Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA MAJLIS RESTU ILMU SPM KOHORT 2021

1.0 PENDAHULUAN

Ilmu merupakan perkara yang paling utama diperolehi murid semasa berada di sekolah
sepanjang sesi persekolahan. Apa yang diberikan atau disampaikan adalah untuk membantu
murid dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah serta
kokurikulum. Oleh itu, restu dari seorang guru sangat penting agar apa yang diperolehi oleh
seseorang murid itu diberkati dan murid dapat menjawab soalan dengan baik semasa
peperiksaan. Tanpa majlis restu ilmu sebenarnya tidak bermakna seorang guru itu tidak
menghalalkan apa yang telah diberikan kepada semua murid. Namun, secara simboliknya majlis
ini diadakan agar murid berkesempatan untuk memohon maaf atas kesalahan yang telah
dilakukan dan memohon restu guru. Selain itu, ianya memberi peluang kepada guru-guru untuk
memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada murid sebelum menduduki peperiksaan.

2.0 MATLAMAT

Progam ini diharap memberi peluang kepada semua murid dan guru untuk bersemuka bagi
memohon restu serta memberi restu.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Murid menyedari tentang kepentingan restu daripada guru.
3.2 Murid mengambil peluang sebaik mungkin untuk memohon maaf serta restu dari
semua guru.
3.3 Guru dapat memberi semangat dan dorongan kepada semua murid.
3.4 Semangat murid untuk terus berusaha dapat dipupuk dalam mencapai
kecemerlangan.

4.0 SASARAN

Semua murid SPM kohort 2021

5.0 ANJURAN BERSAMA

5.1 Unit Kurikulum


5.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling

6.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 17 Februari 2022


Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi -09.00 pagi
Tempat : Gelanggang Serbaguna Terbuka, SMK Salor
7.0 ATURCARA MAJLIS RESTU ILMU

Hari Masa Aktiviti


(Tarikh)
7.30 pagi  Murid berkumpul di Gelanggang Serbaguna Terbuka, SMK Salor
17.02.2022  Bacaan Yassin
(Khamis)  Solat Hajat
 Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Sekolah
 Bacaan doa
 Ucapan wakil murid SPM
 Ucapan wakil guru
 Ucapan taklimat disiplin
 Ucapan Tuan Pengetua
 Penyampaian alat tulis kepada murid
 Bersurai

8.0 AHLI JAWATANKUASA

8.1 Ahli Jawatankuasa Induk


Penasihat : Dr. Hjh. Ruslina binti Yaacob (Pengetua)
Pengerusi : En. A’zri bin Mohamed (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Tn. Hj. Ramlan bin Resad (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II : Pn. Nur Hasyilla binti Hasmi (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Faridah binti Awang (GKB)
Setiausaha : Pn. Syafira binti Che Razak (GBKSM)
Pen. Setiausaha : Pn. Jawahir binti Abdullah (GBKSM)
AJK : En. Zulhairi bin Zakaria (GKSM)
: Pn. Yuslawati binti M. Yusman (GKSS)
: Tn. Hj. Ab. Aziz bin Yusof (GKTV)

8.2 Ahli Jawatankuasa Kerja


JK Pengacara Majlis : En. Mohd Zulkifli bin Ramli
: Pn. Rosniza binti Mohamad
JK Bacaan Yassin : Tn. Hj. Ab Halim bin Mat Jusoh
JK Solat Hajat : Tn. Hj. Shukri bin Harun
JK Persiapan tempat : En. Mohd Shukri bin Ab Wahab
: En. Mohd Azman bin Ariffin
: Pn. Faridah binti Taib
JK Siaraya : En. Amali bin Ahmad
: YM Tengku Yunus bin Raja Umar
JK Agihan Kismis : Pn. Hasnah binti Ab Rahman
: Pn. Fitriah binti Bakar
JK Buku Program : Pn. Fatimah binti Ismail
JK Jurugambar : Pn. Raizul Azwanis binti Ab Rashid
: En. Mohaswari bin Muhamad
JK Dokumentasi : Pn. Syafira binti Che Razak
JK Alat Tulis : Pn. Jawahir binti Abdullah
: Pn. Ruhani binti Mat Jusoff
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER PENDAPATAN

Rujuk Lampiran

10.0 PENUTUP

Diharap program ini akan memberi kesan yang begitu mendalam dalam diri setiap murid untuk
terus berusaha dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik sekaligus
meningkatkan pencapai sekolah dalam bidang akademik khususnya. Jika dihayati pengisian
program, ianya adalah salah satu cara untuk memberi keinsafan kepada murid dan memberi
impak dalam diri setiap murid untuk mempunyai nilai penghargaan terhadap sesuatu yang
diperolehi. Jadi, diharap guru dan murid sama-sama mengambil peluang dalam majlis ini untuk
memohon maaf dan menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada semua murid yang
bakal menduduki SPM nanti.

Disediakan oleh,

................................................
Syafira binti Che Razak
GBKSM
SMK Salor

Disemak oleh,

.....................................................
A’zri bin Mohamed
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Salor

Disahkan oleh,

..........................................................
Dr. Hjh. Ruslina binti Yaacob Pengetua
SMK Salor
Lampiran Anggaran Perbelanjaan Dan Sumber Pendapatan

Bil. Item Anggaran Jumlah item Jumlah Sumber pendapatan


kos seunit anggaran
(RM) kos (RM)

1. Air Mineral 1.00 113 orang 113.00 Koperasi SMK Salor

2. Kismis murid 30.00 2 kilogram 60.00

JUMLAH (RM) 173.00 173.00

Anda mungkin juga menyukai