Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Sungai Buloh Kod Sekolah: BBA7212

1. Nama Guru YUSRI BIN YAHYA


Panduan Pelaksanaan Pentaksiran
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
Bilik Darjah Edisi Ke-2, 2019
4. Tarikh Pembentangan 29/3/2022 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di


peringkat sekolah. Pentaksiran bilik darjah merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP
bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan
murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan
menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam
membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambahbaik PdP tersebut. Selain itu,
melalui panduan ini guru diberi pendedahan tentang konsep, tujuan, ciri-ciri, kaedah, aspek
yang ditaksir, pertimbangan profesional dan keperluan melaksanakan PBD serta
mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan buku ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Saya boleh menentukan kaedah pentaksiran
yang sesuai, melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah dengan berkesan dan membuat
pertimbangan profesional dalam menentukan tahap penguasaan murid menjalankan tindakan
susulan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi dalam P&P yang boleh diguna pakai memalui pembacaan saya daripada buku
ini ialah saya dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang kaedah pelaksanaan PBD
dengan lebih terperinci di dalam PdP yang dijalankan. Saya juga dapat mengetahui tentang
cara pengunaan rekod tahap penguasaan murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(YUSRI BIN YAHYA) ( )

Anda mungkin juga menyukai