Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

06150 AYER HITAM KEDAH DARULAMAN

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
JAWATANKUASA DISIPLIN DAN LEMBAGA PENGAWAS

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

TARIKH:
25 JUN 2022
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SK Ayer Hitam. Program ini melibatkan
semua pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2022. Tujuan utama
penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas
yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran
memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian,
program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan,
pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.. Pengawas sekolah
memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara
yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini
sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan
yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi
mengharumkan nama sekolah.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang yang terpilih menjadi pengawas sekolah, seseorang murid itu perlu sedar
bahawa mereka memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang
dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pengawas-pengawas tidak akan dapat
menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang
dilantik memegang jawatan pengawas akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka
dan bersama-sama membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai


kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.4 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan
modul yang pelbagai.
4.5 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.6 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya

6.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 25 Jun 2022
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 1.15 petang

7.0 TEMPAT
Dewan As Shafie, SK Ayer Hitam Kedah

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Tn. Haji Mahmud Bin Borham (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1: En. Chek Din Bin Baharum (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2: Pn. Ma’indatulnisak Binti Saadon (GPK 1)
3: En. Mohd Amin Bin Bakar (GPK Kokurikulum)
4: Pn. Intan Sapinar Binti Hashim (GPK PPKI)
Ketua Unit : En. Roszman Bin Abu Hasan
Setiausaha : En. Ahmad Najib Bin Azmi
Bendahari : Pn. Zubaidah Binti Yaacob

Jawatankuasa Kerja

Pendaftaran : Pn. Hasfaizah Binti Hashim

: Pn. Rabiatul Fakihah Binti Ahmad

Kawalan dan Disiplin Peserta : En. Mohd Zilal Bin Shabudin


En. Ahmad Najib Bin Azmi
En. Hafizuddin Bin Saad
Pembantu Fasilitator : Pn Harlina bt Samsudin
Pn Nongiza bt Aladdin
Pn. Norzalina bt Mohamad Nor
Makan Minum Peserta : Pn. Siti Nazirah Binti Omar

: Pn. Haswani Binti Mahamad Daud

Penyediaan Alatan dan Bahan : Pn. Zubaidah Binti Yaacob

Kerohanian : En. Yudy bin Palanrai


Pn.Hanisah bt Mohamed
Pn. Nabilah bt Hassan
Dokumentasi : Cik Suraya Hani Binti

Juru Acara Majlis : Pn Harlina bt Samsudin

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI


2:45 petang Pendaftaran dan Pembahagian Kumpulan
3:00 Taklimat/Ice Breaking
SLOT 1
3:30
JUMAAT Kerusi Sejuk Panas
4:30 Solat Asar dan minum petang
SLOT 2
5:00
Kemahiran Berkomunikasi
13 MAC 2015
6:30 Makan malam / tadbir diri / Solat / Tazkirah
SLOT 3
9:00 malam
Si Buta Sayang
SLOT 4
10:00
Resolusi Pemimpin
10:30 Muhasabah Diri
11:00 Minum Malam
6:00 pagi Solat / Tazkirah
7:00 Senaman pagi / Minum pagi
SABTU
8:00 SLOT 5
14 MAC 2015 Ceramah Kepimpinan
10:00 Rehat / Minum pagi
SLOT 6
10:30
Tugas Pengawas
12.00 Majlis Penutup dan Gotong Royong
12.30 tgh Bersurai

10.0 ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Pendapatan Jumlah ( RM ) Anggaran Perbelanjaan Jumlah ( RM )

Bayaran Peserta RM 950.00 Makan Peserta (RM 14 x 95) RM 1330.00


Minum petang Jumaat – RM3
( RM 10 X 95 orang )
Makan malam Jumaat – RM 5
Sumbangan PIBG RM 380.00 Sarapan pagi Sabtu – RM 3
Minum pagi Sabtu – RM 3
(RM 4 x 95 orang)

Unit Bimbingan dan RM 200.00 Bayaran Penceramah RM 300.00


Kaunseling
Bahan Edaran dan alatulis RM 200.00
Sekolah
RM 300.00

JUMLAH RM 1830.00 RM 1830.00

11.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka
sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam
diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan
membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk
barisan kepimpinan Pengawas yang kreatif dan inovatif. Di atas Keprihatinan dan sokongan
pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, jutaan terima kasih diucapkan.
Disediakan oleh,

…………………………………….
(NORZALINA BT MOHAMAD NOR)
Penyelaras
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas
SK Seremban 2A

Disahkan oleh,

......................................................

(PN FUZIAH BT ABDUL MALEK)


Guru Besar Cemerlang,
SK Seremban 2A.

Anda mungkin juga menyukai