Anda di halaman 1dari 11

KEBERKESANAN TEORI RASIONAL EMOTIF BEHAVIOURAL

THERAPY TERHADAP MASALAH PENGURUSAN KERJA RUMAH


MURID TAHUN 5
1.1 Latar Belakang Kajian

Menurut Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, kejayaan seseorang murid terletak pada cara
mereka memahami diri, mengetahui arah tujuan hidup dan teguh serta bersungguh-sungguh
mencapai matlamat yang diimpikan dan akhirnya dengan berkat usaha yang dilakukan, hasil
yang benar-benar berkualiti diperoleh. Kejayaan bukan bergantung kepada nasib semata-
mata. Kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan yang diimpikan agar mencapai matlamat
dalam melayari bahtera kehidupan. begitulah harapan seorang guru yang ingin melihat anak
didik kecilnya berjaya di dalam hidup. Namun pelbagai masalah yang perlu di tempuh bagi
mewujudkan anak bangsa yang berjaya. Kerja rumah atau tugasan selalunya diberikan
kepada murid oleh guru untuk menilai tahap kefahaman dan dapatan seseorang murid.
Secara tidak langsung kerja rumah dapat menilai tahap keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.Namun masalah murid tidak menghantar kerja rumah sering
kali menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terganggu.

Kerja rumah merupakan salah satu alat untuk memperkukuhkan pengetahuan atau kemahiran
murid dalam sesuatu tajuk yang telah diajar di dalam bilik darjah. Menurut Mac Gibbon (2009),
daripada artikel Life after School: all homework , no play yang dimuat turun daripada http://
www.smh.com.au/lifestyle/life/life-after-school-all-homework-no-play-20090920-fwt2 html (14
Jun 2010) aktiviti-aktiviti ini boleh berlaku sama ada semasa waktu pengajaran itu sendiri,
atau di luar waktu persekolahan. Umum mengetahui dan mengakui bahawa kerja rumah
adalah sesuatu yang mendatangkan impak yang positif dan perlu dibuat oleh semua murid
sama ada di peringkat prasekolah mahupun di peringkat menengah atas. Semua orang
yang telah menjalani persekolahan di peringkat rendah dan menengah tentu tidak akan dapat
lari daripada pengalaman menerima dan menyiapkan kerja rumah.

Maksud kerja rumah menurut Kamus Oxford (2012) yang dipetik daripada
oxforddictionaries.com adalah kerja sekolah yang seseorang murid perlu buat di rumah. Yeo
dan Ainul (2011) menggariskan bahawa pelajar memerlukan kerja rumah yang pelbagai jenis
sesuai dengan tajuk yang dipelajari supaya ia dapat membantu pelajar lebih memahami apa
yang diajar guru seterusnya membantu meningkatkan pencapaian pelajar.

1
1.2 Pernyataan Masalah
Semasa saya menjalani praktikum fasa satu di Sekolah Kebangsaan Seri Indah dari bulan
Julai hingga September, saya mendapati bahawa masalah kerja rumah merupakan masalah
yang sangat besar dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Indah (SKSI). Oleh
itu, saya ingin menjalankan penyelidikan atas faktor-faktor yang mempengaruhi murid-murid
SKSI tidak membuat kerja rumah dan langkah-langkah dalam mengatasi masalah tersebut
dengan pengaplikasian teknik-teknik dalam Teori Rational Emotional Behavioural Therapy
(REBT).

1.3 Matlamat Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah murid Tahun 5 yang tidak
menyiapkan dan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh cikgu di sebuah Sekolah
Kebangsaan. Secara lebih spesifik, matlamat kajian ini adalah seperti berikut:

 Mengenal pasti faktor-faktor murid tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan
 Membincangkan tentang teknik-teknik yang sesuai dalam Teori REBT dapat diaplikasikan
dalam menangani masalah murid berkenaan tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang
diberikan.

 Membincangkan tentang keberkesanaan teknik-teknik yang dibincangkan dalam sesi


kaunseling dapat menangani masalah murid yang tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang
diberikan.

1.4 Soalan Kajian

a) i) Adakah faktor gaya pembelajaran murid menyumbang kepada masalah murid tidak
menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgunya.

ii) Adakah faktor keadaan keluarga menyumbang kepada masalah murid tidak menyiapkan
kerja rumah yang diberikan oleh cikgunya.

iii) Adakah faktor pendekatan guru menyumbang kepada masalah murid tidak menyiapkan
kerja rumah yang diberikan oleh cikgunya.

b) Apakah teknik-teknik yang sesuai dalam Teori REBT dapat diaplikasikan dalam menangani
masalah murid berkenaan tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

c) Adakah Model ABCD, mempertikai idea yang tidak rasional dan memberi tugasan yang
dilaksanakan dalam sesi kaunseling dapat memberikan kesan dalam menangani masalah murid
yang tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

2
1.5 Limitasi Kajian

Limitasi dalam kajian ini ialah dari segi tempat yang dilaksanakan kajian tersebut iaitu hanya terhad
kepada satu buah sekolah sahaja. Selain itu, kajian ini juga terhad kepada dua orang responden
sahaja. Responden yang terlibat juga terhad kepada sekolah harian. Sesi ini hanya terhad kepada
sepanjang sesi praktikum dijalankan iaitu 3 bulan.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan kajian yang berfokuskan kepada masalah murid Tahun 5
yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu . Oleh yang demikian kajian
ini dilaksanakan bagi tujuan membantu klien(murid Tahun 5) supaya dia dapat kesedaran berkaitan
dengan kesan daripada perbuatan yang dilakukan iaitu tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang
diberikan oleh cikgunya. Kepentingan kajian ini juga boleh dibahagikan kepada lima bahagian yang
penting iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah, guru bimbingan dan kaunseling, pihak ibu
bapa dan juga khususnya kepada para murid.

i) Kementerian Pelajaran Malaysia

Kajian memainkan peranan yang sangat penting kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini
demikian kerana kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada mereka tentang
pengaplikasian sesi kaunseling dalam menangani isu murid-murid yang tidak menyiapkan kerja
rumah yang diberikan oleh cikgunya. Di samping itu, kolaborasi dengan pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan pihak sekolah juga akan memudahkan bagi kedua-dua pihak dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

ii) Pihak Sekolah

Bagi pihak sekolah pula seperti pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan juga yang lain dapat
berkongsi maklumat tentang kaedah berhadapan dengan kumpulan murid-murid ini. Selain itu,
maklumat ini juga dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa murid dengan pihak sekolah
melalui program-program khas yang diadakan bagi mengatasi masalah tidak menyiapkan kerja
rumah.

iii) Guru Bimbingan dan Kaunseling

Kajian ini juga membantu para guru bimbingan dan kaunseling di sekolah memahami dan
mengaplikasikan kaedah dan teknik yang sesuai untuk masalah yang dihadapi oleh klien. Guru
bimbingan dan kaunseling juga dapat membincangkan kelebihan kajian ini antara mereka sebagai
sumbangan kepada tugas-tugas mereka dalam membantu para murid.

3
Iv) Pihak Ibu Bapa

Kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada para ibu bapa pada zaman teknologi ini untuk
mengetahui peranan mereka dalam membantu anak-anak mereka dalam menyiapkan kerja rumah
yang diberi oleh guru dalam masa yang ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung juga dapat ibu
bapa memantau pencapaian anak-anak dalam bidang akademik.

v) Pihak Murid

Kajian ini juga akan membantu para murid untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menjadi
penghalang kepada mereka dalam tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu. Selain
itu, mereka juga boleh mengetahui tentang kepentingan kerja rumah yang diberi oleh guru.

BAB 2: KAJIAN TINJAUAN

2.1 PENGENALAN

Bab 2 ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas tentang masalah tidak menyiapkan dan
menghantar kerja rumah yang diberikan oleh cikgu-cikgu mereka dalam kalangan murid-murid
sekolah rendah dan menengah oleh beberapa pengkaji serta kajian-kajian lepas tentang
pengaplikasian teori Rational Emotive Behavioural Therapy(REBT) dalam menangani
beberapa isu murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

2.2 TEORI-TEORI KAJIAN


Kajian ini dijalankan oleh Mohammah Sayrul (2017) yang menjurus kepada isu ponteng kelas
yang berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah. Sesi kaunseling individu akan
dilaksanakan bersama dengan seorang murid sekolah rendah yang sedang menuntut di
sekitar Bandaraya Miri. Sesi kaunseling yang akan dijalankan dengan pengaplikasian Teori
Rasional Emotif dan Tingkah Laku (REBT). Menggunakan teori tersebut perkara-perkara
seperti (A) Activating Event, (B) Believe System, (C) Consequences dan (D) dispute akan
dijadikan sebagai panduan bagi mencari maklumat berkaitan dengan permasalahan yang
dialami oleh klien. Teknik pengumpulan data yang a k a n digunakan ialah dengan melakukan
pemerhatian& soal selidik dan juga temu bual. Data yang akan dikumpul seterusnya akan
dianalisis dan disemak bagi memastikan objektif kajian kes yang dijalankan tercapai.

Kajian dijalankan oleh Mohammad Nasir, Ahmad Jazimin, Samsiah, Abdul Malek, Mohammad
Aziz Shah dan Mohd Muzafar (2015) telah menggunakan Modul Kaunseling Kelompok
Berstruktur REBT(Rational Emotive Behavior Therapy) terhadap Kesedihan (SED),

4
Kebimbangan (BIM), Tekanan (TEK) dan Kemurungan (KMR) berdasarkan skor pra dan
posujian dalam kalangan remaja ibu bapa bercerai. Kajian ini melibatkan 60 subjek (30 lelaki
dan 30 perempuan) yang diagihkan kepada 6 kelompok iaitu 2 kelompok rawatan lelaki, 2
kelompok rawatan perempuan dan 2 kelompok kawalan, dan seterusnya data dianalisis
dengan min MANCOVA dan Pos Hoc pada aras kesignifikanan 0.05. Hasil kajian
menunjukkan didapati Modul Kaunseling Kelompok Berstruktur REBT berkesan menurunkan
pemboleh ubah psikologi SED, BIM, TEK dan KMR. Kajian ini dapat membuktikan bahawa
berdasarkan kepada REBT, sistem kepercayaan tidak rasional telah berjaya dicabar dan
dihujah melalui strategi mencabar (dispute) ‘D’, iaitu bertujuan untuk membetulkan atau
menyingkirkan sistem kepercayaan tidak rasional kepada sistem kepercayaan yang lebih
rasional. Teknik analisis rasional digunakan secara meluas untuk tujuan tersebut. Kesan
daripada strategi mencabar terhadap sistem kepercayaan tidak rasional telah menimbulkan
sistem kepercayaan baru yang lebih rasional dan lebih terbuka dalam kalangan subjek remaja
ibu bapa bercerai.

Kajian ini telah dilakukan oleh Nurfadhilah dan Mohammed Sharif (2012), untuk mengkaji
pendekatan teori yang boleh digunakan terhadap klien dalam menyelesaikan masalah. Kajian
ini dilakukan terhadap seorang klien di sebuah sekolah di Kluang,Johor yang mempunyai
masalah tingkah laku dan pemikiran negatif. Kajian ini memberi tumpuan kepada dua aspek
masalah boleh dikenalpasti, iaitu masalah tindakan agresif seperti buli dan melawan guru dan
masalahnya tidak diterima oleh rakan-rakan mereka dan tidak disukai oleh mereka ibu bapa
mereka. Kajian ini telah dijalankan selama tiga puluh minit. Teori yang sesuai digunakan di
dalamnya sesi adalah teori rasional behaviour emotif. Teknik dalam REBT seperti main
peranan adalah digunakan dalam sesi ini disebabkan oleh kelakuan tidak rasional klien.

2.3 DAPATAN-DAPATAN KAJIAN


Kajian ini telah dilakukan oleh Aslian Pios (2011) bagi tujuan merungkai persoalan apakah
faktor yang menyebabkan sebilangan murid Orang Asli ini sukar untuk menyiapkan kerja
rumah mereka. Dapatan kajian menemukan beberapa faktor yang menyebabkan murid Orang
Asli tidak menyiapkan kerja sekolah mereka. Antara faktor tersebut adalah faktor sikap murid,
sikap ibu bapa,budaya dan pemikiran, sosio ekonomi dan pendekatan guru.

Kajian telah dilaksanakan dalam dua bentuk gabungan 2 kaedah kualitatif dan kaedah
kuantitatif. Bagi bentuk kualitatif, instrumen yang digunakan adalah temu bual dan kajian
dokumen manakala soal selidik digunakan bagi kaedah kuantitatif. Kaedah temu bual
mengandungi satu set soalan temu bual separuh berstruktur. Murid yang menjadi responden
dipilih secara purposive sampling iaitu terdiri daripada 5 orang murid Orang Asli Tahun 5 dan

5
6 yang dikenalpasti melalui guru-guru mata pelajaran sebagai mereka yang kerap tidak
menyiap dan menghantar kerja sekolah. Kajian dokumen pula dilakukan dengan meneliti
pencapaian murid yang dikaji yang boleh diperoleh daripada keputusaan ujian yang
melibatkan mata pelajaran teras sahaja. Apa yang akan dikaitkan dengan pemerhatian ini
adalah sejauh mana kualiti pencapaian akademik murid yang sering tidak menyiapkan kerja
sekolah mereka. Satu set soalan soal selidik telah diberikan kepada 38 orang responden yang
telah terdiri daripada kesemua murid Orang Asli Tahun 4,5 dan 6. Dapatan daripada soal
selidik menyokong dapatan maklumat yang diperoleh daripada kaedah kualitatif terutamanya
temu bual yang dijalankan sebelum ini.

Kajian yang kedua telah dijalankan oleh Yeo Kee Jiar dan Noor Aniszah Baijan (2010) untuk
mengenal pasti “Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Bagi Mata Pelajaran
Matematik Dan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan”.
Responden kajian terdiri daripada 101 orang pelajar daripada dua buah Sekolah Jenis
Kebangsaan dalam kawasan Johor Bahru. Soal selidik merupakan instrumen yang digunakan
untuk mengumpul data.

Soal selidik dibahagikan kepada bahagian A.dan bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan
dengan latar belakang dan maklumat demografi responden iaitu jantina, bangsa, peruntukan
masa untuk menyiapkan kerja rumah dalam seminggu dan markah Matematik dan Bahasa
Inggeris dalam peperikaan akhir tahun. Manakala bahagian B, pada borang soal selidik
merangkumi 30 soalan untuk dua pembolehubah iaitu jenis kerja rumah dan cara pengelolaan
guru terhadap kerja rumah dengan setiap satu pembolehubahah mempunyai 15 soalan
masing-masing.

Data kajian dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package Forsocial Science
(SPSS) version 13.0. Hasil kajian menunjukkan indeks korelasi bagi, pembolehubah
peruntukan masa untuk menyiapkan kerja rumah dalam Matematik dan Bahasa Inggeris
adalah -0.151dan -0.164. Indeks korelasi bagi pembolehubah kerja rumah jenis latihan dalam
mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65. Bagi pemboleh ubah
jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris, indeks korelasi
adalah 0.201 dan 0.131 masing-masing. Bagi cara pengelolaan semasa guru memberikan
kerja rumah, indeks kolerasi bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah 0.116
dan 0.132 masing-masing. Manakala cara pengelolaan guru selepsa kerja rumah diberikan
dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris adalah 0.094 dan 0.092 masing-
masing.

6
Kajian ini dilaksanakan oleh Yeo & Ainul (2011) untuk mengkaji hubungan antara kerja rumah
dengan pencapaian mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah dalam kalangan
pelajar tingkatan dua dari kelas premier di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara
Rini dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Skudai, Johor Bahru. Kajian ini menumpukan t
iga faktor yang berkaitan dengan kerja rumah, ia itu peruntukan masa, jenis-jenis kerja rumah,
dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah. Seramai 106 orang pelajar telah dipilih
sebagai sampel kajian iaitu dua kelas tingkatan dua premier dari SMK Sri Skudai dan satu
kelas tingkatan dua premier dari SMK Taman Mutiara Rini. Alat kajian yang digunakan ialah
borang soal selidik. Borang ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A mengandungi
soalan yang berkaitan dengan demografi pela jar, pencapaian mata pelajaran dan faktor
peruntukan masa. Manakala Bahagian B pula terdiri daripada 30 soalan berkaitan dengan
faktor jenis kerja rumah dan faktor cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah pelajar.Nilai
kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = 0.929. Analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan)
dan inferensi (korelasi Pearson) digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara
keseluruhannya, tahap pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran berada pada tahap
tinggi (60–79%). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan tetapi
sederhana antara faktor cara pengelolaan guru semasa dan selepas pemberian kerja rumah
dengan pencapaian bagi mata pelajaran matematik.

Kajian telah dijalankan oleh Fadzilah Binti Ibrahim (2010) untuk mengatasi masalah murid
tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah dalam kalangan murid Tahun 5. Untuk itu,
kajian ini dijalankan ke atas 26 orang murid Tahun 5. Murid – murid ini tergolong dalam
kumpulan sederhana dan lemah. Data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini
diperoleh melalui pemerhatian dan juga eksperimen. Hasil daripada kajian mendapati bahawa
faktor kurang minat terhadap subjek dan sikap merupakan faktor utama murid – murid ini
gagal untuk menyiapkan kerja sekolah. Namun begitu, apabila kaedah ‘sticker’ diperkenal dan
dijalankan oleh pengkaji, didapati berlaku sedikit peningkatan bilangan murid yang mampu
menyiapkan kerja rumah. Kaedah ‘sticker’ ini adalah satu kaedah yang berbentuk ganjaran
dan motivasi.

7
2.4 Kerangka Konsep Teori Rational Emotional Behaviour Therapy
(REBT).

Murid Tahun 5
tidak menyiapkan
dan menghantar
kerja rumah yang
diberikan oleh
cikgu-cikgunya.

Teori Kaunseling
REBT:
Teknik-teknik:
Model ABCD

Mempertikai idea

yang tidak rasional

Memberi tugasan

Output
Kesan ialah dapat dilihat
dari segi tingkah laku murid
tersebut dalam menyiapkan
dan menghantar kerja

Rajah 1.1: Kerangka konseptual masalah murid tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah.

8
Kerangka konseptual bagi masalah murid tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah adalah
seperti ditunjukkan di Rajah 1.3. Daripada Rajah 1.3 itu, kita dapat melihat bahawa terdapat
penggunaan teori Rational Emotive Behavioural Therapy untuk menyelesaikan masalah murid
Tahun 5 tersebut dalam menyiapkan dan menghantar kerja rumah. Terdapat tiga teknik yang akan
diaplikasikan dalam menangani masalah murid tersebut.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

Bab ini mengandungi huraian mengenai kaedah kajian yang dijalankan. Ini termasuklah reka
bentuk kajian, reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian,kesahan dan
kebolehpercayaan, prosedur pengumpulan data dan prosedr penganalisisan data.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN


Kajian penyelidikan ini menggabungkan dua kaedah kajian yang merangkumi penyelidikan
kuantitatif dan penyelidikan kualitatif atau dikenali sebagai kaedah campuran. Menurut L.R. Gay
et.al(2009), kaedah campuran adalah reka bentuk penyelidikan pendekatan campuran yang
menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dengan memasukkan kedua-dua data
kuantitatif dan kualitatif dalam satu kajian.Tujuan kaedah campuran dibentuk adalah untuk
menghasilkan penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang kukuh untuk memahami fenomena kajian
dengan sepenuhnya berbanding dengan hanya menggunakan satu metod kajian sahaja.. Contoh
kaedah kualitatif yang akan digunakan oleh pengkaji ialah temubual dan pemerhatian manakala
kuantitatif pula soal selidik. Kaedah ini dipilih berdasarkan kepada permasalahan dan matlamat
kajian.

3.2 PERSAMPELAN
Semasa pengkaji menjalani praktikum fasa satu di Sekolah Kebangsaan Seri Indah dari bulan
Julai hingga September bersamaan dengan tiga bulan, saya mendapati bahawa masalah
kerja rumah merupakan masalah yang sangat besar dalam kalangan murid-murid Sekolah
Kebangsaan Seri Indah (SKSI). Oleh itu, saya ingin menjalankan penyelidikan atas faktor-
faktor yang mempengaruhi murid-murid SKSI tidak membuat kerja rumah dan langkah-
langkah dalam mengatasi masalah tersebut dengan pengaplikasian teknik-teknik dalam Teori
Rational Emotional Behavioural Therapy (REBT). Klien dipilih secara purposive sampling
yang terdiri daripada murid tahun 5.

9
3.3 INSTRUMEN KAJIAN
Bagi melaksanakan kajian ini, instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Kaedah
menggunakan soal selidik ini akan memudahkan pengkaji mengumpul maklumat Soal selidik
juga telah digunakan oleh Dr Norila bt Abd Ghani yang merupakan seorang pensyarah dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kajian beliau yang bertajuk Gaya Pembelajaran Murid
Sekolah Rendah Soal selidik yang digunakan terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A
dan B. Bahagian A merupakan bahagian maklumat diri murid yang mengandungi soalan-
soalan berkaitan maklumat diri murid yang merangkumi jantina dan kelas.

Dalam bahagian B (Gaya Belajar Murid) terbahagi kepada enam bahagian iaitu gaya belajar
murid auditori, gaya belajar visual,gaya belajar kinestetik, gaya belajar taktil, gaya belajar
kumpulan, gaya belajar bersendirian. Soal selidik ini dibina oleh Reid 1984 dan diadaptasi
pengkaji mengikut tahap kesesuaian murid sekolah rendah. Kesemua item adalah berbentuk
skala likert 5 mata ( 5 = Sangat Setuju, 4 = Setuju, 3 = Tidak Pasti, 2 = Tidak Setuju dan 1 =
Sangat Tidak Setuju).

3.4 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


a) Kebolehpercayaan
Jadual 3 memperlihatkan indeks kebolehpercayaan konstruk bagi responden adalah antara
0.61 hingga 0.76 manakala indeks kebolehpercayaan bagi item adalah antara 0.71 hingga
0.99. Indeks kebolehpercayaan item secara keseluruhan adalah 0.83 bagi responden dan
0.96 bagi item. Kedua-dua nilai ini menunjukkan soal selidik boleh dipercayai untuk digunakan
bagi mengukur dan mengenal pasti gaya e-Pembelajaran pelajar mengikut keutamaan.

b) Kesahan Item
Menurut Model Pengukuran Rasch, kesahan bagi sesuatu soal selidik boleh dikenal pasti
dengan merujuk kepada analisis output program. Output utama yang perlu dirujuk adalah
polariti item untuk melihat koefisien kolerasi ukuran-titik yang dikenali sebagai pointmeasure
correlation coefficient (PTMEA CORR). Selain itu, nilai-nilai lain juga dirujuk misalnya peta
item-individu, nilai ketaksepadanan item-individu, pengasingan item-individu,unidimensi,
kesepadanan item-individu dan skala pemeringkatan (Linacre 2003).

10
3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Data kajian ini telah dikumpulkan melalui empat cara, iaitu melalui soal selidik, rakaman,
pemerhatian dan temubual. Pengumpulan data melalui kempat-empat kaedah dapat memberi
sokongan dan mengukuhkan lagi kajian.

3.6 PENGANALISISAN DATA


Data yang dikumpulkan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif mudah. Semua data
diperolehi melalui pemerhatian, borang soal selidik, pemerhatian dan rakaman audio
dikumpulkan.Data-data yang dikumpulkan itu dianalisis secara manual. Data yang
dikumpulkan melalui soal selidik dianalisis secara kiraan mudah berdasarkan Skala Likert.
Melalui penganalisisan ini pengkaji dapat menentukan faktor-faktor berlakunya masalah kerja
rumah dalam kalangan responden.

KESIMPULAN:
Secara kesimpulannya bab ini menjelaskan reka bentuk kajian, persampelan kajian,instrumen
kajian, kesahan dan kebolehpercayaan, prosedur pengumpulan data dan penganalisisan
data. Dua kaedah yang digunakan untuk menganalisis data juga dibincangkan iaitu kaedah
kualitatif dan kuantitaf.

11

Anda mungkin juga menyukai