Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN 4: PENULISAN KERTAS PROJEK

(PENGGUNAAN PERISIAN GSP DALAM


PENGAJARAN MATEMATIK)
ISU: ICT DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA



NAMA PELAJAR ABDUL KADIR JALANI BIN AHMAD
NOMBOR MATRIK M20131000377
NO PENGENALAN 870703-38-5365
PENSYARAH PROFESOR DR. MARZITA BINTI PUTEH
PROGRAM IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN MATEMATIK
( PROGRAM EKSEKUTIF)




ABSTRAK

Konsep geometri merupakan antara konsep matematik yang memerlukan penguasaan yang
sistematik dalam memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan. Dalam menguasai konsep
geometri keupayaan visual spasial merupakan antara perkara penting yang memerlukan
pelajar untuk kuasai. Kegagalan pelajar menguasaan keupayaan ini menyebabkan mereka
sering kali melakukan kesilapan konsep dalam menyelesaikan masalah berkiatan dengan
geometri. Kajian ini dijalakn bagi melihat keberkesanan penggunaan perisian geometers
sketchpad (GSP) dalam meningkatkan keupayaan visualisasi pelajar dan tahap pencapaian
mereka dalam tajuk pembinaan geometri. Kajian ini juga memfokuskan kepada keberkesanan
GSP dalam membantu pelajar dari tahap pencapaian matematik dan keupayaan yang berbeza.
Selain itu, kajian ini juga ingin melihat sejauh mana masalah yang dihadapi oleh guru
matematik dalam menggunakan perisian GSP ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka
didalam kelas.kajian ini diharap dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pemahaman
pelajar dalam mempelajari konsep geometri dengan lebih baik dan berkesan daripada
pembelajaran secara tradisional yang menghalang visualisasi pelajar dalam menggunakan
kecergasan ruang mereka semaksimum yang mungkin.











PENGENALAN
Penggunaan Teknologi yang canggih dalam apa jua bidang pekerjaan sentiasa ditunggu-
tunggu oleh masyarakat yang perihatin tentang keperluan dan kepentingan teknologi. Usaha
yang menyeluruh perlu digerakkan dari peringkat awal untuk membuat anjakan pradigma
masyarakat terhadap penggunaan teknologi.Aspek teknologi telah digabungkan dalam
kurikulum matematik di sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk
minat serta sikap yang positif terhadap teknologi dari peringkat awal lagi. Sesuai dengan
konsep Sekolah Bestari, kebanyakan sekolah mula dibekalkan dengan pelbagai teknologi
untuk digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Dalam pendidikan matematik , keupayaan komputer dan teknologi maklumat dapat
membantu menyelesaikan banyak masalah pendidikan matematik. Penggunaan teknologi
komputer juga dapat menaikkan minat pelajar terhadap matematik dan dapat mengubah
persepsi pelajar bahawa matematik merupakan subjek yang susah, membosankan dan
melibatkan pengiraan sahaja atau dalam perkataan lain menggunakan kertas dan pensil
sahaja. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi lebih bermakna melalui
komputer. Peralatan canggih ini bukan sahaja memudahkan penyampaian konsep matematik
tetapi dapat membuktikan dengan jelas konjektur-konjektur yang timbul dalam tajuk-tajuk
yang diajar.
Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembangkan dan
memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik
bukan sahaja memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah ia boleh merubah
kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Dalam pendidikan matematik, komputer
melibatkan beberapa penggunaan aplikasi seperti hamparan elektronik, multimedia, internet
dan Geometer's Sketchpad (GSP). Geometer's Sketchpad, contohnya, digunakan untuk
mengajar topik geometri. Melaluinya ,pelajar boleh meneroka pembelajaran matematik
dengan lebih berkesan. Pelajar berminat untuk membuat penerokaan alam lain yang lain yang
baru ditemui. Mereka akan memperolehi suasana pembelajaran yang baru dan maklumat serta
informasi yang terkini.
Di samping itu ia juga dapat menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan dan
menyemai semangat belajar yang agresif serta lebih berfikiran kritikal.Selain menggunakan
komputer, kalkulator Grafik juga merupakan salah satu agi bahan yang boleh diintegrasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang hangat diperbincangkan di masa kini.
Kalkulator harus digunakan bersama-sama dengan program pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Penggunaan kalkulator dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat
memberi kebebasan kepada pelajar bermain dengan nombor yang lebih besar. Tanggapan
yang menyatakan bahawa kalkulator menjadikan pelajar malas mengira harus ditolak kerana
tanpa pengetahuan asas matematik pelajar tidak dapat menggunakan kalkulator dengan
berkesan. Kalkulator sangat berguna untuk membantu pelajar meneroka cara matematik dan
membuat kesimpulan.
PENYATAAN MASALAH
Geometri merupakan bidang yang penting dalam matematik (Abdul Halim dan Mohini,
2008). Sejaktahun 2004, perisian GSP diperkenalkan kepada guru-guru matematik sekolah
menengah untukmembantu guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
geometri. Perisian GSP dapatmembantu visualisasi dan ianya dapat dilihat sebagai alat bantu
mengajar dalam meningkatan pencapaianpelajar dalam matematik, terutamanya dalam bidang
geometri. Walau bagaimanapun, penggunaan perisian GSP di sekolah masih kurang
berleluasan serta kajian yang mengenai keberkesanan perisian ini dalam pertingkatan tahap
pencapaian pelajar dan tahap keupayaan visualisasi spatial di Malaysia adalah berkurangan
jika dibandingkan dengan negara barat. Untuk mencungkil keistimewaan dan kebaikan
perisian GSP dalam bidang geometri, satu kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti
keberkesanan perisian GSP dalam mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar. Selain itu,
Keberkesanan perisian GSP dalam membantu pelajar yang mempunyai tahap keupayaan
visualisasi spatial tinggi dan rendah dalam tajuk pembinaan geometri juga akan diuji sebelum
dan selepas kajian dijalankan. Kajian ini juga akan mencungkil masalah yang dihadapi oleh
guru semasa menggunakan perisian GSP dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik kepada pihak kerajaan dan pihak sekolah






