Anda di halaman 1dari 3

Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru sekolah masa kini banyak

berkaitan dengan perkembangan emosi murid-murid. Untuk merealisasikan


aspirasi yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru- guru
harus memupuk perasaan murid yang tenang dan tingkah laku terkawal,
memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang. Emosi akan mempengaruhi
sikap seseorang murid. Sikap merupakan salah satu faktor yang
membolehkan seseorang murid berjaya kerana pengurusan emosi adalah
lebih penting daripada perkembangan intelek murid.
Murid-murid hari ini semakin kurang berupaya untuk mengawal emosi
sendiri. Menurut akhbar Utusan pada tahun 2007, seorang murid dijumpai
tergantung pada jeriji tingkap bilik tidurnya dengan sehelai kain selimut
kerana tidak mendapat keputusan yang dijangkakan dalam UPSR.
Pengurusan emosi murid merupakan cabaran yang paling besar bagi guru
bagi merealisasikan aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan. Masalah ini
bukan sahaja masalah guru sahaja malah ia ibubapa juga dipersalahkan.
Ibubapa yang selalu mementingkan pencapaian akademik telah memberi
tekanan yang besar kepada anak. Ini secara tidak langsung telah
menjejaskan pembelajaran murid di sekolah.
Masalah pengurusan emosi bukan sahaja dihadapi oleh murid-murid
tetapi masalah ini juga dihadapi oleh guru sendiri. Menurut berita yang dilapor
oleh Ana Ghoib pada tahun 2013, seorang guru wanita merotan seorang
murid yang gagal menyiapkan kerja sekolah sehingga menjadi trauma. Guru
juga mempunyai tekanan emosi. Tekanan emosi ini datang dari urusan-
urusan remeh dan kertas kerja yang banyak. Apabila guru mempunyai
tekanan dan tidak mempunyai masa tidur yang mencukupi, sesuatu perkara
yang buruk akan berlaku. Hal ini kerana cikgu takkan denda atau pukul murid
atau pelajar tanpa sebab. Seperti guru yang merotan murid sehingga menjadi
trauma, guru itu semestinya tidak dapat mengawal emosi semasa berdepan
dengan murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Bak kata pepatah ketam
mengajar anaknya berjalan, bagaimana seorang guru yang tidak dapat
mengawal emosi sendiri dapat menghasilkan anak murid yang dapat
mengawal emosi? Jadi, guru juga perlu mempunyai kebolehan menahan
kemarahan supaya dapat menghasilkan murid yang berkemampuan untuk
mengawal emosi mereka.
Menurut artikel Sikap guru punca ponteng oleh Safeek Affendy Razali
dan Nor Azizah Mokhtar (2013), pelajar yang dikategorikan sebagai lemah
merasakan diri mereka dipinggir oleh guru yang lebih cenderung memberi
tumpuan kepada pelajar bijak atau mudah memahami pelajaran dalam kelas.
Cabaran guru masa kini ialah untuk menghadapi sikap murid yang pasif.
Emosi mereka sering terganggu kerana mereka anggap guru hanya sayang
kepada murid yang pandai sahaja. Guru harus memberi galakan kepada
murid yang pasif dan beremosi supaya mereka dapat kembali ke arah yang
betul.
Menurut kajian Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya Yusof Boon pada
tahun 2003, faktor kecerdasan emosi dilihat sebagai faktor yang
mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar. Para pelajar yang
mempunyai keupayaan mengawal emosi tidak akan bertindak secara gopoh.
Mereka lebih tabah dan tenang dalam menjalankan tugasan. Keupayaan
mengawal emosi membolehkan pelajar menghadapi pembelajaran dengan
lebih baik tanpa dipengaruhi unsur-unsur kerisauan, takut gagal atau tidak
yakin pada diri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa gangguan emosi akan
menganggu prestasi murid untuk belajar. Ini secara tidak langsung akan
menjejaskan perkembangan intelek murid.
Oleh itu, pengurusan emosi murid amat penting untuk seseorang murid
mencapai kejayaan. Jadi, cabaran dan tanggungjawab guru adalah semakin
berat untuk melahirkan murid yang mempunyai pengurusan emosi yang baik.
Menurut Mok Soon Sang (2010), tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya
terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja,
tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Guru haruslah
menjadi teladan yang dapat mengurus emosi dengan baik kepada anak murid.





Rujukan
Safeek Affendy Razali & Nor Azizah Mokhtar. (2013, 9 September). Sikap
guru punca ponteng. Diakses dari
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Sikapgurupuncaponteng
/Article/index_html
Utusan Online. (2007, November 18). Murid kecewa keputusan UPSR
dipercayai bunuh diri. Diakses dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1118&pub=Ut
usan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm
Ana Ghoib. (2013, Ogos 1). Guru emosi pukul dan halau murid tahun enam
hingga trauma ke sekolah. Diakses dari
http://malaysianreview.com/23140/guru-emosi-pukul-dan-halau-murid
-tahun-enam-hingga-trauma-ke-sekolah/
Yahaya, Azizi, Boon, Yusof, & Abdul, Amir Hamzah. (2003). Kecerdasan
Emosi dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik dan
Tingkahlaku Pelajar. (Yahaya, Azizi and Boon, Yusof and Abdul, Amir
Hamzah Kecerdasan Emosi dan Hubungannya Dengan Pencapaian
Akademik dan Tingkahlaku Pelajar. In: Seminar Antarabangsa CESA
di UKM Jun 2005. (Unpublished).)
Mok. S. S. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan
Multimedia.

Anda mungkin juga menyukai