Anda di halaman 1dari 5

Lampiran B

RANCANGAN PENGAJARAN BIOLOGI MELALUI PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN MENGGUNAKAN MBL Subjek Kelas Masa Tema Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran Biologi 4 Dedikasi 12.40 pm 2.00 pm Menyiasat Sel sebagai unit asas kehidupan Komposisi Kimia dalam Sel Mensintesiskan konsep enzim Pada akhir pembelajaran, murid dapat: a) membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan menghuraikan kesan suhu ke atas aktiviti enzim Mengapakah Hidrogen Peroksida menghasilkan buih apabila dibubuh pada luka kulit dan tidak pada permukaan kulit yang tidak luka? a) Eksperimen b) Inkuiri-Penemuan c) Kerja Amali berasaskan komputer a) Menjalankan eksperimen b) Meneroka dan mengkaji sendiri untuk mendapatkan jawapan a) Pelajar tahu kegunaan Hidrogen Peroksida untuk merawat luka b) Tahu fungsi enzim c) Suhu mempengaruhi kekerapan perlanggaran antara molekul a) bekerjasama b) bertanggungjawab c) saling menghormati

Soalan Tema

Strategi/Pendekatan

Kemahiran Abad ke-21

Pengetahuan Sedia Ada

Nilai-nilai Murni

Langkah/ Masa Set induksi (5 minit)

Isi Pelajaran Pengenalan kepada tajuk

Aktiviti Guru 1. Guru mengajak pelajar untuk mengingat semula fungsi enzim dengan menanyakan soalan. 2. Guru menunjukkan hidrogen peroksida di dalam botol kaca. Soalan: i. Apakah yang terkandung di dalam botol ini? ii.Apakah fungsi hidrogen peroksida?

Aktiviti Pelajar Murid mengingat semula dan menjawab soalan.

Murid memerhati dan memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang diberi oleh guru.

Lampiran B

Langkah 1 Menjana idea

Tindak balas penguraian hydrogen peroksida: 2H2O2 2H2O + O2

(10 minit)

1. Guru menuang sedikit hidrogen peroksida ke dalam bikar. Suatu kepingan kecil hati ayam atau lobak dimasukkan ke dalamnya. 2. Guru menanyakan soalan seperti: Contoh: 1. Apakah yang dapat kamu perhatikan apabila kepingan hati tersebut ditambah pada hidrogen peroksida? 2. Apakah yang menyebabkan buih-buih itu terhasil? 3. Guru menunjukkan persamaan tindak balas penguraian hidrogen peroksida. Soalan: i. Berdasarkan persamaan, apakah yang terkandung dalam buih-buih yang terhasil di dalam bikar? ii. Apakah yang akan terjadi sekiranya kayu uji berbara diletakkan pada buih tersebut?

Pelajar memerhati.

Pelajar menjawab soalan yang diberi oleh guru mengikut pendapat masingmasing.

Pelajar cuba memberikan jawapan berdasarkan persamaan tersebut.

Langkah 2 Pembugaran idea (10 minit)

Enzim sebagai pemangkin yang mempercepatkan kadar tindak balas. Cara untuk mengkaji aras terendah oksigen, kesan katalase dan kesan suhu ke atas katalase.

Guru mengedarkan set soalan inkuiri-penemuan.

Pelajar menjawab soalan dalam set soalan inkuiri penemuan seperti: i. Yang manakah Guru menerangkan cara menerangkan tentang menggunakan sensor gas hidrogen peroksida dalam oksigen, sensor suhu dan system tindak balas ini? substrat, pengumpulan data. hasil atau enzim? ii. Jika eksperimen ini ingin Guru mengedarkan kuiz ringkas mengkaji kesan suhu ke atas untuk pelajar menyusun susunan katalase, mengapakah amaun langkah eksperimen dalam tertib gas oksigen yang diukur? yang betul. Pelajar memerhati dan mendengar penerangan guru. Pelajar menjawab kuiz ringkas yang diberikan oleh guru.

Lampiran B

Langkah/ Masa Langkah 3 Aplikasi idea (30 minit)

Isi Pelajaran Menjalankan eksperimen untuk memulakan proses inkuiri. Bahagian: i. Penguraian hidrogen peroksida tanpa katalase ii. Penguraian hidrogen peroksida dengan katalase pada suhu bilik iii. Penguraian hidrogen peroksida dengan katalase suam iv. Penguraian hidrogen peroksida dengan katalase yang telah dididihkan

Aktiviti Guru Guru mengarahkan pelajar untuk menjalankan eksperimen secara bergilir-gilir untuk menyiasat setiap bahagian. Guru mengingatkan pelajar untuk mematuhi langkah keselamatan di makmal.

Aktiviti Pelajar

Pelajar menjalankan eksperimen secara tertib dan bergilir-gilir secara berhati-hati.

Pelajar cuba menjawab set soalan Guru mengarahkan pelajar yang yang telah diberikan secara telah siap menjalankan eksperimen perbincangan. agar menjawab set soalan yang telah diberikan.

Penilaian (10 minit)

Perbincangan untuk dapatan dan analisis data.

Guru mengarahkan pelajar secara rawak untuk membacakan jawapan masing-masing. Guru meminta pelajar untuk mengaitkan dapatan data dengan konsep cara enzim bertindak.

Pelajar yang dipanggil namanya membacakan jawapannya.

Pelajar membuat hubung kait seperti yang diberitahu oleh guru.

Penutup (5 minit)

Rumusan

Guru merumuskan hasil pembelajaran pada hari ini. Guru memberikan tugasan tambahan sebagai pengukuhan.

Pelajar mencatat hasil rumusan yang dibuat dalam buku nota. Pelajar menanyakan soalan berkaitan tentang tugasan tambahan.

Refleksi kendiri :

Lampiran B

Set Soalan Inkuiri-Penemuan: 1. Yang manakah menerangkan tentang hidrogen peroksida dalam tindak balas ini? substrat, hasil atau enzim? 2. Yang manakah menerangkan tentang katalase dalam tindak balas ini? substrat, hasil atau enzim? 3. Apakah yang berlaku kepada amaun oksigen dalam botol pensampelan apabila yis yang mengandungi katalase pada suhu bilik dimasukkan ke dalamnya? 4. Mengapakah penambahan yis menyebabkan perubahan pada kepekatan oksigen dalam botol pensampelan? 5. Adakah aktiviti enzim dipengaruhi oleh suhu?Gunakan bukti daripada penyiasatan anda untuk menyokong jawapan anda. 6. Mengapakah aktiviti enzim pada suhu bilik berbeza dengan aktiviti enzim suam (35 C hingga 40C)? 7. Selepas dididihkan, adakah enzim katalase berfungsi? Jelaskan.

Kuiz Ringkas: Rajah-rajah dibawah menunjukkan prosedur aktiviti eksperimen ini dalam susunan yang tidak teratur. Tentukan susunan yang betul dengan menulis nombor pada bulatan kosong.

Ukur kepekatan oksigen pada botol pensampelan tanpa enzim (hanya mengandungi hidrogen peroksida).

Susun radas dan bahan untuk mengkaji aras terendah oksigen, kesan katalase dan kesan suhu ke atas katalase.

Analisis keputusan dan tentukan sama ada suhu mempengaruhi enzim atau tidak.

Tentukan kesan katalase pada suhu bilik ke atas kadar penguraian hidrogen peroksida.

Ukur penghasilan oksigen dalam tindak balas yang dimangkinkan oleh katalase panas dan katalase mendidih.

Lampiran B

Tugasan Tambahan: Gunakan semua sumber yang ada untuk membantu anda menjawab soalan-soalan di bawah. 1. Mengapakah enzim penting untuk organisma? Apakah yang akan terjadi kepada sel sel sekiranya enzim tidak hadir? 2. Ramalkan suhu optimum bagi enzim dalam tubuh badan manusia. Jelaskan sebab. 3. Terangkan mengapa demam melebihi 40.5C adalah berbahaya kepada manusia. 4. Mengapakah enzim menjadi tidak berfungsi apabila ternyahasli? 5. Adakah pH mempengaruhi aktiviti enzim? Jelaskan. Bagaimanakah anda dapat mengujinya?

Anda mungkin juga menyukai