Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA HARI GRADUASI PRASEKOLAH 

2015.

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi akademik dan bukan akademik.
Oleh itu segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah. Hari
Graduasi Prasekolah yang diadakan pada setiap tahun adalah satu medium bagi sekolah meraikan
murid-murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri.
Adalah menjadi harapan pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk
mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan memberi pengiktirafan sebagai menghargai kecemerlangan murid serta
secara tidak langsung ianya mampu membuka ruang dan peluang kepada semua murid
melibatkan diri di dalam persembahan yang dilaksanakan secara aktif. Di samping itu juga,
seterusnya memupuk semangat bekerjasama dan setiakawan di kalangan murid-murid. Melalui
program ini murid akan lebih  berkeyakinan dalam menonjolkan potensi diri masing-masing.

3.0 OBJEKTIF

Program ini  bertujuan untuk :

1. Menghargai  serta memberi pengiktarafan kepada kecemerlangan yang dicapai oleh


murid sepanjang sesi persekolahan.
2. Menyuburkan potensi diri murid dalam pelbagai aspek perkembangan
3. Memberi peluang kepada semua murid untuk menunjukkan kebolehan masing-masing
4. Menjalinkan hubungan yang baik di antara pihak guru dengan waris
5. Mewujudkan semangat bekerjasama dan setiakawan

4.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada 50 orang murid Prasekolah Sinar dan Prasekolah Cahaya di
Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan bagi tahun 2015. 
 

5.0  TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Oktober 2015


 Hari    : Sabtu
 Masa : 8.00 – 12.00 Tengahari
 Tempat : Dewan Excape Resort, Kuala Tahan.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA  PROGRAM HARI GRADUASI 2015

Pengerusi : En Ayub Bin Yusoff

Naib Pengerusi : Pn Roziah Bt Abd Hamid

Pn Norliza Bt Ismail

En Amir Hamzah Bin Subhi @Sobhi

Setiausaha : Pn Rohana Bt Abdul Hamid

Naib Setiausaha : Pn Fadilah Bt Yahya

Bendahari : Pn Zanariah Bt Mat Hassan

Ahli Jawatan Kuasa : Pn Rozian Bt Idris

Pn Hazlinda Bt Mohd Taha

Pn Nor Aini Bt Roni

Pn Nor Idayu Bt Idrus

En Zaharuddin Bin Abdul Rahman

En Sahadan Bin Sulan


7.0  TENTATIF PROGRAM HARI GRADUASI PRASEKOLAH 2015

Tarikh Masa Aturcara Catatan

17/10/2015 07.30 pagi Pendaftaran murid dan waris


Sabtu
08.30 pagi Ucapan Aluan Pengacara Majlis

08.45 pagi Nyanyian 3 buah lagu (Negaraku, Negeri Pahang, Lagu sekolahku)

08.55 pagi Bacaan doa oleh Ustaz Zaharuddin Bin Abdul Rahman

09.00 pagi Ucapan aluan oleh Guru Besar (En. Ayub Bin Yusoff)

09.15 pagi Ucapan Pengerusi Pewaris (En Razmi Bin Omar)

09.30 pagi Ucapan Perasmian (En Syahrim Bin Dahlan)

09.45 pagi Penyampaian Sijil Graduasi Prasekolah sesi 2015

09.55 pagi Persembahan Koir dari Murid Prasekolah Sinar.

10.05 pagi Penyampaian Hadiah Galakan Cemerlang (Sinar & Cahaya

10.20 pagi Penyampaian Hadiah Galakan Potensi (Sinar & Cahaya)

10.35 pagi Persembahan Koir dari Murid Prasekolah Cahaya.

10.45 pagi Cabutan Bertuah

10.55 pagi Persembahan Tarian dari Kelas Prasekolah Sinar

11.10 pagi Persembahan Tarian dari kelas Prasekolah Cahaya

11.20 pagi Tayangan Slaid Aktiviti Tahunan Prasekolah 2015

11.30 pagi Penyampaian Sijil dan Cenderamata AJK Pewaris sesi 2015

11.45 pagi Penyampaian Hadiah Murid cemerlang Keseluruhan (Sinar & Cahaya)

11.55 tghri Sesi Bergambar Kenangan

12.30 tghari Makan Tengahari dan Bersurai


JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI GRADUASI  PRASEKOLAH 2015

  SAMBUTAN TETAMU HADIAH  


En Ayub Bin Yusoff Pn Rozian Bt Idris

Pn Roziah Bt Abd Hamid Pn Nor Idayu Bt idrus

Pn Norliza Bt Ismail
En Amir Hamzah Bin Sofi @ Subhi
  PERSEMBAHAN MURID SIJIL DAN FAIL
Pn Zanariah bt Mat Hassan Pn Fadilah Bt Yahya
Pn Hazlinda Bt Mohd Taha Pn Rohana Bt Abdul Hamid

 
BUKU PROGRAM DOKUMENTASI
Pn Rohana bt Abdul Hamid En Sahadan Bin Sulan
Pn Fadilah bt Yahya Pn Nor Aini Bt Roni

PERSIAPAN TEMPAT/ DEWAN JAMUAN & SIARAYA


Guru & PPM Prasekolah Kakitangan dan Staff Xcape 

PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA


Pn Suhaily Bt Ismail En Zaharuddin Bin Abdul Rahman

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN HARI GRADUASI  2015

8.1 Jumlah Wang Yang Dipungut


1. Kutipan Dana Graduasi : RM 27.00 x 50 pelajar = RM 1350.00
2. Kutipan daripada ibu bapa : RM 7.00 x 50 penjaga = RM 350.00
3. Lain-lain punca : Sumbangan Pewaris = RM 200.00

RM 1900.00

BIL PERKARA ANGGARAN (RM) JUMLAH (RM)


1. DEWAN RM 250.00 RM 250.00
2. MAKAN TENGAHARI RM 15.00 x 110 orang RM 1650.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1900.00

 9.0 PENUTUP

 Diharapkan agar program ini mempunyai kesinambungan pada tahun hadapan dan seterusnya
dapat  melahirkan kanak-kanak yang seimbang daripada pelbagai aspek JERIS selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 

Disediakan oleh Disemak Oleh

…………………………………… ………………………………………
(Pn Rohana Bt Abdul Hamid) (Pn Norliza Bt Ismail)
Guru Prasekolah GPK Hal Ehwal Murid
SK Kuala Tahan SK Kuala Tahan
27000 Jerantut 27000 Jerantut

Disahkan Oleh

…………………………….............
(En Ayub Bin Yusoff)
Guru Besar
SK Kuala Tahan
27000 Jerantut

Anda mungkin juga menyukai