Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN

PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER,


KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS
SK DANAU PERDANA 2014

1.0 PENGENALAN

Lembaga Pengawas dan Disiplin merupakan satu badan yang membantu pihak
pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid. Badan ini terdiri daripada guru
sebagai penasihat dan murid yang dipilh sebagai ahli Pengawas, Pengawas Pusat Sumber,
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar mereka
menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan
teladan kepada murid-murid lain.

Justeru, KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS DAN
PENOLONG KETUA KELAS dengan kerjasama unit Kaunseling dan PIBG ini perlu diadakan
sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma
kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara
peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugas rasmi sekolah
pada setiap hari di samping menjalankan tugas-tugas harian. Modus operandinya adalah
melalui LDK yang dikendalikan oleh fasilitator.

Ketrampilan pemimpin mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SK


Danau Perdana yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini
mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas
2.2 Memurnikan tugas harian pengawas khususnya semasa perhimpunan rasmi
2.3 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid

3.0 NAMA PROGRAM


”KERTAS KERJA KEPIMPINAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS DAN
PENOLONG KETUA KELAS”

4.0 MOTTO
“Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol”
5.0 ANJURAN
5.1 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
5.2 JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS DAN DISPLIN
5.3 PUSAT SUMBER SEKOLAH
5.4 PIBG

6.0 PENCERAMAH
Fasilitator dari SAFC TRAINING & CONSULTANT, SELANGOR

7.0 TEMPAT
Pusat Sumber SKDP

8.0 TARIKH
19 April 2014 (SABTU)

9.0 SASARAN
- 37 orang pengawas
- 35 orang pengawas pusat sumber
- 12 orang ketua kelas
- 12 orang penolong kelas

10.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

PENGERUSI
Pn. Hjh Siti Zolehah Bt Yusoff (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI
En. Amran B Mamat (GPK HEM)
Pn. Suganthi A/P Arumugam (GPK Tadbir & Kurikulum)
En. Ishak B Bidin (GPK Kokurikulum)

SETIAUSAHA
En. Sabariman B Omar

NAIB SETIAUSAHA
Pn. Asniza Bt Mohd Sani

BENDAHARI
En. Ahmad Shukri B Mohd Nordin
PERSIAPAN & TEKNIKAL
En. Thanabalan Kandasamy
En. Abdullah Munsif B Wan Muhammad
En. Mohd Norlizam B Gampang
En. Ismael Zam B Baharom

BACAAN DOA
En. Zawadi B Ali

DISIPLIN & PROTOKOL


En. Zuraidi B Muhamad
En. Muhammad B Hassan

BUKU PROGRAM
En. Sabariman B Omar

CENDERAMATA, SIJIL & DOKUMENTASI


Pn. Suhaila Bt Daud
Cik Nor Farahan Bt Hanafi
Pn. Suriyani Bt Ahmad

PENGACARA MAJLIS
Cik Nazurah Bt Mohd Darus

JAMUAN PENCERAMAH, GURU & MURID


Pn. Marine Anglilin John
Pn. Zawani Bt Azahri
Pn. Siti Norhaidah Bt Ab Aziz
Pn. Rohani B Muhamad

KEBERSIHAN & KESELAMATAN


En. Mohd Afiq Syimir B Samsudin
En. Muhd Faiz
En. Ahmad Noorezaq

PENDAFTARAN
Pn. Ong Lay Khim
Pn. Sia Yik Ling

JURUGAMBAR
En. Muhd Khusairi B Kamal Subki
En. Zul Izuddin B A. Rahman
11.0 JADUAL AKTIVITI

MASA AKIVITI
7.30 pagi Pendaftaran Peserta

8:00 pagi Ucapan Alu-aluan


Ucapan Perasmian
- En. Mohammad Bin Ibrahim
(YDP PIBG)

8.30 pagi Taklimat Kursus


Ice Breaking

9.00 pagi Ceramah

10.30 pagi Rehat

11.00 pagi LDK

12.30 ptg Refleksi


Penyampaian Sijil
Bersurai

12.0 BELANJAWAN

PENDAPATAN
Yuran Peserta RM 10 X 96 orang = RM 960.00
Sumbangan PIBG = RM 500.00
Kaunseling = RM 500.00
Sumbangan HEM = RM 40.00
JUMLAH PENDAPATAN = RM 2000.00

PERBELANJAAN
Token Penceramah (termasuk bahan kursus, pocket file, sijil) = RM 1500.00
Makanan peserta = RM 500.00
JUMLAH PERBELANJAAN = RM 2000.00

PENDAPATAN – PERBELANJAAN RM 2000.00 – RM 2000.00 = 0


13.0 PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih baik
dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program
yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat
dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh Disemak oleh

………………………… …..……………………...
(ASNIZA BINTI MOHD SANI) (HJH SITI ZOLEHAH BINTI YUSOFF)
Naib Setiausaha Guru Besar SKDP

Anda mungkin juga menyukai