Anda di halaman 1dari 8

SK JALONG

31100, SUNGAI SIPUT (U)


PERAK

“Majlis Sulaman Kasih,


Junjungan Budi”
Sempena Persaraan

En. Abdul Wahab bin Mohd Arshad


Guru Besar
SK Jalong

01.12.2022 (Khamis)
8:30 pagi
Dewan Terbuka,
SK Jalong
Sekapur Sirih

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana dipilih untuk menjadi
seorang pendidik dan berbakti dalam bidang Pendidikan selama 33 tahun.
Pelbagai kenangan pahit manis yang telah saya lalui selama bergelar pendidik dari
sekolah biasa hingga berpeluang bertugas di daerah pedalaman masyarakat Orang Asli
selama hampir 20 tahun. Menjadi seorang pendidik bukanlah cita-cita asal saya kerana
saya berada dalam lingkungan keluarga tentera dan keinginan menjadi seorang tentera
lebih tersemat di hati dan bapa saya sendiri seorang Pegawai RELA di Daerah Sg Siput di
masa itu. Namun Allah memilih saya untuk menjadi seorang pendidik hingga menjawat
jawatan pentadbir sekolah iaitu Jawatan Guru Besar. Ini suatu kurniaan yang amat saya
syukuri.
33 tahun ini bukanlah suatu jangka masa yang pendek kerana cabaran dalam
Pendidikan masa kini memerlukan banyak komitmen yang tinggi. Namun semua ini dapat
diharungi kerana adanya sokongan dari pelbagai pihak terutamanya keluarga. Untuk itu
saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga
kepada Tuan PPD Kuala Kangsar yang sentiasa mendorong, pegawai-pegawai PPD yang
sangat membantu, rakan-rakan Guru Besar yang sentiasa berkongsi maklumat dan ilmu,
guru-guru penolong kanan yang sentiasa berganding bahu, guru-guru yang sangat
komited, kakitangan sokongan yang tidak berkira tenaganya, AJK PIBG dan ibu bapa yang
sentiasa bekerjasama dan murid-murid yang tidak jemu menimba ilmu kerana tanpa
mereka saya tidak akan berada disuasana sejahtera pada hari ini.
Selepas ini saya pasti sangat merindui riuh rendah alam persekolahan dengan keletah
murid yang berbagai ragam, senda gurau guru-guru dan staf sokongan di SK Jalong ini.
Kepada guru-guru yang disayangi, teruskanlah khidmat bakti dengan hati yang ikhlas
semoga Allah balas dengan pahala yang berpanjangan. Saya berdoa agar kita semua
sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatanNya. Amin yarabbillalamin.

Sekian, terima kasih.


“SKJ MUMTAZ”

En. Abdul Wahab bin Mohd Arshad


Guru Besar SK Jalong
Atur Cara Majlis
8:30 Pagi - Ketibaan para jemputan dan tetamu kehormat
(Pendaftaran dan menandatangani buku Autograf)
9:00 Pagi - Ketibaan yang diraikan
Encik Abdul Wahab bin Mohd Arshad
Guru Besar SK Jalong
9:10 Pagi - Perarakan masuk ke Dewan Terbuka
Guru Besar bersama para tetamu kehormat
diiringi pentadbir dan YDP PIBG.
9:15 Pagi - Alunan Asma Ul Husna
- Nyanyian lagu Negaraku
- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Bacaan ayat suci Al-Quran
- Ucapan Penolong Kanan
- Ucapan Yang Diraikan
Encik Abdul Wahab bin Mohd Arshad
Guru Besar SK Jalong
- Persembahan Multimedia
- Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah
Encik Safuan Bin Haji Raba’ai , PPT
- Persembahan Murid
Deklamasi Sajak
Koir "Jasamu Dikenang"
- Penyampaian Sijil Penghargaan Perkhidmatan
- Penyampaian hadiah
- Jamuan
- Bersurai
Biodata
Nama penuh : Abdul Wahab bin Mohd Arshad
Tarikh lahir : 19.11.1964
Tempat lahir : Kg. Changkat Nering, Tali Api, Trosor.
Bilangan adik beradik : 10 orang (anak ke empat)
Perkahwinan :
Pertama : 2.11.1991 – 18.8.2000
(isteri telah meninggal dunia )
Kedua : 15.9.2021 – sekarang
Bilangan anak : 5 orang cahaya mata
1 orang lelaki dan 4 orang perempuan

Latar belakang Pendidikan


1971 – 1976 : SK RKT Lasah.
1977 - 1981 : SMK RLKT Lasah.
1982 - 1983 : Institut Harapan, Taiping. (Tingkatan 6)
1985 - 1986 : Institut Latihan Perindustrian
1987 – 1989 : Maktab Perguruan Batu Rakit, Terengganu.
(SIJIL PERGURUAN – MATEMATIK)
2006 – 2007 : Institut Aminuddin Baki (IAB) - NPQS
2007 – 2009 : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
IJAZAH PENGURUSAN PENDIDIKAN (EKONOMI)
Sejarah Perkhidmatan

04.12.1989 - 31.12.1989
Guru Sandaran Terlatih C3
Sekolah Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U)

01.01.1990 - 31.12.1996
PPBS DG29
Sekolah Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U)

01.01.1997 - 31.12.2010
PPBS DG29 (01.01.1997 - 31.12.2002)
PPBS DG32 (01.11.2004 - 31.07.2004)
PPPS DG41 (01.08.2009 -31.12.2010)
Sekolah Kebangsaan Chenein, Sungai Siput (U)

01.01.2011 - 24.05.2015
PPPS DG41 (01.01.2011 - 31.07.2014)
PPP DG44 (01.08.2014 - 24.05.2015)
Sekolah Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U)

25.05.2015 - 30.09.2016
PPP DG44 - Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pos Poi, Sungai Siput (U)

01.10.2016 - 10.07.2018
PPP DG44 - Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pos Legap, Sungai Siput (U)

11.07.2018 - 01.12.2022
PPP DG44 - Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jalong, Sungai Siput (U)

01.08.2022

Dalam proses permohonan DG48


Sejarah Pengalaman Mengajar
Matematik : 5 Tahun
Sains : 6 Tahun
Bahasa Melayu : 3 Tahun
Pendidikan Jasmani : 2 Tahun
Pendidikan Kesihatan : 2 Tahun
Pendidikan Seni Visual : 1 Tahun 1 Bulan
Pendidikan Moral : 6 Bulan

Anugerah & Pencapaian


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2000
( Sekolah Kebangsaan Chenein )

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019


( Sekolah Kebangsaan Jalong )

Pencapaian Tertinggi Sepak Takraw


Pengadil Peringkat Kebangsaan Kejohanan Grand Prix
Kebangsaan & MSSPK di Terengganu Tahun 2015

Pengurus PSKPP Peringkat Negeri


Johan Negeri (2022)
Naib Johan (2017, 2018, 2019)

Pengelola Penganjuran Kejohanan Sepak Takraw Piala


Menteri Besar Perak
Jawatankuasa Majlis
JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi. : Encik Anuar bin Abdul Aziz


( Penolong Kanan Pentadbiran )
Timb. Pengerusi. : Puan Asarussita binti Mohamed Noor
( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 1. : En. Mohd Rokani bin Abdul Rahman
( Penolong Kanan Ko Kurikulum )
Naib Pengerusi 2. : Pn. Zainoriah binti Ramin
(Kelab Guru dan Staff Sokongan)
Setiausaha. : En. Mohd Fariz Shah bin Mohd Rofie
Bendahari : Pn. Rahmah Binti Abdul Hir

JAWATANKUASA
PELAKSANA

KAD JEMPUTAN/BUKU PROGRAM AUTOGRAF/HADIAH


Puan Siti Soffiah binti Anuar Puan Nur Syuhada binti Abdul Aziz
Cik Kanthimathi a/p Samudi @ Raju
PENGACARA
Puan Zainoriah binti Ramin PENTAS / PELAMIN
Ustaz Muhammad Ikmal Nassir bin Zulkifli Puan Noorlynda binti Kamari
Puan Zorani binti Ismail@Musa
SIARAYA Puan Hajah Rozita binti Abdul Jalal
Ustaz Muhammad Ikmal Nassir bin Zulkifli Puan Nor Afizah binti Safiai
En. Mohd Fariz Shah bin Mohd Rofie
BACKDROP/BUNTING
GOODIES/CENDERAHATI En. Mohd Fariz Shah bin Mohd Rofie
Puan Rahmah binti Abdul Hir
Puan Rashidah binti Abd Karim MONTAJ
Puan Nor Ashikin binti Ismail En. Mohd Fariz Shah bin Mohd Rofie

JAMUAN
Puan Zubaidah binti Husain PERSEMBAHAN MURID
Puan Noriyah binti Paitin Puan Nur Syuhada binti Abdul Aziz

SUSUN ATUR DEWAN/ TEMPAT MAKAN JURUFOTO


Puan Ruslina binti Muhammad Puan Noorlynda binti Kamari
Puan Toh Ting Eong
Penghargaan
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat menjayakan
”Majlis Sulaman Kasih, Junjungan Budi”

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di Gerai Siti;
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.
Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

“Selamat Bersara”
EN. ABDUL WAHAB BIN MOHD ARSHAD
(04.12.1989 - 01.12.2022)

Anda mungkin juga menyukai