Anda di halaman 1dari 16

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Course Name

: MATHEMATICS FOR GIFTED CHILDREN

Course Code

: KMP6103

Semester

:2

Session

: 2014/2015

Name

: TANESH A/L SEGAR

Matric ID

: M20132002014

Lecturer

: Dr Mohd Uzi Bin Dollah

Question

: BUAT KAJIAN PERPUSTAKAAN DAN PILIHLAH


SATU ISU TENTANG PINTAR CERDAS DI
MALAYSIA. SETERUSNNYA BINCANGKAN
TENTANG ISU PINTAR CERDAS BERKENAAN
DENGAN MEMBERI JUGA CADANGAN LANGKAH
MENGATASINNYA ATAU PENAMBAHBAIKAN.

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

PENGENALAN

DEFINISI PINTAR CERDAS

CIRI-CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS

MAKSUD RAKAN SEBAYA DAN PENGARUHNYA

CADANGAN/LANGKAH PENAMBAH BAIKAN

KESIMPULAN

13

RUJUKAN

14

ISU SIKAP RAKAN SEBAYA DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS


1.PENGENALAN
Kanak-kanak era millenium di zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini
didapati terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit
sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal,
kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai
pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta
melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas.
Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi
dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan
bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus
amat diperlukan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati bahawa kanak-kanak yang pintar

cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan


pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal.
2.DEFINISI PINTAR CERDAS
Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai,
banyak akal, cerdik, licik serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula
membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar. Pintar Cerdas merupakan
keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi,
bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar cerdas IQ tinggi mudah memahami
pengajaran dan pembelajaran, menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan
berkesan. Menurut Golant K. S., kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang
tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada
persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.
Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang
tinggi. Bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and talented adalah kanakkanak yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang
1
menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan
pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain
yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan
keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan
kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.
Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih
kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan.
Disamping itu, pintar cerdas juga didefinisikan sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus
kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada
sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan

dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan
kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.
3.CIR-CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS
Terdapat beberapa ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang kita harus kenali untuk
memahami kesimpulan daripada jurnal ini. Kanak-kanak pintar cerdas memiliki tujuh
kebolehan seperti kepintaran linguistik (berkaitan dengan bahasa), kepintaran logikal
(berkaitan dengan matematik), kepintaran ruang (berupaya memberi pendapat tentang alam
sekeliling, membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik dan
memori secara visual), kinetik badan (berkaitan koordinasi motor), kemahiran muzikal
(mengenalpasti irama,intonasi dan melakukan memori auditori), interaksi sosial (kemahiran
berkomunikasi) dan hubungan dalaman (kemahiran memahami emosi diri dan orang lain).
Kanak-kanak ini mempunyai kelebihan luar biasa dalam satu sifat tersebut dan sederhana
dalam bidang yang lain. Antara sifat positif kanak-kanak pintar cerdas ini adalah
berimaginasi tinggi, mudah memahami sesuatu perkara dengan cepat, selalu bertanya,
memberikan konsentrasi yang tinggi pada sesuatu yang diminati, berminat dengan perkara
yang diluar kemampuan kanak-kanak sebaya,
2 seperti membaca buku-buku dewasa,
mempunyai sifat ingin mencapai yang terbaik. Kanak-kanak ini juga adakalanya terlalu
bersikap autokratik dan boleh menjurus kepada sikap suka mengarah dan tidak mahu
mendengar pendapat dari orang lain. Mereka juga mudah merasa bosan dengan apa yang
dipelajari lebih-lebih lagi sekiranya perkara tersebut sudah lam diketahuinya, tidak boleh
menerima kegagalan.
Selain daripada itu, kanak-kanak pintar cerdas juga mementingkan kesempurnaan.
Seseorang yang mementingkan kesempurnaan secara sihat adalah seseorang yang puas
hati dengan hasil kerja mereka sendiri. Seseorang yang mementingkan kesempurnaan
neurotik pula adalah seseorang yang sentiasa berasa tidak puas hati kerana mereka
berpandangan bahawa diri mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang mencukupi untuk

merasa puas hati. Seseorang itu boleh dikatakan mementingkan kesempurnaan apabila
mereka mempunyai tanda-tanda seperti rasa ingin tahu yang sangat tinggi, sentiasa
mengkritik kesalahan diri sendiri, cenderung untuk memperbesarkan kesalahan diri mereka
sendiri, sentiasa merendah-rendahkan orang lain, takut untuk mencuba sesuatu perkara
baru, tidak suka berkongsi tanggungjawab dengan orang lain untuk mengelakkan hasil yang
tidak sempurna, merasa sangat rendah diri dengan orang lain dan cenderung untuk berasa
tertekan dan akan merasa hilang yakin semula walaupun telah berjaya mendapat kejayaan
dalam suatu perkara yang mereka lakukan.
Walaupun begitu, sikap mementingkan kesempurnaan dalam kalangan kanak-kanak
pintar cerdas boleh dibendung dengan beberapa langkah. Ibu bapa mempunyai peranan
yang sangat penting dalam membendung perkara ini. Ibu bapa seharusnya memberi rasa
sayang yang tidak berbelah bagi terhadap mereka. Ibu bapa perlu cuba untuk memisahkan
tingkah laku anak-anak mereka terhadap perkara yang boleh dianggap satu kritikan atau
pujian dari diri mereka sendiri.
Jika hendak disenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini adalah terlalu
banyak. Namun demikian ia boleh dikategorikan kepada dua ciri utama iatu ciri-ciri kognitif
dan juga ciri-ciri afektif. Kognitif adalah merujuk
3 kepada aktiviti-aktiviti mental yang terlibat
dalam beberapa keupayaan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah, menaakul,
menganalisis, dan membentuk konsep. Biasanya keupayaan kognitif kanak-kanak dalam
golongan pintar cerdas ini dapat dikenalpasti seawal peringkat bayi lagi. Perkembangan
kanak-kanak ini dapat diperhatikan dan dipantau oleh ibu bapa kerana biasanya mereka
akan menunjukkan perkembangan yang lebih jauh berbanding dengan kanak-kanak
seusianya. Sebagai ibubapa yang perihatin mereka akan memberikan sokongan dan
tumpuan yang lebih bagi membantu perkembangan kanak-kanak ini. Tahap kebolehan
kognitif kanak-kanak boleh diuji menggunakan ujian IQ.
Kanak-kanak pintar cerdas biasanya akan mencapai tahap pencapaian sebanyak
140, namun kadangkalanya mereka boleh mencapai sehingga 170 mata. Namun demikian,

kesahihan ujian ini masih boleh dipertikaikan kerana ada yang mengatakan perbezaan
tahap umur akan menjejaskan perbandingan pencapaian dalam ujian IQ ini. Antara
beberapa kognitif kanak-kanak pintar ialah daya tumpuan yang tinggi dalam melakukan
sebarang kerja atau aktiviti, boleh dan mempunyai minat membaca diusia yang muda,
mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam mengingat sesuatu, perasaan ingin tahu dan
kebolehan membuat rumusan, menganalisa dan menaakul.
Ciri kedua yang akan dibincangkan di sini ialah ciri-ciri afektif kanak-kanak pintar
cerdas. Menurut kamus Dewan edisi keempat, afektif adalah berkaitan dengan perasaan
dan emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir. Untuk memperkembangkan minat dan
motivasi di kalangan kanak-kanak ciri-ciri afektif haruslah berkembang serentak dengan ciriciri kognitif mereka. Manakala menurut Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) iaitu orang
pertama yang menggunakan terminology afektif telah menemukan satu lagi domain
penting adalam perkembangan manusia iaitu afektif. Antara ciri-ciri afektif kanak-kanak
pintar cerdas ialah karismatik, mementingkan kesempurnaan dan berasa tertekan dan
mudah sensitive.

4.MAKSUD RAKAN SEBAYA DAN PENGARUHNYA


4
Rakan sebaya merupakan kumpulan yang paling dekat dan paling penting dalam
kehidupan seseorang kanak-kanak. Lazimnya seseorang kanak-kanak akan bergaul dengan
keluarga mereka yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik ketika berada di rumah.
Apabila mereka berada di luar rumah pula, mereka akan bergaul dengan rakan sebaya.
Namun, oleh sebab kanak-kanak lebih banyak menghabiskan lebih banyak masa bersama
rakan sebaya berbanding keluarga mereka, maka tidak hairanlah terdapat kanak-kanak
yang mengutamakan rakan sebaya lebih daripada keluarga mereka.
Rakan sebaya boleh di definisikan sebagai sahabat yang mempunyai umur, latar
belakang dan minat yang lebih kurang sama. Rakan sebaya juga membawa erti dua atau

lebih individu yang mempunyai aras tingkah laku yang sama. Mereka juga mempunyai
persefahaman antara satu sama lain. Selain itu, rakan sebaya ini tidak semestinya
mempunyai umur yang sama, asalkan dapat menyesuaikan diri dengan tingkah laku antara
satu sama lain dari segi minat dan matlamat.
Terdapat enam peringkat dalam perhubungan rakan sebaya. Peringkat yang pertama
adalah antara umur 5-12 tahun, peringkat kedua 12-14 tahun, peringkat ketiga 14-16 tahun,
peringkat keempat 16-18 tahun, peringkat kelima 18-25 dan yang terakhir iaitu peringkat
keenam iaitu berumur 25 tahun dan ke atas. Dalam pemilihan rakan sebaya pula, terdapat
beberapa faktor yang diambil kira oleh seseorang remaja, iaitu pendidikan, tarikan, minat,
kelas sosial dan umur. Rakan sebaya juga merupakan insan yang amat penting kepada
seseorang kanak-kanak kerana rakan sebayalah agen peneguhan dan model sosial kepada
mereka.
Peringkat kanak-kanak merupakan masa hubungan sosial bukan terhad yang bukan
sahaja melibatkan ibu bapa tetapi juga rakan sebaya. Peringkat kanak-kanak, rakan sebaya
mempunyai peranan yang sangat penting dan perhubungan pada masa ini sangat kritikal.
Minat mereka selalunya adalah lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa.
Kanak-kanak juga memperolehi kemahiran 5sosial yang hanya boleh didapati dan dilatih
di kalangan rakan sebaya. Bagi kanak-kanak, rakan sebaya menjadi sumber maklumat
utama tentang dirinya dan juga orang lain. Rakan sebaya menjadi asas untuk membuat
perbandingan antara tindakannya, sikapnya, perasaannya dan orang lain.
Pada umumnya kanak-kanak lelaki dan perempuan yang popular dianggap sebagai
suka kepada orang lain, bertoleransi, bersimpati dan suka membantu rakan-rakan dengan
membuat mereka rasa diterima dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan
aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.Kanak-kanak seperti ini bersikap ceria,
bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan idea yang
baik.

Kanak-kanak yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai cirriciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Kanak-kanak ini merasa kurang yakin
pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Kanak-kanak yang
bersikap agresif, sombong dan terlalu mendesak akan tidak disukai dan kemungkinan
ditolak rakan sebaya.
Kumpulan sebaya dikatakan menyumbang terhadap perkembangan sosial kanak-kanak
terutamanya dalam pencapaian identity mereka. Paling penting kumpulan kanak-kanak
dapat memberi sokongan kepada ahli-ahlinya di samping keluarga mereka. Di sinilah kanakkanak berpeluang mencuba berbagai peranan identity yang akhirnya akan menyumbang
kepada personalitinya apabila dewasa kelak.
Tidak dapat dinafikan juga, rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting dalam
kehidupan setiap individu terutamanya kanak-kanak. Mereka berperanan sebagai pengganti
keluarga, sebagai tempat rujukan dan sebagai kumpulan rujukan dalam kehidupan
seseorang kanak-kanak. Selain itu rakan sebaya juga turut berperanan sebagai pemberi
sokongan sosial. Jadi, oleh sebab rakan sebaya begitu penting dalam kehidupan seseorang
kanak-kanak, maka tidak hairanlah pengaruh seseorang rakan sebaya sangat kuat kepada
seseorang kanak-kanak. Terdapat dua jenis pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan
6
seseorang kanak-kanak, iaitu pengaruh positif dan pengaruh negatif. Pengaruh rakan
sebaya yang positif dapat membentuk sikap dan keperibadian yang mulia pada diri
seseorang kanak-kanak itu, manakala pengaruh yang negatif pula akan menyebabkan
seseorang kanak-kanak terjerumus ke kancah gejala sosial seterusnya meranapkan masa
hadapan kanak-kanak tersebut.
Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak
lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari
segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah
lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi

sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada
kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh
yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh
rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar.
Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan
kebolehan sosial serta kognisi sosial. Selain daripada mengembangkan kebolehan dan
kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang
individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi
cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Pada kebiasaannya sikap rakan
sebaya terhadap pelajar pintar cerdas dan berbakat di peringkat sekolah rendah adalah
positif. Pengalaman belajar bersama-sama pelajar pintar cerdas akan menjadikan
seseorang itu lebih menerima kehadiran pelajar ini. Walau bagaimanapun, mereka yang
berumur 10 hingga 29 tahun telah menunjukkan sikap simpati yang agak kurang jika
dibandingkan dengan mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun.
Selain itu, pelajar pintar cerdas juga biasanya mengalami masalah dalam hubungan
dengan rakan sebaya. Ini adalah kerana sikap pelajar pintar cerdas itu sendiri yang kadang
kala sukar difahami oleh rakan seusia mereka. Sikap pelajar pintar cerdas sukar difahami
7
oleh rakan seusia mereka kerana pengaruh umur mental mereka yang agak tinggi
berbanding dengan umur kronologi mereka. Oleh kerana sikap sebegini, pelajar pintar
cerdas akan dianggap sebagai pelik dan sukar didekati oleh rakan seusia mereka. Ini
seterusnya akan menjadikan pelajar pintar cerdas sukar untuk mencari kawan untuk
meluahkan perasaan dan dijadikan teman untuk berbual.
Sikap pelajar pintar cerdas yang lebih terkehadapan dari segi pemikiran berbanding
dengan rakan seusia mereka juga akan menjadikan rakan seusia mereka menjauhkan diri
daripada mereka. Walau bagaimanapun terdapat beberapa penyelidik tidak sependapat
dengan ini. Mereka menyatakan bahawa pelajar-pelajar pintar cerdas adalah merupakan

