Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BUKIT BESAR,

21100 KUALA TERENGGANU.


 / FAX: 09-6221127 E-Mail : skpbbkt@yahoo.com

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEWARNA


DAN MELUKIS POSTER PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2021

TARIKH : 30 OGOS 2021


MASA : 10.15 PG – 12.00 TGH

ANJURAN :
UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM DAN KELAB DOKTOR MUDA
1.0 PENDAHULUAN

Unit Kokurikulum dan Kelab Doktor Muda SK Pusat Bukit Besar akan
mengadakan pertandingan mewarna dan poster sempena bualn kemerdekaan bagi
mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar bagi tahun 2021. Justeru,
Unit Kokurikulum dan Kelab Seni akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti
sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64 bertemakan ‘MALAYSIA
PRIHATIN’. Aktiviti yang dilaksanakan untuk memupuk semangat patriotik serta
menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru
Sekolah KebangsaanPusat Bukit Besar.

2.0 MATLAMAT

            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar serta meningkatkan kesedaran warga
sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan
pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran
dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK
Pusat Bukit Besar secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti
potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Pusat Bukit Besar di
peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan
daerah.

3.0 OBJEKTIF

i. Melahirkan rasa cinta terhadap seni dan bakat seni yang terpendam dalam diri
murid
ii. Memahirkan murid dalam seni mewarna dan melukis
.
4.0 PENGANJURAN

Kelab Doktor Muda SK Pusat Bukit Besar

4.0 TARIKH

30 0G0S dan 8 SEPTEMBER 2021

6.0 PENYERTAAN

Murid tahap 1,tahap 2, PPKI dan Prasekolah serta guru Sekolah Kebangsaan Pusat
Bukit Besar

7.0 CADANGAN AKTIVITI

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1. Tahap 2
Pertandingan Melukis poster Atas Talian, Murid 4,5,6 30 Ogos 2021
Rumah masing-
masing
Tahap I
2. Pertandingan Mewarna Atas talian, Murid Tahun 1,2,3 30 Ogos 2021
Rumah masing-
masing PPKI
Prasekolahh
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran


hadiah Perbelanjaan
1.
i. Pertandingan Mewarna i. Pertama (tahun 1,2,3) 5.00 X 9 RM 45.00
- Tahap I) ii.Kedua (tahun 1,2,3) 4.00 x 9 RM 36.00
iii.Ketiga (tahun 1,2,3) 3.00 x 9 RM 27.00

ii. Pertandingan melukis - Pertama (tahun 4,5,6) - 5.00 X 9 RM 45.00


poster ( tahap 2) - Kedua (tahun 4,5,6) 4.00 x 9 RM 36.00
- Ketiga (tahun 4,5,6) 3.00 x 9 Rm 27.00

iii. Pertandingan Mewarna 5.00 X 4 RM 20.00


(PPKI dan Prasekolah) 4.00 x 4 RM 16.00
3.00 x 4 RM 12.00

JUMLAH RM 264.00

9..0 PENUTUP

Penganjuran pertandingan ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua


pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha
membentuk imej sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat
mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya cintakan seni di kalangan pelajar
sekolah ini. Warga SK Pusat Bukit Besar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi
semasa program itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan
cinta akan Malaysia.
Disediakan Oleh. Disemak oleh:

_________________________ ______________________

(WAN ROHAYU BT. WAN ISMAIL) (ADIL FATHI B. SALLEH)


Setiausaha Program, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Pusat Bukit Besar, SK Pusat Bukit Besar,
21100 Kuala Terengganu. 21100 Kuala Terengganu.

Diluluskan oleh,

.................................................
(SYED HUSNI B SYED MOHAMMAD)
Guru Besar,
SK Pusat Bukit Besar,
21100 Kuala Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai