Anda di halaman 1dari 16

Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

1. PENDAHULUAN
Kem kepimpinan ini merupakan aktiviti tahunan Unit HEM SK Sri Limau. Kem ini
melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, Pembimbing Rakan
Sebaya(PRS), pengawas SPBT dan ketua kelas. Kem ini bertujuan untuk memberi
pendedahan awal kepada murid mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang
pemimpin kepada murid yang lain. Kem motivasi ini juga dapat memantapkan lagi
disiplin serta menerapkan nilai-nilai kepimpinan yang positif dalam diri setiap murid.
Wujudnya kem ini sekaligus dapat melahirkan seorang pemimpin yang
berdedikasi, berdikari, berdisiplin, yakin diri dan bijak membuat keputusan. Aktiviti yang
terdapat didalam kem ini diharap dapat mematangkan murid dan menyediakan seorang
murid yang dapat menghadapi cabaran pada masa hadapan.

2. MATLAMAT
Program ini adalah bermatlamat untuk memberi pelbagai maklumat mengenai
kepimpinan sekaligus memotivasikan diri para peserta agar mereka dapat membentuk
jati diri yang cemerlang. Segala yang didedahkan di dalam kursus ini akan dapat
mereka praktikkan sekembalinya mereka ke sekolah nanti.

3. OBJEKTIF
1. Menerapkan daya kepimpinan yang unggul didalam diri peserta
2. Menjadikan para peserta yang bermotivasi kearah kepimpinan yang berkesan
3. Menjadikan para peserta dapat menghargai kepentingan masa
4. Melahirkan para peserta yang lebih bertanggungjawab dan mematuhi segala
peraturan
5. Melahirkan para peserta yang mempunyai daya ketahanan dan integriti jati diri
yang tinggi dalam menempuh pelbagai cabaran yang bakal mereka tempuhi.

4. SASARAN
99 Orang Pengawas Sekolah / Pengawas pusat sumber /Pembimbing Rakan
Sebaya/Ketua serta penolong Ketua kelas.

1
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

5. BUTIRAN PROGRAM
Tempat : Kem PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah
Tarikh : 9 dan 10 Mac 2017
Hari : Khamis dan Jumaat
Masa : Bermula pada pukul 1.00 petang hari Khamis dan berakhir pada pukul
4.30 petang hari Jumaat.

6. PENCERAMAH / FASILITATOR
1. Pn. Azzah bt Derani
Kaunselor pelajar
SMK junjong
Kulim,kedah

2. Encik Hairul Anuar b. Ismail


Kaunselor pelajar
SMK Taman Kenari,
Kulim,Kedah

3. Jurulatih Kem PLKN


Bukit Besar, Kulim

4. Guru-guru SKSL

2
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

7. ORGANISASI PELAKSANAAN
Penasihat : Pn. Vasantha Devi a/p Marimuthu
(Guru Besar)
Pengerusi :Tn. Syed Shahrul Nizar b. Syed Mohd. Zainudin
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 1 :Pn. Hjh Wan Normah bt Wan Taib
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Norshaidi bin Mohd Nor
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha 1 : Pn. Rofizah bt. Hamid
Setiausaha 2 : En. Basier Rool Azmi b.Ibrahim
Bendahari : Pn. Rohaiza bt Abdul Rahman

3
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

Ahli Jawatankuasa : En. Ibrahim b. Yaakob


: En. Mohd Rahmat b. Abdul Rahim
: En. Muhammad Nor Shafiq b. Omar
: Pn. Azrul Naemi bt Mokhtar
: Pn. Maisarah bt Mohamad
: Pn. Norhaslinda bt Adnan

PENDAFTARAN
Pn. Rofizah bt Hamid(K)
Pn. Patahiyah bt Mohamad

PERSIAPAN TEMPAT
En. Mohd Rahmat b.Abdul Rahim(K)
Pn. Noor Jareena bt Mohamud Kassim
En. Muhammad Nor Shafiq b. Omar

KESELAMATAN
En. Ibrahim b. Yaakob(K)
Pn. Rohaiza bt Abdul Rahman
En. Basier Rool Azmi b. Ibrahim

