Anda di halaman 1dari 16

Pendidikan Moral : Masalah Pelaksanaan Pendidikan Moral dan Cara-cara

Mengatasinya.
Pengenalan
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat
pendidikan dan sebagai satu wadah untuk mencapai hasrat Negara. Mata pelajaran
ini amat penting di sekolah dalam usaha membentuk generasi yang berilmu,
berdisiplin dan berwawasan. Dalam usaha untuk melahirkan insan yang bermoral,
guru pendidikan moral memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan isi
pelajaran dengan berkesan dan menjadi role model kepada murid-muridnya. Muridmurid akan mengalami proses perkembangan moral yang akan mempengaruhi
pemikiran, emosi dan tingkah laku. Justeru, sebagai seorang guru sudah tentulah
kita mengharapkan dan meletakkan wawasan yang tinggi ke arah pembentukan
modal insan terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi yang amat dahagakan
para ilmuan, orentalis dan cendekiawan yang segar dengan inovasi terkini menurut
peredaran zaman.
Dalam merancang pembangunan sains dan teknologi serantau di negara kita,
perlu ditekankan kepada pembangunan akhlak, moral dan jati diri dikalangan modal
insan agar ilmu yang digendong terus mekar dengan keperibadian mulia bagi
menjamin kesejahteraan negara kita yang kaya dengan pelbagai keturunan anak
dan bangsa. Ini selaras dengan Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia, iaitu untuk
membentuk

individu

yang

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

boleh

menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.


(Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, 2003). Oleh yang demikian,
pembangunan modal insan dari segi sahsiah ini amat memerlukan sokongan jitu dari
pendidik yang memacu mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Para guru
Pendidikan Moral haruslah sentiasa segar dengan ciri-ciri guru yang cemerlang agar
dapat

menjayakan

matlamat

ini

dengan

gemilang.

Guru

juga

haruslah

berketerampilan, mempunyai daya tarikan yang dapat mendorong pelajar untuk


bermotivasi mendengar dan melaksana ilmu yang diterbitkan olehnya.

Masalah Pelaksanaan Pengajaran Pendidikan Moral di Sekolah


Sebagaimana yang telah diketahui umum, terdapat beberapa masalah utama
dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Moral di sekolah yang akan
dibincangkan dalam topik ini.
Kekurangan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Sumber pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan termasuklah
kurangnya Bahan Bantu Mengajar (BBM), Bahan Bantu Belajar (BBB), buku-buku
rujukan dan sebagainya. Kekurangan BBM menyebabkan proses pengajaran yang
ingin disampaikan oleh guru kurang berkesan, tidak menarik minat murid,
membosankan, tidak kreatif dan sebagainya. Kekurangan BBB pula menyebabkan
proses belajar murid tidak berkembang dengan baik, tidak memahami sepenuhnya
isi pelajaran yang disampaikan, tidak menjana perkembangan kognitif murid dan
sebagainya. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kurangnya buku-buku rujukan yang
diterbitkan menyebabkan objektif mata pelajaran Pendidikan Moral tidak tercapai
sepenuhnya.
Semua kekurangan ini pasti merencatkan perkembangan kognitif, afektif dan
perlakuan moral yang diharapkan. Kekurangan ini timbul mungkin disebabkan oleh
mentaliti masyarakat yang berfikiran bahawa mata pelajaran ini kurang penting,
bukan subjek peperiksaan dan tidak perlu diberi perhatian yang mendalam. Lantaran
itu, kekurangan ini menyebabkan proses perkembangan pembelajaran murid tidak
berkembang sepenuhnya. Nilai-nilai murni yang sepatutnya diterapkan kepada
murid-murid kurang mencapai sasaran. Semua pihak perlu mengubah pola berfikir
terhadap mata pelajaran ini dan mula melihat bahawa ianya merupakan subjek yang
amat penting.
Berdasarkan situasi tempat penulis bertugas, sedikit sebanyak masalah ini
berlaku. Apa yang dibekalkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Moral hanyalah sukatan mata pelajaran atau Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks. Guru sendirilah yang akan
menyediakan BBM dan BBB. Namun, guru mempunyai beberapa mata pelajaran
yang diajar dan tidak dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap mata pelajaran ini.
Oleh itu, penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran tidak dapat disediakan
sepenuhnya.
2

