Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH PENYAYANG

1. KONSEP
Penyayang = perbuatan /perlakuan menyayangi, mengasihi & bersifat belas
kasihan serta menghormati orang lain.
Guru penyayang = seseorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap
perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Selaras dengan RMK7.

2. TUJUAN SEKOLAH PENYAYANG
Supaya murid dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang
Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan
kakitangan sekolah terhadap murid-murid di sekolah.
Melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu
memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa.
Melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.
Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.
Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.
Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh
warga sekolah.
Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan
sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjasama ke arah
mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang.

3. ELEMEN UTAMA
Persekitaran
Pengurusan
Guru dan staf (kakitangan sekolah)
Murid
Ibu bapa (PIBG) dan komuniti setempat.

4. CARA PELAKSANAAN
Happy School Campus untuk tarik minat murid untuk hadir ke sekolah
setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah.
Segar minda sediakan tempat untuk murid merehatkan minda
Maya Bestari dapat guna kemudahan internet di bilik akses, makmal
komputer. (1S1W)
Indahnya Sekolahku persekitaran sekolah yang cantik dan indah.
Kelasku Rumahku kelas dinilai, diberi token.
Lestari Alam pertandingan hasilkan bahan menari drpd bahan2
terbuang.
Kem Lestarikan Kehijauan Alamku pendedahan kepentingan jaga alam
sekitar, gotong royong.
Program Anak Angkat- guru dan anak murid angkat.
Sukaneka aktiviti di luar kawasan sekolah, utk mningkatkan smangat
kekitaan guru murid.
Welcome To School guru sambut kedatangan murid di pintu pagar.

5. KEBAIKAN/FAEDAH
Menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek,
jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Masalah disiplin dapat dikurangkan.
Murid seronok untuk ke sekolah.
Meningkatkan semangat perpaduan dan semangat kerjasama.
Rapat hubungan sillaturrahim.

Anda mungkin juga menyukai