Plickers amat berguna kepada guru untuk mendapat instant feedback PdP dalam kelas.
3. laptop dan projector (supaya pelajar dapat lihat keputusan mereka dengan
segera)
Kedua-dua laptop dan handphone perlu ada apps plickers sebab kegunaan laptop ialah untuk
guru sign in, download kad plickers dalam bentuk pdf, cetak guna printer, taip soalan berbentuk
objektif (multiple choice/ true and false), daftar nama pelajar mengikut kelas, dan melihat analisis
keputusan pelajar dalam bentuk graf.
Kegunaan handphone pula adalah untuk scan kad plickers yang dipegang oleh pelajar. Jangan
khuatir, betapa jauh pelajar duduk pun, handphone dapat scan jawapan mereka. Cuma kadang-
kala pelajar yang duduk dekat tingkap , kad mereka perlu kena scan beberapa kali baru dapat
dikesan kerana silau cahaya. Saya laminate kad itu, maka keadaan silau juga berlaku di tempat
yang ada cahaya. Tapi, ini hanya perkara kecil dan semua kad memang dapat scan.
3. Saya pilih 2 cards per sheet supaya tidak terlalu besar, dan boleh dilekat dalam buku nota
supaya pelajar tidak menghilangkannya. Kalau guru nak simpan sendiri, lebih baik laminate.
Satu set kad boleh digunakan untuk semua kelas kerana kita daftar nama pelajar dari kelas yang
berlainan ikut nombor kad.
2. Kemudian taip nama pelajar. Secara automatik nama pelajar yang pertama ditaip akan diberi
nombor 1, dan seterusnya.
Membina soalan.
2. Memandangkan saya sudah ada bank soalan dalam computer, saya hanya guna cara print
screen ke MS Paint dan save setiap satu soalan bersama pilihan jawapannya dalam jpeg,
kemudian upload sahaja. Ini amat menjimatkan masa untuk menaip dan upload gambar.
5. Klik add to Queue untuk pilih soalan berkenaan untuk kegunaan kelas yang terpilih seperti
yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.
PdP dalam kelas
5. Maka, guru dapat maklum balas segera daripada semua pelajar dalam kelas dalam sekali
imbas sahaja. Kaedah ini amat berguna untuk guru menulis refleksi dalam PdP. Data
ditunjukkan dengan segera iaitu bilangan pelajar yang memilih jawapan yang betul, dalam
bentuk bilangan, peratus dan bentuk graf.
Sekiranya guru ingin memaparkan jawapan murid, guru perlu menambah 2 alat lagi semasa PdP,
iaitu computer/ laptop dan LCD Projector. Komputer tersebut juga perlu ada wifi/ online.
Memandangkan sekolah saya tiada kemudahan ini, terpaksa saya buka hotspot handphone
untuk share wifi dengan computer saya.