Anda di halaman 1dari 6

 Plickers memerlukan:

o Computer
o Internet
o Printer
o Kertas

Jom kita ikuti tutorial yang disediakan oleh Cikgu Azrul Arefe, guru Matematik dari
SK Desa Tun Hussein Onn dalam laman fb beliau. Memang meriah sesi pdp kelas
tambahan bila beliau gunakan Plickers dengan anak-anak didik beliau!

1. Sign up dulu di Plickers.com

2. Download Apps Plickers di handphone atau tablet

3. Selepas Sign Up, dalam Plickers akan ada beberapa tabs.

Tab Class - letak nama murid-murid anda


Tab Library - masukkan solaan yang ingin buat bersama murid
Tab Cards - untuk download card yang akan dipegang oleh murid

Pilih STANDARD (ada 40 kad), download dan print kesemuanya. Laminate kad-kad
tersebut supaya lebih tahan lama.
Mesti pegang kad dengan cara yang betul

4. Tips untuk bina soalan, letak sahaja nombor soalan dan pilihan jawapan yang
betul. Tak perlu salin soalan semula. Soalan murid boleh refer pada hardcopy yang
cikgu ingin gunakan.
Soalan dipamerkan di skrin

5. Masa nak edar kad pada murid, pastikan murid dapat ikut nombor yang betul.
Nombor murid boleh rujuk semasa daftarkan nama murid di tab CLASS tadi

6. Untuk analisis, cikgu dapat lihat pada handphone atau tablet yang digunakan
masa scan jawapan mereka
Scan dan boleh terus nampak pilihan jawapan murid

7. Jika masih tak faham, boleh juga rujuk banyak lagi video tutorial di Youtube.

Selamat mencuba!
Analisis item siap disertakan bagi tindakan susulan guru

Selain daripada cirinya yang interaktif bagi sesi pdp bersama murid, aplikasi Plickers
ini juga boleh menganalisis jawapan murid secara automatik. Maka guru boleh lah
membuat langkah susulan daripada analisis item yang diperolehi bagi memperbaiki
kefahaman murid pada tajuk yang tertentu.
KELEBIHAN "PLICKERS"
 Mudah setup.
 Hanya perlukan peranti dan paparan skrin dari guru.
 Hanya perlukan SMARTPHONE guru untuk scan jawapan murid.
 Tidak memerlukan internet dan boleh dibuat dalam kelas biasa.
 Kertas Plickers Unique Code murid boleh diulang guna untuk beebrapa kelas lain.
Hanya perlu ubah senarai nama murid. Boleh dipelbagai guna (Kebijaksaan guru
untuk 'hack').

KEKURANGAN "PLICKERS"
 Mengambil masa untuk 'scan' jawapan murid.
 Sesetengah murid boleh menjadi bosan kerana ada waktu senggang antara soalan dan
masa scan.
 Perlu 'print' code tersebut.

 Download android app Plickers: http://gg.gg/plickersandroid


 Laman web Plickers: https://www.plickers.com
Terima kasih Cikgu Azrul Arefe dan Cikgu Mohd Suhaimin Isnen kerana
perkongsian Plickers ini. Semoga jadi ilmu bermanfaat buat rakan guru yang
lain jugak!

Anda mungkin juga menyukai