Anda di halaman 1dari 8

Pengurusan Pendidikan DP Jilid 7, Bit.

112007

Penyeliaan Pengajaran

Tang Keow Ngang


tang@usm.my
Abdul Ghani Abdullah
agk@usm.my

Pengenalan
Penyeliaan telah menjadi tema atau agenda utama dalam pengurusan sekolah pada masa
kini. Penglibatan pengetua dalam proses penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru
di bilik darjah sangat dititikberatkan dan perlu diberi perhatian yang wajar. Unsur
kepemimpinan waj ib dilaksanakan mengikut surat ikhtisas Bil. 3/87 iaitu aktiviti penyeliaan
dan pemantauan pengajaran guru-guru. Oleh demikian penyeliaan pengajaran guru di
bilik darjah dapat menjelmakan peranan profesional pengetua dalam usaha meningkatkan
kualiti pengajaran guru. Arahan penyeliaan ini tentu sekali akan menimbulkan reaksi dan
dilema yang bertentangan dalam suasana sekolah. Tugas pengetua akan menjadi
pembimbing profesional keguruan dalam sekolah maka para pengetua akan menghadapi
pelbagai persoalan seperti adakah para pengetua sudah melengkap diri mereka dengan
kemahiran atau kepakaran untuk menyeiia guru mereka? Bagaimanakah anggapan guru
berhubung dengan taraf kepakaran profesionai penyeliaan yang ada pada pengetua?

Menurut Ayob Jantan (2004), pencapaian cemerlang murid amat berkait rap at dengan
kompetensi, pengetahuan dan kemahiran guru serta keberkesanan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran guru. Satu sistem kawalan untuk memastikan kualiti pengajaran dan
kompetensi guru amat perlu disebabkan penyeliaan bukan sahaja dapat membaiki
kesalahan dan penyeiewengan peranan guru bahkan dapat menyusun strategi yang
berkesan hasil daripada maklum balas penyeliaan yang dilakukan (Zaidatol dan F 00 Say
Fooi, 2003). Aktiviti penyeliaan pengajaran dapat membimbing guru agar lebih dedikasi
dan kreatif di samping membantu guru mengembangkan pengetahuan, kemahiran, amalan
dan sikap selaras dengan pemupukan budaya kerja dalam kalangan guru.

Konsep Penyeliaan
Konsep penyeliaan bukanlah sesuatu yang baru dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Penyeliaan pengajaran telah diperkenalkan sejak Penyata Barnes lagi pada tahun 1950
dan telah diteruskan hingga kini. Terdapat beberapa definisi tentang penyeliaan yang
dikemukakan, antaranya Rahimah Hj. Ahmad (1989), penyeliaan dalam erti kata yang
luas bererti segaia kegiatan yang berkaitan dengan usaha untuk memastikan segala
tugas dalam satu-satu organisasi berjalan dengan lancar dan menepati objektifnya.

Glatthom (1990) menyatakan penyeliaan merupakan 'a process designed to improved


instruction confering with teacher on lesson planning, observing the lesson, analyzing
the observation by confering with the teacher feedback' Glickman (1990) menyatakan
bahawa penyeliaan pengajaran adalah sejenis penyeliaan yang dinamik dalam proses pendidikan
yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran. Dalam erti kata lain, setiap penyeliaan
perlu membawa perubahan yang positif utuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
52
DP Jilid 7, Bit. I12007 Pengurusan Pendidikan

Teori-teori Penyeliaan Pengajaran


Teori penyeliaan yang saintifik, preskriptif dan tradisional menganggap guru sebagai
golongan yang perlu dikawal rapi. Di samping itu, hubungan antara guru dan penyelia
perlu adajarak dan ruang yangjelas. Penyeliaan ini berkehendakkan guru diselia untuk
memastikan tercapainya prestasi akademik yang tinggi.

Teori penyeliaan kedua bersifat humanistik iaitu pendekatan kolaboratifkerana teori ini
mementingkan hubungan antara penyelia dengan yang diselia. Keadaan ini dijangka
dapat mewujudkan perasaan kepuasan bekerja dalam kalangan guru. Guru diberi
kepercayaan penuh kerana mereka adalah golongan profesional yang telah menghadiri
kursus yang panjang. Hubungan sebegini dapat meningkatkan motivasi guru.

