Anda di halaman 1dari 10

Kertas Kerja Sambutan Hari Kemerdekaan SKBH

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN


PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2020

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA

HARI KEMERDEKAAN KE -63

SEKOLAH KEBANGSAAN BUIT HILL

Malaysia Prihatin

ANJURAN :

KETUA PANITIA DUNIA SEJARAH, PENDIDIKAN SENI VISUAL,


PANITIA PENDIDIKAN MUZIK DAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL

1
Kertas Kerja Sambutan Hari Kemerdekaan SKBH

1.0 PENDAHULUAN
Panitia Sejarah SK Buit Hill, Penampang dengan kerjasama Panitia Pendidikan
Muzik, Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Pendidikan Seni Visual akan
mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim SK Buit Hill,
Penampang 20120 Justeru, pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan
aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 bertemakan ‘#MalaysiaPrihatin’.
Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun
iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Pra Sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada
murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta
menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SK
Buit Hill, Penampang.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan
adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah
kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih
kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya
dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Buit Hill, Penampang secara
menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu
mengharumkan nama baik SK Buit Hill, Penampang di peringkat yang lebih tinggi
seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

2
Kertas Kerja Sambutan Hari Kemerdekaan SKBH

3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat Malaysia Prihatin


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Panitia Sejarah dengan kerjasama


Pendidikan Seni Visual, Panitia Pendidikan Muzik serta Panitia Pendidikan Moral
bersama-sama guru-guru SK Buit Hill, Penampang.

3
Kertas Kerja Sambutan Hari Kemerdekaan SKBH

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari ______ Ogos 2020 hingga Majlis


Penutupan Bulan Kemerdekaan pada 16 September 2020.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru, PKP SK Buit Hill, Penampang.

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan
Moral.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN


8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1. Pertandingan nyanyian lagu Pendidikan Semua kelas Tahap II ___ Ogos 2020
merdeka (solo) Muzik/ Makmal (Tahun 4-6) dan guru-guru
Komputer kelas tahap II
2. Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni Tahap I ( Tahun 1-3), Pra _____ Ogos 2020
Visual / Bilik sekolah dan guru-guru
PSV Pendidikan Seni Visual.
3. ‘Kami Anak Malaysia’ - - Semua murid dan semua Sepanjang Bulan
- Nyanyian Lagu guru. Kemerdekaan
Patriotik oleh semua
murid (pada waktu

4
Kertas Kerja Sambutan Hari Kemerdekaan SKBH

perhimpunan )
4. Pertandingan Fesyen Merdeka Kelas Semua Murid sekolah _____ Ogos 2020
- Persembahan Pakaian
Rakyat Malaysia
Berbilang kaum
5. Pelancaran mengibarkan Jalur Pendidikan Moral Semua murid, guru dan staf Sepanjang Bulan
Gemilang - / Pendidikan Seni sekolah. Ogos
Menghiasi persekitaran sekolah
dengan Jalur Gemilang , poster
Kemerdekaan dan lain-lain

6. i. Kuiz Kemerdekaan Murid Tahun 3-6 (wakil dari _____ Ogos 2020
ii. Melukis logo sambutan setiap kelas)
kemerdekaan SKBH Murid Tahun 4-6 ( wakil _____ Ogos 2020
dari setiap kelas
7. Perhimpunan Hari Malaysia / ____ September
Majlis Penutupan Hari
2020
Kemerdekaan

5
Kertas Kerja Sambutan Hari Kemerdekaan SKBH

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran


hadiah Perbelanjaan
1. Hadiah

i. Pertandingan Nyanyian - Pertama (3 Kelas) RM 20 × 3


lagu patriotik (solo ) - Kedua (3 Kelas) Stand medal RM60.00
- Ketiga (3 Kelas)

ii. Pertandingan Mewarna - Prasekolah


( Tahap I) i. Pertama RM 20 x 2
ii. Kedua Stand medal RM40.00
iii. Ketiga

- Tahap 1

i. Pertama (3 tahun) RM 20 × 3
ii. Kedua (3 tahun) Stand medal RM60.00
iii. Ketiga (3 tahun)

