Anda di halaman 1dari 20

GGGA5032 FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

DI MALAYSIA

TUGASAN 1:

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA


KOMUNITI

NAMA : FATIN FARHANA BINTI ZURKARNAIN P123905


NURUL FATINI BINTI MUHAMAD PAUZI P124689
SITI MUTAALIAH BINTI MUSLIM P123141
HANISAH FATINI BINTI SHAMSUL AZMIN P123386
SITI NURHANANI BINTI CHE AZIZAN P123307
SITI BALQIS BINTI MOHD ZULKIFLI P122152
KUMPULAN : UKM SET 19/KUMPULAN 10
SEMESTER : 1
SESI : 2022/2023
PENSYARAH : DR. BITY SALWANA ALIAS
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA KOMUNITI

1.0 Pengenalan

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan
di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang
tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan,
pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Tugas sebagai seorang
guru bukan sahaja sebuah kerjaya semata-mata.

Tanggungjawab sebagai seorang guru merupakan amanah daripada Allah. Oleh yang
sedemikian, amanah ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab bukan demi
kepentingan material semata-mata. Peranan guru pada masa kini kian mencabar, bukan sahaja
sebagai penyampai ilmu kepada pelajar. Guru juga berperanan sebagai "role model" yang
menjadi contoh ikutan pelajarnya dan juga masyarakat sekitar. Selain daripada itu, guru juga
berperanan sebagai agen perubahan dan sosialisasi di dalam kalangan masyarakat.

Guru merupakan agen perubahan bersama-sama menggalas tanggungjawab untuk


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepatuhan kepada Tuhan.Tugas murni ini seperti yang telah termaktub di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Guru wajar mendalami falsafah dan budaya integriti sebagai persediaan untuk menjadi
guru yang berwibawa. Kewibawaan seorang guru bukan sahaja diukur dari segi kebolehan
melahirkan pelajar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, bahkan lebih dari itu,
guru dinilai dari segi keupayaan mendidik murid menjadi insan yang beretika, beradab dan
berakhlak mulia. Dalam erti kata lain, tugas seorang guru tidak hanya terhenti setakat mengasah
kecerdasan minda murid, tetapi juga mendidik jiwa dan sanubari mereka agar menjadi insan
mulia yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

Guru menjadi tauladan yang baik kepada anak murid seperti bertanggungjawab, adil
dalam mengambil tindakan disiplin ke atas anak murid maksudnya tidak mengira status
kedudukan murid tersebut atau tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap
kesalahan murid. Di samping itu guru juga perlu mempunyai disiplin, misalnya tidak berambut
panjang, menepati masa datang ke sekolah atau menepati masa pengajaran dan mudah
didampingi oleh murid atau pelajar, sekiranya pelajar mempunyai masalah. Segala tingkahlaku
guru sentiasa dilihat oleh masyarakat tempat dimana guru tersebut mengajar samada di bandar
atau luar Bandar.

Untuk menjadi guru yang ideal dan berpengaruh, para pendidik perlulah memahami
kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada
pelajar. Melengkapkan diri dengan ilmu dan teknik-teknik yang berkemahiran tinggi serta
kaedah yang di luar jangkaan murid dan pemikiran masa kini. Ia haruslah digunakan secara
meluas dalam kalangan pendidik dan semestinya selaras dengan objektif yang hendak
disampaikan kepada pelajar-pelajarnya.

Demi mencapai tahap yang tinggi dan dihormati, para guru mestilah sentiasa mencari,
mempelajari dan mempraktikkan pelbagai cara yang bakal menjadikan mereka anatara guru
yang ideal dan menarik. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang ideal dan diterima
oleh semua murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai sikap dan personaliti yang berbeza
oleh itu pengajaran dan pembelajaran di dalan kelas memerlukan kaedah dan cara yang
pelbagai sesuai dengan minat pelajar agar dapat menarik perhatian mereka.
2.0 Konsep Profesion Keguruan

Profesion merujuk kepada satu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.
Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengetahuan sistematik
berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Pendek kata, suatu
profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek,
latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati
autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal
yang berkaitan dengan Pendidikan.

Menurut Kamus Dewan (2005), ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang


memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-
undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Cemerlang’ pula ialah
bersiar (bercahaya) dengan terang, gilang-gemilang. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia
memberi makna bahawa imej profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal
dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada generasi
pelajar. Nilaitara-nilaitara suatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh
organisasi supaya setiap ahli professional akan mematuhinya demi mengawal kualiti dan
nilaitara perkhidmatan tersebut. Secara umumnya, kita boleh menganggap bidang keguruan
sebagai suatu profesion manakala guru-guru merupakan ahli-ahli professional dalam profesion
tersebut.

Konsep professional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam
kalangan ahli dalam suatu profesion. Terdapat empat atribut dalam suatu profesion, iaitu ahli
perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang
tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahlinya serta kebenaran atau
persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

Berdasarkan kenyataan di atas, seorang profesional perlu menguasai pengetahuan yang


mendalam seperti mana guru melalui pendidikan formal hingga ke tahap sarjana muda, sarjana
dan doktor falsafah. Satu standard yang ditetapkan untuk seseorang guru memperoleh latihan
keguruan dalam subjek pengkhususan sebelum diiktiraf sebagai professional. Tambahan pula,
profesion keguruan mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku mereka dan kod etika
ini merupakan pegangan dan panduan seorang guru semasa berkhidmat dalam profesion
keguruan.

2.1 Teori-teori

Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam konteks
pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan bersesuaian
untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah:
 Teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan, teknik,
kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar.
 Teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi
membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana memberi
arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan ini membentuk
tindak balas yang diingini berlaku,
 Teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina berdasarkan konsep
dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah cabaran, kekuatan,
bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan membuat penilaian bagi
membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian dan berguna serta
berhasil.

Sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-ciri seperti dapat menjelaskan
fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna untuk membuat ramalan masa hadapan dan
memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas, boleh diterapkan secara praktikal, bersifat
konsisten dan tidak berasaskan banyak andaian kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat
dibuktikan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup banyak kerja-kerja amali perlu
dilakukan oleh murid supaya benar-benar dapat memahami sesuatu kemahiran. Perkara ini
berkait rapat dengan realiti kehidupan mereka di luar. Jadi, untuk menentukan objektif
pengajaran dan pembelajaran ini tercapai dan dikuasai oleh murid khas, guru harus memikirkan
bagaimana untuk memaksimumkan penguasaan murid ini dengan menggunakan teori-teori
yang sesuai dan berkesan dalam pengajaran mereka. Terdapat beberapa teori pengajaran dan
pembelajaran dibincangkan supaya boleh membantu guru mengamalkannya dan membuat
penilaian semasa pengajaran.

2.1.1 Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor


yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara
persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan
dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak
wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk
trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah
dipelajari.

Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan
dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada
peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan
gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan
dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman
operan apabila menjelaskan proses pembelajaran.

2.1.2 Teori Kognitif

Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai


keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula
segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman
tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat
bahawa pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui cuba jaya
sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme.

Menurut psikologis ini, dalam pembelajaran, murid membentuk struktur


kognitif dalam ingatannya. Setiap kali murid belajar, ia akan menyusun segala
pengalaman dan menyimpannya dalam ‘ingatan’. Kebolehan ini dikenali sebagai celik
akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba jaya
untuk mempelajari sesuatu. Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita
mengetahui, memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat. Jadi, dalam
mendidik murid-murid khas, guru perlulah menyesuaikan segala teori-teori yang ingin
digunakan. Ada kalanya teori behaviorimse penting digunakan demikianlah juga
dengan teori kognitif. Semua teori boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

2.1.3 Teori Pembelajaran Sosial

Albert Bandura memperkenalkan teori pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku


melalui proses peniruan. Beliau berpendapat, kita belajar melalui pemerhatian dan
meniru orang lain serta dengan melihat konsekuen tingkah laku orang lain. Bandura
berpendapat bahawa:
 Pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian
seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik seperti
televisyen dan sebagainya.
 Peniruan selalunya diteguhkan.
 Pembelajaran pemerhatian dapat juga diterangkan melalui prinsip pelaziman
klasik. Oleh yang demikian, teori pembelajaran sosial Bandura, menekankan
peranan kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan.

2.1.4 Teori Humanis

Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa yang berlaku pada diri seseorang
seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan fikiran, pengamatan
serta interpretasi murid tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu. Prinsip teori
humanis ini adalah, seseorang murid itu bertanggungjawab ke atas tindakannya.
Contohnya kalau murid ingin berjaya, maka dia perlu berusaha mencapainya ke arah
itu. Setiap murid juga mempunyai keperluan mengembangkan potensinya ke tahap
maksimum. Teori humanis menekankan objektif berikut:
 Meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid.
 Membantu murid agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan perkara yang
ingin dipelajari oleh mereka.
 Meningkatkan daya cipta murid.
 Mengembangkan minat dalam bidang seni.
 Meningkatkan naluri ingin tahu murid.

Asas teori ini adalah kepercayaan seseorang murid mempunyai keperluan untuk
pencapaian hasrat diri. Guru perlulah membantu murid mencapai hasratnya. Ini berlaku
kerana dalam pengajaran secara humanis, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan.

Prinsip-prinsip pembelajaran humanis adalah seperti berikut:


 murid akan belajar apa yang dikehendaki oleh mereka dan yang ingin diketahui.
 Keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada
pemerolehan fakta.
 Penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna bagi dirinya.
 Perasaan murid adalah sama penting dengan fakta. Pembelajaran cara merasa
adalah sama penting dengan pembelajaran berfikir.
 Pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa terancam.

2.2 Definisi Guru Cemerlang

Menurut kamus dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah
merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Guru merupakan seorang ahli masyarakat
yang mempunyai perhubungan sosial yang saing berkait rapat dengan masyarakat. Guru
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggug jawab untuk
mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul
dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan
tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai
keterampilan membina kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Dalam bahasa arab pula, guru dipangggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai
pengajar. Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar
sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai panggilan yang merujuk kepada
tanggungjawab guru yang sebenar. Antara panggilan tersebut ialah al-
Mu’allim (menyampaikan ilmu yang benar), al-Murabbi (proses tarbiah atau mendidik), al-
Mu’addib (mengajar adab dan budi pekerti) dan al-Mursyid (membentuk kepimpinan insan).

Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah
memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan
terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus
memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal
pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.

Guru cemerlang adalah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru
cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.

Selain itu, guru yang berkesan adalah guru yang selalu melihat diri mereka sebagai
orang yang cemerlang. Konsep diri mereka dalam kebanyakan bahagian positif dan selari
dengan suasana optimis dan diwarnai dengan konsep penerimaan diri yang sihat. Bukti klinikal
telah membuktikan bahawa mana-mana individu yang berasa lebih ceria, lebih produktif dan
lebih berkesan hanya apabila dia mampu melihat dirinya cukup sempurna. Perasaan yang
positif tentu mempengaruhi seseorang supaya berkelakuan lebih positif dan dari itu akan lebih
berjaya dalam hidupnya daripada mereka yang mempunyai gambaran diri yang rendah. Orang
yang mempunyai pandangan yang negatif terhadap dirinya dan menghalang seseorang dari
mencuba.

2.3 Etika Keguruan

Menurut kamus Dewan (1995) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau
kesusilaan. Menurut Kamus Oxford (1994) pula ia bermaksud prinsip moral atau set prinsip
moral. Dari perspektif Islam pula, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-
Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketaqwaan kepada Allah. Etika boleh dianggap sebagai satu
disiplin yang menilai betul atau salah. Etika bergerak selari dengan akauntabiliti atau
tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan. Akauntabiliti setiap pegawai dan kakitangan
kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh kepada arahan dan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan.
Guru perlu memiliki etikanya sendiri demi memartabatkan profesion keguruan. Kod
etika dianggap penting kerana dapat menyediakan garis panduan dan cara untuk bertingkah
laku dalam profesion keguruan, sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika
Keguruan juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan. Guru perlu lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab
mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.

Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya
boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod Etika, guru dapat meningkatkan lagi
imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi, membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam
sesebuah organisasi. Pengalaman etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan antara ahli dalam organisasi. Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul
juga adalah penting dan dituntut oleh agama islam yang selari degan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pendidik perlu ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggugjawab terhadap agama
dan negara, memberi sumbangan yang maksimum dan bermutu disamping memperbaharui niat
untuk melakukan kebaikan setiap masa.
3.0 Isu-isu

Dalam era globalisasi yang semakin pesat dengan kecanggihan teknologi kini, pendidikan
adalah antara perkara yang wajar untuk dimajukan dan diutamakan selari dengan
perkembangan dunia. Pendidikan adalah perkara yang sangat penting di dalam kehidupan
bahkan ia juga boleh dikatakan sebagai penanda aras untuk menentukan masa depan dan kualiti
hidup bagi seseorang individu. Tanpa pendidikan dalam kehidupan, bukan sahaja individu itu
sendiri yang akan ketinggalan dalam banyak hal malah keluarga juga sedikit sebanyak akan
terkena tempiasnya. Tambahan pula, negara Malaysia kini sedang mengejar matlamat untuk
memajukan pendidikan negara setara luar negara demi melahirkan insan yang berkualiti dan
produktif dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).

Namun, jika hanya cadangan sahaja dibentang tanpa ada yang mulakan maka usaha
tersebutnya hanyalah bagai mencurahkan air ke daun keladi, sia-sia sahaja. Oleh itu, demi
mencapai matlamat melahirkan insan-insan JERI yang hebat dan berbakat setiap warga
pendidik di sekolah telah diberi tugas membawa peranan sebagai agen perubahan kepada
komuniti yang bukan hanya kepada para pelajar malah kepada masyarakat juga.

Peranan para pendidik sebagai agen perubahan terhadap komuniti yang bukan hanya
semasa di waktu sekolah malah kepada masyarakat luar juga bukanlah suatu perkara yang
mudah. Terlalu banyak cabaran dan sedikit sebanyak beban yang harus dipikul demi mencapai
matlamat pendidikan negara supaya negara luar tidak lagi memandang enteng dengan
pendidikan di negara Malaysia.

Para guru pada era ini haruslah mempersiapkan diri dari segi mental dan emosi dengan
sehabis baik. Hal ini adalah kerana guru yang baik tingkah lakunya, berdisiplin, pandai
mengawal emosi, menjaga tatatertib dan lain-lain akan menjadi contoh dan cerminan kepada
para pelajar dan juga masyarakat. Sikap dan tindak tanduk guru akan menjadi perhatian
masyarakat. Oleh itu, sedikit sebanyak guru harus bijak mengawal emosi kerana ada masanya
mereka akan menjadi bahan kritikan bagi sesetengah pihak. Jadi, amat penting bagi seseorang
guru dan bakal guru mempersiapkan diri untuk membentuk peribadi dan akhlak yang baik di
masa akan datang.
Terdapat beberapa cabaran lain apabila seseorang itu telah melangkau masuk ke dalam
profesion perguruan. Selain menyampaikan ilmu di dalam kelas, guru juga berperanan dalam
membentuk akhlak setiap muridnya. Memang benar seperti yang kita tahu akhlak setiap
individu yang terbentuk adalah berasal dari rumah namun tidak salah jika guru boleh
membantu untuk mengubah akhlak murid menjadi lebih baik dan harmoni. Hasbullah (2020),
Ahmad Yussuf (2020), Fakhrul Adabi (2020) menyatakan, hanya melalui pendidikan yang
sempurna termasuk mengambil kira faktor-faktor pembelajaran sosial akan dapat
menghasilkan modal insan yang mempunyai wawasan dan jati diri yang kukuh. Tegas mereka
lagi, menurut perspektif Islam, pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan
insan yang berakhlak dan bermoral. Disebabkan itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap guru
untuk membentuk akhlak pelajar-pelajar supaya tidak terpengaruh dengan anasir yang boleh
merosak pelajar tetapi pelajar sendiri boleh memberi contoh yang baik sesama mereka.

Selain itu, cabaran yang dihadapi guru kini adalah apabila kepesatan teknologi kini
telah merubah banyak perkara. Hal ini adalah kerana, apabila Malaysia menyasarkan matlamat
pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi di mata dunia, para guru juga haruslah sentiasa
memotivasikan diri untuk meletak usaha yang lebih dalam merangsang minda para pelajar
sewaktu kaedah pembelajaran dan pengajaran. Salah satunya adalah dengan menggunakan
teknologi semasa di dalam kelas. Ini boleh dikatakan perkara yang agak baik kerana kaedah
ini mampu menarik minat pelajar berbanding kaedah tradisional malah ia juga boleh membantu
meningkatkan kecekapan dan memberi keberkesanan kepada pelajar semasa proses
pembelajaran. Namun harus ditegaskan bahawa guru sendiri telah faham tentang kaedah dan
konsep bagaimana menggunakan sesuatu teknologi baru itu agar tidak kekok sewaktu
mengajar dan menyampaikan ilmu kepada para pelajar sama seperti kenyataan Eki (2019) di
dalam artikelnya yang berbunyi, guru dituntut untuk selalu melakukan inovasi salah satunya
dengan menggunakan media pembelajaran agar terciptanya proses pembelajaran yang lebih
menyenangkan.

Antara peranan guru sebagai agen perubanan dan sosialisasi ialah dengan memupuk
semangat dan sifat patriotisme, bangsa dan tanah air. Selain tugas mengajar di dalam bilik
darjah, adalah menjadi tugas guru juga bagi menyemai kesedaran sivik dan kewarganegaraan
di dalam diri seseorang manusia selaras dengan prinsip prinsip Rukun Negara. Kesan yang
boleh berlaku jika guru mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan seorang individu yang
bersifat patriotisme ialah kita akan sering melihat anak-anak bangsa kita yang tidak menyetujui
atau tidak mengambil tahu tentang isu-isu yang mengukuhkan semangat patriotisme, seperti
bangga dengan pencapaian dan budaya bangsa, keinginan untuk memelihara ciri-ciri bangsa
dan asas budaya dan pengenalan diri dengan ahli baka yang lain. Jadi, bagi mengelakkan sifat
tersebut lahir dalam diri pelajar, guru haruslah menitikberatkan nilai mencintai negara dalam
diri pelajar di sekolah supaya boleh menghasilkan seorang individu yang menghargai dan
mencintai akan negaranya. Menurut Ku Hasnan Ku Halim, seorang penulis akhbar atas talian,
tanpa patriotisme, individu dan masyarakat negara berkenaan akan berpecah-belah kerana
masing-masing lebih menumpukan kepada diri atau puak masing-masing dan melupakan
tanggungjawab mereka terhadap negara. Jadi, nilai patriotisme yang merupakan sebahagian
daripada keberanian murni, apabila diilhamkan oleh guru untuk pelajarnya dan diamalkan
dengan sebaik mungkin, dapat membantu melahirkan generasi yang berhemah tinggi dan
berakhlak mulia terutama dalam kalangan masyarakat kita pada zaman sekarang.

Akhir sekali, sekolah juga merupakan institusi komuniti yang berperanan dalam
membentuk dan mengubah tingkah laku pelajardalam melahirkan individu yang berguna
dalam masyarakat. Perubahan ke arah tingkah laku yang lebih baik adalah matlamat utama di
samping peranan sekolah itu sendiri. Guru adalah agen perubahan yang secara langsung
bersama pelajar. Tanggungjawab utama guru dalam melaksanakan peranan ini ialah
mewujudkan persekitaran yang boleh membawa perubahan. Tugas memanusiakan manusia
adalah tanggungjawab yang besar dan memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi.
Baru-baru ini, tingkah laku bermasalah telah menjadi topik perbincangan di kalangan orang
awam. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh mewujudkan ketidakseimbangan antara
emosi dan aktiviti kehidupan seharian seseorang. semua tingkah laku di sekolah boleh
dipamerkan dalam pelbagai bentuk dan variasi. Justeru, pengurusan tingkah laku adalah salah
satu cabaran terbesar bagi semua guru. Sesetengah guru sememangnya kuat dalam bidang ini,
manakala yang lain perlu bekerja keras untuk menjadi guru pengurusan tingkah laku yang
berkesan. Tingkah laku sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi, cara kanak-kanak untuk
memenuhi keperluan atau menyelesaikan masalah. Seorang kanak-kanak yang terus
berkelakuan tidak wajar berbuat demikian kerana tingkah laku itu berfungsi untuknya dan
memenuhi keperluan itu. Apabila anda dan guru anda dapat mengetahui perkara yang
mencetuskan dan mengekalkan tingkah laku, anda boleh mencari cara untuk mengajar kanak-
kanak itu cara yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluannya (Barbara Kaiser, 2021). Oleh
itu, sebagai guru, kita mesti menunjukkan teladan dalam perkataan, tingkah laku, kasih sayang,
kesetiaan, dan kesucian kerana seorang guru adalah satu contoh yang sering diikuti atau
dikagumi oleh masyarakat sekeliling bermula dari dalam persekitaran sekolah.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang ideal dan berpengaruh, para
pendidik mesti memahami kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan pengetahuan dan
kemahiran kepada pelajar, mempersenjatai diri mereka dengan pengetahuan dan teknik serta
kaedah berkemahiran tinggi yang memenuhi jangkaan pelajar dan melebihi pendapat semasa.
Gurulah yang boleh mengubahnya, dari dalam dan dengan niat yang baik. Peranan guru
haruslah strategik dan perlu untuk bertindak balas terhadap perubahan zaman. Justeru,
kehadiran mereka diharap dapat memacu pendidikan ke arah yang lebih baik.
4.0 Cadangan Penyelesaian

Pada era berteknologi tinggi ini, media massa adalah adalah salah satu komponen penting bagi
membentuk komuniti yang cemerlang. Media massa memainkan peranan sebagai salah satu
landasan untuk kemudahan guru membawa transformasi atau perubahan dalam pendidikan
seperti mewartakan isu-isu kecemerlangan dan pendidikan semasa. Selain itu, dengan
penggunaan media massa dapat dijadikan sebagai salah satu bahan bantu mengajar dalam
memantapkan lagi pentaksiran dalam kelas. Kelebihan menggunakan platfom digital atau
media massa amat memudahkan tugas guru-guru serta menjadikan pembelajaran lebih menarik
memandangkan platfom tersebut boleh dicapai dan diakses oleh setiap warga, seperti contoh
penggunaan sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) yang bukan sahaja boleh diakses oleh
pihak sekolah namun boleh dicapai terus oleh ibu bapa bagi mengetahui prestasi anak-anak
mereka di sekolah.

Pihak guru dan sekolah juga perlu mewujudkan hubungan dan kerjasama yang baik
dengan komuniti setempat melalui persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Perhubungan yang
erat antara ibu bapa dan guru membolehkan ibu bapa untuk memantau prestasi dan keadaan
anak-anak di sekolah. Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) merupakan kumpulan yang ditubuhkan di semua sekolah bagi membantu
meningkatkan hubungan antara ibu bapa dan guru. Mereka diharapkan dapat membantu antara
satu sama lain memahami tugas dan tanggungjawab mereka, dan membuat penambahbaikan
kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Nizam (2020), kejayaan
dalam akademik bergantung kepada penglibatan ibu bapa dalam pembangunan pelajar. Hal ini
paling ketara apabila ibu bapa dapat bersama-sama membantu anak-anak mereka dalam
pembelajaran. Penglibatan ini akan memberi impak yang nyata dan langsung kepada
pencapaian akademik kanak-kanak.

Guru perlu menjadi teladan yang baik dengan menunjukkan personaliti dan sahsiah
yang baik kepada murid dan juga masyarakat. Proses pemilihan guru mestilah mengikuti kursus
keguruan secara telus dan calon guru yang dipilih adalah berkuatilti dan memenuhi ciri-ciri
yang diperlukan dalam profesion keguruan. Tugas guru bukanlah hanya untuk mengajar sahaja
tetapi tugas guru adalah untuk memupuk dan membentuk pelajar untuk menjadi manusia yang
tinggi sahsiah dan bijaksana. Guru perlu menjalani keperluan untuk mengajar pelajar dari segi
latihan, sistem pemantauan, pentaksiran dan penilaian bagi memenuhi keperluan dalam
kolaborasi, infrastuktur dan infostruktur bagi menjamin kualiti guru untuk mengajar murid.
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi,
prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa
terpeliharadan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan keperluan yang
digariskan amat penting bagi menjamin programlatihan yang dilaksanakan akan menghasilkan
guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

Guru adalah satu pembimbing yang penting kepada pelajar untuk membentuk komuniti
yang baik. Ini kerana guru berperanan sebagai pemimpin dengan menjadi contoh teladan dan
rujukan kepada masyarakat sekitarnya. Tindak tanduk pelajar adalah daripada ajaran ibu bapa
dan pendidik, mereka mengambil contoh daripada apa yang diperhatikan dan mengaplikasikan
kepada kehidupan. Guru mestilah menunjukkan sikap yang baik dengan menunjukkan disiplin,
menjaga tatatertib, akhlak yang baik dan lain-lain lagi. Jika seseorng guru gagal untuk
memahami tugasannya sebagai pendidik, tiada disiplin diri tinggi, kurang nilai kasih saying
dalam diri. Pelajar yang mengambil tindak tanduk ini tidak menjadi manusia yang sahsiah
tinggi sebaliknya pelajar ini akan tercorot untuk pencapaian hidup mereka.

Pihak sekolah dan ibu bapa mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua pihak
dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Aktiviti yang dilakukan adalah seperti hari
sukan sekolah, masjlis sambutan hari raya perdana peringkat sekolah dan sebagainya. Ini
memupuk sifat kepimpinan, bekerjasama dan mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.
Guru menonjolkan kepimpinan dengan memastikan aktiviti berlansung dengan lancer. Ia ialah
satu aktiviti untuk memperkasakan pelajar untuk mengubah tingkah laku dengan memberi
sokongan unutk mengadaptasikan sesuatu kerja dengan keadaan semasa. Komunikasi secara
berkala dan dengan niat yang jelas bersama kakitangan, murid, ibu bapa dan ahli masyarakat
mengenai budaya sekolah diterapkan. Ia mempamirkan semangat dan sifat positif ketika
berinteraksi dengan orang ramai. Para guru juga ialah penasihat kepada komuniti bagi kedua-
dua ibu bapa dan pelajar. Tugas guru juga memberi teguran dan nasihat terhadap prestasi
kehidupan. Sebagai contoh ialah guru memberi teguran kepada aktiviti yang tidak sihat
melibatkan anak-anak jiran tetangga di tempat tinggalnya. Ini adalah untuk membentuk pelajar
yang lebih berakhlak dan bermoral agar menjadi insan yang mengamalkan setiap tuntutan
agama masing-masing. Guru yang memberi nasihat boleh mengubah pemikiran murid daripada
pemikiran negatif kepada yang positif terhadap sesuatu isu atau perkara.
Apabila berlakunya gangguan terhadap pendidikan, sekolah mencari ikhtiar untuk terus
memenuhi keperluan sosial dan emosi seluruh komuniti sekolah di samping menjalankan
aktiviti pembelajaran dan pengkayaan jarak jauh bagi murid. Sekolah berada di kedudukan
yang unik untuk membantu anggota komuniti, terutamanya kepada mereka yang mungkin
memerlukan sokongan tambahan supaya keterhubungan dan kesejahteraan mereka terjaga.
Guru menggunakan teknologi dan aplikasi dalam talian percuma sedia ada untuk berhubungan
dengan keluarga pelajar dan pihak berkepentingan. Cara lain untuk menjalankan interaksi
secara bersemuka adalah menerusi persidangan video atau media sosial. Selain itu, guru
mewujudkan suasana yang membolehkan interaksi secara rasmi dan tidak rasmi yang
kerap dengan bersungguh-sungguh.

Ia memberi peluang kepada ahli komuniti untuk berhubung antara satu sama lain
dalam persekitaran yang selamat dan teratur. Perbincangan strategi pembanggunan
komuniti dan penjagaan diri juga salah satu cara penyelesaian. Ia mewujudkan peluang
perbincangan dalam kumpulan yang kecil. Ia penting untuk utamakan aspek
kemanusiaan dalam pendidikan. Tindakan ini menunjukkan kepada keluarga dan ahli
komuniti bahawa guru mengambil berat dan memahami cabaran yang sedang mereka
hadapi dengan bersikap fleksibel dan memahami. Membuka ruang untuk keluarga membuat
pilihan ke atas keputusan anak-anak untuk menimba pengalaman pembelajaran jarak jauh.
Guru memberi maklum balas kepada sekolah dan berhubung dengan keluarga akan
keadaan anak anak di sekolah.
5.0 Rumusan

Pendidikan merupakan bahagian yang sangat penting dalam kehidupan, malah penanda
aras yang menentukan masa depan dan kualiti hidup seseorang individu. Peranan pendidik
bukan sahaja penting di peringkat alam persekolahan, tetapi juga sebagai agen perubahan
dalam masyarakat di luar masyarakat. Guru haruslah bijak mengawal emosi sedikit sebanyak
mungkin akan menerima kritikan sesetengah pihak. Oleh itu, adalah amat penting bagi guru
dan bakal guru mempersiapkan diri untuk membentuk akhlak dan akhlak yang baik pada masa
hadapan. Pendidikan yang lengkap yang mengambil kira elemen pembelajaran sosial dapat
melahirkan modal insan yang berwawasan dan jati diri yang kukuh. Dari sudut Islam juga,
pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk insan yang berakhlak mulia dan
moral yang tinggi.

Memandangkan Malaysia berhasrat untuk mencapai tahap pendidikan negara


yang lebih tinggi di mata dunia, guru perlu melakukan lebih banyak lagi untuk
merangsang minda pelajar dalam kaedah pembelajaran dan pengajaran, seperti
penggunaan teknologi di dalam bilik darjah. Selain tugas mengajar di dalam bilik darjah,
guru juga perlu menyemai semangat patriotism dan tugas untuk menyemai semangat
kewarganegaraan dalam diri manusia berasaskan prinsip Rukun Negara. Sekolah juga
merupakan institusi masyarakat yang berperanan membentuk dan mengubah tingkah laku
pelajar dengan melahirkan individu yang berguna dalam masyarakat. Media massa boleh
membantu dalam membantu guru meningkatkan kualiti pendidikan. Sebagai contoh,
mereka sering menerbitkan artikel tentang amalan dan kejayaan pengajaran yang baik. Selain
itu, perhubungan yang erat antara ibu bapa dan guru membolehkan ibu bapa untuk memantau
prestasi anak-anak di sekolah, di samping turut dapat membantu dalam penambahbaikan
pembelajaran di sekolah. Guru seharusnya mencontohi tingkah laku yang positif supaya
dapat menunjukkan perwatakan yang baik kepada pelajar dan masyarakat.
RUJUKAN

1. Nik Hasnah Ismail. (n.d.). Guru ejen Pengubah Masyarakat | berita harian. Retrieved
December 12, 2022, from
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/08/722/guru-ejen-pengubah-
masyarakat
2. Mary Yap Kain Ching. (n.d.). Guru Berperanan Lahir pelajar capai standard global.
Retrieved December 12, 2022, from
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/74472/guru-berperanan-lahir-pelajar-
capai-standard-global
3. Huraikan Peranan Guru Dalam Menjayakan transformasi Pendidikan di negara kita.
123dok.com. (n.d.). Retrieved December 12, 2022, from
https://123dok.com/document/z3l4m7dz-huraikan-peranan-guru-menjayakan-
transformasi-pendidikan-negara.html
4. Memupuk Budaya sekolah Positif Dalam Norma Baharu. (n.d.). Retrieved December
12, 2022, from https://headfoundation.org/wp-content/uploads/2021/08/Handbook-2-
Malay_Memupuk-Budaya-Sekolah-yang-Positif-dalam-Norma-Baharu-DIGITAL.pdf
5. Semangat Patriotisme Perlu Dijiwai, Bukan Sekadar Simbolik | berita harian. (n.d.).
Retrieved November 15, 2022, from
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/09/6611/semangat-patriotisme-perlu-
dijiwai-bukan-sekadar-simbolik
6. Halim, K. H. K. (2020, August 31). Patriotisme Bukan sekadar Semangat. Sinar Harian.
Retrieved November 15, 2022, from
https://www.sinarharian.com.my/article/99031/KHAS/Pendapat/Patriotisme-bukan-
sekadar-semangat
7. Kaiser, B., & Rasminsky, J. (2021). Addressing challenging behavior in young
children: The Leader's role. National Association for the Education of Young Children.
8. Hasbullah, M. D., Ahmad, Y., & Fakhrul Adabi, A. K. (2020). Pembentukan Akhlak
Dan Sahsiah Pelajar Melalui Pembelajaran Sosial Menurut Perspektif Islam [Review
of Pembentukan Akhlak Dan Sahsiah Pelajar Melalui Pembelajaran Sosial Menurut
Perspektif Islam]. Journal of Social Sciences and Huminities, 17(9),(1823-884x), 15.
http://journalarticle.ukm.my/17017/1/44628-143588-1-SM.pdf
9. Eki, F. (2019). Penerapan Teknologi Sebagai Inovasi Pendidikan [Review of
Penerapan Teknologi Sebagai Inovasi Pendidikan]. 2(p- 2620-9047 , e- 2620-9071),
662. file:///C:/Users/user/Downloads/5736-13450-1-SM.pdf
10. Asri, A. A. (n.d.). Agen Perubahan - Kurikulum merupakan Nadi Dan Ilmu Teras
Dalam bidang pendidikan Dan Asas Kepada. Studocu. Retrieved December 16, 2022,
from https://www.studocu.com/my/document/universiti-pendidikan-sultan-
idris/pengurusan-kokurikulum/agen-perubahan/26071366
11. Nazarudin, M. N. (2021, January 17). Hubungan Penglibatan Ibu Bapa Dan Peranan
guru Dengan Pencapaian akademik pelajar sekolah. International Research Journal of
Education and Sciences (IRJES). Retrieved December 17, 2022, from
https://www.academia.edu/44924213/Hubungan_Penglibatan_Ibu_Bapa_Dan_Perana
n_Guru_Dengan_Pencapaian_Akademik_Pelajar_Sekolah

Anda mungkin juga menyukai