4
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

FASILITATOR BACKDROP/BANNER
Pn.Nor Khamisah bt Johari(K) Pn. Siti Rohayah bt Abdullah(K)
Pn. Munirah Mansor Pn. Maznah bt Hj. Umar
Pn. Siti Asmayani bt Ishak
Pn. Misrajah bt Osman PENGACARA
Pn. Maisarah bt Mohamad (K)
BUKU PROGRAM/BROSUR Pn. Azrul Naemi bt Mokhtar
Pn. Norhaslinda bt Adnan(K)
Pn. Jawariah bt Abdul Rani MAKANAN /MINUMAN
Pn. Normah Abd. Wahab (K)
BACAAN DOA Pn. Aliyah bt Mohamad
En. Basier Rool Azmi b. Ibrahim Pn. Roslina bt Taib

SIJIL/CENDERAHATI DOKUMENTASI/FOTOGRAFI
Pn. Tang Siew Lai (K) Pn. Nurul Farhana bt abdul Manaf(K)
Pn Zunaini bt Ahmad Pn. Mahyuni bt Marzuki
Pn. Noor Shahri bt Mohd Yussof

5
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

8. TENTATIF PROGRAM
KHAMIS | 9 MAC 2017
1.40 ptg : Murid Berkumpul di perkarangan SKSL
2.00 ptg : Bertolak ke PLKN Bukit Besar
(perkhidmatan bas utk pergi disediakan)
3.30 ptg : Aktiviti Bermula
Taklimat/ Aktiviti Lintar Halangan
Minum petang
6.30 ptg : Makan malam/ persiapan diri/ Solat
Kuliah Maghrib
7.40 mlm : Bacaan Yassin
9.00 mlm : Ceramah Motivasi Kepimpinan(1)
11.00 mlm : Minum malam/ rehat tidur

JUMAAT | 10 MAC 2017


5.30 pg : Persiapan diri/ Solat Subuh/ Kuliah
7.00 pg : Senaman Segar
8.30 pg : Aktiviti Kembara / Flying Fox
12.30 tgh : Makan Tengahari/ Solat Jumaat
3.30 ptg : Ceramah Motivasi Kepimpinan(2)
5.00 ptg : Majlis Penutupan Kem Kepimpinan
6.00 ptg : Bersurai
(Murid pulang dengan waris)
6
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

9. ANGGARAN PERBELANJAAN (MAKANAN DAN MINUMAN )


Pakej PLKN RM 4455.00
(Makan minum/tempat tidur/Pengangkutan/Penceramah dan Jurulatih)
Bayaran 2 Penceramah Jemputan RM 300.00
Banner RM 60.00
Bahan habis guna (alat tulis) RM 45.00
JUMLAH RM 4860.00

7
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

10. LAPORAN AKTIVITI

KHAMIS | 9 MAC 2017


Proses pendaftaran dimulakan pada jam 12.00 tengahari di Dewan SK Sri Limau.
Setelah itu murid berkumpul dan Pn. Rofizah memberi sedikit taklimat sebelum murid
bertolak ke lokasi perkhemahan. Setelah selesai sesi pendaftaran, murid bergerak ke
Kem PLKN Bukit Besar dengan menaiki bas dan diiringi oleh Puan Siti Munirah binti
Mansor dan Puan Misrajah binti Osman. Murid tiba di kem sekitar jam 1 tengahari.

Murid diberikan bilik untuk menginap dan murid diminta bersedia untuk makan
tengahari dan solat Zohor berjemaah. Setelah selesai urusan di bilik, murid menjamu
selera di dewan makan. Sejurus selepas makan tengahari, murid bergerak ke surau
untuk solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh jurulatih PLKN.

Sekitar jam 3.00 petang, semua peserta kem diminta berkumpul dengan memakai
pakaian sukan. Aktiviti yang akan dijalankan adalah jungle tracking. Aktiviti jungle
tracking diiringi oleh 2 orang jurulatih PLKN dan 3 orang guru SKSL iaitu Encik Ibrahim
bin Yaakob, Encik Muhammad Nor Syafiq bin Omar dan Encik Rahmat bin Abdul
Rahim. Semasa aktiviti, seorang murid telah mengalami kecederaan dan dihantar ke
Hospital Kulim untuk rawatan.

Setelah tamat aktiviti jungle tracking, murid diberi minum petang dan bersedia untuk
solat Asar. Selepas selesai solat Asar, murid sekali lagi berkumpul di tapak berhimpun
untuk aktiviti riadah petang yang dikelolakan oleh jruulatih PLKN. Setelah tamat aktiviti
riadah, murid bergerak ke dewan makan untuk makan malam. Selesai makan malam,
murid membersihkan diri dan bersedia di surau untuk solat Maghrib dan bacaan Yasin.

8
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

Aktiviti diteruskan dengan ceramah kepimpinan yan disampaikan oleh Encik Hairul
Anuar bin Ismail yang merupakan Kaunselor Pelajar SMK Taman Kenari. Slot ceramah
yang begitu bersemangat telah menarik minat murid untuk bersama-sama mengamati
kandungan ceramah yang disampaikan. Setelah tamat ceramah, murid minum malam
dan pulang ke bilik untuk tidur.
JUMAAT | 10 MAC 2017
Murid dikejutkan untuk mandi dan bersedia untuk solat Subuh berjemaah. Selepas
solat Subuh, murid mendengar kuliah Subuh sebagai santapan rohani. Setelah selesai
kuliah, murid bersarapan pagi dan seterusnya membuat senaman pagi.

Sekitar jam 8 pagi, murid berkumpul untuk menjalani aktiviti flying fox. Flying Fox
adalah aktiviti individu yang diadaptasi dari pelatihan militer. Aktiviti ini dilakukan dengan
cara meluncur dari ketinggian tertentu melalui kabel wayar. Setiap murid perlu membuat
aktiviti ini untuk meningkatkan tahap keyakinan dalam diri murid dan seterusnya
mencungkil keberanian dalam diri mereka.

Setelah tamat aktiviti, murid lelaki membersihkan diri dan bersedia untuk bergerak ke
Masjid Kulim untuk solat Jumaat. Murid perempuan membersihkan diri dan solat Zohor
di surau.

Sekitar jam 3 petang, semua murid berkumpul untuk membuat aktiviti berhalangan.
Dalam aktiviti ini, murid perlu melepasi semua halangan yang ada untuk sampai ke
garisan penamat. Aktiviti ini dapat melihat kerjasama antara murid serta semangat
tolong menolong sesama sendiri.

Aktiviti terakhir sebelum tamatnya kem kepimpinan ini adalah ceramah kepimpinan slot
ke-2. Ceramah ini disampaikan oleh Puan Azzah binti Derani, Kaunselor SMK Junjong.
Dalam ceramah ini, murid banyak diberikan semangat dan kata-kata motivasi agar
mereka lebih yakin untuk menjadi pemimpin dalam kalangan rakan-rakan sebaya.

9
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

Majlis penutupan kem kepimpinan SKSL sesi 2017 telah dikendalikan oleh Puan
Maisarah binti Mohamad sebagai pengacara majlis. Dalam majlis penutup ini, Tuan
Guru Besar, Puan Vasantha Devi a/p Marimuthu telah menyampaikan hadiah dan sijil
kepada para pemenang. Setelah tamat majlis, murid bergerak pulang ke sekolah
dengan menaiki bas.

11. PENUTUP
Dengan terlaksananya kem motivasi ini, murid-murid akan lebih berkeyakinan
serta berhemah dalam menjalankan tugas masing-masing. Disamping semangat
kerjasama dan permuafakatan serta disiplin antara ahli dapat disemai semasa dan
dizahirkan selepas kem motivasi ini.
Diharapkan semua aktiviti yang dirancang dapat menyumbang beberapa kriteria
penting untuk melahirkan ramai bakal pemimpin muda yang cemerlang, gemilang dan
terbilang bagi menghadapi era globalisasi.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

........................................................ .......................................................
(Nurul Farhana binti Abdul Manaf) (Syed Shahrul Nizar bin Syed Mohd Zainuddin)
AJK Dokumentasi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Kem Kepimpinan Pengawas SK Sri Limau
SK Sri Limau
2017

Disahkan oleh :

.......................................................
(Vasantha Devi a/p Marimuthu)
Guru Besar
SK Sri Limau

10
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI


KHAMIS | 9 MAC 2017

Murid bersama guru bertolak ke Kem PLKN pada jam 12.30 tengahari

Murid makan tengahari

Solat Zohor berjemaah

11
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

Aktiviti Jungle Tracking

Ceramah Kepimpinan oleh : EN Hairul Anuar bin Ismail


(Kaunselor Pelajar SMK Taman Kenari)

12
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

JUMAAT | 10 Mac 2017

Kuliah Subuh

Aktiviti Flying Fox


13
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

Murid lelaki bersedia dan bertolak ke Masjid Kulim untuk Solat Jumaat

Aktiviti Laluan Berhalangan

14
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

Ceramah Kepimpinan Slot 2

15
Dokumentasi Kem Kepimpinan SK Sri Limau 2017

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

16

Anda mungkin juga menyukai