Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN DAN SEJARAH BOLA BALING

Bola Baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang
telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czhoslovakia,
Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan ini telah diasaskan
oleh Heizer di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF)
telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaras permainan ini. Pada tahun ini
juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery
Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya
dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Pada tahun 1946, (IAHF)
telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Negara-negara yang
menguasai permainan bola baling ini adalah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania,
Czechoslovakia, Hungary dan juga Poland. Di Asia pula ialah Jepun, China dan Korea
adalah antara negara yang terkuat. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar
dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun
1974 semasa Sukan Asia di Tehran. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.
Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi.
Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan Greek, ÂharpastonÊ pada
Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada ZamanPertengahan di Jerman. Pada kurun
ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang
dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan
Slovakia dan ÂtorballÊ berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap
pencetus kepada permainan bola baling masa kini. Handbold- Permainan ini mula
dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah yang cuba mencari
dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak. Idea ini
timbul setelah permainan bola sepak telah banyakmenyebabkan kerosakan pada tingkap-
tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya
dan juga untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola
dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya dikembangkan
sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang
diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang perlu diperlukan ialah gelanggang (tertutup atau
terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang
pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
PERALATAN DAN PENGUKURAN GELANGGANG

Permainan bola baling mempunyai beberapa peralatan tersendiri daripada


kebanyakan sukan-sukan lain. Peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan
bentuk dan jenis permainan. Bola baling dimainkan di dalam dewan atau kawasan yang
tertutup. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang dalam
satu pasukan. Permainan bola baling hanya sekadar memerlukan sebuah padang atau
gelanggang yang dipasang gol pada kedua-dua hujung padang.

Padang atau gelanggang mestilah mempunyai permukaan yang rata, padang


berumput / gelanggang bersimen seperti di dalam dewan. Padang hendaklah berbentuk
segiempat yang pangjangnya 40 meter dan 20 meter lebar. Keluasannya adalah dua kali
lebih kecil daripada padang bola sepak. Tiang gol didirikan di dalam kawasan gol yang
panjangnya enam meter daripada tiang gold an tujuh meter daripada garisan penjaga gol.

Bola yang digunakan ialah lebih kecil daripada bola sepak atau bola jaring. Bola
berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah yang diwarnakan.

HANTARAN ARAS BAHU

Hantaran paras bahu ini dapat dilontar dengan lebih jauh dan cepat. Hantaran bola
ini sukar direbut dan dipintas oleh pihak lawan. Cara menghantar bola yang sering
digunakan oleh pemain dalam permainan bola baling. Cara ini dilakukan semasa membuat
hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak
lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala
hantaran atau memusingkan badannya.
Cara-cara hantaran:

1. Pegang bola di atas tapak tangan kanan.


2. Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan bertindak sebagai paksi kepada
pergerakan kaki kanan
3. Berat badan berada diatas kaki kanan
4. Bawa bola ke belakang kepala dengan siku dibengkokkan
5. Pindahkan berat badan kaki kanan ke atas kaki kiri semasa membuat hantaran
6. Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan " flick"
7. Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar
8. Bagi hantaran jarak jauh, gunakan pergerak "whip" pergelangan tangan dan jari

TEKNIK ANSUR MAJU KEMAHIRAN HANTARAN ARAS BAHU

1. Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala


2. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan
condong sedikit ke sisi
3. Bahagian atas badan tegak kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke
sasaran
4. Pemain mengambil langkah ke hadapan menggunakan kaki berlawanan dengan
tangan membaling memindahkan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan
5. Semasa pemindahan berat badan, siku bagi tangan yang membaling dibawa ke
hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat. Pergelangan
tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Jari
telunjuk menghala ke sasaran di akhir perlakuan
6. Tangan bebas dihalakan ke sasaran
7. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit. Semakin jauh jarak baling, semakin luas
langkahan pertama. Cara ini akan membantu keseimbangan dan kawalan pemain.
Biasanya langkahan dihalakan ke sasaran

MENANGKAP BOLA

Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola,
memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan yang berkedudukan relaks.

Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap
tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran
yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada
lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.

CARA MENANGKAP BOLA

1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka

Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah
berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus
ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat
badan untuk kawalan yang lebih baik.

2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah

Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah
tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah
semasa menangkap bola.

3. Menangkap bola dengan sebelah tangan

Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi
tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah
memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas,
keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.

4. Menangkap bola tinggi

Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang
sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat.
Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat,
bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

TEKNIK ANSUR MAJU KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA


1. Secara individu lambung bola ke atas dan sambut. Buka jari semasa menangkap
bola. Tangan dan mata melihat bola. Lakukan aktiviti ini berulang kali.
2. Lakukan latihan secara berkumpulan lebih kurang 2-3 orang pemain. Dengan
menghadap tembok, seorang pemain melontar bola ke tembok dan biarkan bola itu
melantun ke arah pemain lain. Pemain itu akan cuba menangkap bola yang
melantun ke arahnya.
3. Buat latihan secara berpasangan. Anggarkan jarak antara kamu dan rakan kamu
dalam 3 meter. Suruh rakan lontar bola ke arah kamu dan cuba tangkap bola itu.
Lakukan latihan secara berulang-ulang selama 30 saat. Cacatkan jumlah tangkapan
yang kamu buat dalam 30 saat.

MENGELECEK

Mengelecek merupakan suatu pergerakkan melantun bola ke tanah secara


berterusan dengan menggunakan sebelah tangan atau bertukar tangan tanpa memegang
bola.
TEKNIK KEMAHIRAN :

1. Lutut dibengkokkan lebih kurang 120° dengan imbangan badan yang terkawal.
2. Menyentuh tangan pada bahagian atas bola manakala jari sentiasa terbuka.
3. Melakukan lantunan bola dengan jari dan bukan dengan tapak tangan.
4. Menolak bola ke tanah dengan pergerakkan pada pergelangan tangan.
5. Badan hendaklah dibongkokkan sedikit ke hadapan.
6. Hendaklah fokuskan penglihatan pada hantaran yang akan dibuat dan bukan pada
bola .
7. Tinggi lantunan hendaklah pada paras sederhana iaitu antara pinggang dan lutut.
8. Untuk membuat hadangan, badan pemain hendaklah sentiasa berdepan dengan
pihak lawan

MENJARING BOLA
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain
dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan,
terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang
mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling
merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol.

Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua


pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain
barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-
pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi
permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan
bola.

Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang
perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol.
Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak
merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.
JENIS JARINGAN

 Jaringan dari Atas Kepala

Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta
mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain
baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan
bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.


2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke
belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola
diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

 Jaringan dari Bawah Lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh
dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-
kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan
rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.

Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:

1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan
dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah
ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi
perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga
langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,
terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan
yang berbahaya.

Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada
jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan
daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:


1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas
kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:

1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat


lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam
gol di celah-celah kaki penjaga gol.
4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka
mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha

Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan
yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan
dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah
tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain
pertahanan.

Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan


lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat
jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan
lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.
Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara
tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri
pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan
bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain
lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.
Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain


baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi
dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari
arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat
membesarkan lagi sudut jaringan.

Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.


2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke
kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat
semasa berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-
undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan.
Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan


hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan
yang bakal dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan
melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah
bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan
sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang
memperoleh bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan
ketika terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli

Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.

Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:

1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.


2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

TEKNIK ANSUR MAJU KEMAHIRAN MENJARING BOLA


1. Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
2. Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak,
angkat
3. tangan kanan)
4. Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan
kanan
5. (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.
6. Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
7. Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di
hadapan.
8. Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3
orang).
9. Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).

Jaringan – jaringan lain :


1. Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
2. Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
3. Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
4. Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)
5. Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

Anda mungkin juga menyukai