Anda di halaman 1dari 11

YBA 1401

SEKOLAH KEBANGSAAN STUNGGANG MELAYU


TRUST SCHOOL PROGRAMME – JULY 2015
_____________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
SK STUNGGANG MELAYU 2023

TARIKH CADANGAN :
15-16 SEPTEMBER 2023

BERTEMPAT:
SK STUNGGANG MELAYU

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
SK STUNGGANG MELAYU LUNDU

1
KERTAS KERJA
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH KEBANGSAAN STUNGGANG MELAYU LUNDU

1.0 NAMA PROGRAM


Program Perkhemahan Unit Beruniform 2023

2.0 ANJURAN
Unit Kokurikulum SKSM

3.0 PENDAHULUAN / RASIONAL


Aktiviti perkhemahan adalah salah satu diantara aktiviti-aktiviti utama
kegiatan Kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan
kemanusiaan dipupuk secara “hands on” dengan para peserta dipupuk dengan sifat
mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti
perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan
mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan
diri masing – masing.
Aktiviti perkhemahan juga memupuk sifat kepimpinan di dalam diri murid.
Melalui aktiviti-aktiviti yang disertai para murid akan didedahkan dengan semangat
kepimpinan yang tinggi yang akhirnya akan membantu mereka memimpin
organisasi-organisasi yang diwujudkan apabila pulang ke sekolah, disamping dapat
menyiapkan diri apabila bekerjaya kelak.

4.0 TUJUAN / MATLAMAT


Setelah menyertai aktiviti perkhemahan ini, adalah diharapkan agar para murid dapat:
1. Menimbulkan keyakinan, kecekalan dan kesedaran diri.
2. Mewujudkan sikap dan nilai murni di kalangan peserta/murid.
3. Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman baru dalam menjalankan aktiviti
kokurikulum

5.0 OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan akademik dan
Kecemerlangan diri.
2. Memberi pendedahan awal mengenai kepelbagaian kegiatan perkhemahan.
2
3. Meningkatkan disiplin dan nilai jati diri.
4. Melahirkan insan yang bersemangat patriotik dan bertanggungjawab kepada
negara.
5. Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.
6. Dapat menjalin kerjasama antara mereka dalam melaksanakan aktiviti.

6.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 15 hingga 16 September 2023


(Jumaat hingga Sabtu)

Masa : Jumaat (2.30 petang) hingga Sabtu (12.30 tengahari)

Tempat : Gelanggang SKSM

Perasmian Penutup : Disempurnakan oleh Guru Besar SKSM.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA

Bil Badan Berunifom Bil Peserta


1. Kadet Remaja Sekolah (Lelaki) 37
2. Puteri Islam (Perempuan) 36
JUMLAH 75

8.0 JAWATANKUASA DAN BIDANG TUGAS


Rujuk lampiran 1

9.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


Rujuk lampiran 2.

10.0 TENTATIF DAN JADUAL AKTIVITI


Rujuk lampiran 3 .

3
11.0 PENUTUP
Perkhemahan unit beruniform SKSM diharapkan dapat memupuk semangat
kerjasama antara ahli-ahli unit beruniform. Selain itu, dapat menyemai sikap kendiri
yang baik, berdikari dan mendedahkan bagaimana seseorang peserta dapat
berkomunikasi serta bertolak ansur dengan rakan-rakan yang lain. Harapan untuk
membentuk satu komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum juga menjadi agenda
utama. Matlamat perpaduan kaum dapat diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti yang
akan dijalankan.
Selain itu, amalan nilai-nilai murni yang dipelajari di sekolah dapat
dipraktikkan semasa berinteraksi dengan rakan-rakan, guru-guru dan jurulatih di
tapak perkhemahan. Para peserta juga dapat mengasah bakat kepimpinan dan
seterusnya menjadi pemimpin yang berwibawa bagi unit masing-masing.
Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya, demi
memberi pengetahuan dan pengalaman berharga kepada murid SKSM.

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG


BULAT KATA KERANA MUAFAKAT

Disediakan oleh; Disahkan oleh,

………………………………………………. ………………………………….
(MUHAMMAD ADAM BIN HJ SAMEON) (PN.ISMAWATIE BINTI MADEL)
Penyelaras Perkhemahan Unit Beruniform Guru Besar,
SK Stunggang Melayu, SK Stunggang Melayu,

Disemak oleh,

………………………………………
(EN. JEFRI BIN HAJI HAKIM )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Stunggang Melayu.

4
Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Ismawatie Binti Madel


Guru Besar SK Stunggang Melayu

Timbalan Pengerusi : En. Jefri bin Haji Hakim


Penyelaras Utama GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi 1 : Pn. Siti Azira Binti Jose


GPK Pentadbiran dan Kurikulum

Naib Pengerusi 2 : Pn. Yong Ein Chen


GPK Hal Ehwal Murid

Penyelaras : En. Muhammad Adam Bin Haji Sameon

Setiausaha : Cik Nor Sofiah Binti Abd Rashid

Bendahari : Cik Aimi Safuura Binti Mohd Zam

Kem Komandan : En. Alfread Anak Maggie

AHLI JAWATANKUASA KER

Jawatan Nama Guru Tugasan / Tindakan/Catatan

JAWATANKUASA Pn. Ismawatie Binti Madel Mengenalpasti tetamu jemputan


JEMPUTAN DAN Pn. Siti Azira Binti Jose Menghantar surat jemputan
PROTOKOL Pn. Yong Ein Chen Menyambut tetamu
Mengiringi tetamu jemputan
JAWATANKUASA En.Jefri Bin Haji Hakim (K) Bertanggungjawab sepanjang program
URUSETIA DAN En. Alfread Anak Maggie berlangsung.
TEKNIKAL Memastikan Borang kebenaran ibu bapa
lengkap diisi beserta senarai barang
keperluan peserta.
Menerima aduan , laporan dan sebarang
permasalahan daripada kontinjen terlibat.

5
Membantu menyelesaikan permasalahan
berkaitan yang timbul sepanjang program.
Bertanggungjawab mewujudkan
jawatankuasa kecil, menyusun dan
menyelaras bagi aktiviti utama seperti majlis
penutupan dan malam kebudayaan, Jungle
tracking dan lain lain.
Mengadakan taklimat kepada murid-murid
sebelum keberangkatan ke tapak kem.
JAWATANKUASA Jamadil Bin Eri (K) Memastikan semua murid terlibat dengan
PEMBANGUNAN Muhammad Adam Bin berdisiplin pada setiap aktiviti kerohanian
INSAN, Sameon dan pembangunan berjalan lancar mengikut
DISIPLIN, masa yang telah ditetapkan.
KEROHANIAN Mengetuai solat berjemaah,bacaan zikir dan
DAN KECERGASAN mengadakan tazkirah ringkas.
Mengetuai aktiviti senamrobik pada hari
Sabtu
.Mengawal displin murid-murid sepanjang
kem.
Mengadakan taklimat mengenai peraturan,
tentatif program dan memperkenalkan
guru/fasilitator sepanjang kem.
JAWATANKUASA Melati Binti Piri (K) Menyediakan menu yang berkhasiat dan
MAKANAN DAN Rahmah Binti Putit bersesuaian sepanjang kem.
KEBAJIKAN Fazilah Binti Pozan Mempamerkan menu.
Mengenalpasti & menyenaraikan keperluan
bahan mentah dan kuantitinya melibatkan
makan & minum semua murid, guru-guru.
Mengenalpasti murid-murid yang alergik
terhadap jenis makanan dan menyediakan
pilihan makanan yang lain.
Menyelaras jamuan penutupan Program.
JAWATANKUASA Nor Sofiah Abd Rashid(K) Membuat,menempah, mengantung dan
DOKUMENTASI / Aimi Safuraa Binti Mohd Zam mempamerkan banner di tempat yang
FOTOGRAFI sesuai.
BANNER / BACK Bertanggungjawab mengambil gambar dan
DROP / PUBLISITI video dan dari proses pendaftaran
6
sehinggalah penutupan kem.
menyediakan laporan bertulis dan
bergambar serta memuat naik dalam laman
sosial rasmi sekolah.
JAWATANKUASA Nurfarahain Binti Jali (K) Memastikan kehadiran murid direkodkan
PENDAFTARAN, Khadijah Bt. Bolhassan semasa hari pendaftaran.
LDK /ICE Jamilah Ebrahim Mengedarkan fail, name tag, baju & alat
BREAKING/MALAM tulis semasa pendaftaran.
KEBUDAYAAN Mengutip bayaran/yuran semasa
pendaftaran (jika ada/perlu).
Mengetuai aktiviti Ice Breaking,LDK dan
Malam Kebudayaan.
Memastikan kelengkapan LDK seperti
kertas A4, kertas majong, marker, pelekat,
blue tac disediakan.
JAWATANKUASA Saipol Bin Yoh (K) Menyenaraikan alatan/bahan yang perlu
PENGINAPAN, Nazerin Bin Mohamad disediakan oleh murid seperrti ampu suluh,
PENGANGKUTAN selimut, peralatan mandi, pakaian sukan,
DAN PA SISTEM pakaian solat dan lain-lain.
Memastikan dan menyediakan kelengkapan
penginapan dan PA sistem dengan baik
Memastikan fasiliti yang diperlukan
sepanjang LDK seperti tempat, pembesar
suara, LCD projektor dan sebagai
disediakan.
JAWATANKUASA Yong Ein Chen (K) Menyediakan kit keselamatan dan
KESELAMATAN, Jamilah Binti Ebrahim kesihatan.
KESIHATAN Menyediakan bekalan ubat ubat untuk
PENGANGKUTAN kecemasan.
Memastikan keselamatan murid-murid
sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal.
Mengenalpasti murid-murid yang
mempunyai masalah lelah, demam atau
sakit dan mengambil tindakan yang
sewajarnya.
Menyediakan nombor kecemasan untuk
dihubungi jika berlaku perkara yang tidak
7
diingini - Hospital Lundu & Balai Polis
Lundu.
Bekerjasama dengan Unit keselamatan
mengurus pergerakan lalu lintas dan keluar
masuk kenderaan ibu bapa peserta ke
kawasan sekolah terutama semasa waktu
hantar dan ambil murid.
Bekerjasama dengan AJK pendaftaran
untuk memastikan kehadiran murid semasa
ketibaan awal di kem.
Memastikan semua murid-murid pulang ke
rumah masing-masing dalam keadaan
selamat.
Mamastikan tiada pihak luar dibenarkan
memasuki kawasan sekolah semasa
program dijalankan.
JAWATANKUASA Nor Rasyidah Binti Ramli (K) Menyediakan semua sijil penyertaan kepada
SIJIL, HADIAH DAN Siti Azira Binti Jose semua murid-murid, penceramah jemputan
BUKU PROGRAM Low Ak Baie dan sebagainya.
Menyediakan hadiah bagi setiap kumpulan
murid.
Menyediakan cenderamata kepada
penceramah jemputan.
Mengacara majlis penutupan kem.
JAWATANKUASA Nazerin Bin Mohamad Bertanggungjawab semua peratan
ALATAN,LOGISTIK, Pekerja Swasta sepanjang Program disediakan.
KEBERSIHAN Memastikan persekitaran venue aktiviti yang
dijalankan seperti tempat solat,gelanggang,
tempat makan sentiasa bersih dan kemas.

Lampiran 2

8
ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Punca Kewangan :
Perkara Sumber

Bayaran sewa khemah dan makan minum Dana Tabung AMANAH

Lain-lain Perbelanjaan Sumbangan PIBG dan Pihak Luar

Anggaran Perbelanjaan :
Perkara Bilangan RM seunit Jumlah (RM)

Pengangkutan Kenderaan sendiri


Penginapan sewaan khemah x 15 RM 50 RM 750
Fail, Pen/Pensel, Tag
75 orang RM 10 RM 750
Nama,Buku Nota
Baju Peserta / Murid 70 orang Pakaian sendiri
Baju Guru/AKP & Pekerja
22 orang Pakaian sendiri
Swasta
Hadiah (Hamper) 10 kumpulan RM 30 RM 300
Banner
1. Perasmian & penutupan 2 unit RM 150 x 2 RM 300
2. Malam kebudayaan
Makanan
*75 orang murid + 25 orang
Guru/AKP/Pekerja Swasta
Hari Pertama (15/9/2023)
1. Minum Petang 100 orang RM 2.00 RM 200
2. Makan Malam RM 7.00 RM 700
3. Minum Malam RM 2.00 RM 200

Hari Kedua (16/9/2023)


1. Sarapan Pagi RM 400
2. Minum Pagi 100 orang RM 200
RM 700
RM 200

JUMLAH KESELURUHAN RM 4300.00

lampiran 3

9
TENTATIF PROGRAM
15 September 2023 (Jumaat)
Masa Pengisian Tindakan
Keberangkatan tiba dan Jawatankuasa Urusetia & Teknikal
pendaftaran murid murid ke Jawatankuasa Alatan,Logistik & Kebersihan
2.00
Gelanggang SKSM Jawatankuasa
Petang
Pendaftaran murid. Keselamatan, Kesihatan &
Pengangkutan
Taklimat Ringkas Jawatankuasa Urusetia & Teknikal
2.30
pembahagian kumpulan . Jawatankuasa Penginapan, Pengangkutan & PA
petang
Pemasangan Khemah Sistem
Aktiviti 1( Ice Breaking) Jawatankuasa Pendaftaran, LDK /Ice
3.00
Minum Petang Breaking/Malam Kebudayaan
Petang
Jawatankuasa Makanan & Kebajikan
Solat Asar berjemaah Jawatankuasa Makanan & Kebajikan
4.30 Riadah Petang Jawatankuasa Pembangunan Insan, Disiplin
petang Aktiviti 2 : Program WAW Kerohanian & Kecergasan
(Mengenali Diri Sendiri)
6.30 Makan malam, Jawatankuasa Makanan & Kebajikan
petang Pengurusan Kendiri
Solat Maghrib & Tazkirah 10 minit Jawatankuasa Pembangunan Insan, Disiplin,
7.00
Aktiviti 3 - latihan persembahan Kerohanian & Kecergasan
petang
malam Kesenian & Kebudayaan
8.30 Aktiviti 4 - Malam Kesenian & Jawatankuasa Pendaftaran, LDK /Ice
petang Kebudayaan Breaking/Malam Kebudayaan
Minum Malam Jawatankuasa Makanan & Kebajikan
11.00
Tidur Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan &
malam
Pengangkutan

30 Julai 2022 (Sabtu)

10
Masa Pengisian Tindakan
Mandi solat subuh berjemaah dan Jawatankuasa Pembangunan Insan, Disiplin,
5.00 pagi tazkirah subuh Kerohanian & Kecergasan
Riadah Pagi
7.00 pagi Sarapan Pagi Jawatankuasa Makanan & Kebajikan
Aktiviti 5 - Sesi Refleksi - “Apa Jawatankuasa Pendaftaran, LDK /Ice
8.00 pagi
yang aku dapat?” Breaking/Malam Kebudayaan
10.00 pagi Minum Pagi Jawatankuasa Makanan & Kebajikan
Majlis Penutupan Jawatankuasa Urusetia & Teknikal
Penyampaian Hadiah Jawatankuasa Alatan, Logistik & Kebersihan
12.00 pagi Bersurai Jawatankuasa
Perjalanan pulang murid-murid ke Keselamatan, Kesihatan & Pengangkutan
kediaman masing - masing Jawatankuasa Sijil, Hadiah & Buku Program

11

Anda mungkin juga menyukai