Kekurangan Latihan Khusus dalam bidang pengajaran Pendidikan Moral


Pada masa kini, tidak ramai guru terlatih yang dibekalkan ke sekolah dengan
latihan khusus atau opsyen Pendidikan Moral. Oleh itu, guru yang mengajar mata
pelajaran ini bolehlah digelar sebagai bidan terjun. Guru terpaksa mengajar tanpa
panduan yang lengkap dengan berbekalkan sukatan pelajaran dan buku teks
sahaja. Jika perkara ini berterusan, matlamat mata pelajaran Pendidikan Moral tidak
dapat direalisasikan sepenuhnya. Perkara utama dalam pengajaran, iaitu kaedah,
pendekatan dan teknik untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid tidak
dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Bagi sekolah tempat penulis bertugas, sememangnya tiada guru yang
ditempatkan dengan opsyen Pendidikan Moral. Mata pelajaran ini diajar oleh guruguru opsyen lain yang kurang mahir dalam mata pelajaran ini. Oleh itu, proses
pengajaran Pendidikan Moral dilihat kurang berkesan dan tidak mencapai hasrat
dalam matlamat mata pelajaran ini. Tiada sebarang aktiviti yang menonjol dianjurkan
oleh panitia Pendidikan Moral. Perkara ini bukannya disengajakan, tetapi guru yang
diberi tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai ketua panita turut mempunyai
tugas penting lain seperti guru mata pelajaran teras, guru kelas dan sebagainya.
Sekiranya sekolah dibekalkan dengan guru opsyen Pendidikan Moral, sudah
pasti proses pengajaran mata pelajaran ini mengalami perubahan dan memberi
impak kepada sekolah. Ini kerana dengan adanya guru opsyen Pendidikan Moral,
mata pelajaran ini akan dapat diberi perhatian serius. Guru tersebut juga boleh
melaksanakan latihan dalaman untuk memberi input dan latihan kepada semua guru
yang mengajar mata pelajaran ini. Ianya juga mampu memberi kesan kepada muridmurid dari pencapaian objektif terhadap kognitif, afektif dan perlakuan moral. Oleh
yang demikian, pihak kementerian sewajarnya memberi perhatian khusus terhadap
mata pelajaran ini kerana ianya mampu memberi kesan jangka panjang kepada
negara.

