Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH KEBANGSAAN PERAMU JAYA,

26600 PEKAN, PAHANG.

KERTAS KERJA CADANGAN


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN &
GRADUASI PRA SEKOLAH 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN PERAMU JAYA
PENDAHULUAN

Sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid dari pelbagai aspek perkembangan


terutama dalam aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid pula
mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan dan
seterusnya membuktikan sekolah sebagai institusi pendidikan yang berwibawa dan berjaya.
Oleh itu, segala kecemerlangan yang dicapai oleh murid wajar diberi pengiktirafan oleh
pihak sekolah. Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Pra Sekolah merupakan
agendatahunan sekolah yang merupakan satu medium bagi pihak sekolah meraikan murid
murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan.
Adalah menjadi harapan, pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid
untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun
berikutnya. Di samping itu, Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Pra Sekolah juga
adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat
setempat.

MATLAMAT

1. Memberi penghargaan kepada murid murid yang cemerlangnserta berpotensi


dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan.
2. Memupuk emosi murid murid agar berazam untuk maju, berkeinginan bersaing
secara sihat menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.
3. Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat
positif.
4. Mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri,
individu yang berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran.
5. Mengeratkan kerjasama antara ibu bapa atau penjaga murid dengan pihak
pentadbiran sekolah dan guru guru.
6. Membina dan memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama, berketrampilan,
bersatu padu dan muhibah antara rakan.

OBJEKTIF

1. Mengumpulkan warga sekolah dan ibu bapa untuk meraikan murid murid yang
mencapai kecemerlangan
2. Memberi pengiktirafan kepada murid murid yang telah mencapai keputusan yang
cemerlang dalam bidang akademik
3. Mengeratkan silaturahim dan hubungan baik antara ibu bapa dan warga sekolah
PELAKSANAAN

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Pra Sekolah kali ini akan diadakan pada:

Tarikh : 19 NOVEMBER 2015

Hari : Khamis

Masa : 8.00 pagi 12.35 tengahari

Tempat : Dewan SKPJ

SASARAN

Semua murid Pra Seklah, Tahun 1 hingga Tahun 6, guru guru Sekolah Kebangsaan Peramu
Jaya, wakil PIBG, ibu bapa dan penjaga.

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran A

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran B

BIDANG TUGAS

Rujuk Lampiran C

KATEGORI ANUGERAH DAN CADANGAN HADIAH

Rujuk Lampiran D

ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran E

SUMBER KEWANGAN

PIBG SK Peramu Jaya

PENUTUP

Semoga majlis ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan dengan lancar
serta mampu melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
merealisasikan matlamat dan harapan negara. Semoga segala usaha dan sumbangan yang
ikhlas ini mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................... ...........................................

(PN NURUL ASHIKIN BT ZAKARIYA) (EN AHMAD SAUFI B MD DAUD)

Penyelaras Majlis dan Upacara Sekolah, GPK Kokurikulum,

SK Peramu Jaya, Pekan SK Peramu Jaya, Pekan

Disahkan oleh,

.....................................

(PN SHARIPAH HADIBAH BT HABIB NOH)

Guru Besar,

SK Peramu Jaya, Pekan


LAMPIRAN A

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN


GRADUASI PRA SEKOLAH 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN PERAMU JAYA

Tarikh : 19 November 2015


Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi 12.35 tengahari
Tempat : Dewan SKPJ

TENTATIF PROGRAM:

Masa Acara
8.00 pagi Ketibaan para jemputan dan ibu bapa
Nyanyian Lagu Negaraku
Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan wakil PIBG
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
Persembahan Multimedia
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan (Tahap 1)
Kedudukan Dalam Kelas (Tahun 1 Tahun 3)
Matapelajaran Terbaik
Peningkatan Prestasi
Kedatangan Penuh
8.30 pagi
Persembahan Murid

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan (Tahap 2)
12.35 tengahari
Kedudukan Dalam Kelas (Tahun 4 Tahun 6)
Matapelajaran Terbaik
Peningkatan Prestasi
Kedatangan Penuh
Penyampaian Anugerah Cemerlang 5A UPSR (Tahun 6)
Penyampaian Anugerah Khas Kokurikulum
Graduasi Pra Sekolah
Penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum SK Peramu Jaya 2015
Penyampaian Anugerah Tokoh Murid SK Peramu Jaya 2015
Jamuan ringan
Bersurai
LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRA SEKOLAH 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN PERAMU JAYA

PENGERUSI : PN SHARIPAH HADIBAH BT HABIB NOH


TIMBALAN PENGERUSI 1 : EN AHMAD SAUFI B MD DAUD
TIMBALAN PENGERUSI 2 : PN HAJAH ROSLAWATI BT SAADON
TIMBALAN PENGERUSI 3 : EN MOHD ROSDI B MOHD DAWI
SETIAUSAHA : PN ROHAIZA BT HAMZAH
PENYELARAS : PN NURUL ASHIKIN BT ZAKARIYA
BENDAHARI : PN ZURAIDAH BT BAHARUDDIN
PENGERUSI MAJLIS

Pn Jalalillah binti Mauludin


Pn Siti Ainon Azura binti Sheikh Mohd Yusop

BACAAN DOA

En Muhamad Abu Bakar bin Nordin

SIARAYA

En Hanafi bin Hamzah (K)


En Azhar bin Aziz

PANEL PEMILIHANAN PENERIMA ANUGERAH

Guru Kelas & Penyelaras Tahun 1 Tahun 6


Pn Rohaiza binti Hamzah (Anugerah Khas Kokurikulum & Tokoh Kokurikulum)
Pn Nor Azizan binti Mohd Hashim (Anugerah Tokoh Murid)

PENYELARAS NAMA PENERIMA ANUGERAH

Pn Marlisa binti Mohamad (K)


Pn Intan Azlina binti Adnan
Pn Nor Jamaliah binti Mohd Yunus

PENGURUSAN HADIAH

Pn Zuraidah binti Baharuddin (K)


Pn Siti Aishah binti Ismail
Pn Nurasikin binti Malek
Cik Siti Khadijah binti Hasmuni
PENGURUS PENERIMA ANUGERAH

Pn Nor Azizah binti Ab Rahim (K)


Pn Noormanira binti Mohd
Pn Hajah Jamilah binti Sukarso
Cik Nur Aida binti Md Razali

PENGURUSAN HADIAH DI PENTAS

Pn Sharmila binti Latef (K)


Pn Fatimah binti Jusoh
Pn Syarifah Sharizan binti Sayed Hasan
Cik Nadhirah binti Roziaizan

KAWALAN MURID

En Marzuki bin Ab Ghani (K)


En Mohd radzi bin Zakaria
En Mohd Ikram bin Zainudin
En Zarirudin bin Ab Manan

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

En Razali bin Anim (K)


Pn Nor Jannah binti Yunus @ Junus

PERSEMBAHAN MURID

Pn Junaidah binti Abd Rahman Zahari

JURUFOTO

En Roshidi bin Sahari

PERSIAPAN TEMPAT

Encik Kamal Bahry bin Dato Ibrahim (K)


En Mohd Suhairi bin Che Sudin
En Zulkifli bin Mamat
Pekerja Lelaki Swasta Sekolah

BACKDROP/HIASAN PENTAS

Pn Nurahaslina binti Abd Ghani (K)


Pn Roslina binti Awang
BUKU PROGRAM

Pn Shahizatul Asma binti Ibrahim (K)


Pn Shahfizan binti Che On @ Harun
Pn Zamilah binti Abdul Manaf

SURAT JEMPUTAN

En Azreil Shazwan bin Yahya (PIBG)


Pn Hajah Faridah binti Yusof (Ibu bapa/Penjaga)

PENGURUSAN MURID GRADUASI PRA SEKOLAH

Pn Nor Zaimah binti M Nor


Pn Rahaidawiah binti Masood
Pn Saidatul Baktiah binti Abd Razak
Pembantu pra sekolah

PENDAFTARAN IBU BAPA DAN PENJAGA

Cik Malia Irdawatie binti Khairuddin (K)


Pn Azlia Alias
Pn Azlina Haryani binti Mohamed Shah

JAMUAN VIP DAN GURU

Pn Zawati binti Awang (K)


Pn Ramizar binti Abdul Rahim

JAMUAN IBU BAPA DAN PENJAGA

Pn Zuraida binti Zainal Abidin (K)


Pn Hajah Huzaifah binti Abdul Jalil
Pn Zaini binti Abd Karim

KESELAMATAN DAN KAWALAN LALU LINTAS

Pengawal Keselamatan Sekolah

KEBERSIHAN

Pekerja Perempuan Swasta Sekolah


LAMPIRAN C

BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL TUGAS BIDANG TUGAS


1 Pengacara Majlis Menyediakan teks pengacaraan
Mengacara dan mengendali majlis secara menarik
dan menghiburkan
Memastikan kelancaran majlis
2 Bacaan Doa Menyediakan teks doa yang bersesuaian dengan
majlis
Membaca doa semasa majlis berlangsung
3 Siaraya Memastikan peralatan audio berfungsi dengan
baik
Memasang peralatan audio lebih awal
Mengendalikan audio yang digunakan sepanjang
majlis
Bertanggungjawab mengambil dan menyimpan
peralatan audio dengan selamat
4 Panel Pemilihan Penerima Memilih penerima anugerah mengikut kategori
Anugerah Menyerahkan senarai nama yang lengkap kepada
AJK Penyelaras Nama Penerima Anugerah
5 Penyelaras Nama Penerima Mengumpul nama penerima anugerah
Anugerah Menyemak dan memastikan ejaan nama
penerima anugerah
Menyerahkan senarai nama yang lengkap kepada
AJK Buku Program dan AJK Pengurus Penerima
Hadiah
6 Pengurusan Hadiah Menyediakan hadiah yang mencukupi
Membuat check list hadiah sebelum hari
anugerah
Menyusun hadiah mengikut senarai nama
penerima dan kategori
7 Pengurus Penerima Anugerah Mengumpul dan menyusun murid yang menerima
anugerah mengikut senarai nama yang ditetapkan
Mengenalpasti murid yang tidak hadir dan
memaklumkan kepada Pengerusi Majlis, AJK
Pengurusan Hadiah dan AJK Pengurusan Hadiah di
Pentas
Memastikan
8 Pengurusan Hadiah di Pentas Menerima hadiah daripada AJK Pengurusan
Hadiah
Menyediakan dulang hadiah
Menyerahkan hadiah untuk disampaikan kepada
penerima anugerah
9 Kawalan Murid Memastikan guru berada bersama murid dan
memastikan disiplin dalam keadaan terkawal
semasa majlis berlangsung
Memastikan murid berada di tempat yang
ditetapkan semasa majlis dijalankan
10 Persembahan Multimedia Menyediakan slaid persembahan multimedia
dalam bentuk video
Bekerjasama dengan AJK Siaraya untuk tayangan
video
Menguji video sebelum hari anugerah
11 Persembahan Murid Merancang dan menyediakan persembahan
murid
Melatih murid untuk membuat persembahan
Membimbing murid semasa persembahan
12 Jurufoto Merakamkan gambar sepanjang majlis
berlangsung
Menyerahkan salinan gambar kepada Unit
Dokumentasi Sekolah & Penyelaras Majlis
13 Persiapan Tempat Menyusun kerusi mengikut kesesuaian majlis
Menyediakan meja pengacara majlis
Menyusun kelengkapan pentas
Mengemas semula dewan selepas majlis
berlangsung
14 Backdrop/Hiasan Pentas Menempah banner yang bersesuaian denga majlis
anugerah
Menyediakan backdrop yang menarik
Menghias dan menyusun kelengkapan pentas
15 Buku Program Mengumpul maklumat penting untuk dicetak
dalam buku program
Mencetak buku program mengikut jumlah yang
ditetapkan
Mengedarkan buku program kepada tetamu
jemputan
16 Surat Jemputan Mendapatkan senarai nama jemputan
Menyediakan surat jemputan yang bersesuaian
dengan majlis
Mengedarkan surat jemputan
17 Pengurusan Murid Graduasi Menyediakan hadiah dan senarai nama murid
Pra Sekolah yang lengkap
Menyerahkan senarai nama yang lengkap kepada
AJK Buku Program, AJK Pengurusan Hadiah dan
Pengacara Majlis
Menyusun murid pra sekolah mengikut senarai
yang ditetapkan
Memastikan kelancaran majlis
18 Pendaftaran Ibu Bapa/Penjaga Menyediakan borang pendaftaran ibu
bapa/penjaga
Memastikan ibu bapa/penjaga mendaftar
sebelum masuk ke dewan
Menyerahkan borang pendaftaran kepada
Penyelaras Program selepas majlis berlangsung
19 Jamuan PIBG/Guru Menentukan jumlah dan menempah makanan
yang bersesuaian
Menyediakan tempat jamuan
Memastikan makanan mencukupi
20 Jamuan Ibu Memastikan jumlah jemputan dan menempah
Bapa/Penjaga/Murid makanan yang bersesuaian
Meyediakan tempat jamuan
Mengagihkan makanan kepada jemputan
21 Keselamatan & Lalu Lintas Memastikan keselamatan dan kelancaran lalu
lintas sepanjang majlis berlangsung
Memastikan kawasan parkir mencukupi
22 Kebersihan Memastikan dewan disapu dan dibersihkan
sebelum dan selepas majlis
LAMPIRAN D