pelajar yang tidak mempunyai masalah dari segi psikologi dan sosial. Mereka juga
menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas pandai menyesuaikan diri dengan rakan sebaya
dan mudah bersosial.
Sikap rakan sebaya terhadap pelajar pintar cerdas adalah penting bagi
meningkatkan perkembangan pelajar pintar cerdas seterusnya dengan sikap rakan sebaya
yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada pelajar pintar cerdas akan
meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar itu.
. Perbezaan jantina juga didapati tidak memberi pengaruh terhadap sikap, layanan,
sokongan, dan minat dalam kalangan pelajar pintar cerdas. Dalam kalangan pelajar aliran
perdana, didapati pengaruh jantina memainkan peranan yang agak penting dalam
mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Walaupun terdapat perbezaan
pencapaian antara jantina bagi pelajar aliran perdana, namun tiada perbezaan yang
signifikan bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jantina pelajar pintar cerdas. Ini
menunjukkan faktor jantina tidak mempengaruhi sikap rakan sebaya dalam kalangan pelajar
pintar cerdas. Ini sekaligus memberi erti bahawa kebanyakan rakan sebaya pelajar pintar
cerdas tidak mendiskriminasikan pelajar pintar cerdas berdasarkan jantina.
Sikap rakan sebaya mempunyai kesan8interaksi atau hubungan dengan pencapaian
pelajar pintar cerdas. Interaksi ini dilihat sebagai interaksi negatif dan signifikan. Oleh itu,
faktor sikap rakan sebaya juga boleh dikatakan sebagai peramal kepada pencapaian pelajar
pintar cerdas. Persekitaran positif dalam keluarga, rakan sebaya, sekolah dan masyarakat
perlu dalam membantu dan memelihara perkembangan kognitif dan keperluan afektif pelajar
pintar cerdas.
5.CADANGAN/LANGKAH PENAMBAH BAIKAN
Antara langkah-langkah mengatasi yang boleh diambil ialah mengadakan kaedah
kumpulan, pembelajaran, peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi
pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

Di dalam sesebuah kelas terdapat beberapa orang murid yang mempunyai tahap
keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid. Ini
dapat memudahkan guru menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran.
Guru boleh mengasingkan murid yang lemah, sederhana dan pandai dalam
kumpulan yang ditetapkan. Dengan cara ini, guru dapat memantau prestasi setiap kumpulan
berdasarkan tahap keupayaan dan kecerdasan murid-murid tersebut. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran juga tidak membebankan murid kerana guru menggunakan aras yang
berbeza untuk setiap kumpulan.Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil
untuk setiap murid-muridnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian murid perlu dicatat
dari masa ke masa.
Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana
biasanya terdapat murid cerdas dan lambat. Di dalam aktiviti pembelajaran ini, murid cerdas
dikehendaki membantu murid lemah. Murid yang cerdas akan bersungguh-sungguh
membantu murid yang lemah kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam
kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Secara tidak langsung, dapat memupuk
9
semangat bekerjasama apabila setiap kumpulan bersaing satu sama lain.
Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea perancah (scaffolding) dalam
Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana murid cerdas akan membimbing pelajar
lemah di dalam zon perkembangan proksimal. Ini kerana, ada kalanya pengajaran rakan
sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh pelajar
yang cerdas ini.
Semasa berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru
hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang
baik. Murid-murid akan berasa dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat
peneguhan positif dengan mengatakan bagusapabila murid dapat memberi jawapan yang
betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas. Peneguhan positif juga boleh diberikan dengan

