Anda di halaman 1dari 1

kepentingan Pendidikan moral

Nilai-nilai murni amat penting dan perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan
mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat.
Nilai-nilai murni dapat melahirkan insan yang berperibadian unggul dan berakhlak mulia.
Amalan-amalan nilai murni dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Penerapan nilai-nilai murni perlulah dilaksanakan pada peringkat sekolah
rendah maka pelajar dapat didedahkan dengan nilai-nilai murni yang membentuk jati diri
pelajar menjadi insan yang berakhlak mulia. Negara memerlukan generasi yang
berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran
luas serta positif untuk mencapai negara bukan sahaja maju dalam pembangunan fizikal
semata-mata malah kemajuan dari aspek rohaniah juga turut diutamakan.

Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk melahirkan
masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Pegangan agama yang kukuh amat
penting untuk melahirkan insan yang berakhlak. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk
insan mulia yang sentiasa patuh dan taat kepada Tuhan serta setia kepada negara. Ibu bapa
perlu menerapkan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama masing-masing ke dalam jiwa
anak-anak. Tambah pula nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk
masyarakat yang aman dan harmoni terutamanya negara kita yang terdiri daripada
kepelbagaian dari segi agama, kepercayaan dan adat.

Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh
guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif
luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Pengaruh negetif seperti budaya
Barat yang tidak bersesuaian dengan budaya kita, seperti hubungan sejenis, seks bebas dan
sebagainya. Keruntuhan akhlak remaja juga berpunca daripada kelemahan jati diri remaja
yang lemah. Oleh itu, penerapan nilai-nilai murni adalah perlu agar dapat menjadikan
pelajar berfikiran rasional dalam membuat pertimbangan tentang baik dan buruk, betul dan
salah. Hal ini dapat mengelakkan pelajar terlibat dengan pengaruh negetif yang tidak sihat.

Anda mungkin juga menyukai