menyurat dan borang

10.3 BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar dan seperti yang sepatutnya

10.4 KETUA DAN PENOLONG KEM KOMANDO


a. Merancang segala pengisian aktiviti.
b. Memastikan segala aktiviti berjalan lancar dan selamat.

perkhemahan UNIT BERUNIFORM sk rokan 2023 4


10.5 PERALATAN / SIARAYA
a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang semula ke
sekolah dalam keadaan baik.

10.6 KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

10.7 MAKANAN DAN MINUMAN


a. Merancang dan menentukan menu makanan.
b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih.
c. Memastikan urusan semasa makan dan minum berjalan dengan lancar.

10.8 DOKUMENTASI
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan
b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan
d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

10.9 IBADAH
a. Memimpin para peserta solat berjemaah
b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib
c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan / kerohanian

10.10 HADIAH DAN CENDERAHATI


a. Menyediakan hadiah dan cenderahati program

10.11 DISIPLIN PESERTA


a. Mengawal para peserta sudah berada di tapak perhimpunan.

10.12 PENGESAHAN PENDAFTARAN


a. Memastikan para peserta sudah berada di tapak perhimpunan
b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh setiausaha.

perkhemahan UNIT BERUNIFORM sk rokan 2023 5


11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
11. 1 DUIT KO KURIKULUM :
11.2 KUTIPAN MURID : RM 30 X 49 = RM 1470
JUMLAH :

BIL PERKARA KUANTITI RM


1. MAKANAN DAN MINUMAN PESERTA
Minum pagi RM 3:00 X 49 X 2 RM 294
Makan petang RM 3.00 X 49 X 1 RM 147
Makan Tengah hari RM 7.00 X 49 X 2 RM 686
Makan Malam RM 7.00 X 49 X 2 RM 686
2 PERBELANJAAN HADIAH
Tempat Pertama RM 50.00 RM 50.00
Tempat Kedua RM 30.00 RM 30.00
Tempat Ketiga RM 20.00 RM 20.00
Saguhati RM 10.00 X 2 RM 20.00
3. PERBELANJAAN LAIN -LAIN
3.1 Belerang RM 50.00 RM 50.00
3.2 Tali Rafia RM 50.00 RM 50.00
3.3 Biskut (4 Segi) – 2 Tin RM 20.00 X 2 RM 40.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 2073.00

12.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA PERKARA TINDAKAN


Jumaat 2:40 – 3:00 Petang Pendaftaran Peserta AJK Pendaftaran
3:00 – 3:30 petang Taklimat Perkhemahan Kem Komandan
3:30 – 4:30 petang Mendirikan khemah AJK Khemah / Fasilitator
4:30 – 5:00 petang Solat Asar AJK Keagamaan
5:00 – 5:30 petang Minum petang AJK makanan
5:30 – 6:30 petang Sambung mendirikan khemah AJK Khemah / Fasilitator
6:30 – 7:00 malam Makan malam AJK Makanan
7:00 – 9:00 malam Pengurusan diri, Solat Maghrib & AJK Keagamaan
Solat Isyak berjemaah, Tazkirah

perkhemahan UNIT BERUNIFORM sk rokan 2023 6


9:00 – 10:00 malam Penghayatan Malam AJK Penghayatan Malam
10:00 – 10:30 malam Minum malam AJK Makanan
10:30 – 12:00 malam Pembahagian Kumpulan malam AJK Malam Kebudayaan
kebudayaan
12:00 – 5:00 pagi Tidur AJK Keselamatan.

Sabtu 5:00 – 6:00 pagi Pengurusan Diri/ mandi


6:00 – 7:00 pagi Solat Subuh/ Tazkirah AJK Keagamaan
7:00 – 8:00 pagi Senamrobik AJK Kesukanan
8:00 – 8:30 pagi Sarapan pagi AJK Makanan
8:30 – 10:00 pagi Kawad Kaki Ketua Kumpulan
10:00 – 10:30 pagi Rehat
10:30 – 12:30 tengah hari Kembara Ilmu AJK Kembara Ilmu
12:30 – 1:00 petang Makan tengah hari AJK Makanan
1:00 – 2:30 petang Pengurusan diri, Solat Zohor AJK Keagamaan
2:30 – 4:30 petang Pertandingan Memasak AJK Pertandingan Memasak
4:30 – 5:00 petang Solat Asar AJK Keagamaan
5:00 – 6:30 petang Sukaneka AJK Kesukanan
6:30 – 7:00 malam Makan Malam AJK Makanan
7:00 – 9:00 malam Pengurusan diri, Solat Maghrib & AJK Keagamaan
Solat Isyak berjemaah, Tazkirah
9:00 – 12:00 malam Persembahan Malam Kebudayaan AJK malam Kebudayaan
12:00 – 12:30 malam Minum malam AJK Makanan
12:30 – 5:00 pagi Tidur AJK Keselamatan

Ahad 5:00 – 6:00 pagi Pengurusan Diri/ mandi


6:00 – 7:00 pagi Solat Subuh/ Tazkirah AJK Keagamaan
7:00 – 8:00 pagi Senamrobik AJK Kesukanan
8:00 – 8:30 pagi Sarapan pagi AJK Makanan
8:30 – 10:00 pagi Kawad Kaki Ketua Kumpulan
10:00 – 10:30 pagi Rehat
10:30 – 11:30 pagi Sesi Berkemas
12:00 – 12:30 tengah hari Majlis Penutup AJK Majlis Penutup
12:30 – 1:00 Petang Makan Tengah hari AJK Makanan
1:00 petang Pulang

perkhemahan UNIT BERUNIFORM sk rokan 2023 7


13.0 PENUTUP
Diharapkan melalui program yang telah dirancang ini akan dapat melahirkan insan yang kental jiwanya,
bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin tahu berdikari. Pihak jawatankuasa dengan
seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikan objektif perkhemahan ini. Apa yang paling
penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah
disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa
berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan
dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan individua tau
Kumpulan , seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

__________________________ ___________________________

(IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS) (NUR ATIKAH BINTI ISMAIL)


SETIAUSAHA KO KURIKULUM GURU PENOLONG KANAN KO KURIKULUM
SK ROKAN SK ROKAN
73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

Disahkan Oleh:

______________________________________

perkhemahan UNIT BERUNIFORM sk rokan 2023 8

Anda mungkin juga menyukai