Modul 3
Masa
:
:
SI BUTA SAYANG
1 jam
Modul 1
Masa
:
:
Langkah-langkah :
1. Setiap peserta diminta untuk duduk di tengah bulat mengikut giliran masing-masing.
2. Ahli-ahli lain diminta untuk memberi pandangan atau komen (dalam aspek sebagai
pelajar /pemimpin/ individu) tentang rakan yang duduk di tengah bulatan sebelum
kursus dan masa kini. Setiap komen perlu ada penjelasan.
3. Pelajar yang di tengah boleh memberi maklum balas terhadap komen-komen yang
diberi.
Perbincangan :
Apakah rasa apabila orang lain memberi komen positif/ negatif tentang diri kita?
Apakah tujuan komen-komen orang lain?
Pengajaran:
Setiap input/ maklum balas orang lain memberi gambaran/ maklumat tentang diri kita dan
orang lain.
Semakin kerap dan ramai orang lain memberi maklum balas yang sama semakin kukuh dan
sahih ciri-ciri diri yang dikaitkan. Maklum balas positif akan memberi pengukuhan dan yang
negatif perlu dijadikan panduan untuk menganalisa diri dan berubah.
Peserta bergerak secara bebas. Fasilitator menyebut sesuatu angka dan para peserta dikehendaki
Mewujudkan kelompok dengan bilangan ahli mengikut angka yang disebutkan.
2.
Ulangi dengan menyebut angka lain. Mana yang tidak dapat memasuki mana-mana kelompok kecil tidak
dikeluarkan malah boleh memasuki kelompok lain apabila angka lain dinyatakan.
Proses
Apakah perasaan anda apabila anda diterima, ditolak dan diterima semula?
Bagaimanakah anda boleh diterima dalam sesuatu kelompok?
Pengajaran
Untuk diterima dalam sesuatu kelompok, seseorang itu perlu akur kepada beberapa syarat kelompok yang tidak
bertulis.
Penerimaan dalam kelompok melahirkan rasa yakin, disukai, diperlukan, disayangi dan dihargai di samping
mempunyai identiti.
Kadang-kadang kita terpaksa mengadaikan nilai-nilai keluarga/ peribadi demi diterima dalam sesuatu kelompok
dan menyerap secara bulat-bulat nilai kelompok sama ada nilai-nilai itu positif atau negatif.
Penolakan sesuatu kelompok tidaklah bermaksud penolakan selama-lamanya, mesti ada orang/ kelompok yang
akan menerima kita pada masa lain.
AKTIVITI 2
PENSTRUKTURAN KELOMPOK
AKTIVITI 3
RANTAI NAMA
Objektif : Melatih pelajar mengingat nama ahli dalam kumpulan dengan pantas.
Langkah-langkah :
1. Peserta-peserta diarahkan untuk duduk dalam bulatan.
2. Arahkan peserta pertama menyebutkan namanya sekali dengan kuat dan jelas.
3. Peserta kedua, kemudiannya menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta
pertama sekali dan menyebut namanya semula sekali.
4. Peserta ketiga menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta pertama sekali,
menyebut nama peserta kedua sekali dan menyebut namanya semula sekali.
5. Proses ini diteruskan hinggalah kepada peserta yang terakhir.
Perbincangan :
1. Apakah perasaan anda apabila orang lain menyebut dan memanggil nama anda?
2. Mengapakah peserta terakhir boleh mengingat semua nama?
3. Cuba anda sebutkan semua nama peserta mengikut arah pusingan yang berlawanan.
Pengajaran :
1. Mengingat nama adalah penting dalam proses berkenalan dan hubungan
persahabatan.
2. Seseorang itu berasa dirinya dihormati apabila namanya diketahui dan diingati.
3. Semakin tinggi tumpuan kita, semakin tinggi daya ingatan kita.
Modul 2 :
ASERTIF
Masa
Alatan : Bola
Langkah-langkah :
1.
Peserta diminta berdiri dalam bulatan. Fasilitator menerangkan bahawa peserta mengajak/ memujuk/ mendesak/
meminta rakan untuk membuat sesuatu dengan memenuhi peraturan-peraturan berikut :
Kemahiran berkomunikasi ~ kemahiran menerima mesej ~ mendengar secara aktif, memberi perhatian
~ kemahiran memberi respon ~ bercakap jelas, lantang, nada suara
sederhana, perlahan, ada kontak mata, tidak menghukum/ menilai, ayat
ringkas dan padat dsb.
Komunikasi yang berkesan ~ membina dan merapatkan hubungan dengan orang lain
~ mengelak salah faham dan pergaduhan
~ menghormati hak diri dan orang lain
~ membolehkan kita belajar secara membina
~ membolehkan kita memenuhi keperluan kita
~ menambah ilmu dan pengetahuan kita
KELOMPOK BESAR
Modul 4
:
Rintihan Pengawas dan Luahan Rasa
Masa
:
2 jam
AKTIVITI : RINTIHAN PENGAWAS
1. Setiap kumpulan diminta untuk berbincang dan mencatatkan 3 masalah utama yang dihadapi
semasa menjalankan tugas. Mereka boleh memberi komen dan cadangan untuk menghadapi
masalah-masalah tersebut.
2. Setiap kumpulan diberi 8 minit untuk membentangkan hasil perbincangan masing-masing.Ahliahli kumpulan lain dan para fasilitator digalakkan untuk memberi input.
Bukanlah mudah untuk menjaga sesuatu yang diamanahkan. Masalah dan dugaan akan
sentiasa datang untuk menguji komitment, kesungguhan dan keikhlasan anda.
Segala pemberian yang kita terima daripada Tuhan sebenarnya merupakan suatu amanah.untuk digunakan bagi membantu perkembangan diri dan orang lain dan melahirkan kasih
sayang sesama manusia.
Setiap peserta/ kumpulan diberi peluang untuk menyatakan perasaan mereka, pengalaman
yang dialami dan pengajaran yang diperolehi sepanjang tempoh kem. (Tekankan kepada
penyelesaian Unfinished business).