Anda di halaman 1dari 3

SOALAN KBAT DAN SOALAN KBAR

MATEMATIK TAMBAHAN KSSM

BAB 5 : JANJANG

 Soalan bagi topik Janjang di sebelah adalah soalan berbentuk KBAT


kerana memenuhi ciri ciri soalan KBAT iaitu
1.  Stimulus - petikan cerita iaitu Azmah itu seorang jurujual dan
seterusnya...
2.  Pelbagai tahap pemikiran- (saya merujuk kepada aras atau tahap
inteleks Oliver Wendell Holmes iaitu tahap
pemikiran mengumpul seterusnya tahap pemikiran memproses dan
tahap pemikiran mengaplikasi)
tahap pemikiran memproses ;
pelajar mengenalpasti maklumat di perenggan kedua.  
- kenalpasti janjang aritmetik atau janjang goemetri

- pelajar menyenaraikan dari maklumat perenggan kedua

- pelajar sedang membuat analogi iaitu turutan itu turutan geometri


atau turutan aritmetik
- pelajar akan membuat urutan dan mentafsir dari perenggan kedua
itu

tahap pemikiran mengaplikasi


- pelajar response kepada tugasan soalan iaitu mencari
pertambahan pada setiap bulan dengan melibatkan pemikiran
meramal serta menentukan

Konteks yang baharu - stimulus memberi pelajar ruang untuk


membina soalan menggunakan ransangan yang baharu terhadap
pelajar

Stimilus itu membolehkan pelajar menjawab soalan yang


mengaitkan dengan situasi kehidupan

Item KBAR

1.  Stimulus - untuk  menjana pelajar berfikir.  Maka item ini


mempunyai stimulus
2.  Pelbagai tahap pemikiran - soalan ini straight forward.  Sudah
dinyatakan jenis turutan itu iaitu beza sepunya, maka ia adalah
janjang aritmetik. Maka item ini tiada pelbagai tahap pemikiran
3.  Tiada konteks yang dinyatakan. Maksudnya bagaimana
sebutan sebutan itu terbina,  terjadi atau terbentuk.  Dari situasi
mana ? Seolah olah ia telah didelete oleh pembina soalan atau
binaan itu berdasarkan kehendak rumus topik itu (agar selari
dengan kehendak penggunaan rumus tersebut) Maka item ini
tiada konteks yang baharu.
4.  Situasi sebenar dalam kehidupan - tiada situasi yang
dinyatakan dalam soalan ini.  Cuma ianya menyatakan satu
bentuk kejadian yang telah diubah menjadi ayat matematik.  Terus
saja kepada ayat matematik.  Maka item ini tiada situasi sebenar
dalam kehidupan
5.   Item tidak berulang - fasa ini susah sikit untuk dihukum.  Tapi
berasaskan pengalaman, banyak kita terbaca item sedemikian
sebelum ini.  Maksudnya sesuatu item itu berulang atau tidak
berulang bergantung kepada penerimanya.  Jika ia telah biasa di
latihtubi, maka item sedemikian akan menjadi item yang padanya
adalah item yang berulang-ulang walaupun ianya dibina dalam
konteks yang berbeza.  Tapi bagi orang yang tiada mengalami
frasa latihtubi, segala item yang diberi, adalah padanya item itu
adalah item yang tidak berulang.
Maka item ini sebenarnya adalah item yang berulang

Anda mungkin juga menyukai