Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha, Tuan Pengetua, Pn.

Hanishah Mohd, para


pentadbir, guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru dan
murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Hari ini adalah giliran saya untuk mengupas tentang nilai murni
iaitu bertanggungjawab. Bertanggungjawab bermaksud
kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan
tugas serta kewajipan dengan sempurna. Antara ciri-ciri
amalan nilai bertanggungjawab adalah
i) mengurus masa dengan bijak,
ii) merancang aktiviti dengan bijak dan tidak menangguh kerja,
iii) mengisi masa terluang dengan kerja berfaedah,
iv) berfikiran positif dalam semua bidang yang diceburi.

Setiap orang di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada


amanah dan tanggungjawab. Baik yang tua mahupun yang
masih muda. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,
masyarakat, negara dan yang paling penting sekali,
tanggungjawab terhadap agama. Segala tanggungjawab ini,
daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan
diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak.

Seandainya kita mengabaikan dan tidak melaksanakan


tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan
negara, maka akan timbul pelbagai masalah social yang boleh
menggugat ketenteraman masyarakat seluruhnya di samping
wujud penyesalan dalam diri sendiri.

Kita seharusnya melaksanakan tanggungjawab kita dengan


berkesan berlandaskan nilai murni dan etika di bawah garis
panduan yang ditetapkan oleh agama, budaya masing-masing
serta negara. Tanggungjawab juga haruslah selaras dengan
aspirasi utuk mewujudkan sebuah keluarga, masyarakat dan
negara yang bermoral sepenuhnya supaya segala matlamat
dapat dicapai. Kita mestilah sentiasa berusaha untuk
melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan hidup dalam
keadaan aman dan damai, harmoni dan sejahtera.

Melalui melaksanakan segala tanggungjawab, kita juga boleh


membaiki diri kita. Contohnya dapat menanamkan disiplin yang
tinggi dalam diri kita. Selain itu, kita juga boleh menghargai
waktu kita dan dapat menghabiskan masa lapang kita dengan
perkara-perkara yang sangat berguna selaras dengan
peribahasa masa itu emas. Seterusnya orang lain juga akan
yakin dan percaya dengan kita jika kita melaksanakan
tanggungjawab kita dengan tepat dan bukan itu saja, kita
bukan hanya dapat menolong orang lain tetapi dapat
membantu diri sendiri untuk kearah yang lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai