Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG

KODIANG, KEDAH

AKTIVITI:
MINI PAMERAN SENI

TEMPAT:
RUANG BAWAH TANGGA, BANGUNAN CHEMPAKA, SK KODIANG

TARIKH:
12 FEBRUARI 2017 HINGGA 28 FEBRUARI 2017

ANJURAN:
GURU PELATIH PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEMESTER 8 AMBILAN JUN 2013
1.0 PENGENALAN

Program Mini Pameran Seni ini dirancang dan dijalankan untuk memenuhi
aktiviti sekolah bagi tahun 2017. Projek ini merupakan aktiviti yang ada di dalam
Rancangan Pengajaran bagi tahun 1 untuk mendedahkan murid tersebut dalam
mempamerkan hasil karya seni murid. Ia dirancang untuk mewujudkan
kerjasama pihak sekolah ke atas perkara-perkara berikut;
Mewujudkan pemantapan matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan
sensitiviti terhadap alam sekeliling serta amalan-amalan positif yang
harus diterapkan dalam diri murid.
Mempamerkan hasil karya murid sebagai satu tujuan aspresiasi.
Mewujudkan kerjasama antara guru-guru PSV ketika berada di sekolah
dalam melaksanakan sesuatu aktiviti bersama-sama di sekolah.
Mengukur tahap perkembangan murid PSV ketika berada dalam
sekolah.
Mewujudkan semangat kerjasama antara murid dengan guru-guru.

2.0 TUJUAN

Memperindah dan menceriakan dinding pada ruang bawah tangga di


bangunan, SK Kodiang dengan mempamerkan hasil karya murid bagi
matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk penglibatan bagi murid tahap 1 dan
tahap 2.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah;

Menjadikan aktiviti-aktiviti berkaitan seni visual sebagai sebahagian


dari aktiviti pendidikan.
Membuka minda berfikir secara kreatif dan memupuk daya kreativiti
dalam penghasilan karya menerusi pendekatan eksplorasi.
Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dalam perancangan,
pengurusan dan membuat keputusan.
Memperkembangkan minat dan kebolehan dalam bidang kraf seni
visual.
4.0 PENGLIBATAN

Dilaksanakan secara berkumpulan oleh semua guru di bawah panitia


PSV.
Melibatkan murid tahap 1 dan tahap 2 yang mengambil matapelajaran
Pendidikan Seni Visual.

5.0 TEMPAT

Ruang bawah tangga, bangunan Chempaka, SK Kodiang.

6.0 TARIKH

12 Februari 2017 hingga 28 Februari 2017 (3 minggu)

7.0 ORGANISASI

PENASIHAT:
En. Abu Sufyan Bin Khazali

MENTOR:
Pn. Rozita Binti Mat

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


HARGA
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
SEUNIT (RM)
Cat Dinding (hijau,
1 4 20.00 80.00
kuning, hitam, jingga)
2 Berus cat 4 2.00 8.00
3 Tali 1 2.00 2.00
4 Pengepit Kertas 2 2.00 4.00
5 Papan Polisterin 2 3.50 7.00
6 Kertas Warna 4 1.50 6.00

JUMLAH KESELURUHAN 107.00


9.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan dari SK Kodiang.

10.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan
berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat
kepada semua pihak.

Disediakan oleh;

( )
Guru Pelatih,
IPG Kampus Darulaman

Disemak oleh:

( )
Mentor,
SK Kodiang

Disahkan oleh ;

( )
Guru Besar,
SK. Kodiang.

Anda mungkin juga menyukai