Anda di halaman 1dari 6

SK SERI BINTANG SELATAN

KERTAS KERJA

PERLAKSANAAN MINGGU PANITIA


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
2019

TARIKH :
29 APRIL – 3 MEI 2019
PERLAKSANAAN MINGGU PANITIA
2019

LATAR BELAKANG

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran yang


memberi penekanan kepada pembelajaran berdasarkan kemahiran asas pergerakan
dan amalan gaya hidup sihat melalui domain psikomotor, kognitif, dan
afektif.Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan
kepada peningkatan pembangunan kendiri dari segi fizikal, mental, emosi, sosial,
keselamatan, tanggungjawab kendiri, interaksi dan kerjasama.

RASIONAL

Memperkasakan mutu pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah disamping


meningkatkan kualiti dan kuantiti sukan dan permainan. Selain memberi ruang dan
peluang kepada semua murid yang menceburkan diri, dapat memperkembangkan
bakat kepimpinan murid-murid dan menerapkan nilai murni dan social kearah
Matlamat Pendidikan Negara.

MATLAMAT

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk


meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

OBJEKTIF

 Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal.


 Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang
sukan.
 Memastikan murid –murid akan berkembang secara seimbang dari segi
jasmani,rohani, emosi dan intelektual.
PERLAKSANAAN

Tarikh : 29 April – 3 Mei 2019

Tempat : SK Seri Bintang Selatan

KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Seri Bintang Selatan

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Zarina bt. Jamil PPN

Naib Pengerusi : Pn. Halizah bt. Abd. Hamid


Penyelaras : En. Ajmal Muhammad b. Zulkiffili

JAWATANKUASA INDUK

En. Mohamad Hakim b. Zakaria


En. Hezaiful b. Heslan
Pn. Puteri Halimatul Haslia bt. Megat Ismail
Pn. Noor Hidayu bt Adnan
En Mohd Faizal B Kamberi
AKTIVITI DRILL BAGI MENINGKATKAN KOORDINASI
MURID

 Koordinasi tubuh badan sangat penting kepada murid-


murid berumur 7 hingga 12 tahun selari dengan fasa
perkembangan mereka.

 Dilaksanakan 10 minit setiap kali sebelum pdpc


dimulakan oleh guru yang mengajar kelas Pendidikan
Jasmani.

 Senarai drill boleh dilaksanakan berpandukan jadual


yang disediakan.

 Bertujuan meningkatkan tahap koordinasi murid bagi


meningkatkan kemahiran dalam pelbagai jenis sukan dan
permainan.

Bil. Jenis Drill Catatan

1 Larian zig zag Marker (2 minit)

2 High knee Marker (2 minit)

3 Jumping jack 2 minit

4 Side step Marker (2 minit)

5 Agility Run Marker (2 minit)

6 Regangan badan Dynamic stretch

7 Pdpc dijalankan seperti biasa. -


Disediakan oleh,

…………………………………………………………….,
(AJMAL MUHAMAD BIN ZULKIFFILI)
Ketua Panitia,
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan,
SK Seri Bintang Selatan.

Disah oleh,

…………………………………………………………….,
(PN. HALIZAH BT. ABD HAMID)
Penolong Kanan,
Tadbir Dan Kurikulum,
SK Seri Bintang Selatan.

Anda mungkin juga menyukai