Anda di halaman 1dari 10

ELMK2013

KURIKULUM MORAL

KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL


Disediakan oleh:
Grace Sally
Glen Andrew Udan
PENGENALAN
• Setiap individu seharusnya mempunyai nilai-nilai murni dalam diri. Hal ini kerana
dalam kehidupan seharian kita mempunyai norma-norma masyarakat yang telah
ditetapkan.

Bagaimana kita hendak mengikut dan tidak melanggar norma-norma masyarakat dan
peraturan?

• Jawapannya adalah dengan mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan


seharian. Nilai- nilai murni di bentuk melalui teladan dan pengajaran.

• Landasan yang sesuai untuk mempelajari nilai-nilai murni tersebut adalah melalui
pembelajaran pendidikan Moral. Melalui pendidikan moral, maka lahir insan bermoral
yang mempunyai akhlak yang mulia dan keperibadian yang tinggi dari segi pemikiran,
perasaan dan tingkah laku.
FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PENDIDIKAN MORAL
• Pendidikan moral merupakan matapelajaran yang diajar di sekolah rendah dan menengah.
Semua pelajar yang bukan beragama Islam wajib mengambil subjek ini. Mata pelajaran ini
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad.

• Pendidikan moral memberi tumpuan kepada pemupukan nilai dan membina kekuatan
kerohanian dan moral melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam masyarakat
malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum.

• Melalui mata pelajaran ini, murid dapat membina panduan hidup supaya menjadi insan yang
bermoral. Ini dapat menjadikan mereka individu yang bertanggungjawab moral dan sosial
terhadap segala keputusan dan tindakan moral.
Melahirkan insan
yang berakhlak
mulia

KEPENTINGAN
PENDIDIKAN
MORAL

Melahirkan Mengelakkan diri


masyarakat yang pelajar daripada
berpegang teguh terjebak dalam
kepada ajaran pelbagai
agama pengaruh negatif
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL
1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia
• Amalan nilai murni dalam kehidupan dapat membentuk insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek

• Penerapan nilai-nilai murni perlulah dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah maka
pelajar dapat didedahkan dengan nilai-nilai murni yang membentuk jati diri pelajar menjadi
insan yang berakhlak mulia

• Negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan,


berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif. Untuk mencapai negara
maju, kemajuan bukan sahaja diukur dari aspek pembangunan fizikal semata-mata malah
kemajuan dari aspek rohaniah juga turut diutamakan.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL
2. Melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama

• Pegangan agama yang kukuh amat penting untuk melahirkan insan yang berakhlak.

• Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh dan taat
kepada Tuhan serta setia kepada negara

• Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama masing-masing
ke dalam jiwa anak-anak

• Tambahan pula nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk
masyarakat yang aman dan harmoni terutamanya negara kita yang terdiri daripada
kepelbagaian dari segi agama, kepercayaan dan budaya
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL
3.Mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif

• Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan
oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai
pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat.

• Pengaruh negatif seperti budaya Barat yang tidak bersesuaian dengan budaya kita,
seperti hubungan sejenis, seks bebas dan sebagainya

• Keruntuhan akhlak remaja juga berpunca daripada kelemahan jati diri remaja yang lemah
yang mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.

• Oleh itu, penerapan nilai-nilai murni adalah perlu agar dapat menjadikan pelajar
berfikiran rasional dalam membuat pertimbangan tentang baik dan buruk, betul dan
salah. Hal ini dapat mengelakkan pelajar terjebak dengan pengaruh negetif yang tidak
sihat
Keruntuhan Akhlak, sekiranya amalan nilai moral
tidak diamalkan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
• Pendidikan moral sangat penting untuk pelajar supaya mereka boleh mengamalkan nilai-
nilai murni dan menjauhi perkara yang negatif.

• Pemupukan nilai-nilai moral di dalam diri individu yang mempelajari pendidikan moral akan
mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku untuk melakukan sesuatu yang positif
dan bertingkah laku baik selaras dengan norma masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai