Anda di halaman 1dari 3

PENGGUNAAN PLICKERS DALAM BILIK DARJAH

Plickers amat berguna kepada guru untuk mendapat “ instant feedback” PdP dalam kelas.
Peralatan: 1. Handphone/ tablet (adroid / ios)
2. kertas& printer untuk cetak kad plickers
3. laptop dan projector (supaya pelajar dapa lihat keputusan mereka dengan
segera)

Langkah 1: Guna computer, masuklaman web https://plickers.com/untuk sign up


2: Guna handphone, masuk apps store/ play store, download Plickers

Kedua-dua laptop dan handphone perlu ada apps plickers sebab kegunaan laptop ialah untuk
guru sign in, download kad plickers dalam bentuk pdf, cetak guna printer, taip soalan berbentuk
objektif (multiple choice/ true and false), daftar nama pelajar mengikut kelas, dan melihat analisis
keputusan pelajar dalam bentuk graf.

Kegunaan handphone pula adalah untuk scan kad plickers yang dipegang oleh pelajar. Jangan
khuatir, betapa jauh pelajar duduk pun, handphone dapat scan jawapan mereka. Cuma kadang-
kala pelajar yang duduk dekat tingkap , kad mereka perlu kena scan beberapa kali baru dapat
dikesan kerana silau cahaya. Saya laminate kad itu, maka keadaan silau juga berlaku di tempat
yang ada cahaya. Tapi, ini hanya perkara kecil dan semua kad memangdapat scan.

Cetak kad plickers


1.Guna computer, masuklaman web https://plickers.com/untuk sign in
2. Pergi ke https://plickers.com/cards, download kad yang hendak dicetak (paling kurang 40
keping, paling banyak 63 keping) ikut kesesuaian bilangan pelajar dalam kelas.
3. Saya pilih 2 cards per sheet supaya tidak terlalu besar, dan boleh dilekat dalam buku nota
supaya pelajar tidak menghilangkannya. Kalau guru nak simpan sendiri, lebih baik laminate.
Satu set kad boleh digunakan untuk semua kelas kerana kita daftar nama pelajar dari kelas yang
berlainan ikut nombor kad.

Daftar kelas dan pelajar


1. Klik “classes” dan “add new class”
2. Kemudian taip nama pelajar. Secara automatic nama pelajar yang pertama ditaip akan diberi
nombor 1, dan seterusnya.

Membina soalan.
1. Klik “Library”, bina folder, dan mula taip soalan.
2. Memandangkan saya sudah ada bank soalan dalam computer, saya hanya guna cara print
screen ke MS Paint dan save setiap satu soalan bersama pilihan jawapannya dalam jpeg,
kemudian upload sahaja. Ini amat menjimatkan masa untuk menaip dan upload gambar.
3. Lepas itu saya pilih jawapan dan save.
4. Susunan soalan boleh diubah bila-bila masa.
5. Klik “add to Queue” untuk pilih soalan berkenaan untuk kegunaan kelas yang terpilih seperti
yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
PdP dalam kelas
1. buka handphone, mobile data/ wifi mesti buka.
2. pilih kelas, klik soalan, klik scan
3. camera pada handphone akan scan kad yang dipegang pelajar
4. Apps plickers pada handphone akan mengesan kad plickers dan menunjukkan jawapan yang
dipilih oleh pelajar serta nama pelajar tersebut. Warna hijau menunjukkan pilihan jawapan yang
betul manakala warna merah jawapan yang salah.
5. Maka, guru dapat maklumbalas segera daripada semua pelajar dalam kelas dalam sekali
imbas sahaja. Kaedah ini amat berguna untuk guru menulis refleksi dalam PdP. Data
ditunjukkan dengan segera iaitu bilangan pelajar yang memilih jawapan yang betul, dalam
bentuk bilangan, peratus dan bentuk graf.

Sekiranya guru ingin memaparkan jawapan murid, guru perlu menambah 2 alat lagi semasa
PdP, iaitu computer/ laptop dan LCD Projector. Komputer tersebut juga perlu ada wifi/ online.

Anda mungkin juga menyukai