KATEGORI ANUGERAH DAN CADANGAN HADIAH

BIL KATEGORI ANUGERAH CADANGAN HADIAH


1 KEDUDUKAN DALAM KELAS PLAK
- PERTAMA
- KEDUA
- KETIGA

2 CEMERLANG MATAPELAJARAN BUKU/ALAT TULIS


3 PENINGKATAN PRESTASI BUKU/ALAT TULIS
4 KEHADIRAN PENUH BUKU/ALAT TULIS
5 ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM PLAK
6 TOKOH KOKURIKULUM PLAK DAN SIJIL
7 TOKOH MURID PLAK DAN SIJIL
LAMPIRAN E

ANGGARAN PERBELANJAAN
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRA SEKOLAH 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN PERAMU JAYA

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH (RM)


PERBELANJAAN
1 ANUGERAH
1 KEDUDUKAN DALAM KELAS RM5.00 X 72 RM360.00
- PERTAMA
- KEDUA
- KETIGA

2 CEMERLANG MATAPELAJARAN RM4.00 X 280 RM1120.00


3 PENINGKATAN PRESTASI RM4.00 X 24 RM96.00
4 KEHADIRAN PENUH RM4.00 X 80 RM320.00
5 ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM RM6.00 X 40 RM240.00
6 TOKOH KOKURIKULUM 2015 RM15.00 X 1 RM15.00
7 TOKOH MURID 2015 RM15.00 X 1 RM15.00

2 JAMUAN
1 PIBG DAN GURU RM7.00 X 70 RM490.00
2 IBU BAPA/PENJAGA RM3.00 X 200 RM600.00
3 MURID RM3.00 X 150 RM450.00

3 CENDERAHATI IBU BAPA/PENJAGA RM3.00 X 200 RM600.00

4 BANNER RM80.00 X 2 RM160.00

5 BUKU PROGRAM RM1.80 X 200 RM360.00

6 PEMBALUT HADIAH/STICKER/PELEKAT RM50.00 RM50.00

7 KANOPI RM170.00 X 2 RM340.00

JUMLAH KESELURUHAN RM5216.00

Anda mungkin juga menyukai