OBJEKTIF KAJIAN
Penggunaan ICT dalam pengajaran memainkan pernan penting dalam meningkatkan
pemahaman pelajar dalam topic matematik yang diajar dengan berkesan. Kajian ini dirancang
bagi memenuhi lima objektif seperti berikut:
i. Pelaksanaan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan
perisian GSP dalam meningkatkan tahap keupayaan visualisasi pelajar dalam topik
matematik yang dikaji.
ii. Kajian ini juga dilaksanakan bagi melihat tahap pencapaian pelajar dalam pembinaan
geometri berbanding penggunaan kaedah secara manual di dalam kelas.
iii. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan perisian GSP dalam
membantu pelajar dalam meningkatkan tahap kemampuan mereka dalam visualisasi
pembinaan geometri.
iv. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan perisian GSP
ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.












KAJIAN LITERATUR
Pengajaran dan pembelajaran matematik didalam kelas amat bergantung kepada kemahiran
guru dalam merancang pengajaran dan memilih bahan bantu belajar yang bersesuaian.
Pemilihan bahan bantu belajar yang berkesan akan merancakan lagi pemahaman pelajar
terhadap topic yang dipelajari. Penggunaan perisian matematik tertentu serta kelengkapan
ICT yang canggih dapat membantu pelajar-pelajar menggunakan pemikiran logik mereka
dengan baik dalam memahami topic yang diajar oleh guru didalam kelas. Projek berasaskan
sekolah ini telah dirangka dan dilaksanakan bagi melihat sejauh mana keberkesanan
penggunaan perisian matematik dan teknologi selain kalkulator dalam meningkatkan
kemahiran belajar pelajar didalam kelas matematik . projek yang dijalankan ini menekan
penggunaan teknologi computer dan perisian geometry sketchpad( GSP) dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik didalam kelas.
Geometri merupakan bidang yang penting dalam matematik (Abdul Halim dan Mohini,
2008). Sejak tahun 2004, perisian GSP diperkenalkan kepada guru- guru matematik sekolah
menengah untukmembantu guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
geometri. Perisian GSP dapat membantu visualisasi dan ianya dapat dilihat sebagai alat bantu
mengajar dalam meningkatan pencapaian pelajar dalam matematik, terutamanya dalam
bidang geometri. Walau bagaimanapun, penggunaan perisian GSP di sekolah masih kurang
berleluasan serta kajian yang mengenai keberkesanan perisian ini dalam pertingkatan tahap
pencapaian pelajar dan tahap keupayaan visualisasi spatial di Malaysia adalah berkurangan
jika dibandingkan dengan negara barat.Untuk mencungkil keistimewaan dan kebaikan
perisian GSP dalam bidang geometri, maka projek ini dijalankan untuk mengenalpasti
keberkesanan perisian GSP dalam mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar. Selain itu,
Keberkesanan perisian GSP dalam membantu pelajar yang mempunyai tahap keupayaan
visualisasi spatial tinggi dan rendah dalam tajuk pembinaan geometri juga akan diuji sebelum
dan selepas projek ini dijalankan. Projek ini juga dijalankan bagi menerapkan amalan
penggunaan teknologi dan perisian matematik dalam kalangan guru di sekolah ini.
Penggunaan perisian GSP dapat meningkatkan kemahiran pembinaan geometri dalam
kalangan pelajar. Perisian GSP yang bersifat dinamik ini dapat membantu pelajar dalam
melukis bentuk geometri dengan menggunakan tetikus dan set alat pembinaan yang terdapat
didalam perisian GSP. Perisian GSP juga dapat membenarkan pelajar mengubah bentuk
geometri yang dilukis tanpa memadam atau melukis semula. Menurut Marzita dan Rohaidah
(2007) dalam kajian mereka menyatakan bahawa pelajar dapat meneroka sifat-sifat geometri
tanpa memadam atau melukis semula bentuk tersebut . penggunaan perisian GSP juga dapat
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep yang berkaitan dengan panjang sisi ,
sudut dan nisbah bentuj geometri . perisian GSP membolehkan pelajar membina bentuk
geometru yang mudah seperti garisan dan tembereng sehingga dapat membina segitiga
dengan sudut dan panjang sisi yang diberikan oleh guru.
Menurut Gan Hock Chye dan Chen Chow Wan ( 2006) dalam kajian mereka menyatakan
bahawa perisian GSP dapat membina gambarajah dengan tepat dari gambarajah mudah
kepada yang lebih sumit. Penggunaan GSP ini dapat membantu pelajar melihat perubahan
yang berlaku terhadap sudut, panjang sisi dan nisbah sesuatu bentuk geometri apabila
diubahsuai.















METODOLOGI
Persampelan
Kajian ini dijalankan di sekolah menengah kebangsaan sebuyau. Responden yang telah
terlibat dalam kajian yang dijalankan ini adalah pelajar-pelajar tingkatan dua yang telah
mempelajari topik pembinaan geometri dan sedang mengikuti pengajaran berkaitan dengan
kandungan topik ini. Persampelan berkelompok digunakan dalam kajian ini. Pemilihan
sampel secara rawak berkelompok bagi kelas tingkatan dua dilakukan oleh pengkaji. Dalam
pemilihan yang dijalankan dua kelas telah dipilih secara rawak. Selain itu, guru yang pernah
didedahkan dengan kursus menggunakan perisian GSP dalam pengajaran matematik telah
dipilih bagi menjadi sampel pengkaji dalam mengkaji masalah penggunaan perisian GSP di
dalam bilik darjah.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen bagi mendapatkan maklumat kajian seperti
mana yang telah dinyatakan dalam objektif kajian. Pengkaji menggunakan ujian visual
spatial, ujian penilaian tahap pelajar bagi topik pembinaan geometri dan temuduga
berstruktur secara individu kepada guru-guru matematik sekolah ini yang pernah
menggunakan perisian GSP dalam pengajaran matematik atau penah mengikut kursus
berkaitan dengan penggunaan GSP diperingkat jabatan atau lebih tinggi. Ujian visual spatial
yang digunakan terdiri daripa dua set soalan iaitu Vz-1 : form board test dan Vz-2: paper
folding test. Ujian Penilaian Tahap Pencapaian pelajar pula digunakan bagi tajuk pembinaan
geometri dimana ujian ini dijalankan selepas responden telah diajar secara tradisional
didalam kelas bagi tajuk ini dan juga selepas responden didedahkan dengan penggunaan
perisian GSP untuk mempelajari tajuk geometri sebelum ujian yang kedua dijalankan. Ujian
Penilaian Tahap pencapaian murid ini dijalankan bagi melihat tahap perubahan pencapaian
responden dalam tajuk geometri yang telah dipelajari.






DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Penggunaan perisian Geometers Sketchpad dalam meningkatkan pencapaian pelajar
dalam pelajaran matematik.
Kajian yang telah dijalankan mendapati pencapaian murid secara pengajaran tradisional
dalam tajuk pembinaan geometri adalah lebih rendah berbanding dengan pencapaian selepas
pendedahan penggunaan perisian GSP dilaksanakan. Ini menunjukan pelajar dapat ruang
visual yang lebih luas dalam melakukan pembinaan geometri berbanding penggunaan kaedah
melukis secara manual yang hanya tertumpu kepada ruang visual 2 dimensi sahaja. Kajian ini
mendapati pelajar dapat melukis bentuk geometri dengan menggunakan tertikus dan alat
pembinaan geometri yang tersedia didalam Perisian ini dengan baik. Perisian GSP ini
membantu pelajar dalam mengubah bentuk geometri yang dibina tanpa perlu memadam atau
melukis semula bentuk yang telah dibentuk. Hasil kajian ini selari dengan kajian yang telah
dijalankan oleh Marzita dan Rohaida (2007) yang pelajar yang menggunakan perisian GSP
ini dapat meneroka sifat-sifat geometri tanpa memadam atau melukisnya semula. Hasil kajian
ini juga mendapati penggunaan perisian ini juga dapat membantu pelajar dalam memahami
konsep yang berkaitan dengan panjang sisi, sudut dan nisbah bagi bentuk geometri yang telah
dibina menggunakan perisian ini. Perisian ini juga membolehkan pelajar membina bentuk
geometri yang mudah seperti garisan dan tembereng sehingga membina segitiga dengan
panjang sisi dan sudut yang pelbagai malah boleh diubah dengan mudah hasil daripada
lukisan yang telah dibina menggunakan perisian ini. Hasil dapatan kajian ini juga selaras
dengan kajian yang telah dijalankan oleh Gan Hock Chye dan Chen Chow Wan (2006) yang
menyatakan bahawa perisian GSP ini dapat membantu dalam pembinaan gambarajah dengan
tepat daripada lukisan rajah yang mudah kepada yang lebih terperinci. Secara keseluruhan
dapat disimpulkan bahawa penggunaan perisian GSP ini dapat membantu pelajar dalam
mempelajari pembinaan Geometri dengan lebih berkesan seperti mana kajian yang telah
dijalankan oleh Krongthong(2000) yang menunjukan perisian GSP ini menggalakan pelajar
dalam menguasai konsep matematik melalui gambaran yang lebih mendalam.



Penggunaan Geometers Sketchpad memberikan kesan yang berbeza kepada pelajar
yang mempunyai tahap pencapaian matematik yang berbeza.
Tahap pencapaian murid dalam matematik adalah berbeza antara satu individu dengan
individu yang lain. Perbezaan keberkesanan penggunaan perisian GSP dalam membantu
pelajar dari tahan pencapaian matematik yang berbza telah dikaji dengan menggunakan
kaedah pemerhatian terhadap ujian yang dijalankan. Hasil kajian menggunakan kaedah
pemerhatian mendapati tidak terdapat perbezaan pencapaiaan yang ketara diantara pelajar
yang mempunyai pencapaian tinggi dengan pelajar mempunyai pencapaian rendah. Hasil
kajian ini menunjukan penggunaan GSP ini adalah berkesan kepada pelajar tahap pencapaian
matematik yang berbeza. Hasil kajian ini selaras dengan dapatan kajian yang telah dijalankan
oleh Halimah (2005) yang menyatakan perisian GSP dapat membantu pelajar dari tahap
pencapaian rendah dan tinggi dalam menghasilkan bentuk geometri dengan cepat dan efisien.
Hasil kajian ini juga mendapati perisian GSP ini dapat mengawal pembinaan geometri dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. selain daripada itu, hasil permehatian dari ujian yang
dijalankan mendapati bahawa pelajar yang mempunyai pencapaian rendah tidak dapat
mengusai topic pembinaan geometri dengan baik jika mengikuti pengajaran secara
tradisional sahaja didalam kelas. Perkara ini dapat dilihat, apabila pelajar yang mempunyai
pencapaian yang rendah ini didedahkan dengan pengajaran menggunakan GSP pencapaian
dan penguasaan mereka terhadap topic pembinaan geometri menunjukan perkembangan yang
positif. Perisian GSP turut membantu pelajar dalam membina bentuk-bentuk geometri.
Kajian yang dijalankan oleh saifulnizan(2007) menunjukan bahawa pelajar dapat mengusai
konsep geometri dengan baik untuk menghasilkan gambarajah geometri yang menepati
kehendak soalan yang diberikan kepada mereka. Ini secara tidak langsung menunjukan kajian
yang dijalankan ini selari dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topic yang
dipelajari.





Masalah penggunaan perisian Geometers Sketchpad dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Masalah penggunaan perisian geomters Sketchpad dalam pengajaran dan pembelajaran guru
di dalam bilik darjah telah dianalisis secara temubual berstruktur. Pendapat dan permasalah
daripada responden telah direkod ,dicatat dan dianalis. Penguasaan penggunaan perisian GSP
merupakan antara masalah utama yang dikenalpasti memandangkan ramai daripada guru
yang memberikan respon menyatakan mereka kurang mahir dalam penggunaan ICT. Perkara
ini berlaku terutama kepada guru-guru yang masih lemah dalam kemahiran asas penggunaan
komputer disekolah. Perisian GSP ini juga merupakan antara perisian yang agak baru bagi
guru-guru di Malaysia, pendedahan yang kurang merupakan antara faktor yang menyebabkan
guru kurang mahir dalam penggunaan perisian GSP ini secara mendalam dalam
meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka dalam topik tertentu bagi subjek matematik.
Menurut Halimah (2005) dalam kajianya mendapati guru matematik yang pernah menghadiri
kursus penggunaan GSP masih tidak yakin untuk mengajar pelajar menggunakan perisian ini.
Menurut kajian yang dijalankan lagi guru-guru matematik telah menggunakan perisian
dengan pelbagai cara walaupun tidak secara maksimum. Kurang pendedahan terhadapan
penggunaan perisian ini menyebabkan guru tidak menggunakan secara rutin perisian ini
walaupun telah didedahkan penggunaannya. Kekurangan pendedahan penggunaan ini juga
menyebabkan guru tidak mahir dan takut melakukan kesilapan apabila diguna pakai ketika
pengajaran dilaksanakan didalam kelas. Perkara ini disokong oleh Farm Choon Moy (2006)
dalam kajian yang medapati guru-guru matematik sekolah rendah tidak didedakan dengan
penggunaan perisian ini. Sandere ( 1995) menyatakan bahawa guru mengambil masa yang
lama bagi menguasai perisian ini diperingkat awal kerana pendedahkan yang kurang serta
latihan yang tidak teratur. Hasil kajian ini mendapati kemahiran guru dalam menguasai
penggunaan perisian ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan
penggunaan perisian GSP ini dapat membantu meningkat pencapaian pelajar dalam
matematik bagi topic berkaitan dengan geometri.




RUMUSAN
Penggunaan perisian GSP merupakan alat bantu mengajar yang amat berguna dan penting
dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam tajuk pembinaan geometri. Perisian GSP ini
amat berkesan dalam membantu dan meningkatkan kemahiran pelajar dari tahap rendah dan
tinggi dalam tajuk pembinaan geometri. Perisian GSP juga memainkan peranan dalam
meningkatkan keberkesanan dalam membantu pelajar tahap keupayaan visualisasi rendah
dan tinggi dalam pembinaan geometri. Peningkatan yang tinggi wujud bagi pelajar yang
mempunyai keupayaan visualisasi ayng tinggi berbanding pelajar yang mempunyai
keupayaan visualisasi yang rendah. Perisian GSP berkesan dalam meningkatkan tahap
keupayaan visualisasi pelajar. Masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan
perisian GSP dalam pengajaran dan pembelajaran termasuk tempoh masapengajaran terhad,
kekurangan komputer serta tahap pengetahuan dan kemahiran komputer antara pelajar adalah
tidak rata dan guru perlu masa dan pendedahan untuk menguasai kemahiran perisian GSP.













RUJUKAN
Abdul Halim Abdullah & Mohini Mohamed. 2008. The use of interactive software (IGS) to
develop geometric thinking.Jurnal Teknologi 49: 93-10

Abdul Halim Abdullah & Mohaini Mohamed (2007). Penggunaan Kemahiran Berfikir di
Kalangan Pelajar Dalam Perkitaran Perisian Geometri Interaktif. 1st International Malaysia
Educational Technology Convention. 2-5 November. Johor Bharu, Malaysia, 1080-1090.

Farm Choon Moy. (2006). Penggunaan Perisian Geometers Sketchpad Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik di Sekolah Rendah. Seminar Penyelidikan Tindakan 2006. 8-9
Ogos.Kertas 19.

Gan Hock Chye dan Chen Chow Wan (2006). Geometer's Sketchpad (GSP) Beginner's
Guide. KualaLumpur: Pelangi Sdn Bhd.

Halimah Badioze Zaman (2005).Pedagogica usability of the Geomefer's skefchpad. Digital
Module in the Mathematics
Saifulnizan Che lsmail (2007). Pembinaan modul pembelajaran matematik menggunakan
perisian geometri interaktif. Diperolehi julai 01,2014 daripada
http://eprints.utm.my/6520/1/saifulnizanmp05112d07ttt.pdf

Anda mungkin juga menyukai