Anda di halaman 1dari 28

ASSIGNMENT

SEPTEMBER 2017 SEMESTER

:
SUBJECT CODE EPE 611

:
SUBJECT TITLE PHILOSOPHICAL IDEAS IN EDUCATION

:
LEVEL MASTER OF EDUCATION

STUDENT’S NAME : JULIZA BINTI YUSUF TAMBI

MATRIC NO. : E60109170057

PROGRAMME : MASTER OF EDUCATION


ACADEMIC FACILITATOR : MR. JULIAN ANAK SIMON PETER

LEARNING CENTRE : AeU SC ONLINE: CTC KOTA KINABALU


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


1. BAHAGIAN A 3-6

Falsafah Pendidikan Saya

2. BAHAGIAN B 7 - 14

Perbandingan beberapa falsafah pendidikan


3. BAHAGIAN C 15 - 24

Huraian pernyataan 4 ahli falsafah


BAHAGIAN A

FALSAFAH PENDIDIKAN SAYA

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang falsafah pendidikan


saya sendiri, adalah molek kiranya kita memahami terlebih dahulu apa yang
dimaksudkan dengan perkataan “falsafah”. Menurut Haji Abd. Fatah Hasan (2001),
perkataan “falsafah” berhubung rapat dengan perkataan Yunani iaitu “philosophia”.
Dalam bahasa Yunan, perkataan “philosophia” merupakan kata majmuk yang terdiri
daripada perkataan “philos” dan “sophia”. “Philos” ertinya “cinta” dalam erti
seluas-luasya. “Sophia” pula ertinya “kebijaksanaan”. Oleh itu, menurut namanya
sahaja, “falsafah” boleh diertikan “ingin tahu dengan mendalam” atau “suka akan
cinta dengan mendalam”.

Pendidikan pula membawa maksud proses pengajaran dan


pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi
lebih mendalam (Wikipedia Bahasa Melayu).

Pada pendapat saya, falsafah pendidikan bermaksud satu pegangan yang


digunakan sebagai garis panduan yang merangkumi matlamat, objektif, sebab,
langkah, dan sasarannya. Pegangan ini perlu difahami oleh pihak-pihak yang
terlibat terutamanya penggubal-penggubal dasar pendidikan, guru-guru, ibu bapa
dan murid-murid. Setiap pihak mempunyai peranan yang amat penting dalam
merealisasikan falsafah tersebut dan tidak hanya ditanggung satu pihak sahaja.
Penyatuan dalam memahami apa yang terkandung dalam falsafah pendidikan
sangat mustahak kerana matlamat yang ingin dicapai adalah besar.

Falsafah pendidikan saya ialah usaha yang bersepadu dan berterusan untuk
menjadikan pendidikan sebagai jalan utama bagi melahirkan modal insan yang
memenuhi keperluan semasa. Pendidikan merangkumi semua aspek kehidupan
dan tidak hanya menumpukan kepada hal akademik semata-mata. Aspek lain
seperti rohani, fizikal dan emosi tidak perlu dipertikaikan lagi keutamaannya.

Pendidikan hari ini adalah berrsifat terbuka. Maknanya, proses pengajaran


bukan lagi hanya berlaku di dalam kelas tetapi boleh juga berlaku di luar kelas.
Pendidikan tidak lagi hanya menunggu guru menyampaikan pelajaran, tetapi
murid-murid mempunyai kebebasan untuk mengakses kendiri bahan-bahan di luar
bilik darjah seperti laman web, majalah, portal, perpustakaan awam dan
sebagainya.

Saya berpendapat, pendidikan haruslah berlaku secara menyeluruh dan


kesan pendidikan haruslah berbentuk positif. Contohnya, seseorang itu dikira sudah
belajar jika prestasinya dalam akademik meningkat. Ataupun, seorang murid yang
sentiasa mempunyai masalah disiplin dikatakan sudah belajar atau insaf sekiranya
sikap buruk beliau berubah menjadi lebih elok walaupun tidak 100%.

Selain itu, saya juga berpandangan bahawa pendidikan berlaku secara


berperingkat-peringkat, bukan sekaligus. Peringakat-peringkat ini adalah berbeza
mengikut tahap kecergasan dan kebolehan murid. Tidak semua murid dapat
mencapai sesuatu objektif pada tempoh masa yang sama atau dengan kaedah
yang sama. Perbezaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengalaman murid
yang berbeza-beza, latar belakang yang berlainan, pemakanan yang tidak sama
atau pemahaman yang unik.

Falsafah pendidikan saya mempertimbangkan keperluan semasa. Jika


keperluan hidup semasa semakin tinggi, maka falsafah pendidikan kita juga perlu
selari. Mana mungkin pendidikan tidak selari dengan perkembangan semasa
sedangkan pendidikan adalah akar tunjang kepada perkembangan kehidupan
manusia. Selaras dengan itu, saya perlu memenuhi diri saya dengan maklumat
semasa dan sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku di sekeliling.

Jika hari ini, masyarakat sering dihidangkan dengan berita tentang


keruntuhan moral dalam kalangan murid sekolah rendah mahupun pelajar sekolah
menengah, dan kesalahan diletakkan pada guru semata-mata. Dalam situasi ini,
sebagai guru, saya secara peribadi tidak begitu setuju dengan pendapat tersebut.
Hal ini demikian kerana tanggungjawab mendidik sepatutnya tidak hanya berlaku di
sekolah. Beberapa persoalan perlu dirungkaikan segera. Misalnya, apa yang murid
lakukan selepas balik dari sekolah? Adakah rumah benar-benar menjadi tempat
perlindungan murid atau sebaliknya?

Oleh sebab itu, saya mengatakan bahawa falsafah pendidikan perlu


difahami oleh semua pihak agar semua pihak berganding bahu untuk mencapai
matlamat yang digariskan. Dahulu, tugas mendidik agak mudah lantaran beban
kerja yang tidak banyak. Tetapi hari ini, saban hari kita mendengar rungutan
daripada guru-guru berkenaan tugas-tugas harian yang bukan sekadar mengajar,
tetapi juga melakukan tugas-tugas perkeranian.

Berdasarkan pengalaman saya, isu utama yang menjadi cabaran hari ini
ialah beban kerja-kerja perkeranian yang kadangan kala membuatkan guru
terpaksa mengorbankan masa di kelas untuk menyelesaikan tugas perkeranian.
Justeru itu, falsafah pendidikan harus mengoptimakan tenaga guru sebagai
pemudah cara dan pembantu murid, bukan menganggu fokus dan masa guru
dengan perkara-perkara yang lain.

Menjadi hak setiap murid di dalam negara ini untuk mendapat pendidikan
yang secukupnya. Namun, sejauh mana dan apakah indikasi yang seharusnya
digunakan untuk menentukan erti cukup tersebut? Di sekolah saya misalnya,
kemudahan internet dan teknologi belum lagi dapat disampaikan kepada murid
sepenuhnya. Jauh berbeza dari sekolah-sekolah di bandar yang telah lama
menikmati kemudahan-kemudahan teknologi yang sering diperkatakan. Adalah
menjadi satu kerugian bilamana sesebuah sekolah itu gagal mendapat manfaat dari
kemudahan teknologi yang terdapat di dalam negara. Oleh itu, satu tindakan
sewajarnya perlu diambil agar setiap murid di Malaysia dapat menikmati
kemudahan-kemudahan terkini yang disediakan. Barulah proses pendidikan
berjalan dengan lancar.

Kita sering ditekankan dengan perkembangan akademik di sekolah


sehingga aspek lain dalam diri murid tidak diberi perhatian. Falsafah pendidikan
seharusnya meliputi perkembangan keseluruhan murid. Ini kerana, dalam era
globalisasi dan kesedaran para majikan tentang kecemerlangan akademik sahaja
tidak menjamin kemajuan sesebuah organisasi. Zaman ini, kemahiran lebih dilihat
berbanding akademik. Oleh itu, dalam usaha mencapai matlamat pendidikan
negara, penguasaan kemahiran harus menjadi salah satu agenda kerajaan.

