Anda di halaman 1dari 7

Ruj Tuan :

Ruj. Kami: JPNK.600-11/1/2 JLD 6 (70)


Tarikh: 25 Oktober 2023

Pengetua dan Guru Besar


Negeri Kedah

Tuan,

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER


KARAMAH INSANIAH PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan semua PPD dan sekolah negeri Kedah perlu melaksanakan majlis
berkenaan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 31 Oktober 2023 (Selasa)
Masa : Waktu Perhimpunan Sekolah
Tempat : Tapak Perhimpunan atau Dewan Sekolah
3. Sehubungan itu, PPD dan sekolah perlu melaksanakan majlis di atas mengikut aturcara
yang ditetapkan seperti Lampiran 1 dan 2. Cadangan jemputan dan kehadiran seperti di Lampiran
3. Arahan pentadbiran kepada PPD dan sekolah disertakan dalam Lampiran 4. Nota atau mesej
yang perlu dibaca oleh Duta Sahsiah seperti di Lampiran 5.

4. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Encik Norulrozi bin Azeri, Penolong


Pengarah Hal Ehwal Murid di talian 012 9077653 atau En. Mohd Nasir bin Abdulllah Penolong
Pengarah Hal Ehwal Murid di talian 019-5900233.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SABRI BIN OSMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
b.p Pengarah Pendidikan Kedah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

s.k :
1. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
Ruj Kami : JPNK 600-11/1/2 Jld.6 (70) LAMPIRAN 1

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER


KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 31 Oktober 2023 ( Selasa )

6.50 pagi - Ketibaan para tetamu


6.55 pagi - Ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM (PPS)
7.00 pagi - Ketibaan Pengetua/Guru Besar
7.05 pagi - Menyambut murid hadir ke sekolah
7.30 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Negeri
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Ikrar Rukun Negara
- Bacaan Doa
- Ucapan YDH Pengawai Perhubungan Sekolah PDRM (PPS)
- Ucapan YBrs Pengetua/Guru Besar
- Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter
Karamah Insaniah Peringkat Sekolag Tahun 2023
- Bacaan Mesej/Nota Duta Sahsiah (Lampiran 3)
- Sesi Bergambar
- Jamuan (jika perlu)
9.00 pagi - Bersurai
LAMPIRAN 2

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER


KARAMAH INSANIAH PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

Tarikh : 31 Oktober 2023 ( Selasa )

6.50 pagi - Ketibaan para tetamu


6.55 pagi - Ketibaan Ketua Polis Daerah
7.00 pagi - Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah
7.05 pagi - Menyambut murid hadir ke sekolah
7.30 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Negeri
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Ikrar Rukun Negara
- Bacaan Doa
- Ucapan YDH Ketua Polis Daerah
- Ucapan YBrs Pengetua/Guru Besar
- Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter
Karamah Insaniah Peringkat Sekolag Tahun 2023
- Bacaan Mesej/Nota Duta Sahsiah (Lampiran 3)
- Sesi Bergambar
- Sidang Media (jika perlu)
- Lawatan Tapak Pameran (jika perlu)
- Jamuan (jika perlu)
9.00 pagi - Bersurai
LAMPIRAN 3
SENARAI CADANGAN KEHADIRAN/JEMPUTAN
PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER
KARAMAH INSANIAH TAHUN 2023

Peringkat Sekolah
1. Pengetua/Guru Besar
2. Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM (PPS)
3. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
4. AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah


1. Pegawai Pendidikan Daerah
2. Ketua Polis Daerah
3. Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah
4. Perngerusi Majlis Guru Besar Daerah
5. Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF)
6. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
7. Yang Dipertua Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti Swasta (PIBKS)
8. NGO yang berkaitan
LAMPIRAN 4

ARAHAN PENTADBIRAN
PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER
KARAMAH INSANIAH TAHUN 2023

1. Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah


Insaniah Tahun 2023 dilancarkan serentak di peringkat kebangsaan, negeri,
daerah dan sekolah.

2. Pelancaran Di Peringkat Negeri:


• Jabatan pendidikan negeri (JPN) perlu mengenal pasti sebuah sekolah untuk
lokasi pelancaran di peringkat negeri.
• Cadangan lokasi: tapak perhimpunan/dewan sekolah/mana-mana lokasi yang
bersesuaian di sekolah yang dipilih.

3. Pelancaran Di Peringkat Daerah:


• Pejabat pendidikan daerah (PPD) perlu mengenal pasti sebuah sekolah untuk
lokasi pelancaran di peringkat daerah.
• Cadangan lokasi: tapak perhimpunan/dewan sekolah/mana-mana lokasi yang
bersesuaian di sekolah yang dipilih.

4. Pelancaran Di Peringkat Sekolah:


• Cadangan lokasi: tapak perhimpunan/dewan sekolah/mana-mana lokasi yang
bersesuaian di sekolah yang dipilih.

5. Tatacara Pelaksanaan:
• Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) perlu hadir di setiap sekolah semasa
pelancaran.
• Membaca teks ucapan yang akan disediakan kepada semua sekolah termasuk
teks doa yang akan diberikan melalui JPN masing-masing sebaik mendapat
kelulusan.
• Wakil JPN/PPD sebagai perasmi KPM akan membacakan teks ucapan YB
Menteri Pendidikan yang disediakan oleh KPM.
• Wakil PDRM sebagai perasmi PDRM akan membacakan teks ucapan YDH
Ketua Polis Negara yang disediakan oleh PDRM.

6. Sasaran Peserta:
• Semua murid sekolah masing-masing dan perlu memilih Duta Murid.

7. Bilangan Duta Sahsiah:


• Tiada limitasi bilangan duta murid. Pemilihan duta murid adalah mengikut
kesesuaian dan budi bicara sekolah.

8. Kriteria Pemilihan Duta Sahsiah:


• Duta murid dipilih dalam kalangan murid yang menunjukkan sahsiah yang baik
dan terpuji terutama dalam kalangan pemimpin murid seperti pengawas, ketua
kelas, ketua unit beruniform atau wakil-wakil murid.
9. Tugas Duta Sahsiah Semasa Pelancaran:
• Duta murid dikehendaki membaca mesej/nota yang disediakan oleh pihak KPM.

10. Penghargaan Kepada Duta Sahsiah:


• Cadangan: sijil/button batch atau selempang yang ditulis DUTA SAHSIAH
sebagai simbolik pelantikan sebagai duta.

11. Pautan Secara Langsung Untuk Dilayari:


• Pautan Youtube KPM: https://www.youtube.com/watch?v=YUFX4jjKI4k
• Pautan Facebook KPM: https://www.facebook.com/KemPendidikan

12. Kod Pakaian:


• Pegawai JPN dan PPD yang hadir : korporat KPM
• Guru dan tetamu lain : baju kerja/korporat
LAMPIRAN 5

Kesemua nota/mesej ini perlu dibacakan semasa pelancaran.

Anda mungkin juga menyukai