Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 3 :

PRINSIP-PRINSIP PENGENDALIAN DAN PENGURUSAN BENGKEL


1. Pengkhususan / pembahagian kerja

Pengkhususan kerja adalah penting dalam sebuah pengurusan.
Pengkhususan akan memberi hasil kerja yang lebih berkesan dan
produktif. Dalam pengkhususan kerja, seseorang pekerja akan memberi
tumpuan kepada tugas yang telah ditentukan dalam rutin kerja harian.
Dengan ini, hasil kerja akan menjadi tepat dan meningkatkan output.
Dalam pengurusan bengkel, prinsip ini boleh diamalkan, misalnya
seorang guru akan ditugaskna untuk menjaga penyengaraan mesin,
seorang menjaga stok dan inventori.

2. Kuasa dan tanggungjawab

Seorang pengurus yang baik harus mempunyai kuasa rasmi (official
authority) daripada pejabatnya dan juga kuasa personel (personal
authority) yang merangkumi beberapa cirri seperti kebijaksanaan,
pengalaman, kebolehan memimpin, akhlak, dan rekod perkhidmatan
yang baik. Tanggungjawab adalah selaras dengan kuasa. Jika seorang
pengurus menguatkuasakan kuasanya maka tanggungjawabnya turut
timbul. Perlantikan Ketua Bengkel harus dilaksanakan secara rasmi oleh
Kementerian Pendidikan. Ketua Bengkel berperanan untuk menyelaras
tugas di bengkel dan memimpin guru-guru bengkel yang lain.

3. Disiplin

Disiplin dalam pengurusan dan organisasi bermaksud kepatuhan, taat
setia dan menghormati. Disiplin diperlu untuk memastikan jentera
pentadbiran sebuah pengurusan boleh berjalan dengan lancar. Disiplin
juga merupakan satu cabang pengurusan bengkel yang penting.
Misalnya guru dan semua pelajar mesti berusaha untuk menjaga
kebersihan bengkel dan memastikan perlatan bengkel selamat
digunakan.

4. Kesepakatan dan perintah (unity of command)

Seorang kakitangan atau pekerja harus menrima arahan atau perintah
daripada seorang ketuanya. Prinsip ini amat sesuai untuk diamalkan
menjaga kebersihan dan keceriaan bengkel. Seorang pelajar boleh
dilantik sebagai ketua untuk memimpin rakan sekelas meembantu dalam
menjaga kebersihan bengkel.


5. Penghargaan

Penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada kakitangan sebuah
organisasi harus adil dan berasaskan kepada prestasi kerja. Semua
kakitangan berpuas hati terhadapnya dan penghargaan diberi mengikut
kemampuan kewangan syarikat. Penghargaan harus diberi kepada
bengkel yang paling bersih serta mempunyai rekod inventori yang kemas
dan terkini oleh pentadbiran sekolah.

Anda mungkin juga menyukai