Teori penyeliaan ketiga menggabungkan kedua-dua teori yang awal iaitu memberi
penekanan terhadap konsep keterampilan dan prestasi ke arah mencapai objektif dan
kesan hasil berbanding dengan koso Di samping itu, teori ini mengenal pasti faktor- faktor
motivasi seperti memberi pengikhtirafan, memuji kejayaan, dan menggalakkan kreativiti.

Peranan Pengetua Dalam Penyeliaan Pengajaran Di Bilik Darjah


Pengetua memainkan peranan yang penting dalam proses penyeliaan dalam bilik darjah.
Keterlibatan pengetua dalam proses penyeliaan pengajaran guru di bilik darjah merupakan
usaha merealisasikan kepemimpinan pengajaran dalam pengurusan sekolah. Goldhammer
(1999) menekankan aspek penyeliaan dapat memberi sokongan, bantuan, dan dorongan
kepada guru dalam menjayakan unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Yahya Don (2005) berpendapat bahawa pengetua selaku pemimpin perlu menyelia dan
menilai pengajaran guru bagi memastikan matlamat sekolah diterjemahkan dalam amalan
pengajaran di bilik darjah oleh guru. Pengetua seharusnya melaksanakan aktiviti penyeliaan
di bilik darjah dengan sistematik dan teratur serta mengikut prosedur yang betul dan
teknik yang sesuai.

Pengetua sebagai penyelia pengajaran bertanggungjawab untuk merancang, melaksana,


dan menilai segala program yang berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Oleh itu pengetua hendaklah merancang pelaksanaan program kurikulum dan
memastikan program kurikulum tersebut berjalan dengan sempuma dan mencapai
matlamat yang ditetapkan. Pengetua juga perlu memastikan keperluan-keperluan bagi
pelaksanaan program kurikulum disediakan di sekolah. Keperluan-keperluan ini meliputi
tenaga pengajar, bahan-bahan pengajaran, dan suasana yang dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti Pencerapan Pengajaran


Menurut Model Acheson dan Gall (1980), proses penyeliaan pengajaran di bilik darjah
melibatkan tiga peringkat utama iaitu perbincangan sebelum penyeliaan, proses penyeliaan
di bilik darjah, dan perbincangan hasil penyeliaan.

53
Pengurusan Pendidikan DP Jilid 7, Bil. 112007

a. Perbincangan Sebelum Penyeliaan


Sebelum penyeliaan dilakukan, penyelia akan mengadakan pertemuan dengan guru
berkenaan untuk menentukan tujuan, fokus, bentuk, dan masa penyeiiaan dilakukan.
Perbincangan sebelum penyeliaan diadakan oleh pihak pengurusan dengan guru yang
hendak diselia ini penting. Dalam keadaan tertentu, guru dapat membuat penyesuaian
bahan bantu mengajar dan perancangan aktiviti. Jika proses ini berlaku dengan baik,
guru dapat menghadapi suasana penyeiiaan dengan selesa dan kurang ketegangan. Pada
peringkat ini, penyelia dan guru berkongsi maklumat. Penyelia mendapat maklurnat
berhubung dengan latar belakang bilik darjah atau membincangkan masalah yang sedia
wujud di bilik darjah berkenaan. Oleh demikian, kedua-dua pihak dapat memberi fokus
pada perkara khusus untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

b. Proses Penyeliaan Pengajaran


Penyelia akan menggunakan satu atau kombinasi pelbagai cara penyeiiaan seperti kritikan,
soal selidik, laporan, dan sebagainya. Pendekatan yang digunakan adalah untuk menilai
pencapaian guru yang berkaitan dengan kemahiran mengajar guru. Pada peringkat ini,
penyeliaan bukan sekadar mencari kesalahan tetapi mengenal pasti aspek kemahiran
pengajaran guru untuk mengiktiraf dan mengembang potensi guru. Proses penyeliaan
yang dilakukan merupakan peluang terbaik kepada pengetua untuk memperoleh maklurnat
seperti keupayaan guru mengurus kelas, kemahiran pelajar serta butir-butir yang
diperlukan daripada senarai semak dan senarai kemahiran yang sedia ada. Analisis boleh
dilaksanakan untuk mencari kekuatan dan kelemahan demi tujuan penambahbaikan.

c. Perbincangan Selepas Penyeliaan


Dalam peringkat perbincangan selepas penyeiiaan, penyeiia mengemukakan cadangan
atau pendapat untuk diteliti dan dianalisis bersama dengan guru yang diselia. Oliva dan
Pawlas (2004) telah mengenal pasti tujuan perbincangan selepas penyeliaan adalah
mengikhtiraf tingkah laku pengajaran guru yang berkesan. Selain itu, perbincangan
sedemikianjuga bertujuan untuk menggalakkan perkembangan pengajaran yang berkesan
di samping mengenal pasti kelemahan secara kolaboratifuntuk dibaiki bersama. Mereka
juga mencadangkan agar guru menentukan aspek pengajaran yang kurang berkesan
dan mencari cara yang lebih sesuai. Satu perkara yang dianggap perlu dalam peringkat
iniadalah menggalakkan pertumbuhan profesional guru dan memutuskan langkah-langkah
untuk meningkatkan mutu pengajaran.

Panduan Penyeliaan
Ayob Jantan (2004) menyenaraikan empat perkara yang perlu dilakukan oleh pengetua
semasa melaksanakan penyeliaan iaitu:

a. Prinsip Penyeliaan
Penyeliaan yang dilakukan perlu berdasarkan prinsip profesional iaitu dijalankan secara
terancang, berjadual, ketetapan masa, kelas, dan subjek. Guru-guru yang terlibat perlu
dimaklumkan lebih awal tentang butir-butir tersebut dan tujuan penyeliaan diadakan.
Adalah lebih baik perbincangan berkaitan dengan proses penyeiiaan itu diadakan.

54
DP. Jilid 7, Bil. 112007 Pengurusan Pendidikan

b. Alat Penyeliaan
Bagi memastikan proses penyeliaan berlaku dengan Iancar dan berkesan, segala keperluan
perlu disediakan dengan lengkap seperti senarai semak, borang penyeliaan, dan
interactional analysis. Bahan-bahan sokongan juga perlu dikumpulkan dan disemak
seperti rekod mengajar, buku nota, buku latihan, fail panitia, dan program-program
pembangunan. Alat penyeliaan ini digunakan sebagai panduan dan bukan semata-mata
untuk penilaian.

c. Hubungan Kemanusiaan
Penyelia perlu sentiasa mematuhijadual yang dikeluarkan dan menjalankan penyeliaan
sepenuhnya. Penyelia perlu meyakinkan guru bahawa penyeliaan dilaksanakan bukan
untuk mencari kesalahan tetapi sebagai bantuan untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran. Oleh itu, perlu diberi pengiktirafan terhadap kekuatan dan kelemahan yang
didapati ketika penyeliaan dilakukan. Prinsip keadilan meliputi tanggungjawab pengetua
untuk mewujudkan suasana tanpa tekanan dan ketegangan ketika proses penyeliaan.

d. Penyeliaan Dilakukan oleh Pengetua atau Wakil


Penyeliaanjuga boleh dilakukan oleh Penolong Kanan atau wakillain. Wakil-wakil yang
dilantik dalam proses penyeliaan hendaklah diberi penerangan dan taklimat berkenaan
falsafah dan strategi pelaksanaan penyeliaan yang akan dilakukan supaya tidak
menimbulkan konflik dalam kalangan guru.

Sorotan Literatur
Kajian Foo dan Tang (2000) mendapati bahawa guru-guru mempersepsikan penyeliaan
pengajaran di bilik darjah secara positif. Kajian Rafisah (2000) pula menunjukkan
penyeliaan dapat dilakukan secara formal dan tidak formal. Beliau mendapati kebanyakan
guru diselia sebanyak dua kali setahun dan mendapati sebanyak 5.1 peratus guru tidak
pemah diselia dalam tempoh setahun. Kaj iannya juga menunjukkan guru mempersepsikan
penyeliaan pada tahap sederhana dan para guru tidak suka diselia. Tambahan pula,
wujud hubungannya dengan sikap penyelia, bentuk penyeliaan, dan sifat maklum balas
yang diterima.

Kajian Yearn (1998) menunjukkan guru lebih suka berbincang terlebih dahulu sebelum
diselia. Beliau mendapati bahawa para guru menganggap perbincangan selepas penyeliaan
bertujuan untuk mengukuhkan dan melibatkan proses penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Seterusnya dapatan kajiannya menunjukkan para
guru mempersepsi secara positif terhadap penyeliaan pengajaran yang merupakan satu
usaha untuk membantu guru meningkatkan prestasi pengajaran bilik darjah.

Kajian Empi (2005) menunjukkan persepsi guru yang mengajar Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam daerah Kulim Bandar Baharu terhadap
penyeliaan pengajaran di bilik darjah adalah positiftetapi pada tahap sederhana. Kajian
beliau mendapati elemen-elemen seperti perbincangan sebelum penyeliaan, kekerapan
mendapatkan maklum balas hasil penyeliaan serta bentuk maklum balas menunjukkan
skor min yang agak rendah. Sebanyak 42.8 peratus guru berasa takut untuk diselia.

55
Pengurusan Pendidikan DP Jilid 7, Bit. 112007

Dapatan kajian New Ah Kow (1998) menunjukkan hampir separuh daripada responden
(49.3 peratus) mengatakan pentadbir sekolah kadang-kadang menjalankan penyeliaan
pengajaran dengan tujuan untuk membantu guru dalam melaksanakan kurikulum di
sekolah. Majoriti responden iaitu 82.0 peratus mengatakan bahawa pentadbir sekolah
paling kerap memeriksa buku rekod mengajar guru. Ini diikuti pula dengan menghadiri
mesyuarat panitia mata pelajaran, iaitu sebanyak 68.8 peratus. Di samping itu, 56.4
peratus responden mengatakan pentadbir sekolah memberi cadangan dan buah fikiran
untuk meningkatkan prestasi pengajaran guru. Sebanyak 54.7 peratus responden
mengatakan pentadbir sekolah menyediakan laporan pelaksanaan program kurikulum di
sekolah manakala 45.9 peratus responden berpendapat pentadbir sekolah membantu
guru menyelesaikan masalah berhubung dengan tugas pengajaran.

Kajian Mohd Kassim (1998) menunjukkan penyeliaan merupakan aktiviti tetap yang
dilaksanakan di lima buah sekolah menengah luar bandar, daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
Pendekatan preskriptif merupakan pendekatan yang paling dominan digunakan oleh
penyelia semasa menyelia. Beliau mencadangkan agar penyelia perlu didedahkan
pendekatan penyeliaan kolaboratif.

Isu Berhubung Dengan Pengurusan Penyeliaan


a. Guru Defensif Terhadap Penyeliaan
Tradisi penggunaan instrurnen penyeliaan pada masa lampau sebagai satu langkah untuk
mencari kelemahan dan kekurangan guru kerana lazirnnya digunakan untuk tujuan
pengesahanjawatan, kenaikan pangkat ataupun tindakan tatatertib. Disebabkan persepsi
sedemikian menyebabkan kebanyakan guru menunjukkan kelakuan dan sikap defensif
terhadap penyeliaan.

Peluang kenaikan pangkat bagi guru adalah kerana jawatan terhad dan tempoh kenaikan
pangkat adalah lama. Misalnya seorang pegawai DG 41 dinaikkan pangkat ke DG 44
memerlukan 16 tahun semen tara DG 44 ke DG 48 memerlukan 22 tahun (seperti yang
tercatat dalam Pembangunan Pengurusan Pendidikan 2001 - 2010). Oleh sebab
ketandusan peluang dalam prospek pekerjaan, penyeliaan bukan sahaja dikonsepsi oleh
sebilangan besar guru sebagai sesuatu yang tidak berrnakna atau memberi faedah kepada
mereka bahkan menimbulkan rintangan terhadap pelaksanaan penyeliaan yang berkesan.
Terdapat juga golongan guru yang berasa tidak senang terhadap perubahan sebaliknya
berasa lebih selesa dengan suasana kerja yang stabil dan terjamin.

Individu yang memasuki bidang perguruan lazimnya terdiri daripada mereka yang
berpendirian konservatif dalam hidup (Abdul Shukur, 1992). Menurut beliau, kebanyakan
guru mempunyai sikap presentism dalam sua sana kerja dan bersikap individualism.
Presentism menggambarkan sikap yang inginkan persamaan dalam iklim kerja. Suasana
kerja seseorang guru terpencil daripada rakan sejawat apabila guru bertugas dalam bilik
darjah. Suasana kerja sedemikian menyebabkan ramai guru tidak gemar akan gangguan
luar semasa menjalankan tugas. Penyeliaan dianggap sebagai satu pencerobohan terhadap
individualism guru.

56
DP. Jilid 7, Bil. 112007 Pengurusan Pendidikan

b. Konflik Berlaku Dalam Penyeliaan


Konflik boleh lahir daripada peranan yang dipilih oleh pengetua dalam penyeliaan. Pengetua
sebenamya adalah individu profesional yang dilantik untuk membimbing profesion
perguruan dalam sekolahnya. Peranan pengetua yang dikehendaki oleh guru ialah beliau
bertindak sebagai seorang mubaligh yang sekadar memberi nasihat, bimbingan atau tunjuk
ajar kepada guru. Apabila melaksanakan instrumen penyeliaan, peranan pengetua sebagai
polis yang diberi kuasa menghukum semasa penyeliaan akan lebih dominan dalam persepsi
guru. Konflik dalam persepsi berhubung dengan peranan semasa penyeliaan perlu
diselesaikan bersama pengetua dan guru sebelum penyeliaan.

Konflikjuga boleh lahir daripada tujuan. Penyeliaan bertujuan untuk membawa perubahan
terhadap sikap guru dan diharapkan dapat membimbing kemajuan profesional guru tetapi
ramai guru yang beranggapan bahawa penyeliaan adalah satu ancaman terhadap terhadap
status mereka. Ini disebabkan instrumen penyeliaan digunakan sebagai satu alat untuk
membendung guru terhadap suatu sistem yang dikehendaki oleh pihak pengurusan sekolah
bukan sistem yang dikehendaki oleh guru. Penyeliaan sering digunakan untuk memaksa
guru mematuhi cara yang dikehendaki oleh pengetua. Memandangkan konflik tersebut,
tujuan penyeliaan perlu dijelaskan kepada guru sepenuhnya.

Selain itu, konflik akan lahir daripada latar belakang perhubungan personel antara pengetua
dan guru. Seseorang pengetua akan menghadapi kesukaran untuk menerangkan
kelemahan kepada seorang guru yang disayanginya. Sebaliknya guru yang tidak disukai
oleh pengetua mungkin memperoleh penilaian yang negatif. Pendirian ataupun tanggapan
sedemikian oleh seorang pengetua terhadap gurunya tentu sekali mempengaruhi proses
penyeliaan.

Di samping itu, konflik juga boleh lahir daripada perbezaan nilai dan kelakuan antara
pengetua dengan guru. Sememangnya wujud diversiti pada kelakuan dan nilai yang ada
pada setiap guru. Isu utama dalam penyelesaian konflik ini ialah pengetua semestinya
mempunyai garis penduan berhubung dengan kelakuan yang direstui atau tidak. Penyeliaan
boleh melahirkan konflik berkenaanjangkaan. Semasa penyeliaan, seseorang pengetua
sepatutnya cuba mewujudkan suasana keselesaan sosial dan kemajuan profesional guru
dalam suasana sekolahnya. Proses penyeiiaan mungkin akan mengancam status
kemasyarakatan ini dan harus dikurangkan supaya guru mempunyai harapan yang positif
terhadap penyeliaan pengetua.

KesimpuJan
Penyeliaan perlu berfungsi dalam bentuk iklim perhubungan yang collegial. Proses
penyeliaan yang berkesan ialah guru menerima penyeliaan pengetua sebagai satu aktiviti
profesional tanpa perasaan ancaman dan konflik. Secara asasnya, pembinaan budaya
penyeliaan perlu berpandukan teori-teori penyeliaan. Teori-teori yang dikemukakan bukan
merupakan preskriptif tetapi sekadar memberikan altematif dan pilihan untuk membina
budaya penyeliaan dalam suasana sekolah. Budaya penyeliaan seharusnya dibina atas
usahasama oleh pengetua, guru, dan pelajar hasil daripada pengalaman situasi, masa,
dan tempat.

57
Pengurusan Pendidikan DP Jilid 7, Bil. 112007

Di samping itu, kita perlu menjadikan penyeliaan sebagai satu sistem pembelajaran bagi
kedua-dua pihak iaitu penyelia dan yang diselia. Sistem ini mesti bersepadu dan mempunyai
rangkaian supaya pengetua belajar dan mendapat faedah daripada kelemahan yang
diperhatikan sementara guru pula belajar daripada teguran dan kelemahan yang didapati
hasil daripada penyeliaan. Suasana yang perlu ditimbulkan semasa membetulkan
kelemahan bergantung kesamaan taraf antara pengetua dengan guru. Sistem hierarki
dan perbezaan taraftidak wujud dalam pemikiran kedua-dua pihak.

Rujukan
Abdul Shukur Abdullah. (1992). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah - Isu Dan
Strategi. Kertas Kerja Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian
Pendidikan. (ms 33-39)

Acheson, K.A. and Gall, M.D. (1987). Technique In The Clinical Supervision Of Teacher:
Preservice And Inservice Applications. New York: Longman.

Ayob Jantan. (2004). Pengetua Sekolah Yang Efektif. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Empi Anak Naong. (2005). Persepsi Guru PPSMI Terhadap Pelaksanaan Pencerapan Pengajaran
Di Bilik Darjah. Projek Penyelidikan Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Sains
Malaysia, Minden.

Foo Say Fooi dan Tang Keow Ngang. (2000). "Kepimpinan Pengajaran Pengetua/Guru Besar Dan
Kepuasan Guru". Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidik Institut Aminuddin
Baki 11(2),35-49.

Glatthorn, A.A. (1990). Supervisory Leadership: Introduction To Instructional Supervision.


Scott, Foreman and Company.

Glickman, C.D. (1990). Supervision Of Instruction: A Development Approach (Second Edition).


Boston: Allyn and Bacon

Goldhammer, R. (1999). Clinical Supervision. Special Method For The Supervision Of Teachers
(4th Edition). Forth Worth: Holt, Rinehart and Winston, Inc.

Mohd Kassim Jaafar (1998). Penyeliaan Pengajaran: Amalan Dan Fungsinya Dari Persepsi
Guru, Satu Kajian Di Sekolah-sekolah Menengah Luar Bandar Di Daerah Jelebu,
Negeri Sembilan. Projek Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.

New Ah Kow. (1998). Pentadbir Sekolah Sebagai Penyelia Pengajaran Di Sekolah-sekolah


Menengah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Lembah Pantai.

Oliva, PF. and Pawlas, GE. (2004). Supervision For Today s Schools, 7th Edition. New York: Wiley.

Rafisah Osman. (2000). Persepsi Guru Sekolah Menengah Terhadap Proses Penyeliaan
Pengajaran dan Pembelajaran. Tesis Sarjana Pengurusan Pendidikan. Universiti Utara
Malaysia, Sintok.

Rahimah Hj. Ahmad. (1986). Penyelidikan Klinikal- Satu Pendekatan Terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran Di Sekolah. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Persidangan
Tahunan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Pulau Pinang.

58
DP. Jilid 7, Bil. J 12007 Pengurusan Pendidikan

Yearn,K.P. (1998). "Satu Kajian Kes: Persepsi Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting,
Perak Terhadap Pelaksanaan Penyeliaan Klinikal". Jurnal Pendidikan Gerak. Bil. 10
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

ZaidatolAkmaliah Lope Pihie dan Foo Say Fooi. (2003). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
- Satu Langkah Ke Hadapan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

59

Anda mungkin juga menyukai