Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

HARI ANUGERAH SAHSIAH


2017

KELOLAAN BERSAMA
UNIT KOKURIKULUM & UNIT HEM
SMK LA SALLE SENTUL
1.0 PENDAHULUAN

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan satu unit pengurusan Hal Ehwal Murid yang
berkaitan dengan disiplin, kaunseling, kedatangan murid ke sekolah, kebajikan dan
biasiswa, pengurusan kebersihan dan keceriaan kelas, skim pinjaman buku teks, kesihatan
murid, pengurusan kantin dan keselamatan murid. Majlis Anugerah Sahsiah ini diadakan
bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang telah berjaya
menjalankan tugas dalam bidang Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid dengan cemerlang dan
aktif. Melalui pengiktirafan, dapat menyuntik dorongan dan motivasi kepada murid yang lain
untuk turut bergiat aktif dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan seterusnya
menyumbang idea dan tenaga dalam aktiviti-aktiviti Kokurikulum dan HEM di peringkat
sekolah.

2.0 RASIONAL

Secara rasionalnya, aktiviti-aktiviti dan bidang tugas yang berada di bawah Kokurikulum dan
HEM mampu mendidik individu untuk menjadi insan yang bertanggungjawab terutamanya
kepada murid. Hal ini seterusnya dapat menjadikan mereka seorang insan yang
berketrampilan, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Semua elemen
ini amat penting sebagai persediaan kepada murid sebelum melangkah ke alam dunia
pekerjaan yang sebenar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid yang cemerlang dalam
menjalankan tugas mereka.
3.2 Mendidik murid untuk sentiasa ikhlas dan bertanggungjawab dalam menjalankan
tugas yang diamanahkan.
3.4 Memberi motivasi dan dorongan kepada individu lain untuk turut sama bersungguh-
sungguh dalam menyelesaikan setiap tugas yang diberikan.
3.5 Menyuntik semangat baru dalam kalangan pelajar khusunya murid Tingkatan 5 agar
dapat menghadapi Peperiksaan SPM dengan lebih yakin dan positif.
3.6 Menyemai nilai murni dalam usaha pembentukan sahsiah yang cemerlang
dalam kalangan murid.

4.0 TEMA
SAHSIAH CEMERLANG PENERAJU WAWASAN.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SMK La Salle Sentul.

6.0 TARIKH / TEMPAT


12 OKTOBER 2017 (KHAMIS), 11.30 pagi - 1.00 tengah hari, Dewan SMKLSS.

1
7.0 AHLI JAWATANKUASA

7.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Krishna Kumarie A/P Naidu (Pengetua SMK La Salle Sentul)

Timbalan Pengerusi :En Md Saufian Bin Yaacob (Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1 :En Pian A/L Chen (Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 :En Teon Hock Bin (Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 :Pn Wong Sok Peng (Penolong Kanan Petang)

Penyelaras :Pn Hasniza Binti Ab Aziz

7.2 JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS ANUGERAH HEM 2017

1. Penyelaras Pn Hasniza Bt Ab Aziz

2. Buku Aturcara Pn Fadhilah Binti Shafie

3. Juru Acara Pn Salya Bt Ramli

4. Panel Pemilih/ Pn Nurulaini Binti Abd Khani


Protokol/Jemputan dan Pn Norliza Binti Ibrahim
Sambutan Pn Raja Zanariah Bt Raja Shariff
Pn Suhaida Bt Ismail
5. Penyediaan Sijil
Pn Tengku Nadiah Bt Tengku Ibrahim
6. Penyediaan Hadiah Dan Pn Silvamary A/P Saearimutthu
Cenderamata Pn Sitie Faizah Bt Mohamad
7. PersiapanTempat/ Pn Hasniza Bt Ab Aziz
Backdrop/Hiasan Pn Rabiatuladawiyah Bt Abd Rahman
Pentas/Banner En Mohamad Firdaus Bin Abu Bakar

8. Foto/Dokumentasi Pn Nurul Farida Liyana Bt Nordin

9. Siaraya Cik Lai Siew Khim

10. Bacaan Doa En Mohd Husairi Bt Hassim

11. Jamuan Pn Zunarnie Bt Zulkifli


Pn Noraiddah Binti Abu Bakar
12. Penyelia Peserta/Disiplin
Pn Faizah Binti Masood

13. Persembahan Pn Hasniza Bt Ab Aziz

2
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Sumber Kewangan Harga (RM)


1. PCG - Ko kurikulum RM 1310.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1310.00

Bil Perbelanjaan Harga (RM) Jumlah


1.
Jamuan penerima anugerah RM 5.00 x 100 RM 500.00
2. Piala penerima anugerah
(Kategori Merit Demerit & Kategori Sahsiah RM 12.00 X 10 RM 120.00
Terpuji)
3.
Hadiah Penerima Anugerah Khas RM 30.00 X 2 RM 60.00
4. Hamper
(Kategori Kelas Terbaik Sesi Pagi Dan RM 100.00 X 2 RM 200.00
Petang)
5. Pengurusan :
 Percetakkan sijil RM 1.50 X 200 RM 300.00
 Banner / bunting RM 30.00 x1 RM 30.00
 Hiasan dewan RM100.00 RM100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1310.00

9.0 TENTATIF PROGRAM

11.30 Pagi Perserta mengambil tempat masing-masing.


Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan Doa
Persembahan Tarian Selamat Datang
Ucapan Puan Pengetua SMK La Salle Sentul
Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK La Salle Sentul
Ucapan Tetamu Kehormat
12.00 Tengah hari Penyampaian Anugerah
 Sijil Pengawas Sekolah
 Sijil Pengawas Pusat Sumber
 Sijil Pengawas Media
 Sijil Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
 Anugerah Guru, Staf dan Pekerja Swasta
Persembahan Koir
 Anugerah KehadiranTerbaik
 Anugerah Kehadiran Terbaik untuk Tiga Tahun Berturut-turut
 Anugerah Kelas Terbersih
 Anugerah Merit Tertinggi
 Anugerah Sahsiah Terpuji
Penyampaian cenderamata kepada Tetamu Kehormat
1.00 Tengah hari Jamuan dan Bersurai

3
9.0 PENUTUP

Akhir sekali diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan dan sokongan pengetua
untuk melancarkan majlis yang dirancang ini. Diharapkan agar majlis ini berjalan lancar
dan sempurna.

Disediakan oleh , Disemak oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________________ ________________________


( Pn Hasniza Binti Ab Aziz) (En Md Saufian Bin Yaacob) (Pn Krishna Kumarie A/P Naidu)
Setiausaha HEM Penolong Kanan HEM Pengetua
SMK La Salle Sentul SMK La Salle Sentul SMK La Salle Sentul

Anda mungkin juga menyukai