memberikan simbol bintang pada buku latihan murid kerana dapat menyiapkan kerja
dengan tulisan yang kemas dan cantik.
Manakala, peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang yang tidak
disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan muridnya membuat bising akan
mengatakan bahawa, Saya akan membenarkan murid yang telah menyiapkan kerja keluar
rehat lebih awal. Oleh itu, murid akan menyiapkan kerja yang diberikan untuk keluar rehat
lebih awal.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip Premack atau grandmothers rule,
iaitu dengan menyatakan , Murid yang membuat kerja dengan tulisan yang cantik dan
kemas akan dibenarkan membaca komik Naruto. Ini bermakna murid akan membuat
latihan yang diberikan dengan teliti untuk mendapatkan sesuatu yang disukainya.
Strategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke
arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru perlu
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid supaya
dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Antaranya, kuiz,
perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan
1
0
lawatan.
Guru juga boleh menngunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap pencapaian
dan kebolehan muridnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh, guru boleh memulakan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan memulakan set induksi menggunakan
tayangan video, bercerita, bernasyid dan sebagainya. Secara langsung dapat
menggalakkan penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi untuk belajar.
Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian
maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi.
Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada
yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik.

Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang
boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh
didapati di dalam surat khabar tersebut.
Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk
belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah
hingga susah. Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat menjawab soalan
mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pembelajaran berbantukan komputer amat
menarik digunakan kerana mengandungi elemen-elemen visual grafik yang dapat menarik
perhatian murid contohnya animasi kartun.
Disamping itu, guru juga boleh menubuhkan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.
Penubuhan kelab ini dapat membina kelompok pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang
tinggi , mempraktikkan sistem nilai yang sihat sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan dapat membantu Guru Bimbingan melaksanakan perkhidmatan menolong
yang menjurus kepada pembentukkan budaya sekolah yang kondusif dan merangsang
pembangunan manusia.
Antara peranan yang dapat dipikul oleh Kelab Pembimbing Rakan Sebaya ialah
1
1
membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan
program bimbingan di sekolah.
Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program
bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru
bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. Pembimbing Rakan Sebaya ini merupakan
khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Golongan kanakkanak boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang
mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi.
Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh
menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah.
Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan kanak-kanak ini. Oleh itu, dengan
latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di
sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan Pembimbing Rakan

Sebaya ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang
Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.
Berikut adalah tugas-tugas Pembing Rakan Sebaya di sekolah:
i.

merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk
mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling

ii.

menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi
sokongan emosi dalam keadaan krisis

iii.

membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau
tutor sebaya

iv.

membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling
kelompok

v.

membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi,


membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya

vi.

membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing


Rakan Sebaya yang baru

vii.

membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan


1
2 kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang
sekolah, perpustakaan bimbingan, papan
ada kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu kanak-kanak

viii.

menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah

6.KESIMPULAN
Pencapaian akademik murid yang berbeza adalah disebabkan oleh faktor
personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina,1kesihatan dan faktor lokasi. Ini kerana
setiap murid mempunyai perbezaan individu tersendiri.
Oleh itu, setiap guru perlu mengenalpasti apakah tahap kecerdasan murid di dalam
kelas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mengikut tahap keupayaan seseorang murid itu. Langkah-langkah mengatasi yang boleh di
ambil oleh guru ialah mengaplikasikan kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi

peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta
mempelbagaikan bahan bantu mengajar.
Guru juga perlu mengenalpasti dan memahami setiap masalah yang berlaku pada
murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu murid yang mengalami
masalah perbezaan individu ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu
hari nanti. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan bahawa modal insan
yang dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru bukan
sahaja menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah memainkan
peranan amat penting iaitu mendidik dan membimbing murid menjadi insan yang berguna,
cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

7.RUJUKAN

1
3
1) http://www.medc.com.my/medc/journals/valume7/SIKAP%20RAKAN%20SEBAYA
%20DI%20KALANGAN%20PELAJAR%20PINTAR%20CERDAS
%20AKADEMIK(MEDC)-2.pdf
2) http://images.dehewaraspak.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/RvGX@AoKCtM
AAFNiRgc1/hubungan%20sosioekon%20dgn%20pcapaaan.pdf?
key=dehewaraspak:journal:23&nmid=58573556
3) Quek Miow Leng. (2006) Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan
Pengaruh Rakan Sebaya dengan Pencapaian Matematik di Kalangan Pelajar Tingkatan
Empat di Daerah Batu Pahat, Johor. Tesis PhD. Univesiti Teknologi Malaysia, Johor.
4) Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan
hubungannya dengan pencapaian akademik. Prosiding konferensi kebangsaan Kajian

Pasca Siswazah (Greduc.), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Universiti Malaya,


Kuala Lumpur.

1
4

Anda mungkin juga menyukai