Tidak perlu melihat terlalu jauh. Di dalam negara sendiri kita melihat berapa
banyak graduan-graduan universiti yang masih menganggur. Banyak
syarikat-syarikat yang mengiklankan jawatan kosong. Tetapi, perasankah kalian
akan kriteria-kriteria yang digariskan oleh syarikat-syarikat tersebut? Pengalaman.
Ya, syarikat-syarikat ini lebih mementingkan pengalaman bekerja berbanding
kelulusan akademik.

Di sekolah, dengan pertukaran silibus-silibu buku teks, tumpuan dan fokus


guru bukan lagi terhadap pembangunan di dalam kelas sahaja. Dengan masalah
disiplin dan masalah dalam kemahiran sosial juga menjadi antara perkara yang
perlu diselesaikan oleh guru. Seperti di sekolah tempat saya mengajar sekarang.
Sekolah ini merupakan sekolah pedalaman dua dan lokasinya adalah ditepi sungai.
Jumlah murid yang tidak mencecah 70 orang dilihat sebagai satu kelebihan kepada
guru.

Akan tetapi, situasi sebenar adalah sebaliknya apabila sekolah saya


mengadakan aktiviti dengan sekolah-sekolah lain. Apa yang saya perhatikan ialah,
murid-murid sekolah saya sangat lemah dari segi kemahiran komunikasi dan sosial.
Menjadi pendiam adalah pilihan mereka jika penceramah bertanyakan soalan.
Malah, guru yang mengajar di dalam kelas pun seolah-olah bercakap dengan
dinding lantaran kebisuan yang ditunjukkan oleh murid. Tambahan lagi, mereka
kurang terdedah dengan orang luar.

Berdasarkan situasi di atas, saya berpendapat bahawa kecemerlangan


akademik semata tidak menjamin kejayaan seseorang dalam realiti hidup sebenar.
Saya sentiasa berfikir, bagaimana murid-murid saya nanti untuk menghadapai
dunia luar yang penih dengan cabaran dan sentiasa memerlukan komunikasi antara
satu sama lain. Lalu saya membuat kesimpulan bahawa di peringkat sekolah
rendah inilah, kemahiran sosial dan kemahiran komunikasi perlu diterapkan dalam
diri setiap murid.

Murid perlu dilibatkan dengan aktiviti di dalam kelas. Galakkan murid untuk
menyatakan pendapat dan bertukar idea sesama rakan. Wujudkan sesi
pembentangan idea di peringkat sekolah. Meningkatkan kekerapan aktiviti jaringan
sekolah dengan pihak luar agar keyakinan murid untuk membina jaringan sosial
meningkat. Aktiviti luar kelas juga perlu diperhebatkan lagi seperti aktiviti bertukang,
eksperimen sains, dan kemahiran hidup yang lain.

Kesimpulannya, falsafah pendidikan seharusnya mempertimbangkan


kemenjadian murid dari pelbagai aspek. Kemahiran-kemahiran untuk berdikari di
dalam dunia nyata. Setiap pihak perlu berperanan dan bukan hanya diperingkatt
sekolah sahaja. Permintaan terhadap pekerja berkemahiran yang semakin tinggi
perlu dijadikanpenanda aras atau bayangan permulaan dalam membentuk
dasar-dasar pendidikan. Tujuan pendidikan perlu selari dengan permintaan semasa
kerana asalnya tujuan pendidikan itu sendiri ialah untuk melahirkan manusia yang
berilmu, berkemahiran dan dapat menyesuaikan diri serta dapat menyumbang
kepada orang lain.
BAHAGIAN B

Bidang falsafah merupakan bidang yang sangat meluas. Ramai ahli falsafah
yang telah memberikan pendapat masing-masing. Kesemua pendapat ini tidak
mungkin dapat digabungkan untuk menjaga identiti dan keaslian idea--idea mereka
Setiap ahli falsafah mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak ada pendapat
yang betul dan tidak ada pendapat yang salah. Dalam bidang falsafah, terdapat dua
belas ahli falsafah yang utama. Enam daripadanya adalah ahli falsafah timur dan
selebihnya adalah ahli falsafah barat. Dalam penulisan ini kita akan
membincangkan empat falsafah yang diketengahkan oleh dua orang ahli falsafah
timur dan dua orang ahli falsafah barat.

Al-Farabi dilahirkan pada tahun 872 di Tukestan. Tujuan pembelajaran bagi


Al-Farabi ialah melahirkan manusia yang sempurna. Manusia yang sempurna perlu
menguasai dua aspek iaitu ilmu dan nilai-nilai murni. Kedua-dua ini akan menjadi
teladan kepada orang lain. Digelar sebagai “guru kedua” selepas Aristotle, beliau
mempunyai matlamat yang jelas dalam pendidikan. Baginya, matlamat pendidikan
ialah pembentukan suatu komuniti ideal, manusia saling tolong-menolong dan
bekerjasama untuk mencapai kebahagiaan(1959). Kebahagiaan dan
kesempurnaan tidak akan tercapai tanpa pendidikan. Beliau juga mementingakn
peranan pemimpin politik dalam pendidikan untuk mewujudkan masyarakat yang
ideal. Kejahilan dalam kalangan pemimpin lebih berbahaya daripada kejahilan
dalam kalangan rakyat jelata. Tugas sebagai pemimpin seharusnya memastikan
rakyat mendapat pendidikan yang terbaik dan menjadi pemimpin itu sendiri menjadi
teladan kepada masyarakat.

Ahli falsafah dari timur yang kedua ialah Ibnu Sina. Beliau dilahirkan pada
980 SM di Afshana. Beliau lebih dikenali sebagai ahli falsafah dalam bidang
perubatan. Matlamat pendidikannya mempunyai dua cabang. Iaitu pendidikan harus
memberi perhatian kepada pembangunan jasmani dan perkembangan intelek serta
perkembangan moral. Pendidikan juga perlu menyediakan pelajar dengan
kemahiran untuk digunapakai oleh pelajar di dunia nyata dan disumbangkan
kepada masyarakat. Pelajar yang dhlahirkan haruslah lengkap dengan
perkembangan fizikal dan mental serta bersedia untuk sesuatu pekerjaan. Beliau
mempunyai beberapa peringkat pendidikan yang disarankan. Dan yang paling tinggi
ialah peringkat pengkhususan di mana pada peringkat ini terdapat dua pilihan
pengkhususan iaitu pendidikan dan vokasional. Ibnu Sina berpendirian bahawa
pelajar tidak boleh dipaksa untuk mempelajari bidang yang tidak diminati. Dia juga
tidak menyarankan guru-guru untuk menggunakan hukuman fizikal yang terlalu
berat dan tidak boleh juga terlalu lembut. Guru mengamalkan konsep
kesederhanaan dalam menghukum pelajar. Yang paling penting menurut Ibnu Sina,
pemilihan guru perlulah yang terbaik.

Di barat, nama Socrates tidak asing lagi dalam bidang falsafah pendidikan.
Dilahirkan di Greece pada tahun 470 SM, Socrates merupakan anak kepada
seorang pengukir batu dan seorang bidan. Dalam bidang pendidikan, Socrates
sangat terkenal sebagai orang yang suka bertanya dan berbahas. Baginya,
matlamat pendidikan tidak tertumpu pada satu aspek sahaja tetapi terhadap aspek
keseimbangan antara muzik dan gimnastik, matematik, sains dan bahasa. Jika kita
lihat, Socrates mahu setiap isi kandungan pendidikan tidak keluar dari landasan
sebenar dan perlu dikawal. Tambahan pula, cara menyampaikan pendidikan juga
perlu dipelbagaikan.

Selain Socrates, anak muridnya juga terkenal iaitu Plato. Beliau dilahirkan
pada 428 SM di Greece. Bagi Plato, pendidikan mempunyai matlamat untuk
menghasilkan manusia yang mampu mencari kebenaran. Plato mementingkan
sumbangan individu kepada negaranya bukan perkembangan individu. Individu
yang mahu berjaya perlu keluar dari gua dan berusaha menggunakan kudrat sendiri
untuk mencari kebenaran. Teori guanya sangat popular dalam kalangan ahli
falsafah. Namun, matlamat pendidikan Plato agak bertentangan dengan tujuan
pendidikan kerana baginya inovasi dan perkembangan idea adalah tidak digalakkan
demi untuk mengekalkan status masyarakat.

Tidak banyak perbezaan yang nyata dalam keempat-empat pendapat


ahli-ahli falsafah ini. Matlamat dan objektif mereka hampir sama iaitu mahu
melahirkan individu yang berkembang dalam setiap aspek mental, fizikal dan emosi.
Setiap individu perlu mampu berdikari dan hidup di dunia nyata dengan
kemahiran-kemahiran yang akan diaplikasi. Aspek pemilihan tenaga pengajar,
bahan pengajaran dan kawalan bahan menjadi perhatian. Kesemua empat ahli
falsafah ini berpandangan bahawa pendidikan adalah melibatkan semua pihak
bermula daripada pemimpin sehingga ke akar umbi. Pendidikan tidak akan berhasil
jika dilakukan dengan kekerasan.

Banyak pandangan,matlamat dan objektif daripada mereka ini yang telah


digunakan oleh kebanyakan negara hari ini. Malaysia juga tidak terkecuali. Setiap
pandangan empat ahli falsafah ini memperincikan panduan, cadangan, pendapat
dan kaedah yang boleh digunapakai di sekolah. Idea-idea mereka ini telah
dipengaruhi oleh cara pemikiran dan pengalaman masing-masing.

Seperti Al-Farabi, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diajar di


sekolah untuk melahirkan individu yang sempurna. Seseorang yang sempurna yang
dimaksudkan oleh Al-Farabi ialah orang yang mempunyai budi pekerti yang mulia
seperti bermurah hati, bersederhana dan memiliki sifat adil. Beberapa aspek
pendidikan perlu diperkenalkan untuk melahirkan manusia yang berfikiran kritis, adil,
dan mempunyai kematangan pemikiran.

Yang pertama ialah Pendidikan Islam. Apakah aspek Pendidikan Islam


boleh diajar di sekolah?Al- Farabi menggariskan pengajian fiqh, undang-undang
dan teologi diajarkan kepada pelajar sekolah. Fiqh secara umumnya mengkaji
tentang hukum-hukum berkenaan halal atau haram. Undang-undang adalah
pengajian berkenaan dengan peraturan-peraturan dalam masyarakat manakala
teologi adalah berkaitan dengan mengkaji agama.

Namun, perkara pertama sebelum memulakan kelas semestinya


mempelajari bahasa. Tanpa pengetahuan bahasa, mana-mana bidang ilmu tidak
dapat disampaikan. Malah pendidikan itu sendiri tidak dapat dimulakan jika bahasa
tidak dikuasai. Al-Farabi sendiri mementingkan aspek bahasa. Buktinya, dia telah
menguasai banyak bahasa di dunia. Kemudian, beliau mahu pelajar diajar tentang
logik. Ilmu logik penting jika mahu mempelajari sains dan matematik. Logik
membawa maksud pemikiran yang teratur menurut Bahasa Arab.

Setelah pelajar menguasai ilmu logik, pelajar seharusnya mempelajari


bidang matematik dan sains. Ini adalah tahap yang paling tinggi dalam hierarki
sains teoritikal. Beliau telah membahagikan matematik kepada tujuh bahagian iaitu
nombor, geometri, sains perspektif, astronomi, muzik, dinamik, mekanik. Jika kita
lihat, matematik dan sains meliputi hampir keseluruhan kehidupan manusia. Oleh
itu,penting untuk sekolah menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar. Tetapi,
pengjaran matematik perlulah mengikut peringkat-peringkat yang betul bermula dari
penguasaan nombor. Apa yang penting dalam falsafah Al-Farabi ialah, sains tidak
sempurna jika ia tidak dapat diaplikasi dalam kehidupan sebenar. Malah, beliau
merupakan perintis kepada sains untuk tujuan pendidikan.

Dua kaedah utama yang dicadangkan oleh Al-Farabi ialah kaedah memujuk
dan kaedah demonstrasi. Idea ini timbul sebelum wujudnya psikologi pendidikan. Ini
menunjukkan betapa idea Farabi adalah terkehadapan. Baginya, “hafalan” dan
“kefahaman” adalah dua perkara yang mempunyai perbezaan yang sangat ketara.
Hafalan hanya ada satu tujuan iaitu untuk mengingati sesuatu perkara atau ilmu.
Namun, kefahaman adalah memahami konsep, teori, prinsip dan boleh
membimbing murid untuk mengaitkan sesuatu ilmu tersebut. Jelas di sini bahawa
kefahaman lebih baik berbanding hafalan.

Guru berperanan penting dalam menyampaikan isi pengajaran. Proses


pengajaran perlu bermula dari penerangan konsep. Contohnya, mencari kata kunci
utama, menjelaskan konspep tersebut dan mengaitkannya dengan ciri-ciri khusus
dan umum dengan konsep tersebut. Beliau juga mahu guru menerapkan unsur didik
hibur dengan tujuan menjadikan seis pengajaran dan pembelajaran tidak
membisankan pelajar. Adalah penting untuk seseorang guru menjadikan pelajar
mencintai ilmu. Disamping dapat meningkatkan pemikiran yang kreatif dan kritis
dalam kalangan pelajar.

Ibnu Sina telah membahagi peringkat-peringkat perkembangan manusia


untuk disesuaikan dengan apa yang perlu mereka pelajari. Menurutnya, ada empat
peringkat umur. Saya tidak akan menghuraikan keseluruhan peringkat tersebut
tetapi hanya akan menjelaskan dua peringkat yang melibatkan umur persekolahan
rendah dan menengah iaitu peringkat pengajaran dan pengkhususan.

Di sekolah, Ibnu Sina mencadangakan pada peringkat pengajaran, pelajar


berusia enam hingga 14 tahun. Pada tahap perkembangan ini, baginya
kanak-kanak sudah bersedia untuk menerima ilmu baru. Tiada kaedah spesifik
yang dinyatakan oleh beliau, namun adalah penting untuk mewujudkan
keseronokan dalam belajar kepada mereka. Peringkat ini, tiga aspek yang
dicadangkan oleh Ibnu Sina.

Aspek yang pertama ialah perkembangan moral. Ia adalah penitng untuk


mengelakkan kanak-kanak dari perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
mereka. Aspek kedua ialah perkembangan jasmani dan kesihatan. Seperti yang kita
tahu, aspek jasmani dan kesihatan melibatkan pergerakan fizikal pelajar. Selain
pergerakan motor, pelajar boleh didedahkan dengan kemahiran interaksi dengan
rakan-rakan. Aspek yang terakhir ialah aspek perkembangan minat kepada muzik.
Melalui muzik, kanak-kanak dapat mengenali keharmonian, kesatuan, dan ritma.
Mereka juga dapat mempelajari cara bermain alat muzik. Muzik boleh mencetuskan
rasa gembira, seronok and kesucian. Ibnu Sina tidak mengenepikan soal agama.
Beliau menekankan pelajar untuk menghafal Al-Quran dan mengamalkan apa yang
diperintah oleh Tuhan.

