Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untuk mendidik murid untuk menjadi
insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan perkembangan penaakulan
moral, emosi moral dan perlakuan Moral (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Guru
memainkan peranan penting bagi merealisasikan usaha tersebut tercapai sejajar dengan
falsafah pendidikan yang menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dari aspek
jasmani, emosi, intelek dan rohani. Selain itu, guru merupakan satu elemen yang penting bagi
memastikan program Pendidikan Moral dapat melahirkan warga yang bermoral. Oleh yang
demikian, guru perlu mengetahui peranan mereka sebagai pendidik dan peka dengan
cabaran-cabaran yang berlaku dalam mata pelajaran pendidikan moral.

2. 0 Peranan Guru Pendidikan Moral

Guru pendidikan moral memainkan peranan penting sebagai agen perkembangan moral
pelajar. Guru bertanggungjawab menyemai dan memupuk nilai murni dalam jiwa pelajar untuk
melahirkan pelajar yang bermoral dan berakhlak mulia. Oleh yang demikian guru perlu
menunjukkan sikap dan tingkah laku yang positif kerana pelajar-pelajar mudah
menginterpretasikan sesuatu yang dilakukan oleh guru sama ada cara guru bertutur atau
tingkah laku. Guru perlu menjadi teladan yang baik kepada pelajar-pelajar dengan sentiasa
menunjukkan sikap sopan santun, berhemah dan penyayang. Seorang guru harus menjadi
teladan yang baik untuk anak didiknya. Sebagai mana pepatah mengatakan “Guru kencing
berdiri, murid kencing berlari”. Dari pepatah tersebut mencerminkan bahwa seorang guru
harus menjadi teladan yang baik, jika guru itu memberikan teladan yang baik kepada anak
didiknya maka secara tidak langsung anak didik akan menirukan apa yang dilakukan oleh
gurunya, begitu juga sebaliknyan jika guru itu memberikan contoh yang buruk maka
pelajaranya akan berbuat buruk juga.

Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga perlu menekankan pembentukkan
tingkah laku pelajar yang ungul dan melahirkan insan yang bermoral. Guru berperanan perlu
mewujudkan aktiviti pembelajaran yang menjuruskan kepada pembentukkan tingkah laku
pelajar yang positif. Aktiviti pembelajaran perlu mengambil kira tiga aspek perkembangan
moral pelajar iaitu aspek penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Guru perlu
menekankan tiga aspek tersebut. Hal ini kerana ketiga aspek tersebut penting untuk
membentuk moral seseorang pelajar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
pelajar bekerjasama secara berkumpulan seperti dalam PAK 21. Contohnya gallery walk,
perbentangan, perbincangan atau pembelajaran khidmat masyarakat. Dengan melakukan
aktiviti berkumpulan, ini dapat menggalakkan pelajar berinteraksi sesama mereka dan

1
mewujudkan rasa tanggunjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti
permbelajaran sedemikian juga turut memberi kesan kepada ketiga-tiga aspek moral pelajar
sekaligus dapat membantuk membentuk tingkah laku yang positif dalam diri pelajar. Jelaslah
peranan guru sebagai batu loncatan untuk membentuk tingkah laku pelajar yang positif.

3.0 Cabaran- Cabaran Guru Pendidikan Moral

Cabaran guru pendidikan moral masa kini semakin berat terutamanya dalam menbentuk
tingkah laku pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang, bangsa, agama dan
kepercayaan. Pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar
bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah, bahkan mempunyai banyak halangan dan
cabaran untuk membentuk diri individu untuk menjadi seorang yang mengamalkan dan
menghayati nilai-nilai murni. Remaja khususnya pelajar kini kian aktif terlibat dengan gejala
sosial dan gejala yang tidak sihat seperti rempit, ponteng, gangsterisme, vandalisme dan
kegiatan yang dianggap melanggar norma masyarakat. Sikap pelajar yang sukar dibentuk
juga merupakan cabaran utama guru pendididikan moral. Hal ini, ada kaitannya dengan
pendidikan di rumah. Guru perlu sedar, perkembangan sosialisasi pelajar peringkat primier
terbentuk di rumah. Kegagalan peringkat primier secara tidak langsung memberi kesukaran
kepada guru untuk membentuk tingkah pelajar. Keadaan ini menjadi cabaran kepada guru
khasnya guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan moral.

Selain itu, cabaran globalisasi bukan sahaja memberi kesan kepada guru, malah
globalisasi turut memberi kesan kepada pembentukkan tingkah laku dan moral pelajar. Dari
aspek guru, globalisasi pendidikan memerlukan seseorang guru menyesuaikan diri dalam
perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan bantu mengajar yang
semakin canggih dalam sesi pengajaran. Guru-guru pada masa kini perlu memantapkan diri
dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi.
Dahulu, teknologi dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu,
kebanyakkan guru-guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada teknologi dalam
bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam menggunakan
teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Sebilangan daripada guru juga menganggap
penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang rumit dan tidak
mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru seharusnya mengikut
perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar. Manakala dari aspek
pembentukkan tingkah laku pelajar, cabaran globalisasi memberi impak yang kurang baik.
Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia
telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan

2
manusia di seluruh dunia. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah gaya
hidup dalam kalangan remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan
negatif budaya barat. Cabaran globalisasi memberi cabaran kepada guru untuk meletakkan
pelajar-pelajar di landasan moral yang betul menurut acuan pelaksanaan program-program
di sekolah dan kaedah penyampaian PdPc di bilik darjah.

4.0 Isu-Isu Dalam Pendidikan Moral

Isu-isu dalam pendidikan moral boleh dibahagikan kepada dua iaitu isu dalaman yang
melibatkan guru dan isu luaran yang melibatkan pelajar. Isu moral berkaitan dengan guru
pendidikan moral ialah guru pendidikan moral tidak mempunyai pengetahuan yang cukup
dalam bidang yang diajar termasuk pengetahuan dalam pendidikan moral dan kurikulum
Moral. Memandangkan Pendidikan Moral itu sendiri adalah kompleks, maka guru perlu
mempunyai pemahaman yang kukuh dan menguasai konsep-konsep asas moral, konsep
utama Pendidikan Moral dan isi kandungan Pendidikan Moral itu sendiri sebelum mengajar
muridnya (Kalaiselvi Ettikan, Nur Surayyah Madhubala Abdullah2 & Umi Kalthom Abdul
Manaf, 2015). Hal ini demikian kerana pendidikan moral harus memberi fokus kepada
kebolehan murid menaakul secara bebas dan rasional dalam membuat sesuatu keputusan
moral (Aroff & Chang, 1994). Namun demikian, senario yang berlaku di sekolah, guru yang
mengajar mata pelajaran pendidikan moral kurang pengetahuan tentang konsep-konsep
moral, nilai dan isi pelajaran. Pengajaran guru lebih berpusatkan kepada persediaan
menjawab soalan dalam peperiksaan dan kurang memberi penekanan kepada dimensi moral
secara seimbang. Impak kepada masalah penguasaan guru dalam isi kandungan bukan
sahaja mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran tetapi juga memberi kesan
terhadap pencapaian dan perkembangan moral murid. Oleh yang demikian, guru pendidikan
moral perlu memahami kandungan pelajaran pendidikan moral kerana mata pelajaran
pendidikan moral bukannya berteraskan pencapaian gred pelajar semata-mata, sebaliknya
guru juga perlu mengambil peduli tiga aspek perkembangan moral pelajar iaitu penaakulan
moral, emosi moral dan perlakuan moral untuk mencapai matlamat mata pelajaran Pendidikan
Moral dalam membentuk tingkah laku murid. Perlu diingatkan kecemerlangan Pendidikan
Moral bukan dalam mencapai prestasi akademik yang baik tetapi melahirkan murid yang
berdisiplin, berakhlak mulia serta bermoral (Kalaiselvi Ettikan, Nur Surayyah Madhubala
Abdullah2 & Umi Kalthom Abdul Manaf, 2015).

Isu kedua, isu berkaitan dengan pelajar. terdapat banyak isu moral yang melibatkan
pelajar seperti budaya buli, gangterism, ponteng dan amalan tidak menghormati guru. Ini
menjadi satu cabaran kepada guru khasnya guru pendidikan moral yang bertangungjawab

3
dalam membentuk sahsiah dan tangkah laku pelajar. Salah satu faktor yang membawa
kepada keruntuhan moral pelajar disebabkan faktor sekolah. Organisasi dan struktur belajar
di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang
menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru,
kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada
segi akademik. Selain itu, kepimpinan guru juga merupakan salah satu faktor masalah disiplin
dalam kalangan pelajar semakin krtikal, guru kurang peka dengan masalah pelajar dan jurang
perhubungan guru dan pelajar yang renggang menyebabkan pelajar mudah inkar dengan
arahan dan menerima nasihat guru.

5.0 Penutup

Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk mencapai matlamat kurikulum
Pendidikan Moral. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang
seimbang dari aspek JERIS, kejayaan kurikulum Pendidikan Moral memberi impak yang
positif untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia, taat pada ajaran agama dan mempunyai
moral yang tinggi mengikut norma masyarakat Malaysia. Guru perlu tabah, sentiasa bersedia,
kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan yang serba
moden.

4
RUJUKAN

Aroff, A.R. & Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral (1st ed.). Petaling Jaya: Longman.
Hussien Ahmad. (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi.
Kuala Lumpur: Utusan Publication
Kalaiselvi Ettikan, Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul Manaf. (2015).
Guru Cemerlang Pendidikan Moral: Keperluan Menguasai Aspek Kandungan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dan Implikasinya. Jabatan
Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia, 43400, UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia: International
Journal of Education and Training (InjET) 1(2) November
Mardhiah Mamat Khadijah Abdul Razak Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis Junaidah Mat Isa.
(2017).Globalisasi: Cabarannya Terhadap Sumber Pendidikan Islam. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Pernerbit UKM Press
Mohamad Khairi Haji Othman, Mohd Zailani Mohd Yusoff, Alis Puteh & Nurfasihah Roslan.
(2017). Permasalahan dan Cabaran Guru dalam Membentuk Nilai Pelajar Di Sekolah
Menengah. Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai