Anda di halaman 1dari 12

GKN1003

Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup


Semester 1
Sesi 2017/2018

NAMA : LIM KOK PING


NO. MATRIK : KES150022
PENSYARAH : EN. HAJI ABD WAHID BIN JAIS
TANDATANGAN :
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

Pengenalan Ikhtiar Hidup

Definisi ikhtiar hidup

Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di

dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikthiar yang harus

dilakukan oleh seorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

Situasi ikhtiar hidup

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan

persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan),

fizikal (kecergasan, stamina), teknikal (kemahiran) dan material (peralatan, pakaian

dan bekalan). Antara situasi ikhtiar hidup adalah seperti berikut:

1. Kehabisan bekalan makanan dan minuman

2. Ancaman binatang

3. Masalah perlindungan

4. Lain-lain

Punca situasi ikthiar hidup

Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,

persiapan ataupun di peringkat pelaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan

kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan

aktiviti luar.

Kepentingan ilmu ikthiar hidup

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikthiar hidup merupakan perkara

terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin meceburkan diri

1
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikthiar hidup amat

penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan

risiko.

Tekanan keadaan ikthiar hidup

Dalam keadaan ikthiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau

kumpulan. Tekanan-tekanan ini boleh melemahkan semangat mereka untuk terus

berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut jika tidak diatasi dengan baik.

Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:

1. Kelaparan

2. Kehausan

3. Kesakitan

4. Kesejukan dan kepanasan

5. Keletihan

6. Kesepian dan ketakutan

Prinsip Ikhtiar Hidup

1. Keselamatan. Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa. Selain

itu, kita mestilah menjauhkan diri dariapda melakukan perkara-perkara yang

boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, memakan tumbuh-

tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda

terlalu lapar. Di samping itu, situasi ikthiar hidup akan menjadi lagi rumit jika anda

tidak menghiraukan soal keselamatan diri. Ini kerana sewaktu berada dalam

keadaan ikthiar hidup, kita tidak mengetahui tentang keadaan keselamatan diri

kita. Oleh itu, kita mestilah sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.

2
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat

dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang

boleh membahayakan keselamata. Masalah ikthiar hidup akan menjadi lebih

rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

2. Usaha. Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa

sebagai ikthiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan

berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu. Selain

itu, jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan

keselamatan anda. Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang

seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka. Kebolehan

mereka ganti amatlah membantu sewaktu berada dalam hutan ataupun dalam

keadaan ikthiar. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah

peluang seseorang itu mengatasi situasi ikthiar hidup yang sedap dihadapinya.

3. Kawalan diri. Kawalan diri sangat penting untuk dilakukan supaya segala

keputusan dan tindakan memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,

perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak

terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang

dihadapi. Kes kecelakaan diri semasa ikthiar hidup banyak berpunca dari

kurangnya kawalan diri dalam situasi ikthiar hidup.

4. Kerjasama. Jika menghadapi situasi ikthiar hidup di dalam berkumpulan,

kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama juga akan mewujudkan suasana dan

peluang yang lebih terjamin. Jika dalam kumpulan, kerjasama yang erat dan

berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu

masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan

bertambah rumit.

3
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

Peraturan asas ikthiar hidup

Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikthiar hidup adalah kemahuan

seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut.

Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah

mustahil untuk mereka mengatasi masalah tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi

keadaan ini, peraturan-peraturan asas berikut perlu dipatuhi:

1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat,

kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan

tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah

berhati-hati dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga

yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha

menjimatkan tenaga.

a) Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang

terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui

digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam

perjalanan.

b) Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika

perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan

senang untuk dilalui.

c) Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada

waktu malam.

2. Dapatkan rehat yang cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur

yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas dan sejuk,

hujan serta binatang buas dan serangga perlu diadakan.

4
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

3. Jangan bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada

kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikthiar hidup. Perkara-

perkara ini mungkin akan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi

kita dalam menghadapi keadaan tersebut.

4. Alat-alat ikthiar hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikthiar

hidup khususnya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil

persiapan seperti perubatan (Ubat gatal, antibiotic, panadol untuk sakit kepala,

demam dan lain-lain) dan makanan (bungkusan gula, beras).

