Anda di halaman 1dari 5

PERMAINAN NOMBOR YANG MENARIK

Permainan nombor ini telah menarik perhatian saya semasa saya melawati satu blog yang
bertajuk " Helping Little Hands".

Permainan ini menarik sebab ia melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran psikomotor.
Nombor bermula daripada 1 hingga 10 telah diletak di atas lantai. Murid akan melompat dan
memijak nombor mengikut teknik menaik atau menurun. Permainan ini akan mengukuhkan
lagi konsep rangkaian nombor. Ia sesuai dijalankan di kelas Pra Sekolah dan juga Tahun 1.

Nombor disusun dalam garisan lurus terlebih dahulu untuk membina konsep membilang
nombor secara menaik.
Nombor disusun secara rawak, Murid perlu memikir dan mencari nombor yang seterusnya.

Permainan ketinting menggunakan nombor.


Susunan nombor dalam bentuk bulatan.

Posted by Ruth Ling at 20:58 2 comments:

MENYUSUN NOMBOR MENGIKUT TERTIB

Dalam tajuk nombor bulat tahun 2, standard kandungan pertama terdiri daripada menama dan
menentukan nilai nombor. Murid dikehendaki membaca, menyebut dan menyusun nombor
mengikut tertib menaik dan menurun. Berikut merupakan satu aktiviti pembelajaran yang
menarik untuk menyusun nombor secara tertib menaik atau menurun.

Alat yang perlu : batang kayu ais krim dan tanah liat (PlayDoh).
Guru boleh menyediakan batang kayu ais krim dengan menulis angka dari 1 hingga 20 di atas
batang tersebut.

Batang kayu ais krim kemudian dilonggokkan bersama.


Murid diminta untuk menyusun batang kayu ais krim secara tertib menaik atau menurun di
atas tanah liat.

* Guru boleh meminta murid membilang sambil menyusun.


* Angka boleh ditukar kepada lima-lima ( 5,10,15,20....) atau sepuluh-sepuluh
(10,20,30,40....) atau seratus-seratus (100,200,300,400....) atau sebarang nombor ( 3, 16, 24,
35...)
* Aktiviti ini dapat membantu murid untuk mengukuhkan pengetahuan dalam membilang
nombor secara tertib menaik dan menurun.

Anda mungkin juga menyukai