Peringkat tertinggi mengikut perkembangan yang telah dikelaskan oleh Ibnu


Sina ialah peringkat pengkhususan iaitu untuk yang berumur 14 tahun ke atas.
Pada peringkat ini, pelajar perlu didedahkan dengan alam kerjaya dan pekerjaan.
Mereka perlu dibimbing untuk menyediakan diri dengan pelbagai kemahiran yang
mereka perlukan. Oleh itu, pendidikan seperti matematik, penulisan dan kemahiran
teknikal perlu dipelajari. Pelajar tidak boleh dipaksa untuk mengambil jurusan yang
tidak mereka diminta. Pelajar perlu diberi peluang untuk memilih jurusan atau
pengkhususan seperti bidang akademik atau vokasional.

Setiap jurusan yang telah dipilh oleh pelajar nanti perlu diamalkan dalam
kehidupan seharian mereka. Ini adalah sebagai manifestasi kepada ilmu yang telah
dipelajari dan sebagai usaha untuk berdikari menyara hidup dengan
kemahiran-kemahiran tersebut. Di sekolah, Ibnu Sina tidak menghadkan
penggunaan satu kaedah pengajaran sahaja. Kepelbagaian kaedah dalam
menyampaikan ilmu sangat disokong oleh beliau seperti penggunaan logik,
perbincangan, aktiviti kumpulan, syarahan dan eksperimen.

Menurut Socrates, beberapa cabang ilmu perlu diajar disekolah seperti


muzik, gimnastik, matematik, sains dan puisi. Dia seorang yang konservatif dalam
bidang muzik yang mana beliau tidak mahu muzik yang keterlaluan diajar.
Gimnasitk dapat mendedahkan murid terhadap pergerakan badan dan koordinasi
seterusnya dapat melahirkan pelajar yang sihat. Matematik pula perlu diajar
bermula dengan pengiraan terlebih dahulu. Socrates menampakkan kepentingan
matematik dengan mengaitkannya dengan pentadbiran perniagaan, penggunaan
wang dan geometri semasa berperang.

Guru digalakkan menggunakan kaedah bercerita semasa mengajar. Beliau


menekankan tentang pemilihan kandungan cerita agar sesuai dengan kanak-kanak.
Penerapan nilai-nilai murdni perlu ada dalam penceritaan agar kanak-kanak boleh
menjadikannya contoh teladan. Kaedah yang paling popular diperkenalkan oleh
Socrates ialah kaedah penyoalan Socratic. Kaedah ini berlaku apabila pelajar dan
murid bersoal jawab dan mencari jawapan bersama. Secara tidak langsung, guru
membimbing pelajar untuk mengeluarkan ilmu sedia ada yang mereka tidak sedar
akan kewujudannya dalam diri mereka. Konsep perbincangan terbuka dapat
membina daya tumpuan pelajar. Sama seperti Ibnu Sina, Socrates juga
menggariskan agar pendidikan disampaikan melalui permainan. Kanak-kanak perlu
merasakan pembelajaran adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Tidak banyak perbezaan daripada tiga ahli falsafah terdahulu, Plato juga
mencadangkan beberapa cabang ilmu yang perlu diajar kepada pelajar. Anataranya
ialah pendidikan muzik dan jasmani, matematik dan astronomi, pra-sekolah, budaya
dan permainan. Tambahan yang diketengahkan oleh beliau ialah pendidikan
pra-sekolah. Beliau menegaskan ibu bapa bertanggungjawab dalam mendisiplinkan
anak-anak. Tidak boleh terlalu manja dan tidak boleh terlalu keras.

Seperti Socrates, Plato menitikberatkan kandungan-kandungan cerita yang


bermoral untuk disampaikan dalam bidang budaya. Minda kanak-kanak mudah
dipengaruhi secara tidak langsung akan membentuk tingkah laku mereka. Menurut
Plato lagi, kanak-kanak mula mengenali alam persekolah ketika berumur enam
tahun. Dimulai dengan pengajaran bahasa, menulis dan mengira. Tempoh
pendidikan asas terakhir bagi beliau ialah ketika individu berusia 18 tahun. Sebelum
memasuki pengajian tinggi, pelajar-pelajar perlu melalui beberapa fasa latihan
fizikal dan ketenteraan.

Plato berpendapat, peranan guru ialah untuk membebaskan manusia dari


kejahilan dan membawa pelajar ke jalan yang benar. Sifat pelajar boleh idubah dan
yang dipandang ialah bagaimana pelajar itu dididik menjadi orang yang
berpendidikan dan berguna. Guru tidak boleh berat sebelah dalam pelbagai aspek
yang melibatkan perbezaan jantina.

Beberapa pandangan dan idea dari keempat-empat ahli falsafah ulung ini
sebenarnya sedang digunakan oleh sistem pendidikan di Malaysia. Contohnya,
pendidikan akademik dan vokasional seperti yang dicadangkan oleh Ibnu Sina.
Adalah sangat penting seseorang guru dan individu itu sedar kecenderungan
pelajar. Ini akan menentukan hala tuju pelajar dalam pelajaran, seterusnya
membuka peluang kepada pelajar dalam kerjaya.

Apa yang mereka gariskan sangat bersesuaian dengan perkembangan


mental dan minda pelajar. Kita tidak seharunsya menekankan pendidikan yang
terlalu formal kepada pelajar terlalu awal. Mereka juga memerlukan satu tempoh
masa untuk bersedia menerima ilmu secara formal. Adalah dieprsetujui bahawa
pembelajaran tidak boleh terlalu serius. Unsur bermain dan didik hibur sangat
digalakkan bagi menarik minat pelajar untuk terus belajar. Tambahan pula, dalam
desakan pendidikan negara hari ini yang mahu menaikkan status pendidikan
negara di mata dunia mahukan pelajar menguasai segala kemahiran dan teori yang
disediakan. Kadang-kadang guru terkejar-kejar untuk menghabiskan sukatan
pelajaran sehingga tiada ruang untuk berseronok semasa belajar. Oleh yang
demikian, didik hibur sangat perlu jika mahu pelajar terus belajar.

Selain daripada unsur didik hibur, mereka juga menekankan aspek


perkembangan moral dalam kalangan pelajar. Benarlah dikatakan bahawa
kepandaian tidak menjamin keindahan budi pekerti seseorang. Guru sebagai orang
yang dipercayai harus membentuk moral pelajar menjadi baik. Runtuhnya bangsa
adalah disebabkan runtuhnya generasi-generasi muda. Melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Setiap manusia mahukan kebaikan. Justeru, pelajar yang kelihatan
sangat jahat sebenarnya mahu menjadi baik asalkan ada orang yang membimbing
mereka. Pandangan Socrates, Plato, Farabi dan Ibnu Sina berkenaan dengan
kepentingan-kepentingan nilai murni perlu diteruskan. Bahan-bahan pengajaran
perlu dikawal selia agar tiada bahan dan kandungan yang keterlaluan disampaikan
kepada pelajar seperti lirik lagu, rentak, puisi, dan cerita-cerita yang berunsur
kesedihan atau hiburan yang berlebihan.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kepentingan mempelajari bahasa dan
matematik dalam kalangan pelajar. Tanpa bahasa, komunikasi tidak akan dapat
berlaku. Pemindahan ilmu menjadi terbantut. Pemahaman juga menjai lambat.
Tanpa matematik, manusia tidak dapat menjalani kehidupan dengan baik. Kejadian
alam juga tidak dapat ditafsirkan. Kita dapat melihat kepentingannya hari ini di mana
bahasa sangat penting untuk memahami sumber pengajaran dari luar. Matematik
dan sains menjadi penanda aras kemajuan sesebuauh negara. Betapa
pandangan-pandangan ahli falsafah ini sangat relevan untuk diajar di sekolah hari
ini.

Selain itu, pendidikan jasmani tidak boleh dipandangn remeh. Walaupun


secara formalnya, pendidikan jasmani kelihatan tidak begitu penting, namun, aspek
inilah yang mempengaruhi perkembangan minda seseorang individu. Kita sedar
bahawa kesihatan sangat penting jika mahu belajar. Untuk memastikan kita sihat,
jasmani kita haruslah dijaga. Di sekolah, murid-murid perlu diberi kesedaran tentang
pentingnya menjaga pemakanan, bergerak untuk mewujudkan interaksi dan melatih
motor. Masa kini, banyak sistem pendidikan telah memasukkan pendidikan jasmani
ke dalam sukatan pelajaran yang signifikan di sekolah. Ini membuktikan, ramai
penggubal-penggubal dasar pendidikan sedar akan kesan-kesan pendidikan
jasmani terhadap perkembangan minda seseorang.

Institusi sekolah yang terdiri daripada kalangan guru dan pelajar adalah
saling melengkapi. Guru terutamanya mempunyai peranan yang sangat penting
dalam memastikan para pelajar mendapat ilmu yang secukupnya. Guru juga perlu
faham peringkat-peringkat perkembangan individu agar keupayaan para pelajar
dapat dimaksimakan.

Walaupun Al-Farabi dan Ibnu Sina merupakan ahli falsafah Islam, namun
mereka sekali-kali tidak pernah membelakangi ilmu muzik. Malah mereka turut
mencadangkan agar pendidikan muzik diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk
membina kesihatan mental pelajar melalui bunyi-bunyi yang harmoni. Manusia
memerlukan muzik untuk menenangkan suasana. Nabi Muhamad juga tidak
melarang umatnya dari berhibur asalkan hiburan itu tidak berlebihan. Maka, di
sekolah, pendidikan muzik menjadi salah satu matapelajaran yang mula mendapat
perhatian.
Hari ini, pilihan kerjaya tidak lagi hanya tertumpu kepada satu-satu bidang
sahaja seperti jurutera, doktor atau pendidik. Kerjaya seperti pelukis, pemuzik,
penulis buku dan pencipta lagu juga semakin mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat. Berdasarkan perkembangan yang positif begini, kita harus sedar
bahawa pelajar di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran yang
pelbagai. Zaman ini juga kita melihat ramai graduan-graduan universiti yang
menganggur. Mengapa situasi ini berlaku? Salah satunya ialah kerana jurusan yang
mereka ambil di universiti sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh yang demikian,
pemilihan kemahiran dan jurusan sangat penting bermula di bangku sekolah lagi.

Kesimpulannya, pandangan-pandangan empat ahli falsafah tersebut sangat


mempengaruhi perkembangan pendidikan kita hari ini. Sama ada sedar atau tidak,
kita sedang menggunakan sistem yang mereka perkenalkan seperti wujudnya
sekolah vokasional, maktab perguruan, sekolah-sekolah teknik dan kemahiran dan
pra-sekolah. Pemilihan guru juga perlu tepat kerana guru sangat besar fungsinya
kepada msyarakat. Sebagai agen perubahan, guru juga adalah sebagai
pembimbing, pembentuk sahsiah dan juga pereka pendidikan untuk pelajarnya.
Baik guru yang dipilih, baiklah modal insan yang terhasil.

BAHAGIAN C

Setiap ahli falsafah mempunyai pendapat dan penyataan mereka yang


tersendiri. Penyataan inilah menjadikan mereka terkenal dan menunjukkan prinsip
masing-masing serta membezakan pemahaman mereka antara satu sama lain.
Penyataan atau kata-kata dari ahli falsafah adalah sangat berharga dan membawa
maksud yang mendalam mengikut pemahaman pembaca. Pelbagai ulasan boleh
dilakukan dari pelbagai pihak.

“Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu”

(Swami Vivekananda)

Vivekananda yang dikenali sebagai seorang yang mempunyai daya


tumpuan yang tinggi telah mengeluarkan penyataan di atas. Baginya, peranan
utama pendidikan ialah untuk menghapuskan gejala-gejala sosial dan membentuk
masa depan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan di atas dan
apakah yang cuba disampaikan oleh Vivekananda?

Pendidikan seperti yang kita faham adalah satu dapatan ilmu yang
meningkatkan taraf pemikiran manusia dan menjadikan manusia lebih baik dari
sebelumnya sama ada dari segi pemikiran, kemahiran, dan rohani. Pendidikan
menjadi hak setiap individu untuk mendapatkannya. Menurut Vivekanannda, pelajar
dilahirkan dengan pelbagai kemahiran sedia ada. Kemahiran-kemahiran yang telah
sedia ada dalam diri mereka ini menunggu untuk dikeluarkan.

Bagaimana mahu mengeluarkan atau mencungkil bakat-bakat yang sedia


ada tersebut? Pendidikan adalah jalannya. Peranan pendidikan adalah untuk
membuka jalan dan peluang kepada pelajar atau individu menunjukkan bakat yang
terpendam yang mungkin tidak disedari oleh manusia itu sendiri. Pada peringkat
inilah, pendidikan dikatakan manifestasi kepada kesempurnaan yang sedia ada
pada individu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, manifestasi membawa
maksud perbuatan yang memperlihatkan sesuatu. Maknanya di sini, pendidikan
merupakan perbuatan untuk memperlihatkan kesempurnaan yang sedia ada dalam
diri individu. Jika pendidikan tidak mampu menjadikan individu itu sempurna, ia
belum dikatakan pendidikan.

Contohnya, setiap kanak-kanak mempunyai kemahiran untuk membaca.


Dengan pendidikan, kanak-kanak itu diajar mengenal dan membunyi huruf,
membina suku kata, membina perkataan dan membaca. Jika murid itu tidak mampu
membaca, maknanya pendidikan belum lagi sempurna. Seperti bayi yang baru lahir,
bagaimana setiap bayi yang baru lahir itu pandai menghisap susu ibunya?
Kemahiran itulah yang dinamakan sebagai kemahiran sedia ada pada individu.
Melalui pendidikan oleh doktor atau ibunya sendiri, bayi itu ditunjukkan di mana
susu ibunya.

Vivekananda juga mempunyai definisi yang tersendiri tentang maksud


“kesempurnaan”. Menurut Vivekananda, ‘kesempurnaan’ dalam konteks pendidikan
adalah sejauh mana seseorang individu tersebut dapat menyelesaikan masalah
yang dihadapinya dalam kehidupan menggunakan kemahiran yang telah dilatih
atau yang telah diajarkan. Memetik kata-kata beliau, pendidikan mempunyai
matlamat akhir iaitu untuk melahirkan masyarakat yang mampu berdikari. Maksud
berdikari dalam pandangan Vivekananda ialah mampu menghadapi cabaran serta
memperkuatkan watak, mempunyai sifat dermawan dan keberanian seekor singa.
Jika matlamat ini tidak tercapai, pendidikan belum lagi sempurna.

Jika kita meneliti cabaran-cabaran dalam kehidupan hari ini, kebanjiran


graduan-graduan universiti telah menjadi isu utama negara. Malaysia bukanlah
kekurangan graduan, akan tetapi Malaysia kekurangan graduan yang mampu
berdikari menghadapi kepelbagaian dalam keperluan pekerjaan. Misalnya, seorang
graduan yang berkelulusan akauntan, tidak dapat bekerja jika kekosongan yang
ditawarkan ialah kejuruteraan. Ini menunjukkan pendididikan belum lagi menjadi
manifestasi kepada kesempurnaan yang sedia ada pada individu tersebut.

Pendidikan sememangnya bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang


berilmu. Ilmu tersebut akan digunakan untuk mendapatkan pekerjaan atas tujuan
mencari rezeki bagi meneruskan hidup. Justeru, jika seseorang itu belum mampu
meneruskan hidup atas usahanya sendiri, pendidikan belum lagi melengkapkan
dirinya. Kegagalan pendidikan akan menyebabkan masyarakat tidak mempunyai
hala tuju, bergantung kepada orang lain dan tidak mengalami kemajuan dalam
kehidupan.

Peri pentingnya pendidikan dari sudut pandangan Swami Vivekananda ini


seharusnya membuka mata para pendidik tentang matlamat dan hala tuju
pendidikan. Sebagai guru, kita perlu mempunyai matlamat akhir terhadap pelajar.
Apa yang kita mahu pelajar capai? Bagaimana mahu membantu pelajar tersebut
untuk mencapai matlamat itu? Bagaimana mahu memastikan pelajar kita mampu
meneruskan hidup apabila sudah habis belajar nanti?

Maknanya, guru berperanan mencungkil bakat yang terpendam dalam diri


pelajarnya dan mengembangkannya agar dapat digunakan untuk pelajar tersebut
meneruskan kehidupannya. Guru juga perlu memastikan bakat-bakat yang sedia
ada dalam diri pelajar itu mampu menjadikannya seorang yang mampu menghadapi
cabaran dunia nyata, menjadi seorang yang berani, mempunyai nilai-nilai murni dan
seterusnya melahirkan masyarakat yang terhindar dari gejala-gejala sosial.

Bakat yang sedia ada dalam diri seseorang jika tidak diberikan pendidikan
akan menjadi sesuatu yang akan memudaratkan kehidupan. Sebagai contoh, bakat
sedia ada dalam diri seseorang ialah menulis karangan. Jika tidak diberikan
pendidikan yang sempurna, seseorang itu mungkin akan menggunakan bakatnya
untuk menulis perkara-perkara yang tidak elok seperti memburukkan orang lain
atau menulis cerita-cerita yang tidak benar. Di sinilah pendidikan berperanan utnuk
memandu atau membuka jalan kepada bakat tersebut digunakan untuk menulis
cerita-cerita yang benar dan baik-baik sahaja.

Al-Farabi pula mempunyai penyataannya yang tersendiri. Beliau


menyatakan;

Manusia yang sempurna ialah manusia yang telah memperolehi budi mulia
yang teoretikal dan budi mulia yang praktikal.

Teori seperti yang kita fahami secara umum ialah suatu pandangan yang
berbentuk kata-kata atau prinsip. Manakala praktikal ialah satu bentuk perbuatan
yang diamalkan, mampu dilihat oleh mata kasar yang membawa maksud tertentu.
Budi mulia ialah satu tingkah laku yang terpuji seperti baik hati, sopan santun,
lemah lembut dan sebagainya. Al-Farabi pula mempunyai taksiran yang tersendiri
mengenai ‘budi mulia’ iaitu keadaan minda di mana manusia mengerjakan
perbuatan-perbuatan yang elok dan bermurah hati. Antaranya ialah kesederhanaan,
keberanian, bermurah hati, keadilan, kawalan kendiri dan sebagainya. Beliau juga
menekankan kepentingan manusia untuk tidak taksub dengan kebendaan.

Melahirkan manusia yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah.


Membentuk manusia juga sukar dan tidak mudah seperti membentuk tin. Kita sedar
bahawa setiap manusia dilahirkan dengan sifat, tingkah laku dan kemahiran yang
berbeza. Menurut Al-Farabi, budi mulia perlu sebati dalam hidup seseorang dan ia
perlu dipupuk dengan keinginan bukan dipaksa atau dianggap sebagai beban.
Pendek kata, budi mulia dibentuk berlandaskan keikhlasan bukan paksaan.
Contohnya, sifat bermurah hati tidak akan dapat dibentuk jika manusia tidak ikhlas
melakukannya. Dalam agama Islam, jika sesorang itu melakukan sesuatu tanpa
keikhlasan, perbuatan itu adalah sia-sia dan tidak mendapat balasan yang baik dari
Tuhan,
Kita sering mendengar bahawa teori amat berbeza dengan praktikal. Itulah
hakikatnya. Disebabkan teori hanyalah sekadar perkataan dan bukannya perbuatan,
ia dianggap sebagai sesuatu yang lebih senang. Misalnya, guru-guru sering dipujuk
dengan buku-buku yang mengatakan bahawa mengawal pelajar di dalam kelas
adalah senang dengan pelbagai strategi, namun hakikatnya, untuk mempraktikkan
teori-teori tersebut adalah payah. Justeru, untuk menjadi insan yang sempurna
seperti yang disebut oleh Al-Farabi perlu menjadikan amalan berbudi mulia sebagai
prinsip dan pegangan yang diamalkan. Jika kita mengaku kita berhati mulia, maka
amalkan sifat tersebut dalam kehidupan seharian. Apabila kedua-duanya sudah
sebati di dalam diri, individu tersebut sudah menjadi manusia yang sempurna.

Bukanlah senang untuk mencapai kedua-duanya. Kedua-dua budi mulia


secara teori dan praktikal yang kita bincangkan ini hanya boleh dilaksanakan dalam
konteks masyarakat, bukan bersendirian. Masyarakat berfungsi dalam memupuk
perkembangan individu. Dikhuatiri, jika seseorang itu tidak tinggal atau bergaul
dalam masyarakat, dia akan menjasi seperti haiwan liar di hutan. Di sini
menunjukkan pentingnya peranan masyarakat dalam melahirkan insan kamil dan
seterusnya mencapai kebahagiaan yang perlu dididik bermula dari awal
kehidupannya.

Sejarah pula menceritakan kepada kita bahawa masyarakat tidak semuanya


baik dan tidak semuanya jahat. Oleh yang demikian, bagi memastikan masyarakat
yang ada di sekeliling kita baik dan dapat berfungsi sebagai pembentuk insan yang
sempurna, pendidikan adalah solusinya. Soalnya, bagaimana? Dalam sesebuah
negara, kemajuan atau kemunduran sesuatu tamadun adalah bergantung kepada
corak kepimpinannya. Pemimpin yang baik akan melahirkan rakyat yang baik dan
sebaliknya. Seterusnya, rakyat yang baik akan membentuk masyarakat yang baik.
Masyarakat yang baik akan berperanan dalam melahirkan manusia yang
mempunyai budi mulia secara teori dan praktikal. Maksudnya, pemimpin politik
perlu dididik untuk menjadi pemimpin yang baik hati agar dapat dijadikan contoh
dan teladan kepada rakyatnya.

Tugas pemimpin bukan hanya mengurus negara, akan tetapi juga menjadi
kewajipan mereka untuk memastikan rakyatnya mengamalkan nilai-nilai murni dan
menggalakkan masyarakat menjauhi perkara-perkara mungkar dan menyeru
kepada perkara-perkara kebaikan. Rakyat dan pemimpin saling melengkapi antara
satu sama lain.

Dalam konteks pendidikan, guru yang sempurna perlu memiliki sifat berbudi
pekerti secara teori dan amalinya. Dengan adanya sifat budi mulia ini, guru dapat
mendidik para pelajar menjadi insan yang sama berbudi mulia dan mencapai
kebahagiaan hidup sebagai insan yang sempurna. Seperti pepatah Inggeris. ‘like
father like son” atau pepatah melayu, ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’.
Oleh itu, matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang sempurna
melalui budi pekerti mulia yang teoretikal dan praktikal. Disamping itu, penyataan
Al-Farabi ini menunjukkan keseimbangan dalam kata-kata dan perlakuan bagi
membuktikan sesuatu amalan itu baik atau tidak. Masyarakat tidak boleh
diketepikan kerana peranan masyarakat dalam menyediakan suasana yang baik
adalah dituntut. Jika bukan diamalkan dalam masyarakat, kepada siapa lagi harus
diamalkan budi mulia tersebut.