Isu-isu Moral
Data

Kementerian

Pendidikan

serta

statistik

Polis

Diraja

Malaysia

menunjukkan jumlah salah laku melibatkan remaja masih bersekolah semakin


meningkat. Makin membimbangkan bila data-data tersebut menunjukkan muridmurid sekolah bukan sahaja sekadar terlibat di dalam kelakuan tidak sopan,
melanggar peraturan sekolah seperti bising dalam kelas, datang lewat ke sekolah,
ponteng tetapi juga menjangkau kepada perlakuan jenayah seperti gengsterisme,
melakukan gangguan seksual, merogol malah hingga kepada membunuh. Kajian
gengsterisme di sekolah menengah harian yang dilakukan oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan mengenal pasti 459
daripada 1,560 buah sekolah terdedah dengan budaya gengsterisme.
Data Kementerian Pelajaran tahun 2008 menunjukkan 21,060 pelajar dikesan
ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar terlibat pada tahun sebelumnya. Selain
ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan
pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di
sekolah membabitkan 23,220 kes pada tahun 2007 dan 19,980 kes pada 2006.
Akibat meningkatnya gejala sosial yang semakin serius, maka cadangan
mengembalikan semula hukuman rotan sekarang berada di atas meja Peguam
Negara. Nampaknya institusi pendidikan seperti sekolah seakan sudah hilang upaya
untuk menguruskan masalah gejala sosial melalui Pendidikan Moral dan agama
Islam dan akhirnya bersetuju untuk kembali kepada cara lama menangani masalah
remaja. Malah institusi kaunseling secara jujurnya juga seperti tidak terdaya
menyelesaikan kerenah isu juvenil ini.
Kesalahan remaja sememangnya masalah pendidikan dan sekolah tidak
dapat tidak mesti bertanggungjawab membanterasnya tetapi mengambil langkah
menggunakan rotan sama sekali tidak akan menghilangkan masalah sosial. Kajian
oleh pakar pendidikan pembelajaran sepakat bersetuju bahawa sistem hukuman
rotan bukanlah satu kaedah yang paling baik dan berkesan, malah pelajar yang
telah melalui kaedah hukuman rotan ada antaranya yang terus menerus melakukan
kesalahan yang lebih besar daripada kesalahan di mana mereka pernah dikenakan
hukuman rotan. Kajian di negara ini juga telah banyak dilakukan berkaitan masalah
disiplin di kalangan remaja.

Kementerian Pendidikan telah mencuba pelbagai kaedah untuk menangani


masalah disiplin daripada kempen hinggalah bekerjasama dengan pihak polis dan
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Malangnya, impak kepada masalah
disiplin sifar nampaknya masih jauh daripada yang diharapkan. Hukuman merotan
bukan sahaja ditentang oleh golongan peguam tetapi juga di kalangan pendidik yang
mementingkan konsep pendidikan yang murni dan bermaruah.

Kita mungkin

berkata merotan akan mendidik pelajar ini supaya tidak akan lagi melakukan
perbuatan salah mulai esoknya di sekolah. Maka kita cuba menyatakan jika semua
sekolah menjalankan hukuman merotan maka dalam satu jangka nanti akan sangat
kurang atau tiada lagi masalah sosial di sekolah kerana pelajar akan takut dikenakan
hukuman rotan.
Satu masa dulu, data menunjukkan lingkungan umur yang paling tinggi
melakukan masalah sosial ialah kalangan remaja lelaki antara 15-18 tahun. Namun
trend ini dilihat mulai membimbangkan apabila kumpulan pelaku masalah sosial kini
semakin rendah tahap umur sehingga ada yang berumur kurang dari 10 tahun
terutama berkaitan kes curi, ponteng, merokok dan mencabul pelajar perempuan.
Malah remaja wanita juga semakin ramai yang terlibat sebagai pelaku masalah
sosial. Menguruskan pelajar perlukan kesabaran para guru, ketelitian dalam
berinteraksi dengan kanak-kanak serta secara nasihat sedikit demi sedikit tetapi
konsisten sangat berkesan. Paling penting bermula sejak awal umur kanak-kanak.
Kalaulah merotan terbukti boleh menyelesaikan masalah disiplin, dunia telah lama
aman dan sejahtera. Perlakuan jenayah dan gejala sosial menuntut perhatian yang
lebih tinggi daripada sekadar mengkaji baik buruknya merotan pelajar. Kanak-kanak
pada peringkat muda pada asasnya memerlukan kasih sayang, luangkan masa
serta perhatian para ibu bapa dan guru- guru.

