Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TAWAU,
KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI 27,
91009 TAWAU, SABAH.

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI GURU
“Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”

TARIKH:
19 - 20 JULAI 2018

TEMPAT:
ASTAKA &
DEWAN DATUK AMIR BEK
IPG KAMPUS TAWAU

ANJURAN:
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG KAMPUS TAWAU

DENGAN KERJASAMA:
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
IPG KAMPUS TAWAU
1.0 TAJUK
Sambutan Hari Guru “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”

2.0 PENDAHULUAN
Umum mengetahui bahawa Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi
mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.
Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warganegara Malaysia yang
berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan Malaysia yang berjaya.
Sehubungan itu, peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah
tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh warganegara
Malaysia. Malahan, tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang mana
memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ini
bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Pemacu Transformasi
Pendidikan”. Tema Hari Guru ini dicadangkan bertujuan menunjukkan bahawa dalam
menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasikan
transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Tambahan pula, pada peringkat
Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam
memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru juga
berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.
Oleh itu, budaya Sambutan Hari Guru hendaklah diteruskan pada setiap tahun agar
warganegara Malaysia dapat menghayati objektif Sambutan Hari Guru yang diadakan bagi
meraikan warga pendidik yang menjalankan tugas untuk memastikan kelangsungan ilmu
pendidikan. Semoga aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Hari Guru memberikan erti
yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru.

3.0 MATLAMAT
Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Tawau pada tahun 2018 adalah
untuk meraikan dan membalas jasa pensyarah-pensyarah IPG Kampus Tawau di samping
dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pensyarah-pensyarah dan siswa pendidik
IPG Kampus Tawau.
4.0 OBJEKTIF
Antara objektif yang cuba diketengahkan melalui Sambutan Hari Guru ini adalah:
4.1 meraikan pensyarah-pensyarah serta siswa pendidik IPG Kampus Tawau sempena
Sambutan Hari Guru pada tahun 2018
4.2 mengenang dan membalas jasa pensyarah-pensyarah yang mencurahkan bakti
mendidik siswa pendidik IPG Kampus Tawau
4.3 memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah dalam kalangan pensyarah-
pensyarah dan siswa pendidik
4.4 mengeratkan hubungan silaturahim antara pensyarah, kakitangan dan siswa pendidik
IPG Kampus Tawau

5.0 SASARAN
Pensyarah, kakitangan dan siswa pendidik IPG Kampus Tawau.

6.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT


6.1 Sukan Sempena Hari Guru
Tarikh: 19 Julai 2018
Hari: Khamis
Masa: 2.00 petang – 4.30 petang
Tempat: Astaka IPG Kampus Tawau

6.2 Sambutan Hari Guru


Tarikh: 20 Julai 2018
Hari: Jumaat
Masa: 2.00 petang – 4.30 petang
Tempat: Dewan Datuk Amir Bek

7.0 TENTATIF PROGRAM


Lampiran A
8.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA
8.1 AJK INDUK
Jawatankuasa Nama
Penaung 1 Encik Aliyas bin Said
Pengarah IPG Kampus Tawau
Penaung 2 Dr. Najamuddin bin Haji Bachora
Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau
Penyelaras Program Dr. Mohd Asri bin Ispal
Ketua Jabatan Hal Ehwal IPG Kampus Tawau

8.2 AJK PELAKSANA PROGRAM


Lampiran B

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Lampiran C

10.0 PENUTUP
Sambutan Hari Guru bertemakan “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan” peringkat Institut
Pendidikan Kampus Tawau ini diharapkan dapat mencapai objektif utama program. Melalui
Sambutan Hari Guru ini, semoga objektif utama program terutamanya untuk meraikan
pensyarah-pensyarah yang telah banyak berjaya kepada warga IPG Kampus Tawau tercapai.
Selain itu, program ini juga diharapkan dapat dijalankan dengan sifat silaturahim yang erat
dan kerjasama yang padu daripada semua pihak.
Disediakan oleh,

______________________________
(MAZYATUL ANIEZA BINTI REDUAN)
Pengerusi Biro Akademik,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau,
Sabah.
Tarikh:

Disemak oleh,

______________________________
(NORAINI BINTI ZAKARIA)
Ketua Unit Perkembangan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau,
Sabah.
Tarikh:

Disokong oleh,

______________________________
(DR. MOHD ASRI BIN ISPAL)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau,
Sabah.
Tarikh:

Diluluskan oleh,

______________________________
(DR. NAJAMUDDIN BIN BACHORA)
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau,
Sabah.
Tarikh:
Lampiran A

