Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN
KEBANGSAAN&KIBAR
JALUR GEMILANG

Peringkat
SK Padang Lumat

17 OGOS 2022 HINGGA 15


SEPTEMBER 2022

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM, PUSAT SUMBER SEKOLAH
DAN PANITIA PENDIDIKAN SENI
1. Pendahuluan

Sambutan bulan kemerdekaan kali ke-65 Tahun 2022 sedikit berbeza kali ini
berbanding dengan tahun 2021 kerana ketika negara sedang dilanda wabak
Covid19 sambutan Bulan Kebangsaan kelihatan suram. Namun keadaan pandemik
tidak melunturkan semangat dan rasa kasih dan sayang rakyat Malaysia terhadap
negara tercinta. Bersyukur kita ke hadrat tuhan kerana hari ini kita telah mula
beralih kepada norma baharu dalam keadaan endemik dan masih perlu
berwaspada. Walau bagaimanapun, berbekalkan semangat cintakan negara, maka
sejarah negara perlu difahami dan diterap dalam kehidupan sehari-hari selain
dimanfaatkan demi mengekalkan perpaduan negara. Jasa dan pengorbanan para
pemimpin dan pejuang tanah air terdahulu harus dijadikan contoh kepada generasi
muda masa kini. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah “Keluarga Malaysia
Teguh Bersama”. Pemilihan tema adalah selari dengan keadaan semasa negara
yang memerangi pandemik Covid19.

2. Matlamat

Matlamat utama penganjuran sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah


adalah bertujuan untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara. Selain itu,
sambutan ini juga bertujuan untuk memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh
gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air di samping menanam
semangat patriotik dikalangan murid-murid dan guru-guru.

3. Objektif

I. Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dikalangan murid-murid dan


guru-guru.
II. Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.
III. Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.
IV. Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan
budaya.
V. Menguji kefahaman pengetahuan am dan mewujudkan sikap daya saing di
kalangan murid-murid dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

4. Rasional

Rasional program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dijalankan adalah seiring


dengan aspirasi negara dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara
dikalangan rakyat Malaysia. Selain itu, program seperti ini mampu membantu murid-
murid menambah pengetahuan tentang sejarah negara dan warisan yang perlu
dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang
Sambutan Bulan Kebangsaan.
5. Nama Aktiviti

Program Sambutan Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang Tahun 2022.

6. Tarikh Pelaksanaan

Sepanjang bulan bermula dari 17 Ogos 2022 – 15 September 2022.

7. Sasaran

Semua murid Tahun 1 hingga 6, PPKI dan Pra sekolah

8. Strategi

Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah suatu program yang melibatkan semua murid
dan guru secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian, satu jadual pelaksanaan telah
dirangka untuk membantu guru- guru dan murid-murid menjalankan aktiviti mengikut
masa, tempoh dan kaedah yang ditetapkan agar tidak menjejaskan PdP disamping
mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM.

9. Anjuran

Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni dan Unit Pusat Sumber

10. Cadangan Aktiviti dan Jadual Pelaksanaan

Rujuk Lampiran 1
11. Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Butiran Hadiah Perbelanjaan Jumlah


Wang Tunai RM5 +
1. Hadiah Tempat Pertama 2 x RM10.00 RM 20.00
Alat Tulis bernilai RM 5
Wang Tunai RM5 +
2. Hadiah Tempat Kedua 2 x RM 9.00 RM 18.00
Alat Tulis bernilai RM 4
Wang Tunai RM5 +
3. Hadiah Tempat Ketiga 2 x RM 8.00 RM 16.00
Alat Tulis bernilai RM 3
4. Hadiah Saguhati Wang Tunai RM5 20 x RM 5.00 RM 100.00

JUMLAH RM 154.00

12. Penutup

Penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan diharapkan dapat memberi manfaat


kepada murid-murid dan guru-guru khususnya dalam meningkatkan semangat
patriotism. Walaupun negara masih berhadapan dengan penularan wabak Covid-19
dan dalam situasi endemik, tidak menjadi halangan bagi pihak Panitia Pendidikan
Seni untuk merealisasikan dan menjayakan program Hari sambutan Bulan
Kebangsaan Peringkat sekolah bagi Tahun 2022 dengan langkah berwaspada.
Setiap aktiviti yang dirancang juga diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan
sentiasa mematuhi SOP terkini yang diberikan oleh MKN dan KPM dari masa ke
semasa
KOMEN/ULASAN GURU BESAR

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. ………………………………………………….
(SAADA BINTI OTHMAN) (Lt. Kol. Mohd Nazri Bin Saad PK.PS.PPA)
Ketua Panitia Pendidikan Seni, Guru Besar,
SK Padang Lumat. SK Padang Lumat.
LAMPIRAN 1

JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI

BI TARIKH
AKTIVITI SASARAN GURU BERTUGAS
L AKTIVITI
1. 17.08.2022 Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Semua warga AJK Majlis
(Rabu) Jalur Gemilang Tahun 2022 sekolah Pelancaran Bulan
 Perarakan basikal berhias dari Kebangsaan
Masjid Ubudiah Padang Lumat ke
SK Padang Lumat (Gimik
Pelancaran)
 Paluan Kompang dan Iringan
Bunga Manggar
 Ucapan Perasmian
 Persembahan koir, tarian dan
syair.
 Penyampaian hadiah basikal
berhias
Pertandingan Basikal Berhias Tema Semua murid Panitia Sejarah
Merdeka
2. Tarikh Pertandingan Komik Merdeka Tahap 2 sahaja Pusat Sumber
akhir Sekolah
sebelum Pertandingan Swafoto Bertemakan Tahap 1 dan 2 Pusat Sumber
atau pada Kemerdekaan Pra sekolah Sekolah
29.08.2022 PPKI
Pertandingan Arca Merdeka Tahap 2 sahaja Panitia RBT, Kelab
Inovasi dan Kelab
STEM
30.08.2022 Hari Sambutan Bulan Kebangsaan Semua warga AJK Hari sambutan
(Selasa)  Bentang Jalur Gemilang, Logo & sekolah Bulan Kebangsaan
Tema
 Bacaan Yasin
 Laungan Merdeka
 Kibar Jalur Gemilang
Pertandingan Lagu Patriotik (Terbuka) Tahap 1 dan 2 Panitia Pendidikan
Pra sekolah Muzik
PPKI
Pertandingan Busana Kemerdekaan Tahap 1 dan 2 Panitia Pendidikan
(Terbuka) Pra sekolah Seni
PPKI
3. Tarikh Pertandingan Buku Skrap Tahap 2 sahaja Panitia Sejarah
akhir:
12.09.2022
Pertandingan Kuiz Kemerdekaan Tahap 1 dan 2 Pusat Sumber
Sekolah
15.09.2022 Penutup Bulan Kemerdekaan Semua warga AJK Penutup Bulan
(Khamis)  Upacara penurunan Jalur sekolah Kemerdekaan
Gemilang
 Penyampaian hadiah pertandingan
 Laungan Merdeka

Anda mungkin juga menyukai