Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN

Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan
yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat
penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa
guru-guru.

Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak
bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan
yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas
yang dipertanggungjawabkan.

RASIONAL

Sambutan hari guru peringkat sekolah pada tahun ini adalah selaras dengan hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengangkat tahap kemeriahan sambutan
Hari Guru di setiap sekolah. Sambutan ini juga dirancang bagi meningkatkan
lagi kesedaran masyarakat terhadap peranan, jasa dan pengorbanan guru serta dapat
mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru dan mengenali sesama rakan sekerja
serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul selama ini di sekolah

MATLAMAT

Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan
jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan.
Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di
masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.
OBJEKTIF

Antara objektif sambutan hari guru adalah seperti berikut :

 Menghargai jasa para pendidik yang telah banyak berkorban untuk


memastikankecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah.
 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta menyedarkan golongan
pendidik bahawa peranan mereka adalah besar dalam pembangunan modal
insan dan negara.
 Menyampaikan hasrat dan harapan pengurusan dan pentadbiran sekolah
kepada semuaguru.
 Menyampaikan hasrat dan harapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan
MenteriPelajaran Malaysia
 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
 Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
 Mendidik pelajar supaya menghargai dan menghormati guru.

TEMA

“Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”

KUMPULAN SASARAN

Semua Guru, Kakitangan dan murid

TARIKH PELAKSANAAN

18 Mei 2015 (Isnin)

TEMPAT

SK Ladang Harvard
JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT
Encik Iskandar bin Siji (Guru Besar)

PENGERUSI
Encik Mohd Lizam bin Tubi (PK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI
Encik Jasmee bin Sampol (PK Pentadbiran)
Encik Ahmad Izham bin Hj. Ismail (PK HEM)

SETIAUSAHA
Puan Shahirah binti Kholib

BENDAHARI
Puan Ummuhani binti Johar

JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA PERALATAN
Encik Imran bin Daud
Encik Mohd Lizam bin Tubi

JAWATANKUASA DISIPLIN MURID


Encik Ahmad Izham bin Hj. Ismail
Cik ‘Ainun bin Muhamad
JAWATANKUASA HADIAH
Puan Rahimunrizah binti Abd Rahman
Puan Ummuhani binti Johar

SIARAYA
Encik Tan Chin Aik

BACAAN DOA
Encik Jasmee bin Sampol

JAWATANKUASA MAKANAN / MINUMAN


Puan Khoiriah binti Md Isa
Puan Ummuhani binti Johar
Puan Nor’ain binti Ismail
Puan Aini Sabariah binti Yaacob

JAWATANKUASA SUKANEKA
Encik Imran bin Daud
Encik Mohd Lizam bin Tubi

JAWATANKUASA DOKUMENTASI/ BROSUR


Puan Shahirah binti Kholid
Puan Siti Diyana binti Mustapa Kamal

JAWATANKUASA PERSEMBAHAN MURID


Semua guru kelas Tahun 1 –6

JURUGAMBAR
Encik Mohamad bin Muda
 

 
TENTATIF PROGRAM
 

7.45 pg : Perhimpunan Khas Sempena Hari Guru

 
: Semua guru dan murid berkumpul di dataran sekolah.
 
: Bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Jasmee bin Sampol.
 
: Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ & Lagu ‘Allah Selamatkan Sultan’

: Ucapan Wakil Murid oleh Athirah Khairina binti Shamsul.


 
: Ucapan Wakil Guru oleh Encik Jasmee bin Sampol.
 
: Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh
Encik Ahmad Izham
 
: Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh En. Mohd Lizam
 
: Ikrar Hari Guru
 
: Lagu ‘Guru Malaysia’
 
: Pertukaran hadiah antara guru

: Penyampaian hadiah murid kepada guru


 
9.00 pg : Acara Sukaneka Hari Guru
 
10.00 pg : Jamuan murid
 
10.30 pg : Persembahan murid
 
11.30 pg : Bersurai
 
12.00 tgh : Jamuan tengah hari guru dan staf di
Hotel Harvard
 
2.30 ptg : Kursus LDP Bowling di Sejati Bowl Centre,
Taman Sejati, Sungai Petani.
 
4.00 ptg : Bersurai
 
KEWANGAN / BELANJAWAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. Makanan dan minuman murid RM 210.00
2. Banner RM 60.00
3. Bil Pasar Mini Aman Jaya RM 20.20
4. Hamper & Gift Guru RM 169.50
5. Makan Tengahari Guru di Hotel Harvard RM 381.60
6. Bayaran Bowling RM 179.60
JUMLAH RM 1020.90

SUMBER KEWANGAN DIPEROLEHI DARIPADA BADAN KEBAJIKAN STAF (BKS)


SEPENUHNYA IAITU SEBANYAK RM 1020.90 ( RINGGIT MALAYSIA RIBU SATU PULUH
DUA SEN SEMBILAN PULUH)

PENUTUP

Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran


masyarakat terhadap peranan, jasa dan pengorbanan guru serta dapat mengeratkan
hubungan dikalangan guru-guru dan mengenali sesama rakan sekerja serta
menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul selama ini di sekolah.

Disediakan oleh ; Disahkan oleh ;

_______________ _______________

(SHAHIRAH BINTI KHOLIB) (ISKANDAR BIN SIJI)

Setiausaha Kokurikulum, Guru Besar,

SK Ladang Harvard. SK Ladang Harvard.

Anda mungkin juga menyukai