Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA MAJLIS APRESIASI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN

KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) SESI 2022/2023


SEKOLAH KEBANGSAAN KUCHELONG
16370 BACHOK, KELANTAN.

1.0 PENGENALAN

Majlis Apresiasi dan Jamuan Akhir Tahun ini diadakan bagi memberi penghargaan dan
pengiktirafan kepada guru-guru dan murid-murid yang telah menunjukkan prestasi yang baik
dan cemerlang sepanjang Kelas KAFA bagi sesi 2022/2023. Kecemerlangan guru adalah
berdasarkan komitmen dan kesungguhan dalam menjalankan amanah sebagai pendidik
manakala murid pula diambil berdasarkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir
Tahun yang lepas. Peperiksaan Akhir Tahun merupakan salah satu medium pentaksiran yang
berasaskan konsep pengujian bagi mengenalpasti tahap kecemerlangan murid yang
mencerminkan perkembangan dan kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan negara.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Mulk, ayat 2:


ِ ْ ‫الَّ ِذي خلَق الْموت و‬
ُ ‫َح َس ُن َع َم اًل َوُه َو الْ َع ِز ُيز الْغَ ُف‬
‫ور‬ ْ ‫اْلَيَاةَ ليَْب لَُوُك ْم أَيُّ ُك ْم أ‬ َ َ َْ َ َ
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan
keadaan kamu : Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa
(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

Justeru, kecemerlangan guru dan murid harus diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah supaya
dapat menjadi motivasi dalam diri setiap warga. Semoga anugerah yang diterima akan menjadi
pemangkin kepada semua pihak, khususnya warga SK Kuchelong bagi mencapai kejayaan yang
lebih gemilang dan terbilang. Sokongan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi
merancakkan lagi usaha melahirkan modal insan yang berkualiti demi kemajuan agama, bangsa
dan negara.

2.0 MATLAMAT

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru dan murid-murid yang telah
menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang dalam aspek komitmen, integriti, akademik dan
sahsiah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid yang cemerlang.


3.2 Memupuk emosi murid untuk berazam ingin maju, berkeinginan bersaing secara sihat
menuju kejayaan setanding dengan orang telah berjaya.
3.3 Membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang positif.
3.4 Mengeratkan kerjasama antara ibu bapa murid dengan pentadbiran sekolah dan guru-
guru.
3.5 Membina dan memupuk semangat kerjasama, berketerampilan dan muhibah dalam
kalangan warga sekolah.
4.0 SASARAN

Semua guru dan murid KAFA SK Kuchelong dari tahun 1 hingga tahun 5.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 14 Februari 2023


Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Dewan Wawasan, SK Kuchelong

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Ruzaini binti Ab. Sattar


(Guru Besar SK Kuchelong)

Penyelaras : Cik Zuhaili Arinah binti Mohamad Zabhi

Timb. Penyelaras : Puan A’idah binti Abd Aziz

Setiausaha : Cik Nor Hidayah binti Esa @ Zawawi


En. Mustaffa Ikmal bin Aman

Bendahari : Pn. Hasiah binti Rijal


Pn. Nor Hayati binti Mohamed

7.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penasihat
Puan Ruzaini binti Ab. Sattar
Pengerusi
Cik Zuhaili Arinah binti Mohamad Zabhi
Naib Pengerusi
Puan A’idah binti Abd Aziz
Setiausaha
Cik Nor Hidayah binti Esa @ Zawawi
Bendahari
Puan Hasiah binti Rijal

JK Pengumpulan Data JK Laporan


En. Mustaffa Ikmal bin Aman Cik Nor Hidayah binti Esa @ Zawawi
Cik Zuhaili Arinah binti Mohamad Zabhi

Pembaca Doa Pengacara Majlis


En. Mustaffa Ikmal bin Aman Cik Nor Hidayah binti Esa @ Zawawi

JK Buku Program JK Sijil, Hadiah & Cenderamata


Cik Zuhaili Arinah binti Mohamad Zabhi Pn. Hasiah binti Rijal
Pn. Norzawati binti Zakaria Pn. A’idah binti Abd Aziz
Pn. Jamilah binti Ismail
Pn. Maimun binti Mohammad Nor

JK Persiapan Tempat/ Backdrop JK Kawalan Murid


Semua Guru KAFA Pn. Norhayati binti Mohamed
Pn. Rosnani binti Mat
Pn. Zarila binti Ismail

JK Jamuan JK Perakam Peristiwa


Semua Guru KAFA En. Mustaffa Ikmal bin Aman

8.0 ATUR CARA MAJLIS

1.30 petang : Solat Zuhur Berjemaah di surau

2.00 petang : Semua murid berada di dewan

2.15 petang : Ucapan aluan


: Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kelantan, Lagu Sekolah, Asmaul
Husna
: Bacaan doa

2.30 petang : Ucapan Cik Zuhaili Arinah binti Mohamad Zabhi


(Penyelaras KAFA SK Kuchelong)

2.45 petang : Ucapan Perasmian


Puan Ruzaini binti Ab. Sattar
(Guru Besar SK Kuchelong)

3.00 petang : Persembahan Murid


: Penyampaian Hadiah Kecemerlangan
: Penyampaian Hadiah Terbaik Kehadiran Murid
: Penyampaian Hadiah Terbaik Kehadiran Guru
: Penyampaian Hadiah Terbaik BRM

4.30 petang : Jamuan / Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH SUMBER


1 Hadiah Kecemerlangan Murid
Tempat pertama
RM 6 X 11 orang = RM 72
Tempat kedua RM 180 TABUNG GURU
RM 5 X 11 orang = RM 60
Tempat ketiga
RM 4 X 11 orang = RM 48
2 Terbaik Kehadiran
RM 64 TABUNG GURU
RM 4 X 16 orang = RM 64
3 Hadiah Terbaik Kehadiran Guru
RM 10 TABUNG GURU
RM 5 X 2= RM 10
4 Hadiah Terbaik BRM
RM 5 TABUNG GURU
RM 5 X 1 = RM 5
5 Jamuan
Bihun Goreng
RM 30 X 12 = RM 360
Air minuman RM 430 TABUNG GURU
RM 20
Buah Limau
RM 25 x 2 = RM 50
JUMLAH KESELURUHAN RM 689

10.0 SUMBER KEWANGAN


1. Tabung Guru - RM 689.00

11.0 PENUTUP
Diharapkan program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga segala
usaha murni ini memberi manfaat kepada semua dan mendapat sokongan daripada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Diharapkan juga objektif dan matlamat
program ini tercapai.

Disediakan oleh:
............................................
(NOR HIDAYAH BINTI ESA @ ZAWAWI)
Setiausaha Program
Kafa SK Kuchelong

Disemak oleh:
............................................
(ZUHAILI ARINAH BINTI MOHAMAD ZABHI)
Penyelaras KAFA
SK Kuchelong

Disahkan oleh:
............................................
(RUZAINI BINTI AB. SATTAR)
Guru Besar
SK Kuchelong

Anda mungkin juga menyukai