Anda di halaman 1dari 1

Modul Ice breaking 1

Perkhemahan Unit Beruniform SK Jengka Pusat 2


17-19 November 2017
Kem Komandan : Ishak bin Abdul Aziz
Pen. Kem Komandan : Mohd Safuan bin Rozak
-------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Mukaddimah
Aktiviti :
i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan Surah Al-Fatihah bagi
mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program.

2. Wisel
Aktiviti :
i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran

3. Ucapan Tahniah
Aktiviti :
1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan
sebelah
2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau
busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan

4. Barang Amanah
Aktiviti :
i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap
kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi, maka
semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai).
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

Anda mungkin juga menyukai