Para pelajar perlu dibentuk untuk memiliki budi mulia. Institusi pendidikan
perperanan untuk membentuk pelajar yang memiliki akhlak yang murni yang akan
menjadikan pelajar itu seorang manusia yang sempurna. Adalah diingatkan bahawa
Al-Farabi mementingkan dua aspek budi mulia iaitu secara teoretikal dan praktikal.
Sesuai dengan kehendak pendidikan hari ini yang mahu generasi muda memiliki
kemahiran selari dengan teori yang dipelajari di dalam kelas. Budi pekerti yang
praktikal sangat dituntut hari ini kerana kita sendiri sedar bahawa keruntuhan moral
dalam kalangan masyarakat semakin merisaukan.

Seterusnya, kita akan cuba menghuraikan penyataan yang pernah disebut


oleh seorang lagi ahli falsafah iaitu Plato. Penyataannya berkenaan dengan
pendidikan ialah;

‘Pendidikan hendaklah membebaskan orang daripada pendapat yang palsu


dan pelajar perlu menguasai kebenaran dengan usaha mereka sendiri dan tidak
dipaksa melalui kekerasan’

Penyataan Plato ini mengandungi dua mesej yang ingin disampaikan


kepada dua kumpulan yang berbeza. Penyataan pertama iaitu ‘Pendidikan
hendaklah membebaskan orang daripada pendapat yang palsu..’ ialah mesej yang
ingin disampaikan kepada manusia amnya. Manakala frasa yang kedua iaitu
‘pelajar perlu menguasai kebenaran dengan usaha mereka sendiri dan tidak
dipaksa melalui kekerasan’ ialah mesej yang ingin disampaikan kepada pelajar
khususnya. Jadi, kita akan menghuraikannya secara berasingan.

Plato yang popular dengan analogi gua mendapat ilham berdasarkan


falsafah yang dipegangnya. Secara ringkasnya, analogi gua mengisahkan
sekumpulan banduan diikatkan sejak kecil bersama-sama di dalam gua tersebut.
Mereka hanya mengenal kewujudan bayang-bayang mereka sendiri yang
dipercayai sebagai realiti. Salah seorang daripada mereka berjaya melepaskan diri
dari gua dan melihat dunia luar yang nyata untuk pertama kalinya. Dia kemnali ke
gua dan emnceritakan apa yang dilihatnya kepada rakan banduan yang lain.
Malangnya, banduang-bnduan itu tidak memeprcayainya dan terus memilih untuk
tinggal di dalam gua.

Kisah ini sebenarnya menggambarkan kisah Socrates yang merupakan


guru kepada Plato. Pandangan Socrates tidak diterima oleh masyarakat sehingga
beliau dihukum bunuh kerana didakwa menyebarkan ilmu palsu. Itulah mesej yang
ingin disampaikan oleh Plato. Masyarakat seharusnya dididik untuk mencari
kebenaran dan berani menerima perubahan. Untuk mendidik masyarakat, peranan
pendidikan adalah sangat diperlukan. Para pendidik perlu membimbing pelajar dan
masyarakat untuk bijak membezakan kebenaran dan kebatilan. Manusia harus
membebaskan dirinya dari belenggu pendapat-pendapat palsu.

Jika mengikut analogi gua itu tadi, banduan-banduan tersebut seharusnya


berani untuk meletakkan kepercayaan kepada banduan yang telah melihat dunia
luar. Bukan terus membuat kesimpulan bahawa pendapat tersebut salah dan
bohong. Kita tidak mahu ilmu-ilmu yang berguna terkubur seperti terkuburnya
falsafah Socrates.

Begitulah pendidikan sepatutnya. Mendidik pelajar untuk sentiasa mencari


kebenaran, bukan memilih untuk kekal di takuk lama. Ilmu perlu dicari dan
disampaikan serta diamalkan. Kita tidak mahu sejarah seperti Socrates berulang
disebabkan masyarakat pada masa tersebut tidak berpendidikan dan tidak mahu
menghadapi perubahan. Kesannya, tiada percambahan ilmu berlaku dan tamadun
tidak berkembang.

Contohnya, subjek Pendidikan Moral di sekolah perlu membimbing pelajar


untuk mengetahui etika-etika yang boleh dan tidak boleh diamalkan dalam
masyarakat majmuk seperti menghormati orang tua, berkasih sayang dan saling
membantu. Sekiranya masyarakat tidak dididik, mereka akan sentiasa berpendapat
bahawa golongan muda tidak perlu menghormati golongan tua. Dalam sejarah
Islam juga sangat banyak kisah-kisah yang berkaitan dengan pandangan Plato ini.
Misalnya, sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat arab melakukan
pembunuhan sesuka hati dan sudah dianggap sebagai amalan biasa. Setelah
tibanya didikan agama Islam di tanah arab, masyarakat diajar untuk menjaga nyawa
tidak tidak boleh membunuh sesuka hati. Bayangkan jika masyarakat pada waktu
itu tidak mahu mendengar pendapat baru Islam. Aktiviti pembunuhan mungkin
berterusan sehingga ke hari ini.

Oleh yang demikian, pendidikan seharusnya membebaskan manusia


daripada pendapat-pendapat yang tidak betul dan kuno. Masyarakat perlu berani
membuka minda dan menerima perubahan walaupun kadang kala perubahan itu
sedikit bertentangan dengan amalan nenek moyang. Tanpa perubahan dan
pengorbanan. Kemajuan tidak akan di capai. Pendidikan tidak akan bermakna jika
tidak mampu melahirkan manusia yang dapat membezakan perkara baik dan
perkara buruk. Misalnya, jika seorang pelajar tidak dapat membezakan antara baju
kotor dengan baju bersih, maknanya pendidikan belum mampu membebaskan
pelajar itu dari pendapat palsu.

Dalam mesej itu juga seakan-akan Plato menyuarakan bahawa pendidikan


sepatutnya menjadi agen perubahan dan agen pembaharuan dalam kehidupan
masyarakat. Arus permodenan yang semakin laju memerlukan penguasaan dalam
pelbagai bidang harus diutamakan melalui pendidikan. Jika dahulu, keperluan
internet tidak dihiraukan dalam pendidikan, namun hari ini, kebanyakan aktiviti
sekolah dan aktiviti kelas memerlukan capaian internet untuk diterokai. Dalam
situasi ini, masyarakat telah dididik untuk mengadaptasi pendapat baru dan
melepaskan pendapat kuno.
Bagi mesej yang kedua pula, Plato juga masih menggunakan analogi
guanya. Pelajar diwakili oleh banduan-banduan yang digari bersama manakala
kebenaran adalah dunia luar yang mereka belum pernah lihat. Kita mendapati,
sistem pendidikan lama negara adalah berpusatkan guru. Penglibatan pelajar
dihadkan dan pelajar menjadi pasif di dalam kelas. Pelajar terlalu bergantung
kepada guru untuk mencari maklumat. Kini, sistem pendidikan menekankan
pembelajaran berpusatkan pelajar di mana proses pengajaran dan pembelajaran
perlu berfokus kepada pelajar, bukan lagi guru.

Oleh sebab itu, apa yang dinyatakan oleh Plato itu berkaitan dengan sistem
pendidikan kita hari ini. Pelajar perlu berusaha mencari ilmu dan menguasasi
kebenaran tanpa bergantung kepada orang lain. Pelajar perlu memiliki keinginan
yang tinggi atau yang kita sebut sebagai daya inkuiri untuk meneroka ilmu yang
semakin mudah untuk diperolehi dengan teknlogi masa kini. Keinginan seperti ini
tidak boleh dipaksa kerana jika paksaan berlaku, matlamat akhir tidak akan tercapai
pelajar akan rasa terbeban dan tertekan. Aktiviti pembelajaran dirasakan
membosankan dan tidak menyeronokkan.

Selain itu, guru tidak boleh mengenakan hukuman terlalu berat jika murid
tidak mencapai apa yang ingin dicapai. Bimbingan demi bimbingan perlu diberikan
untuk menggalakkan pelajar itu mencari kebenaran dengan usahanya sendiri.
Sebagai contoh, pelajar perlu menguasai kaedah belajar mereka sendiri. Mereka
tidak boleh bergantung kepada guru atau ibu bapa untuk mengatur jadual belajar
mereka. Mereka perlu membuat jadual ulangkaji sendiri mengikut keselesaan
mereka. Dengan ini, mereka akan lebih menghargai dan mematuhi jadual tersebut
tantpa rasa dipaksa untuk melakkannya.

Disamping itu, contoh lain yang kita boleh ambil ialah dari segi mencari
maklumat berkaitan pelajaran. Pelajar perlu menguasai teknologi bagi
memudahkan mereka mencapai maklumat di alam maya tanpa perlu bergantung
kepada guru semata-mata. Kemahiran menggunakan internet, komputer, blog dan
sebagainya perlu dikuasai agar keinginan mereka untuk belajar tidak tersekat.
Pendekatan guru dalam memastikan pelajar berusaha sendiri menguasai
kebenaran juga dititikberatkan. Pelajar tidak boleh ditekankan menggunakan
kekerasan. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan pemudahcara dan
selebihnya pelajar yang berusaha sendiri. Pelajar perlu berdikari untuk mencari
kebenaran demi diri mereka sendiri.

Akhir sekali kita akan meneliti kata-kata seorang ahli falsafah dari China iaitu
Confucius. Beliau menyatakan;

‘Pendidikan perlu mempunyai matlamat untuk meningkatkan nilai moral


individu jika ingin meningkatkan nilai moral masyarakat’

Setiap ahli falsafah pendidikan pasti mempunyai matlamatnya yang


tersendiri dalam pendidikan. Ciri-ciri inilah yang menjadikan falsafah mereka hidup
sehingga hari ini dan menjadi rujukan serata dunia. Confucius secara jelas
mempunyai matlamat pendidikan yang teguh. Beliau amat mementingkan nilai-nilai
moral dalam diri idividu. Apakah nilai moral? Menurut Confucius, antara ciri-ciri nilai
moral yang menjadi keutamaan beliau ialah seperti kasih sayang kepada ibu bapa,
menghormati orang tua dan berjimat cermat.

Mengapa nilai moral individu boleh mempengaruhi nilai moral masyarakat?


Persoalan ini akan membawa kita memahami penyataan Confucius ini. Kita
mengetahui bahawa nilai-nilai moral terlalu banyak untuk dinyatakan satu persatu.
Beberapa orang ahli falsafah sebelum ini juga sering menekankan soal nilai moral
dalam kehidupan manusia. Confucius berpendapat, nilai-nilai moral dalam
masyarakat hanya akan diperoleh sekiranya nilai moral dalam diri individu
ditingkatkan.

Masyarakat pastinya terdiri daripada individu-individu yang berbeza dan


membentuk satu organisasi dalam komuniti. Seperti pembinaan sebuah rumah batu,
ia memerlukan batu-bata yang dicantumkan antara satu sama lain. Jika bata itu baik,
tahanlah rumah tersebut dan lebih mahal harganya. Namun, jika bata yang
digunakan adalah bata yang murah dan tidak kukuh maka rumah tersebut tidak
akan tahan lama dan harganya turut murah. Begitulah dapat diumpamakan tentang
falsafah Confucius ini. Jika individu dalam sesebuah masyarakat tidak bermoral,
adalah mustahil untuk melihat institusi masyarakatnya baik.

Oleh sebab itu, Confucius mementingkan peningkatan nilai moral individu


terlebih dahulu jika ingin meningkatkan nilai moral dalam masyarakat. Individu yang
bermoral tinggi akan mematuhi undang-undang, negara akan diurus oleh orang
yang baik dengan sebaiknya dan rakyat akan mengikuti jalan yang lurus. Contohnya,
pemimpin adalah terdiri daripada individu. Jika individu tersebut jujur, dia akan
mentadbir negara dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Kepimpinannya
akan melahirkan masyarakat yang jauh dari unsur rasuah, penipuan dan kezaliman.
Akan lahir sebuah masyarakat yang saling menghormati dan berkasih sayang.

Jika di sekolah, pembentukan nilai moral dalam kalangan pelajar adalah


sangat dititikberatkan. Mengapa? Kerana pihak sekolah sedar bahawa individu
yang bermoral tinggi akan menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang. Begitu juga
dengan gurunya. Guru yang tidak mempunyai nilai moral yang tinggi tidak mungkin
dapat melahirkan pelajar yang bermoral tinggi. Oleh yang demikian, Confucius
menekankan bahawa pendidikan berperanan penting dalam pembangunan
masyarakat dengan mengubah sifat individu.

Menurut beliau, pendidikan bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang


kompeten dan bermoral tinggi. Institusi sekolah bertanggungjawab dalam
memastikan para pelajar dididik untuk mempunyai nilai moral yang kukuh. Bak kata
pepatah melayu, jika kita mahu melihat masa depan negara, lihatlah kepada anak
muda hari ini. Maksudnya, andai kita mahu mempunyai masa depan negara yang
gemilang, ia haruslah bermula dengan generasi-generasi muda hari ini. Jika
generasi muda mempunyai daya saing yang tinggi, akhlak yang terpuji dan sikap
berdikari yang mantap, masa depan negara akan terjamin. Jika sebaliknya,
pendidikanlah yang harus mengubah sifat-sifat negatif tersebut menjadi sifat positif.

Penyataan Confucius ini walaupun telah beribu tahun berlalu namun sangat
signifikan dengan situasi masyarakat hari ini. Seperti sebuah pokok. Jika benihnya
baik, suburlah pokok itu. Jika benihnya rosak, pokok itu tidak akan tumbuh dengan
elok. Dalam contoh ini, kita boleh ibaratkan biji benih sebagai individu, manakala
pokok tersebut sebagai masyarakat. Beliau turut menyatakan bahawa pendidikan
adalah untuk semua, bukan untuk pihak-pihak tertentu sahaja. Beliau telah
membuka peluang pendidikan kepada semua golongan termasuk golongan miskin
dan telah menyumbang kepada reformasi politik negara China dan menyebabkan
penyebaran budaya berlaku.
Disebabkan itulah Confucius mencadangkan tiga asas pendidikan iaitu
perkembangan nilai moral, pengetahuan dan kemahiran. Konsep pendidikan
moralnya berlandaskan sifat kemanusiaan. Dengan memahami konsep ini,
seseorang dapat mendisiplinkan dirinya untuk mematuhi norma-norma sosial dan
menghormati adat yang diterima oleh masyarakat. Konsep ini juga bertujuan
untukmenghapuskan kekacauan politik dan keruntuhan moral di China pada waktu
tersebut. Manusia yang bermoral tiggi diharapkan dapat memperbetulkan golongan
aristokrat yang sedang mentadbir negara pada waktu itu.

Kesimpulannya, setiap ahli falsafah ini mempunyai pendapat yang hampir


sama berkaitan dengan matlamat dan peranan pendidikan dalam melahirkan
individu yang mempunyai bersifat murni. Dengan ini, kita seharusnya sedar bahawa
kecemerlangan akademik tidak menggambarkan kemuliaan seseorang. Akhlak juga
yang dipandang dan diberi perhatian.

Anda mungkin juga menyukai