TENTATIF SAMBUTAN HARI GURU (19 JULAI 2018)


Masa Perkara
2.00 petang Taklimat Peserta
2.30 petang Sukaneka bermula
4.30 petang Sukaneka Tamat

TENTATIF SAMBUTAN HARI GURU (20 JULAI 2018)


Masa Perkara
9.00 pagi Ketibaan Pensyarah, Kakitangan dan Siswa Pendidik
IPG Kampus Tawau
9.30 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan
9.35 pagi Nyanyian Lagu
- Sabah Tanah Airku
- Kami Guru Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Malaysia
Ucapan Menteri Pendidikan
Ucapan Perasmian
- Pengarah IPG Kampus Tawau
Gimik Sambutan Hari Guru
Persembahan Hari Guru
Penyampaian Anugerah
- Pensyarah Pilihan Lelaki & Wanita
- Pelajar Pilihan Lelaki & Wanita
Nyanyian Lagu Negaraku
11.30 pagi Majlis Bersurai
Lampiran B
AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI GURU 2018
Jawatankuasa Nama
Pengerusi Mazyatul Anieza binti Reduan
Timbalan Pengerusi Eve Michellie Junius
AJK Jemputan Biro Akademik
Luziana Joilin
Mohd Syazwan Afifi bin Suhaidi
AJK Protokol Biro Hal Ehwal Wanita
Nurtaslimalia binti Zulkiflee Afzal
Jessiecca Jomuin
Nur Shazana binti Zuraidy
Nurul Shirah Sahirah binti Kassim
AJK Hiasan Pentas Biro Kediaman
Mohamad Akmal Arif bin Che Awizan
Audrey Rachell anak Thomson
Amirah Noor Adlina binti Aminuddin
Mohammad Ashraf bin Jamaluddin
AJK Persembahan Biro Kebudayaan
Izzati Hazwani binti Ab Rahman
Saniati binti Mohd Amin
Welfredo Polie
Nur Ria Eliza binti Jefere
AJK Persiapan Tempat Biro Kebajikan
Amsyilah binti Madsae
Mazni binti Norsah
Rossilah binti Abu Bakar
Marhaini binti Mohd Zamri
AJK Teknikal Biro Keusahawanan
Nurul Izzah Azira binti Ismail
Sulaiman bin Chong Wong
Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Eric Fedores
AJK Kehadiran Biro Kerohanian & Moral
Fatin Nadhirah binti Zulkifli
Jessika Denis
Jd Jezz Kelvin Christoper Lani
Fazirah binti Piut
AJK Teks Ucapan Biro Perhubungan Domestik
Abd. Azmie bin Abd. Ghani
Nurul Hafijah Qhairiah binti Razale
Muhammad Hafizul Asyraaf
Norleha binti Kerisim
AJK Cenderahati Biro Sukan
Muhammad Zulfitri binti Pazlan
Christina Mekii
Mohamad Naim bin Yusof
Aizee Yasmin binti Abdul Ghaffar
AJK Dokumentasi Biro Teknologi Maklumat
Nor Affizah Natashah binti Artawan
Nur Farizah binti Masri
Bange Deria Derid Sedin
Khairil Anwar bin Yahya
AJK Gimik Ahli Majlis Tertinggi
Muhamaad Sabfil bin Sabri
Nina Suriana binti Bulkin
Mohd Zharif Zulfadli bin Anuar
AJK Makanan Ahli Majlis Tertinggi
Najihah binti Ismail
Nor Syafikah binti Ambutuo
Darayani binti Johari
Caly Goan Georgeting
AJK Photobooth PISMP Pendidikan Awal Kanak-kanak Ambilan Jun 2016
Lampiran C

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah Catatan


1 Doorgift
- Pen 175 x RM0.80
Kewangan
- Penanda Buku
RM165 IPGK
1. Kertas A4 1 rim x RM15
Tawau
2. Kertas laminate 20 keping x RM0.50
Kewangan
Gimik Perasmian
2 RM150 RM150 IPGK
(Pulut Kuning)
Tawau
3 Hadiah Pemenang Kewangan
- Hamper Sukaneka RM50 x 4 IPGK
RM240
- Certificate frame RM10 x 4 Tawau
Kewangan
4 Banner (saiz 6x4) RM70 RM70 IPGK
Tawau
JHEP
5 Sijil Penghargaan 50 keping - IPGK
Tawau
Jumlah RM725

Anda mungkin juga menyukai