Anda di halaman 1dari 4

Hidup Sihat, Hidup Bahagia

Setiap orang menginginkan gaya hidup yang sihat. Ditambah lagi dengan
perkembangan cuaca dunia yang kelihatan semakin tidak teratur. Peluang
untuk mendapat sakit semakin tinggi sekiranya kita tidak mengamalkan
gaya hidup yang sihat.
Berikut merupakan petikan laporan NST 31/12/2010
10 PUNCA DIMASUKKAN KE HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
1 BERSALIN BIASA 13.16%
2 KOMPLIKASI KANDUNGAN / KELAHIRAN PRAMATANG 13.10%
3 MASALAH PERNAFASAN 9.38%
4 KEMALANGAN 8.03%
5 KEHAMILAN 7.01%
6 MASALAH JANTUNG 6.91%
7 MASALAH BERKAITAN USUS / PERUT 5.17%
8 SAKIT BIASA 3.50%
9 SAKIT SISTEM KENCING 3.42%
10 KANCER 3.02%
jika dilihat antara masalah yang di italic kan kebanyakannya berpunca
daripada pemakanan.
Masyarakat hari ini ramai yang mengamalkan diet terutamanya kalangan
wanita samada yang bekerja ataupun tidak. Mengurangkan jumlah kuantiti
makanan dalam pengambilan seharian dianggap diet yang seimbang. Salah
faham ini perlu diperbetulkan. Masyarakat perlu sedar bahawa kejayaan
melangsingkan badan bukanlah bukti nyata diet seimbang. Apa yang penting
ialah amalan gaya hidup sihat.
Pengertian gaya hidup sihat adalah berbeza mengikut individu. Gaya hidup
sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang sempurna
setiap hari. Kita perlu hidup dalam keseimbangan yang merangkumi fizikal,
rohani, sosial dan mental.
Antara aktiviti kesihatan yang boleh diamalkan ialah seperti berikut.
Kesihatan fizikal

Senaman 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit sekali.


Memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti berat.

Bangun awal pagi dan minum lapan gelas air kosong sehari.
Mandi sebelum subuh merupakan amalan Rasulullah SAW.

Kesihatan rohani

Merapatkan diri dengan Tuhan


Sentias menjaga hati dari sifat hasad dengki
Sentiasa senyum kerana senyum itu satu sedekah.
Sentiasa memperbaharui niat

Kesihatan sosial

Tidak mengamalkan gaya hidup bebas seperti seks bebas


Tidak merokok kerana merokok menganggu keselesaan orang lain
Melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan
Hidup bermasyarakat

Kesihatan mental

Berfikiran positif
Menghayati alam ciptaan Tuhan untuk menenangkan fikiran

Selain itu, beberapa tips makanan juga perlu dijaga.


Tips-tips makan gaya hidup sihat:
1. Makan buah dulu sebelum makan makanan berat
Buah-buahan mengandungi serat yang tinggi. Apabila perut kita
dipenuhi serat, maka kita tidak akan mengambil nasi dalam kuantiti
yang banyak.
2. Buah tamar
Buah tamar mengandungi pelbagai jenis nutrien yang melengkapi
hidangan yang dimakan.
3. Suplemen makanan terbaik adalah madu
Rumah Nabi tidak pernah kekurangan madu.
4. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
Perut yang terlalu kenyang akan membuatkan kita rasa malas untuk
beribadah.
5. Kurangkan minum air semasa makan
Berdasarkansebuahkajian,amalan makan sambil minum itu juga
menyebabkan peningkatan insulin yang dapat mengikat lebih banyak
lemak di dalam tubuh.Mr Shonali Sabherwal, ahli makro biotic dari
India, mengatakan,kebanyakan orang minum sambil makan. Teorinya

adalah bahawa hal itu membuat makanan turun lebih cepat.


Sebenarnya mereka tidak tahu tabiat itu amat buruk bagi tubuh dan
system pencernaan mereka.

Di Bumi Tuhan Aku Berkelana


Nyaring tangis mengiringku ke dunia..
Setelah lelah ibu bertarung nyawa..
Sembilan bulan 10 hari mengendung berat..
Tidak kira peluh dan keringat..
Nyawaku tetap sentiasa diingat...
Usia yang kian meningkat..
Minda yang semakin mantap..
Membuat aku jadi teringat..
Di dunia ini hidupku hanyalah singkat..
Apa sudah cukup amalku buat?
Bumi yang semakin menongkah tuanya..
Retak yang semakin merebak ditubuhnya..
Menanti masa membelah samudera..
Hancurlah dunia ditiup sangkakala..
Keamanan dunia membuatku insaf..
Saudaraku di Syria berkorban nyawa..
Memepertahankan agama walau darah bersimbah..
Palestin pula berjaga siang dan malam..
Dentuman bom menjadi hiburan..
Pembakar semangat sang perwira agama..
Di sini..malaysia yang aman..
Anak muda lalai dengan keseronokan..
Alpa dalam kemewahan..
Melonglai masa dengan hiburan
Lupa akan suruhan Tuhan..
Bangunlah duhai teman..
Bangun dari lena yang panjang..
Seruan kian memanggil kita..
Mencari redha Allah untuk hidup di sana..
Tinggalkan kesengan yang menghanyutkan..
Mari mencari peringatan..
Agar nanti ada bekalan..

Untuk di hidang di hadapan Tuhan.


~Memburu Syahid Abadi~
DiBumi TuhanAkuBerkelana

Anda mungkin juga menyukai