Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PERTANDINGAN REKA BENTUK MONUMEN TAHAP 2

SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


PERINGKAT SEKOLAH SK ABOK, PANTU, SRI AMAN, TAHUN 2023

Pengenalan

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dijalankan pada bulan Ogos dan September pada
setiap tahun dengan tema dan sasaran yang berbeza. Bagi tahun 2023, sasaran
utama sambutan Bulan Kemerdekaan adalah murid-murid bagi menyemai semangat cintakan
tanah air dalam kalangan mereka. Pada bulan ini, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menarik
perhatian para murid untuk menumpukan perhatian kepada aspek sifat patriotisme and
memahami erti kemerdekaan.

Sambutan bulan kemerdekaan kali ke-66 pada tahun ini diharapkan dapat menyemai rasa
kasih dan sayang terhadap negara tercinta. Sejarah negara perlu difahami dan diterap dalam
kehidupan sehari-hari selain dimanfaatkan demi mengekalkan perpaduan negara. Jasa dan
pengorbanan para pemimpin dan pejuang tanah air terdahulu harus dijadikan contoh kepada
generasi muda masa kini. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah “Malaysia Madani:
Teguh Perpaduan, Penuhi Harapan”. Pemilihan tema adalah selari dengan matlamat negara
yang ingin melihat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Matlamat:

Matlamat utama penganjuran sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah adalah


bertujuan untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara. Selain itu, sambutan ini juga
bertujuan untuk memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh gemilang yang berusaha
mempertahankan tanah air di samping menanam semangat patriotik dalam kalangan murid-
murid dan guru-guru SK Abok, Sri Aman, Sarawak. Selain daripada itu, dengan adanya
pertandingan yang dianjurkan di peringkat sekolah, dapat mencungkil bakat terpendam murid-
murid SK Abok secara menyeluruh. Guru-guru juga dapat mengenalpasti potensi murid yang
mampu mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan
yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
Objektif:

 Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru.
 Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.
 Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.
 Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan budaya.
 Menguji kefahaman pengetahuan am dan mewujudkan sikap daya saing dikalangan
murid-murid dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
 Dapat mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa yang saling
bekerjasama dan berdisiplin serta menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap
arahan yang diberi bagi menjayakan pertandingan yang dianjurkan.

Rasional:

Rasional program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dijalankan adalah seiring dengan
aspirasi negara dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dalam
kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, program seperti ini mampu membantu murid-murid
menambah pengetahuan tentang sejarah negara dan warisan yang perlu dipelihara
melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang sambutan bulan
kemerdekaan.

Sasaran:

o Semua murid Tahap 2 Tahun 4 hingga Tahun 6


o Guru-guru SK Abok, Sri Aman.
o Ibu bapa

Strategi:

Pertandingan Reka Bentuk Monumen Tahap 2 sempena sambutan Bulan Kemerdekaan


adalah suatu program yang melibatkan semua murid, guru dan staf sokongan sekolah secara
menyeluruh. Oleh hal yang demikian, satu jadual pelaksanaan telah dirangka untuk membantu
guru-guru dan murid-murid menjalankan aktiviti mengikut masa, tempoh dan kaedah yang
ditetapkan agar tidak menjejaskan PdPc. Pelan pelaksanaan program ini ialah seperti berikut:
Tarikh Aktiviti

7 Ogos 2023 Membuat kertas kerja pelaksanaan

9 Ogos 2023 Perbincangan bersama AJK program

10 Ogos 2023 Mesyuarat AJK Induk dan AJK Pelaksana

14 Ogos 2023 Pengagihan tugas

21 Ogos 2023 hingga 11 Latihan membuat reka bentuk monumen


September secara lisan.

12 dan 13 hb September Pertandingan Reka Bentuk Monumen


2023 Tahap 2.

18 September 2023 Post -mortem

Anggaran Perbelanjaan

Reka Bentuk Monumen (Tahap 2)


Bil Perkara Bil. x harga Jumlah (RM)
seunit
1. Hadiah Tempat Pertama 2 x RM 8 16
2. Hadiah Tempat Kedua 2 x RM 7 14
3. Hadiah Tempat Ketiga 2 x RM 6 12
JUMLAH 42
Tentatif Program

Tarikh: 15 September 2023


Masa: 10:00 am
Tempat: Dewan Makan SK Abok

09.50 pagi Guru, staf dan murid bergerak dan berkumpul di Dewan
Makan
10.00 pagi Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik bermula

10.50 pagi Ulasan daripada hakim pertandingan

11.00 pagi Ucapan penutup daripada penyelaras program.

11.10 pagi Bersurai

Keputusan

Tahap 1 Tahap 2

Johan Tahun 3 Tahun 5

Tempat Kedua Tahun 2 Tahun 6

Tempat Ketiga Tahun 1 Tahun 4


Laporan Bergambar Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Tahun 1 : Lagu ‘Saya Anak Malaysia’ Tahun 2: Lagu ‘Tanggal 31’

Tahun 3: Lagu ‘Sejahtera Malaysia’ Tahun 4: Lagu ‘Anak Malaysia’

Tahun 5: Lagu ‘Warisan’ Tajuk: Lagu ‘Nyalakan Tekad’


Sesi penangguhan bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2023 oleh Encik Abang Abdul Rahman (PKHEM) dan
upacara penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta.

Kesimpulan
Pertandingan nyanyian lagu patriotik telah dijalankan dengan lancar dengan kerjasama semua
pihak terutama guru-guru dan murid-murid yang terlibat secara langsung. Semua murid telah
terlibat dalam pertandingan tersebut. Program ini telah berjaya menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan murid di samping mencungkil bakat mereka dalam bidang
nyanyian. Semoga program seperti ini terus dilaksanakan pada tahun yang akan datang.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

NUR FARIHAH AIN BINTI ABD SHIRLY LO ADELYN GENTA ANAK


RAHIM Ketua Panitia Muzik GILBERT LAJA
Setiausaha Panitia Muzik SK Abok Guru Besar
SK Abok SK Abok
LAPORAN

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATROTIK SEMPENA


SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
SK ABOK, PANTU, SRI AMAN.

TAHUN 2023

Anda mungkin juga menyukai