Masalah yang Berpunca daripada Faktor Murid, Guru, Sekolah dan Masyarakat
Terdapat juga sekolah yang mempunyai kurang murid yang mengikuti mata
pelajaran Pendidikan Moral. Sekolah-sekolah tersebut mempunyai majoriti atau
kadang-kala seratus-peratus murid beragama Islam. Murid beragama Islam sudah
tentu mengikuti kelas mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, dalam
keadaan ini, pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral dilihat sebagai kurang
aktif. Misalnya, terdapat sekolah yang mempunyai seorang sahaja murid bukan
Islam dalam satu kelas. Guru yang mengajar Pendidikan Moral biasanya akan
mengajar murid tersebut di luar bilik darjahnya, seperti di Pusat Sumber, Bilik Guru
atau di tempat-tempat yang lain. Aktiviti yang dilakukan agak terhad, terutamanya
aktiviti kumpulan. Murid tersebut tidak mempunyai pengalaman yang luas belajar
secara berkumpulan yang memupuk sikap bekerjasama dan berinteraksi dengan
rakan-rakan.
Guru yang bukan opsyen Pendidikan Moral pula tidak mempunyai latihan
khusus dalam mata pelajaran ini. Keadaan ini menyebabkan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral menjadi kurang mantap dan tidak
mencapai objektif yang diharapkan dengan sepenuhnya. Disamping itu, guru
biasanya mempunyai pelbagai tugas yang lain seperti sebagai guru kelas, ketua
panitia, guru mata pelajaran yang lain dan sebagainya, yang turut menuntut
perhatian dan tanggungjawab sepenuhnya. Kadangkala, keadaan ini menyebabkan
perhatian terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral berkurang.
Sekolah juga adakalanya kurang menitikberatkan mata pelajaran Pendidikan
Moral. Guru yang mengajar mata pelajaran ini sering bertukar ganti setiap kali
berlaku perubahan jadual waktu induk. Keadaan ini menyebabkan fokus terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Pihak sekolah yang mementingkan
peningkatan akademik bagi mata pelajaran teras yang mempunyai peperiksaan turut
menyumbang ke arah masalah pelaksanaan Pendidikan Moral dengan sepenuhnya.
Adakalanya, masa bagi mata pelajaran ini diabaikan semata-mata untuk memberi
sepenuh perhatian kepada subjek peperiksaan.
Masyarakat umum juga kadang-kala turut menyumbang kepada masalah
pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral. Ibu bapa misalnya, tidak membelikan
buku rujukan atau bahan bacaan tambahan kepada anak-anak mereka bagi mata
6

pelajaran Pendidikan Moral. Alasan yang diberikan ialah mata pelajaran ini bukan
subjek peperiksaan. Kekurangan sokongan masyarakat bagi pelaksanaan mata
pelajaran ini menyebabkan ianya tidak mengalami perkembangan dan menunjukkan
hasil pada tahap yang minima.
Berdasarkan pemerhatian penulis di sekolah tempat bertugas, masalah
utama pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral ialah faktor guru. Guru yang
diberi tanggungjawab mengajar mata pelajaran ini telah cuba sedaya upaya
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Namun begitu, kekurangan
sumber pengajaran dan pembelajaran, ditambah dengan ketiadaan guru opsyen
Pendidikan Moral, disamping pelbagai tanggungjawab guru, ternyata sedikit
sebanyak memberi kesan negatif terhadap pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Moral di sekolah. Disamping itu, status Sekolah Kurang Murid (SKM) menyebabkan
tiada perbekalan guru dengan opsyen Pendidikan Moral.

Cara-cara Mengatasi Masalah Pelaksanaan Pengajaran Pendidikan Moral

Menambah Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


Kebanyakan sekolah menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Ini kerana
pihak sekolah lebih banyak menghabiskan peruntukan yang diberikan bagi
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek-subjek teras. Guruguru Pendidikan Moral telah berusaha menyediakan bahan-bahan bantu mengajar
bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru ini
juga mengadakan pelbagai aktiviti pertandingan di kalangan pelajar bagi menambah
bahan pembelajaran seperti pertandingan mereka model rumah ibadat, buku skrap
dan persembahan power point bagi topik-topik yang diajar di dalam silibus
Pendidikan Moral.
Usaha yang diambil bagi menambah sumber pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan oleh guru-guru ini adalah penting bagi menggapai wahana yang
telah direncanakan. Kini, sistem pendidikan kian berkembang dengan pesat. Guru
yang prihatin dengan scenario ini akan sentiasa berusaha memperbaiki mutu
pengajaran dan pembelajarannya agar sentiasa segar dengan perkembangan
pendidikan semasa. Kepelbagaian bahan pembelajaran adalah penting bagi menarik
minat pelajar untuk menerima ilmu yang ingin disampaikan. Justeru, golongan kiai
Pendidikan Moral haruslah berusaha memajukan bahan pembelajaran sejajar
dengan fokus dan strategi pembangunan modal insan yang dicanangkan iaitu untuk
menyediakan infrastruktur dan perkakasan mencukupi bagi pembestarian sekolah.
Kepentingan mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah
penting bagi memastikan pelajar meminati subjek yang diajarkan. Ini juga jelas
dinyatakan di dalam Fokus dan Strategi Membangunkan Modal Insan iaitu untuk
memantapkan
Pendidikan

kurikulum

Islam

dan

dengan

meneruskan

Pendidikan

Moral

Kewarganegaraan. (sumber PIPP, 2006-2010).

pelaksanaan
serta

mata

Pendidikan

pelajaran
Sivik

dan

Mengadakan Latihan dan Bengkel Berkaitan Pendidikan Moral


Oleh kerana ramai guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral adalah
daripada guru yang bukan opsyen, latihan dalam perkidmatan, perbincangan
profesional dan bengkel-bengkel bagi membincangan hal-hal berkaitan pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral ini telah diadakan secara
berperingkat. Mereka juga cuba mempertahankan agar guru-guru yang telah
mengikuti kursus dalam perkhidmatan bagi subjek ini dikekalkan untuk mengajar
subjek ini pada tahun-tahun berikutnya.
Latihan, bengkel dan perjumpaan profesional ini diadakan bagi memberikan
pengisian kepada guru-guru mengenai kaedah, pendekatan dan teori yang doleh
digunakan bagi mengajar subjek ini. Selain dari itu, guru-guru juga akan diberikan
taklimat tentang bagaimana menyediakan rancangan mengajar bagi mata pelajaran
Pendidikan Moral.
Cara meningkatkan kualiti dan taraf Pendidikan Moral melalui sesi
perbincangan professional, Latihan Dalam Perkidmatan, dan melalui bengkelbengkel yang dianjurkan juga amatlah penting. Ini sejajar dengan Teras strategik
PIPP yang ke-5 iaitu untuk Memartabatkan Profesion Keguruan. Berdasarkan PIPP
peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru
sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada
pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P
menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.
Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan
meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah
untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan
amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.
Bagi menjayakan PIPP, adalah penting mengadakan sesi pertemuan di antara guru
yang membolehkan pertukan idea, dan bahan mengajar untuk memantapkan lagi
sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti ini guru boleh memperkayakan
diri dengan meningkatkan kemahiran menggunakan ICT dengan baik agar dapat
diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui
latihan-latihan ini guru Pendidikan Moral dapat mengilhamkan inovasi yang dapat
membantu di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
9

Menyediakan Suasana Pembelajaran yang Selesa dan Berkesan


Guru-guru

yang

mengajar

mata

pelajaran

Pendidikan

Moral

akan

menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif seperti menyedikan


bahan-bahan bantu mengajar yang menarik, menyusun dan mempelbagaikan aktiviti
yang menarik minat murid. Selain dari itu susun atur di dalam Bilik Pendidikan Moral
juga sentiasa diubahsuai dengan kreatif dan selesa bagi kegunaan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang
berkesan mempunyai ciri-ciri berikut:
i. guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan,
ii. guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya,
iii. Guru Besar merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa, dan
iv. murid-murid berasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.
Suasana yang selesa dan kondusif yang telah diaplikasikan di dalam Bilik
Pendidikan Moral amatlah bertepatan bagi melahirkan modal insan yang
bersemangat waja untuk mempelajaran apa yang hendak disampaikan oleh guru
kenyataan ini disokong oleh Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006) yang menyatakan
bahawa keadaaan yang selesa dan kondusif ini akan menjadikan guru-guru sentiasa
bersemangat untuk memberikan komitmen yang terbaik dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya membantu meningkatkan motivasi pembelajaran.

Mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang


Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan kemajuan
dan kemakmuran negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam membangunkan
modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. (Tan
Sri Muhyiddin Yassin, 2011. Justeru guru perlu mempunyai budaya kerja yang
cemerlang bagi mencapai matlamat ini). Budaya cemerlang telah ditekankan di
dalam FPN dan Wawasan 2020. Oleh itu, cita-cita yang besar ini perlu diiringi
dengan kerja-kerja yang besar, pengorbanan dan perjuangan. Budaya cemerlang
telah dijelmakan melalui Dasar Pandang ke Timur (1982), Bersih, Cekap dan
10

Amanah (1982), Kepimpinan Melalui Teladan (1983) dan Penerapan Nilai-Nilai Islam
(1985/86). Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dilancarkan pada 20 November 1989.
Penekanan ialah kepada mutu kerja dan produktiviti melalui penerapan nilai-nilai dan
budaya kerja koporat . Pada 31 Oktober setiap tahun, iaitubermula dari tahun 1991,
ditetapkan sebagai Hari Q perkhidmatan awam. Prestasi dan pencapaian bukanlah
suatu yang statik. Manusia tidak boleh berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian
yang dicapai. Satu konsep utama untuk membangunkan budaya cemerlang ialah
amanah. Menurut Islam seluruh diri dan hidup manusia adalah amanah. Manusia
bertanggung jawab untuk melaksanakannya dan penanggungjawabannya yang
tertinggi ialah kepada Allah S.W.T. Kecemerlangan mesti dijadikan motto, pegangan
dan amalan. Budaya kerja cemerlang yang disarankan oleh Perkhidmatan Awam
Malaysia mengandungi dua nilai utama dan lima nilai sokongan. Nilai-nilai utama
ialah keutuhan (integrity) dan prestasi yang bermutu. Nilai-nilai sokongan pula ialah
berorentasikan

pelanggan,

berorentasikan

kemanusiaan,

inteletualism,

profesionalisme dan daya serta disiplin diri. Sementara itu dalam budaya koporat
diutamakan rasa kepunyaan, kesetiaan. partisipasi, komitmen, dedikasi dan
kecemerlangan.

Memantapkan Organisasi dan Pentadbiran Kurikulum Sekolah


Guru-guru ini haruslah berusaha memberikan pemahaman kepada pihak
pentabdir sekolah agar menganggap mata pelajaran Pendidikan Moral adalah sama
penting dengan mata pelajaran lain. Ini kerana pihak pentadbir sekolah memainkan
peranan yang penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Menurut Wan Liz Ozman (1996), ketua sesebuah organisasi memainkan
peranan yang besar dalam mencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan dan
keberkesanan organisasi tersebut. Seseorang pemimpin yang tidak mempunyai
wawasan yang jelas mengenai objektif dan arah tujuan organisasinya sudah tentu
tidak akan dapat mengemudikan organisasi tersebut ke arah matlamat yang tepat.
Maju atau mundurnya sesebuah organisasi itu bergantung kuat kepada kualiti dan
gaya kepimpinan pemimpin yang memegang tanggungjawab tersebut. Penerimaan
ahli organisasi kepada pemimpin akan menentukan kecemerlangan organisasi
tersebut.
11

Mengamalkan Prinsip Pembelajaran di Dalam Bilik Darjah


Menurut Prof. Cr Khadijah Rohani et.all. (2009), Prinsip pembelajaran
merujuk kepada dasar-dasar yang menerangkan cara pembelajaran boleh berlaku
secara berkesan. Prinsip pembelajaran yang boleh dilaksanakan adalah:
i. Kesediaan pembelajaran
Pelajar hendaklah mempunyai kesediaan fizikal, mental, emosi sebelum memulakan
sesuatu pembelajaran. Guru haruslah memastikan kesediaan belajar pelajar
sebelum memulakan sesi P&P.
ii. Pengalaman
Menggunakan konsep pembelajaran secara kognitif iaitu pelajar mempelajari isi
pelajaran secara aktif. Pelajar akan belajar melalui membuat iaitu membina
pengetahuan baru melalui aktiviti yang dijalankan. Guru perlu menyediakan aktiviti
yang dapat dijalankan pelajar untuk membina pengetahuan mereka sendiri.
iii. Unsur jenaka
Menyelitkan unsur jenaka di dalam sesi P&P supaya pelajar lebih mesra dan
berminat untuk belajar. Guru yang peramah dan ceria akan menarik minat pelajar
untuk belajar dengannya.
iv. Motivasi
Memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif dan negatif di dalam pembelajaran
agar pelajar merasa diri mereka dihargai dan diberi perhatian. Guru yang sering
memotivasikan pelajar akan disayangi dan dijadikan sebagai role-model di dalam
pembinaan sahsiah dan peribadi mereka.

Mengamalkan Ciri-Ciri Guru yang Berkesan


Guru pendidikan moral juga perlu mengamalkan ciri-ciri guru yang berkesan
untuk meningkatkan kebolehan dan kemampuan mereka sebagai guru pendidikan
moral yang lebih berkualiti. Antara ciri-ciri guru yang berkesan adalah menguasai
pedagogi, teori dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
12

Menguasai pedagogi Pendidikan Moral adalah amat penting bagi seorang guru
Pendidikan Moral. Oleh yang demikian, guru Pendidikan Moral harus sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan melaui pelbagai medium seperti pembacaan
dan pendidikan kendiri seperti melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pendidikan
Moral. Ini kerana guru Pendidikan Moral perlu menggunakan teknik dan strategi
pengajaran yang pelbagai bagi menggalakkan pembangunan pelbagai kemahiran
pelajar dan tahap di kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan,
keperluan, minat, dan latar belakang (Martin et al., 1994).
Guru Pendidikan Moral juga perlu melibatkan pelajar dalam pembelajaran
secara kolaberatif dengan menggunakan pelbagai teknik pembelajaran secara
berkumpulan serta berkemahiran mengaplikasikan pelbagai alat-alat teknologi dalam
mencari maklumat, mengumpul dan memproses data dan mempermudahkan
pembelajaran Pendidikan Moral. Di samping itu, guru juga perlu memahami
kerangka alternatif pelajar dan berusaha mengubahnya ke arah pemahaman konsep
yang sebenar dan menimbulkan persekitaran yang selamat dan menggalakkan
pembelajaran (Driver, 1983).
Guru juga perlu menguruskan masa dengan cekap supaya segala
perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan efektif (Behet, 1997; Everston
dan Harris; 1992; Ross 1992 dan Palincsar dan Brown 1989).

Amalan Refleksi di Dalam Pengajaran


Pemikiran dan amalan refleksi dianggap sebagai suatu aktiviti kognitif. Dewey
(1933)

menegaskan

bahawa

proses

refleksi

yang

melibatkan

berlakunya

ketakseimbangan dalam struktur kognitif mengakibatkan individu berfikir secara aktif


dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian. Dalam kajian yang dijalankan oleh
Bell dan Davis (2000) mendapati proses pemikiran dan amalan refleksi yang
dimuatkan dalam sesuatu perisian saintifik dapat menyokong dan membantu
merangsang pelajar melakukan aktiviti kognitif bagi memahami dengan lebih jelas
sesuatu konsep pembelajaran. Refleksi merupakan suatu proses pembangunan diri
dan penambahbaikan berterusan bagi mencapai tahap keprofesionalan dalam
kerjaya khususnya kerjaya perguruan (Corcoran dan Leahy, 2003).

13

Menurut Steffy dan Wolfe (1997), guru yang berkesan perlu membangunkan
satu

orientasi

terhadap

kerjanya

termasuk

proses

pembaharuan

dan

penambahbaikan dalam prestasi pengajaran yang dilaksanakan. Kajian yang


dilakukan oleh Mills dan Satterthwait (2000) ke atas guru pelatih tahun pertama di
Universiti Queensland bagi mengkaji persepsi guru pelatih terhadap elemen yang
perlu ada pada seseorang guru yang efektif mendapati kebanyakkan guru pelatih
menyatakan bahawa dengan mengamalkan pemikiran dan amalan refleksi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mereka menambahbaik
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan berkesan.
Mempraktikkan amalan refleksi secara berterusan bagi mengenalpasti cara dan
teknik untuk memperbaiki segala kelemahan diri dengan mengumpulkan maklumat
daripada pelajar, penyelia, rakan sejawatan serta perbincangan yang dilaksanakan
bersama ibu bapa, rakan-rakan dan lain-lain. Keseluruhannya, matlamat pengajaran
sains yang berkesan sebagaimana yang telah dibincangkan menjadi asas dan hala
tuju yang cuba dicapai dan dilaksanakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral oleh guru-guru Pendidikan Moral.

14

Penutup
Kesimpulannya,

dapatlah

dikatakan

bahawa

Guru

Pendidikan

Moral

memainkan peranan amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada
pelajar di sekolah melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan.
Tugas untuk menjadi guru contoh di sekolah bukanlah mudah ianya memerlukan
sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru lain, pelajar dan masyarakat secara
keseluruhannya. Namun dalam proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat lima
agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga,
rakan sebaya, sekolah (institusi), agama dan media massa.
Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan
visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang
seimbang dalam semua aspek kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan
pelajar yang kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu
memerlukan tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan pendekatan proses
pengajaran serta pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian,
kaedah penyelesaian konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang
kreatif dalam menggalakkan murid yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran
mereka, khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
Selain daripada memperkasakan diri dengan ilmu dan kemahiran di dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral seorang guru Pendidikan Moral
juga haruslah mempunyai memiliki bakat, minat, panggilan jiwa, dan idealisme
sebagai seorang pendidik. Profesionalisme dalam pendidikan memerlukan guru
yang mampu mempunyai instinct bagi memahami kerenah murid-muridnya. Guru
juga harus menguasai secara mendalam di dalam bidang keilmuannya bagi
memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Justeru guru haruslah sentiasa bersikap positif agar mampu "membangun" manusia
muda dengan penuh rasa percaya akan diri sendiri melalui penambahan ilmu yang
sentiasa segar diminda. Ini adalah penting bagi menjamin Pendidikan Moral di
sekolah mampu melahirkan cendekiawan yang penuh dengan rasa tanggungjawab,
serta mampu mengekalkan kesejahteraan negara.

15

Rujukan

Abdul Rahman Abd.Rashid (2001) .Nilai-nilai murni dalam pendidikan. Kuala


Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abu bakar (2006) Tahap keberkesanan Pendidikan Moral. Perak :Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Manusia.
Guru Penjana Tranformasi Negara. Teks ucapan Sambutan Hari Guru 2011. Tan Sri
Muhyiddin Yassin, 2011.
Abd.Shatar Rahman (2007). Pengetahuan Kandungan Pedagogi Guru Pendidikan
Moral Tingkatan Empat Di Sebuah Sekolah. Tesis Doktor Falsafah :Universiti
Malaya.
http://b-naimem.tripod.com/wawasan.htm dilayari pada 15 September 2014.

16

Anda mungkin juga menyukai