Anda di halaman 1dari 11

PENGURUSAN PERSONEL

NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHAMAD BIN ABDULLAH

DISEDIAKAN OLEH: NOR HAMIZAH BINTI BASIR


SITI NURSHAHANIM BINTI HANIZAN
PENGENALAN
• Pengurusan personel adalah satu bidang yang
penting dalam organisasi bengkel sekolah.
Pengurusan personel yang baik dan berkesan
akan meningkatkan produktiviti pelajar serta
menyumbang kepada kepuasan kerja tenaga
pengajar.

• Bab ini akan membincangkan pendekatan dan


proses pengurusan personel untuk pengajaran
dan pembelajaran di bengkel.
ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
SEKOLAH

PENGURUSAN PERSONEL OBJEKTIF PEGURUSAN PERSONEL

FUNGSI ORGANISASI PANITIA MATA


PELAJARAN

PENGURUSAN PERSONEL DAN HIERARKI

STRUKTUR ORGANISASI PELAJAR DALAM


PENGURUSAN BENGKEL
ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
SEKOLAH
• Merancang
Merancang melibatkan aktiviti pemikiran dan perencanaan ke
hadapan tentang tindakan-tindakan yang harus diambil. Ia adalah
penting kerana dapat memastikan semua rancangan bengkel
berjalan dengan lancar.

• Mengemaskini
Maklumat dan rekod perlu dikemas kini supaya selari dengan
perancangan dan tindakan yang hendak diambil. Faedah yang
boleh diperolehi daripada aktiviti ini adalah mempunyai maklumat
yang lengkap tentang semua peralatan bengkel untuk perancangan
pembelian dan pelupusan harta.

• Pemerhatian
Pemerhatian dan penyeliaan adalah aktiviti yang perlu diamalkan.
Sebagai contoh, melalui aktiviti pemerhatian, guru-guru dapat
mengawal keselamatan pelajar dan peralatan di bengkel.
• Pembahagian tugas
Pembahagian tugas adalah untuk memastikan
semua ahli di dalam organisasi dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-
masing mengikut senarai tugas yang telah
diberikan.

• Refleksi atau renungan


Refleksi adalah aktiviti penilaian terhadap semua
rancangan yang telah dilaksanakan sama ada
mengikut perancangan atau tidak. Adalah penting
bagi pihak pengurusan mengenal pasti setiap
kelemahan dalam rancangannya dan mencari
penyelesaian untuk mengatasinya.
OBJEKTIF PENGURUSAN PERSONEL

Objektif Pengurusan
Personel

Pelajar Sekolah/Organisasi Fungsian Peribadi


OBJEKTIF PELAJAR
• Organisasi bengkel bertanggungjawab
terhadap masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh para pelajar.
• Kehadiran pelajar adalah untuk mendapatkan
ilmu dan kemahiran
• Tanggungjawab guru bagi menyediakan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif dan memberangsangkan.
OBJEKTIF ORGANISASI
• Ia berfungsi sebagai sebuah komponen dalam
suatu organisasi yang lebih besar iaitu sekolah
atau institusi
• membantu dan melengkapkan proses
pengurusan peringkat sekolah
• Aktiviti penyemakan stok dan inventori di bengkel
sekolah misalnya, akan memastikan kerja-kerja
amali yang akan dilaksankan dengan sempurna
kerana mempunyai peralatan yang cukup.
OBJEKTIF FUNGSIAN
• Objektif fungsian pengurusan personel dalam
organisasi bengkel sekolah adalah untuk
mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran
• pengurusan personel perlu selaras dengan
objektif fungsian dan memastikan semua
rancangan panitia yang dilaksanakn dapat
memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan
keperluan peperiksaan.
OBJEKTIF PERIBADI
• Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bengkel,
para guru akan menerima maklum balas teknik
pengajaran mereka daripada pelajar. Ini adalah suatu
keadaan yang saling menguntungkan kedua-dua pihak
guru dan pelajar
• pengurusan personal dapat memain peranan dalam
memberi maklumat tentang peluang kerjaya pada
masa hadapan, para pelajar akan merancang kerjaya
yang mereka inginkan.
• Pengurusan personel dapat menyumbang ke arah
menepati objektif pelajar terutama dalam bidang
kerjaya dan pembelajaram di bengkel.
PENGURUSAN PERSONEL DAN
HIERARKI

Anda mungkin juga menyukai