RM 20
Pertandingan Fesyen - Pertama Stand medal RM20.00
Merdeka - Kedua
- Ketiga
RM 20 x 3
Hadiah Saguhati RM60.00

RM10 x 4
Hadiah Saguhati RM40.00
- Sagu Hati 4x

- Tahap 1 RM100.00
iii. Kuiz Kemerdekaan RM20 x 5
(Tahun 2 & 3)
- Tahap 2 (3 Kelas)

iv. Pertandingan Melukis


6
Kertas Kerja Sambutan Hari Kemerdekaan SKBH

logo Hari
Kemerdekaan - Tahap 2 ( 3 Kelas)
RM 18 x 3 RM54.00
i. Pertama (3 Kelas)
ii. Kedua ( 3 Kelas)
iii. Ketiga (3 Kelas)
2. Perhiasan

i. Bendera Kecil 100 × RM2.30 RM 230.00


(Perhiasan)

ii. Bendera besar 10 × RM 15 RM 150.00


-Sabah

iii. Bendera Sekolah 2 x RM200 RM 400.00

iv. Banner RM 150.00

Jumlah RM 1,354.00

7
Kertas Kerja Sambutan Hari Kemerdekaan SKBH

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN


KEMERDEKAAN
10.1 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn Indang Kasi Binti Hj Sidin

PPD Penampang

Pengerusi : En. Awang Lai

Guru Besar SK Buit Hill

Tim. Pengerusi : Pn. Rita John (PK Kurikulum)

Pn. Christine R. Amandus (PK HEM)

Pn Fareen Davina Francis (PK Ko-Kurikulum)

Setiausaha : En. Faisal Awang Alias (Ketua Panitia Sejarah)

Bendahari : Pn. Ellyana Noor Salleh

10.2 JAWATANKUASA KERJA

Ajk Nama Tugas


-Menyediakan
Dokumentasi En. Faisal Awang Alias
dokumentasi lengkap
-Menyediakan peralatan
Peralatan/ PA En. Masri Gukin yang diperlukan
Sistem En. Daniel Faiz daripada semua ajk
yang terlibat.
Buku Pn. Diayana Norizan -Menyediakan buku
Program Pn. Liza Atiu program
Pn. Rozalinah Amat
Cik Siti Nazahah Mingu
-Menyediakan hadiah
Hadiah Pn. Mitra Lee
untuk murid
Pn. Dainah Shindy Justine
Pn. Raminah Ginsos
-Menyediakan pentas
Pn. Royenny Hj. Martin
dan backdrop yang
Cik Siti Nabilah Wan Abu Bakar
Pentas dan diperlukan.
Pn. Wong Poh Chu
backdrop -Susun atur pentas
En. Daniel Faiz
-Menghias kawasan
Murid Tahun 6
yang diperlukan.
Persembahan/ En. Khairoul Nasreeq -Menyediakan
Pertandingan Pn. Marilyn Blasius persembahan murid dan
fesyen Pn. Siti Rohayah Mohd Yassin guru.
Pn. Julia Sulaiman

8
Kertas Kerja Sambutan Hari Kemerdekaan SKBH

En. Ibrahim Ahmad

-Menyediakan teks
Juruacara
Pn. Ramlah A. Abu ucapan dan melatih
Pn. Jumaniah Abd Mutalib murid menjadi
pengacara.
-Menyediakan teks dan
Bacaan
En. Ibrahim Ahmad melatih murid membaca
doa
doa untuk majlis.
Pn. Dayang Saidah Mohd Yassin
Makanan Pn. Jaimun Sapin -Menyediakan makanan
Pn. Dayang Nurhanikmah
-Mengambil gambar
Juru Gambar En. Fancey Sami
sepanjang program

9
Kertas Kerja Sambutan Hari Kemerdekaan SKBH

11.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Buit Hill, Penampang ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Buit Hill, Penampang
dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping
memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

FAISAL AWANG ALIAS

Penyelaras Sambutan Kemerdekaan,

SK Buit Hill, Penampang

Disemak oleh,

RITA JOHN
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SK Buit Hill, Penampang

Diluluskan oleh,

Awang lai
Guru Besar,
SK Buit Hill, Penampang

10

Anda mungkin juga menyukai