Anda di halaman 1dari 5

BENCANA ALAM

Apakah bencana alam?Bencana alam adalah suatu peristiwa alam yang mengakibatkan dampak besar bagi populasi manusia.Peristiwa alam seperti berupa banjir,letusan gunung berapi,tsunami,tanah runtuh,badai salju,kekeringan,hujan,gelombang panas,taufan,kebakaran liar dan wabak penyakit. Beberapa bencana alam terjadi secara tiba-tiba dan tidak dijangka.Dua jenis bencana alam yang diakibatkan dari luar angkasa jarang mempengaruhi manusia seperti asteroid dan badai matahari..

Bencana terbahagi kepada dua iaitu : a) Bencana alam Mateorologi atau hidrometeorologi b) Bencana alam Geologi

Bencana alam Mateorologi ialah : Bencana yang diakibatkan oleh factor alam di mana ianya berpunca daripada perubahan iklim yang disebabkan oleh pemanasan global seperti kemarau dan kebakaran hutan dan banjir.Bencana alam ini biasanya berhubungkait dengan kehidupan manusia setiap hari seperti kontaminasi akibat dari asap kenderaan dan industri serta kilang-kilang yang boleh mengakibatkan hujan asid dan boleh merosakkan kehidupan.

JENIS-JENIS BENCANA ALAM TAUFAN ATAU RIBUT TAUFAN Taufan ialah ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluwap. Taufan dinamakan siklon tropika kerana taufan serupa dengan siklon dan terjadi di tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera utara. Kawasan-kawasan yang berlainan mempunyai nama tersendiri untuk fenomena taufan. Sebagai contoh, ribut tropika dikenali sebagai hurikan di Atlantik Utara. Manakala siklon tropika atau taufan dinamakan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina dan Wily Willies di Australia.

EL NINO

El Nino ialah pemanasan abnormal dari permukaan air laut di Pasifik tropika timur merupakan satu daripada bahgian yang disebut sebagai ayunan Selatan. Ayunan Selatan (Southern Oscillation) adalah melihat peta permukaan hawa membalikkan tekanan antara barat tropika dan timur Pasifik pada saat permukaan tekanan tinggi di Pasifik troika timur rendah di Pasifik barat tropika dan sebaliknya. SIKLON TROPIKA Siklon Tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, siklon tropika dilihat seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan di pusatnya dikenali mata yang udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan. Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika. Siklon Tropika Dikelaskan Seperti Berikut:

Lekukan Tropika satu sistem terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 63kmpj Taufan Satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118kmpj atau lebih Ribut Tropika Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 117kmpj

JEREBU Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia. Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:

Pembakaran terbuka Pembukaan tanah Penggunaan kenderaan bermotor Pembakaran bahan api industri

TANAH RUNTUH

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia. Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:

di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama di kaki atau permukaan atas cerun di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak

BANJIR Banjir ialah keadaan air yang menenggelami sesuatu kawasan atau tempat yang luas. TSUNAMI Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ombak laut pelauhan. Tsunami merupakan perkataan daripada bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan". Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave). Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai. Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.

GEMPA BUMI Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas. Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang). RIBUT PETIR Ribut petir adalah satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran kilat dan petir yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus selain hujan atau hujan batu yang lebat. Ribut petir adalah ribut yang paling lazim berlaku di dunia. Menurut Encyclopedia Britannica, purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut petir adalah lebih kurang 10 gigawatt-jam, bersamaan dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton. Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih kuat. Ribut petir boleh berlaku di mana-mana sahaja di bumi, dengan kawasan kutub sebagai kawasan yang paling kurang mengalami ribut petir, dan kawasan beriklim khatulistiwa sebagai kawasan yang paling kerap mengalami ribut petir. Terdapat 4 jenis ribut petir, yang diklasifikasikan mengikut kadar ketidakstabilan atmosfera serta penghasilan angin ricih seperti berikut:

Sel tunggal - Ribut petir yang paling banyak berlaku, tidak menghasilkan angin ricih kencang serta kebanyakannya bertahan dalam masa kurang daripada sejam selepas penghasilan kilat yang pertama. Angin kencang tidak terhasil kerana naik-turun udara panas dan sejuk berlaku di tempat yang sama. Berbilang sel - Beberapa kelompok awan ribut petir (dikenali sebagai sel) bergabung membentuk kelompok ribut petir yang lebih besar. Hasilnya, terdapat 2 zon udara iaitu zon udara panas naik (updraft} dan zon udara sejuk turun (downdraft). Akibatnya, angin ricih yang kencang mula dihasilkan. Hujan yang turun juga tidak seragam, dengan terdapat bahagian yang menghasilkan hujan lebat tetapi terdapat juga bahagian yang tidak menghasilkan hujan. Garis badai - Garis badai terbentuk apabila kelompok-kelompok awan ribut petir berkumpul dan membentuk satu garisan. Supersel - Supersel adalah jenis ribut petir yang sangat besar, berkemungkinan menghasilkan angin puting beliung yang dahsyat (kategori F3 ke atas) serta menghasilkan angin kencang melebihi 130 km/j, di samping menghasilkan hujan air batu berdiameter besar serta banjir kilat.

KESIMPULAN Pembangunan yang pesat juga akan menyebabkan dunia mengalami ketidakseimbangan ekosistem. Hal ini boleh menyebabkan ketidakstabilan suhu dunia di samping mengakibatkan bencana alam. Gegaran akibat pembinaan petempatan atau penggalian bahan mentah akanmenyebabkan kerak bumi mengalami gangguan sehingga menyebabkan gegaran di kawasan sekitar.Bencana alam berlaku berdasarkan daripada pelbagai punca seperti yang dihuraikan berikut.Faktor ini saling berhubungkait menjadikan bencana alam tersebut kritikal terutama boleh mengorbankan ribuan nyawa dengan sekelip mata.

Oleh itu, kita mestilah sedar bahawa alam ini memerlukan perlindungan daripada manusia. Apabila manusia melindungi alam sekitar, bencana alam yang begitu kerap tidak akan berlaku. Semua pihak tidak kira kerajjan atau rakyat biasa hendaklah mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab menjaga alam ini.

Anda mungkin juga menyukai