Mencari sumber makanan

a) Tumbuh-tumbuhan hutan

Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh dimakan.Tumbuhan ini

kebanyakkannya tumbuh di kawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakan

tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan

ikthiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita

mengatasi kelaparan.

b) Ujian tumbuh-tumbuhan

Kebanyakkan dari kita tidak pasti adalah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan

atau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian

perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau

beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:

1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan

hidu. Jika tumbuhan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh

dimakan. Walau bagaimanapun tidak semestinya semua tumbuhan yang

berbau tidak boleh dimakan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah

yang banyak.

5
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

2. Gatal-gatal kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada

bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal

pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan.

3. Bibir, lidah dan mulut. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan

pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok

bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-

gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhan tersebut dan kunyah. Semasa

mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan

itu tidak boleh dimakan.

a) Rasa ketat dan sepat

b) Rasa loya

c) Rasa gatal-gatal dedaun mulut

4. Menelan sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negative dari ujian peringkat

pertama hingga peringkat ketiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan

yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan

tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat

reaksi berikut:

a) Rasa mual

b) Sakit perut

c) Demam dan sakit sendi tulang

5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian

peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang

telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna

bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

6
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

c) Peraturan melaksanakan ujian

Semasa menguji tumbuh-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:

1. Jangan memendekkan ujian

2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan

3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan

4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan

5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya

6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan

7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan

8. Buah yang masam semuanya boleh makan

d) Tindakan jika termakan tumbuhan yang beracun

Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun

tindakan kecemasan adalah seperti berikut:

1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat

2. Minum air bersih yang telah dimasak

3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan

4. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera

Mencari sumber air

a) Punca air

Punca air yang senang untuk didapati apabila berada di dalam hutan ialah anak

sungai, tasik dan sungai. Untuk mencari air, segera turun ke kawasan lurah atau

lembah. Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan mata air atau

lelehan air.

7
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

b) Tanda-tanda punca air

1. Bunyi. Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya di kawasan lata, air

terjun, cegar dan jeram, pasti mengeluarkan bunyi. Matikan langkah dan

pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut. Jika bunyi air terlalu jauh,

gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

2. Penglihatan. Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika berada di tempat

yang tinggi. Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas

dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

3. Binatang. Jika terdapat banyak binatang dan burung di kawasan tersebut,

pasti di sekitarnya ada punca air.

4. Serangga. Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan

nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat air.

Menyedia Api

Seseorang yang memasuki hutan sudah tentu memawa mancis atau petik api. Api

boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang

diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki. Apabila ranting ini

menyala dengan baik, ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya

akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayu sebesar paha ditambah

kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna.

Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Antaranya ialah dengan menggesek

batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya ditangkap oleh daun

kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.

8
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

a) Memasak

Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang

buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat

Melayu membuat lemang. Umpanaya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh

dibalut dengan daun dan dimasukkan ke dalam buluh yang disediakan.

Seterusnya, air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh iti

disandarkan ke tepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu

dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya. Sayur juga boleh direbus dalam

buluh sebelum dimakan. Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam

buluh, ikan boleh dipanggang di atas bara api dengan menggunakan buluh

sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh dibakar di atas bara api sebelum dimakan.

Tempat Perlindungan

Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi

kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi

peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat

perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan

dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

a) Membina tempat perlindungan

Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu

dipertimbangkan:

1. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun untuk membuat

atap senang didapati di kawasan tersebut.

2. Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang

memberhaya

9
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

3. Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok

yang mati

4. Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati

5. Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan

b) Jenis-jenis tempat perlindungan

Terdapat beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina

dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada di sesuatu kawasan.

1. Pondok sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling

senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti

dibina di atas tanah yang rata dan kering.

2. Pondok jangka panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk

jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak

rata.

3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan

berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat

perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang.

c) Bahan-bahan pembinaan

1. Atap. Atap adalah salah satu bahagian tempat perlindungan yang paling

penting. Dalam hutan, atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:

a) Daun palas gajah dan palas biasa

b) Daun rumbia atau nipah

c) Daun bertam

d) Daun pokok kabung dan enau

e) Buluh dan kulit kayu

f) Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai

10
GKN1003 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Sesi 1 2017/18

2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan binaan pondok. Kayu-kayu yang

terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut

hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan

dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun

seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan

bahan-bahan untuk membuat atap.

3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang,

alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, rotan

dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan

Mencari Jalan Keluar

Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk

mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya

dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas di antara mereka untuk menuju ke

arah perkampungan manusia di luar hutan. Jika ada anak sungai di berdekatan,

maka sebuat rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang

dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk

mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

11

Anda mungkin juga menyukai