Anda di halaman 1dari 10

KULIAH 1

KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU


PROFESIONALISME
Tajuk 1
Perbincangan Berkaitan pandangan Ornstein
dan Levine ( 2003 )

Konsep profesional merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang


terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.
Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat atribut
dalam suatu profesion iaitu:
1) Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang
mendalam
2) Kecekapan dan kepakaran dalam bidang
tertentu
3) Kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli
4) Kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu
profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

1. Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan


yang mendalam

Seorang profesional (guru) perlu menguasai pengetahuan


yang mendalam melalui pendidikan formal hingga ke tahap
sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.
Ilmu pengetahuan dalam bidang perguruan dimaksudkan
perancangan pengajaran setiap hari kepada pelajar
Antaranya adalah :

Menentukan hasil pembelajaran


Pemeringkatan isi pelajaran
Penentuan strategi dan kaedah pengajaran
Pemilihan dan pengurusan bahan pengajaran dan
pembelajaran

Kekurangan penguasaan ilmu pengetahuan akan


memberi impak kepada guru itu sendiri. Contohnya:
-jika murid bertanyakan soalan diluar kotak pemikiran
dan guru gagal memberikan jawapan yang sepatutnya,
ia secara tidak langsung akan mengakibatkan murid
tidak akan mendapat pengetahuan yang selayaknya.

Secara kesimpulannya, menguasi ilmu pengetahuan


dengan mendalam adalah penting dalam perancangan diri
seorang guru supaya dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

2. Kecekapan Dan Kepakaran Dalam Bidang


Tertentu

Seorang guru haruslah mempunyai kecekapan dan


kepakaran dalam bidang yang diceburi.
Peranan guru sebagai pakar rujuk membawa kepada
aspek kecekapan dan kepakaran dalam bidang yang
diceburinya. Hal ini kerana, murid akan merujuk
kepada guru sekiranya mempunyai masalah dan bagi
mendapatkan bantuan dalam masalah pembelajaran.
Guru yang pakar dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik dan kreatif.

Dalam bidang yang melibatkan kemahiran amali, kepakaran


dan kecekapan seseorang guru amat diperlukan. Selain
mahir dalam bidang yang diceburi, guru perlu mahir dalam
bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion keguruan,
guru yang profesional haruslah mempunyai tiga ciri
kemahiran profesional guru iaitu:
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi
dalam banyak aspek contohnya kemahiran menyoal,
kemahiran menguruskan bilik darjah dan banyak lagi.
Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang
bermutu tinggi.
Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan
membimbing murid-murid.

3. Kod Etika Untuk Mengawal Tingkah Laku


Ahli- ahli.

Profesion keguruan mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah


laku mereka dan kod etika ini merupakan pegangan dan panduan
seseorang guru semasa berkhidmat dalam profesion keguruan.

Dengan

adanya kod etika profesion ini, guru-guru mempunyai


batasan dalam melakukan sebarang perkara dan tindakan di
sekolah.

Ia

juga merupakan kawalan sosial untuk masyarakat mengikut


profesion

Seorang

guru harus mempunyai kawalan emosi yang baik. Dan


mengetahui kewajaran emosi dalam melakukan sesuatu keputusan

Kesan :
guru dapat memahami emosi diri dengan baik
guru tersebut dapat melaksanakan tindakan yang
munasabah jika sekiranya pelajar mencetuskan
masalah di sekolah.
Sebagai contoh, Guru tidak akan sewenangwenangnya mendera dan melakukan tindakan yang
tidak munasabah kepada pelajar kerana guru memahami
kod etika keguruan ini

4. Kebenaran/Persetujuan Diberi Kepada Suatu


Profesion Oleh Masyarakat Untuk Beroperasi

Guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang


diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan
menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan
pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid,
menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal
dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya
menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
Sekiranya komuniti masyarakat suatu tempat bertambah
dan ada yang menyuarakan untuk membina pertambahan
bangunan sekolah, maka pihak KPM boleh membuat
tindakan lanjut.

RUJUKAN
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah (2010),
Siri Pendidikan Guru: Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru, Selangor: Oxford Fajar
Snd Bhd.
Abd. Rahim Abd. Rashid (2007), Profesionalisme Keguruan:
Prospek dan Cabaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai